Sunday, September 30, 2012

Dimanakah Kasih Bapa

Salam.................

Betapa beratnya tanggungan ayah dalam membesarkan anak anaknya. Bukan hanya kasih sayang tapi juga berhabisan wang ringgit, namun di penghujungnya tersedia seribu pertanyaan dan pendakwaan itu dan ini dari anak anak..........

Setelah anak anak dewasa, sangkaan anak anak bahawa ayahnya seperti dahulu juga. Anak anak masih memikirkan kemanjaan meminta itu dan ini. Anak tidak memikirkan bahawa dunia ini kekadang kadang menyediakan jurang kasih sayang. Ada anak emas dan ada anak perak dan juga anak gangsa bergantung kepada permainan sukan dunia. Ada anak menerima kemewahan dari ayah dengan tanpa batasan, ada anak merangkak rangkak untuk hidup , menelan cucuran air mata........



Dalam menerima bantuan dari ayah, maka tidak disangka bahawa ayah mencatitkan apa sahaja yang digunapakai oleh anak anak. Rahsia hanya terbongkar di hari kematian ayah, bilanya sang anak menyelak nyelak pakaian lama. Disana tercatit segala hutang perbelanjaan anak yang perlu dibayar oleh anak semula kepada waris.............. Nyatalah kasih sayang itu tidak benar sepertinya kata orang bahawa kasih ayah semasa berada...................................


Kiraan hidup ini tidak menjadi faedah apa apa di akhirat. Bahkan zakat dan amal tidak dapat menembusi doa anak anak. Orang meninggalkan anak anak yang soleh, ayah meninggalkan anak anak yang hidup penuh kesalan. Andainya zakat ayah, fidyah ayah, sedekah ayah dapat membeli syurga ....berbahagialah.........

Thursday, September 27, 2012

Terbuka Sudah Wahai Sayang

Salam.....................

Hari ini esok dan selamanya kita masih disajikan dengan cerita cerita keji di dada akhbar dan majalah majalah kesar serta kerdil. Hari hari menceritakan kisah manusia yang tidak dapat menahan nafsu serakah. Kisah anak melayu menyerahkan lauknya kepada awang hitam, kisah datok merogol cucunya, kisah kehidupan sumbang mahram, kisah lebai haji tidur sebilik dengan janda. Kisah orang melontar anak ke dalam lombong, kisah anak terbiar di tepi tong sampah dan banyak lagilah kekejian bermaharajalela. Lelaki perempuan saling salah menyalah. Marilah ke mari wahai sahabat dan kawan , pm bukankan mata dan pintu hati.............


Dimanakah kemuliaan dan kekejian yang anda lihat sebenarnya. Apakah yang dapat menghalang mata lelaki melihatnya, apakah tabir hijap yang ada.....dimana mana dimana...............................? Siapakah yang dapat menghalang punca kekejian ini. Pemimpin , rakyat, masyarakat atau orang orang tua yang telah hilang nafsunya...........................

Semuanya soal nafsu dan keinginan. Lelaki inginkan wanita dan wanita menginginkan lelaki. Lelaki saling mencari cari apa yang disembunyikan oleh wanita manakala wanita mempamerkan apa sahaja yang mereka miliki. Lalu selepas itu terjadi benda yang dilarang larang, lalu mereka yang melihat pula saling bertepuk tangan memberi sokongan. Lalu mereka bertanya " sedap tak, lazat tak waktu tadi"... Lalu si perlaku mengatakan " memang sedap terasa , tersangat sedaplah rasanya"... Mereka saling bertepuk tangan , menyambung semula adingan berulang kali sehingga puas. Apakah yang puas ? Yang puas adalah hatinya yang kenyang adalah nafsunya...............

Sama juga mereka yang menerima rasuah, tidak cukup sedikit, hendak lagi, mau makan semaunya sehingga muntah. Mereka akan makan sehabisnya, melupakan dosa dan kemudian berbakti mengaburi mata manusia. Mengambil "share " syarikat tertentu dengan jalan yang haram, jadi ceo dengan jalan yang haram, memerah menipu , memulas peluh ditubuh manusia, menjual manusia


Apa lagi keinginan yang penuh kekejian yang patut kita hirup.....siapakah lagi puncanya......


Masih ada orang berselera melihatnya.

Wednesday, September 26, 2012

APA ERTI HALAL

Salam..........

Bercakap pasal sijil halal , aku sendiri memang tidak faham. Bagaimana nak bagi orang faham ya........
Yang pm tahu sijil tu dah tamat tempuh. Bila nak "apply" baru , maka berlakulah kerja check mengecheck... tau tau pulak tabasco jadi masalah.....


Ada orang cakap tabasco ni diragui..... Halam maaaa......Jadi pihak jakim suruh samak segala pinggan mangkuk periuk belanga yang ada. Nak samak pulak kena pakai tong besar disaksikan oleh mereka. Lepas tu barulah sijil halal nak keluar kut. Itupun entah berapa meeting berlalu barulah ada.....

Baru baru ni adalah pulak menyatakan tabasco ini sudah boleh dipakai....Tapi part sijil kami belum selesai lagi.......

Tadi pihak penganjur function kerjaan tu mempertikaikan sijil halal kami yang masih tak nampak bayang. Kawan pm dah beri penjelasan kepada mereka tentang situasi sekarang. Mereka kata ok tapi dia suruh kawan pm tu buat penjelasan secara terbuka di dalam function mereka itu....



Kawan pm tu main ikut je lah. Tapi kesihanlah kan....dia kena cakap dengan pempesar suara menceritakan kisah atas bawah....padahal kalau jelaskan dekat bos penganjur pun dah kira ok dah.... Bila pm cakap ada orang kerajaan ni merapu nanti korang marah. Sebenarnya dah 3 orang OSTAD datang dah dari JAKIM, kisah sijil halal ni tak habis lagi... Kalau nak apa apa cakap terang terang, jangan berpusing pusing dan pergi balik. Tokeh China manalah faham.... Dia nanti tanya apa lu orang mau....Cakap aja jangan segan segan...................



Bukak SPA pun tak ada masalah ....tapi tang kerja ini tak usahlah diremehkan... Pm tenguk mamak, dengan hindu yang bukak kedai tepi jalan tu tak payah sijil pun...Ramai jugak orang teguk air teh tariknya, ramai jugak orang makan roti canainya walaupun kuali tempat tebar roti canai tu adalah tilam anjing kucing waktu malam..........


Tuesday, September 25, 2012

Pelacur Mengintai Subuh

Salam..................

Cikgu pm adalah pengalaman yang tidak dapat dipelajari dari buku panduan......namun mengharungi pengalaman itu kekadang kadang bagaikan tangisan yang tanpa hentinya.....................

Rumah kongsi atau rumah tumpangan pm di sebelah Capitol hotel di Bukit Bintang telah lama runtuh. Yang tinggal hanyalah sebuah hotel yang berdiri di sebelah Low Yat Plaza. Di sanalah pm tinggal bersama kawan kawan dengan keadaan tidak menentunya. Semua jenis ada di sana, ada kaki melawa, ada kaki perempuan. ada kaki lawak dan ada kaki botol tetapi tidak ada kaki masjid. Hidup hanya berpandu sedikit hala tujuan iaitu kerja dan tidur manakala selebihnya merayau bergelumang dengan hantu segala hantu................



Masih ingat pm akan seorang kakak pelacur tua, berpakaian rambut ala saloma dan berbaju belahan dada. Dia mengisi kehidupan malam menyusur Jalan Bukit Bintang yang tidak pernah sunyi. " tidak tidur ke kak " pm bertanya. " Tidak , sudah biasa, susah nak tidur malam " jawabnya. Beliau adalah diantara pelacur pelacur veteran ketika itu yang hidup bukan kerana kemiskinan atau kerana tidak ada pendidikan agama. Bahkan beliau juga sanggup duduk berembun malam di bulan puasa, ketikanya umat islam sedang sibuk beribadah malam. Masih terdengar dengar pm lagi bilamana sang pelacur bergaduh sesama sendiri " itu I punya "customer " sambil terajang menerajang sepak menyepak. Bahkan pm pernah dimaki pondan dengan suaranya yang garau semata mata kerana telah menghalangnya masuk ke pintu hotel tempat pm bekerja. Laungannya sungguh kuat menyebabkan kita yang mendengar merasa malu di khalayak ramai.



Namun di sana juga pm temui seorang pelacur berkahwin dengan dengan seorang pekerja kontrak indonesia  dan kemudian  kembali menegakkan solatnya,  bercita cita untuk hidup terus berumah tangga dan memiliki anak.. Begitulah hidup di tirai malam......


Hari ini kegelapan malam masih wujud, drama semalam tetap berulang ulang, hidup pula silih berganti, pelakun saling bertukar dan kita masih disini tertanya tanya " apakah nanti bakal kubawa pulang, apakah nanti akan kuceritakan pada anak anak tentang dunia ini yang penuh fitnah...................................



Sungguh beruntung bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga dan membenanya dengan bahagia, mudah mudahan Allah membuka pintu rahmat seluas luasnya...... 

Monday, September 24, 2012

Titisan Di Tebing Katil

Salam.......

Tadi rasa mengantuk sangat, perut juga lapar, makanan kantin tidak menyelerekan walaupun tukang masak menyediakan hidangan ketam..........Akhirnya megee menjadi pilihan bagi pembuka selera.....Sambil makan teringat pm tentang hal pagi tadi bilamana pm interview seekor bangla.....

Pm:        Dekat tempat you kalau mahu kahwin banyak belanja ka ?
Bangla : Banyak juga, macam macam kena beli...kenduri sahaja Rm 3000/-
Pm:       Yang banyak banyak itu apa ?
Bangla :  mau beli emas bos....emas Malaysia lagi cantik no 1.
Pm :      Sudah kasi emas you dapat apa
Bangla :  kita mintalah apa apa dari pengantin perempuan, rumah kereta motor....kalau orang kaya.
Pm ;       habis kalau duduk di Malaysia tak ada bini you bikin apa ?
Bangla :  kita orang cari perempuan indon, kasi makan , kasi baju terus boleh pakai.......
Pm :       boleh kongsi ramai ramai ka?
Bangla:  tak boleh, kalau sudah jadi ayam bolehlah....
Pm :      kalau dapat anak apa macam
Bangla : saya ada kawan tinggal sama indon, tara kahwin dan sudah dapat anak, kawan saya sudah cabut.balik bangla .. anak tinggal sama emak...

gambar hiasan tak kena mengena dengan manusia.

Tersangat mudahnya hidup ini, semuanya kerana duit, ada pulak sudah ada laki di seberang, dapat pulak satu laki di sini. Hidup bercampur seperti anjing dan babi. Bukan semua begitu tapi banyak jugak begitu. Bila dapat duit banyak banyak mereka hantar balik ke kampung untuk bena rumah, untuk ibu yang sakit, untuk bantu keluarga. Selepas kenyang bergelumang mereka pulang membawa emas berlian yang banyak untuk dilihat oleh orang kampung.....Kenapa bangla menjadi pilihan ? Tanyalah mereka...............

Saturday, September 22, 2012

Selimut Pengantin Tua

Salam...............,

Semalam hujan.....best sungguh menarik selimut.....orang yang baru kahwin lagilah best, boleh campak campak selimut........Tapi yang paling susahnya ialah nak bangun solat malam.....mengantuk sangat, berat bagai dihempap batu...........

Alangkah lemahnya insan, dalam usia sebegini masih liat mendirikan solat. Hidup dengan berbagai bagai urusan berbagai bagai alasan. Mengapalah badan ini susuh sangat nak rukuk dan sujud, bukanlah lama seminit dua kalau dibezakan dengan duduk mengumpat orang berejam rejam. Tetapi kalau sudah jenis bangsa mendurhaka sememang begitulah..............................

Waktu muda muda dahulu, liat sangat nak solat sebab tidur itu lebih mustahak, selebihnya sibuk dengan girl firiend dan boy friend ke sana sini. Masa terus berlalu melalui beberapa zaman sehinggalah sekarang menjadi tua kereput, anak cucu sudah semakin ramai....Tak boleh solat pulak, alasannya kurang sihat dan sakit pinggang.....Bilalah gamaknya nak sihat ya ?............................................Hari hari kita makan ubat dan kemudian kita tidur.....doktor suruh rehat....Berapa banyak kita nak rehat ?


Susah nak cakap dengan diri kita yang sudah semakin tua dan semakin banyak cekadaknya....Kalaulah dosa meninggalkan solat boleh diganti dengan duit alangkah senangnya

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.. (Al-Maaidah 5:6)


Wednesday, September 19, 2012

Menyelak Kain

Salam..........

Saya terkena lagi.......dulu ketika saya membuka fb untuk ibu mertua saya saya telah menerima kritikan dari saudara sebelah isteri. Saya buat bodoh dan kembali kepada tujuan asal iaitu untuk mengumpulkan semua sanak saudara, anak cucu di dalam sebuah fb. Walaupun fb itu kelihatan tidak begitu aktif tetapi saya dapat melihat perkembangan semua anak cucu dari photo photo yang disiarkan. Akhirnya "kebodohan" saya itu ditelan begitu sahaja.



Hari ini saya terkena lagi bila salah seorang anak saudara meminta saya memadamkan gambarnya yang dalam keadaan tidak pakai tudung. Keadaan ini berlaku di atas ketidakkepuasan hati tunangnya. Bermaksud tunangnya tidak gemar melihat gambarnya dalam keadaan bogel agaknya.

Saya agak keliru dan membuka fb itu kembali dan membelek gambar satu persatu. Saya dapati banyak gambar lama, gambar zaman budak budak, gambar spontan perhimpunan ahli keluarga di dalam rumah. Semua ini berlaku bukan atas dasar mahu mendedahkan tubuh bogel di khalayak awam. Gambar di dalam rumah ketika adik kakak sedang bersuka suka, bilamananya nak pakai tudung ? Tak kan kerana seekor nyamuk kelambu harus dibakar. Pakai akallah sikit........................



Kalaulah orang yang menegur itu adalah orang "warak" memberi contoh yang sangat baik, pasti saya terima tetapi jikalau dia lebih kurang saya, minta maaf sesangatlah. Ini adalah photo keluarga kami, dia hanyalah sekor nyamuk yang baru nak masuk kelambu..........tolong jangan ajar kami bertatih....kerana banyak lagi perkara dasar yang patut diperbetulkan................



Melihat kepada pasangan muda waktu ini, kekadang terlalu keterlaluan mengongkong pasangannya dan tidak memperdulikan sensitivity. Yang si perempuan pula angguk bodoh main ikut sahaja ...suruh tonggeng dia tonggeng....suruh meniarap dia meniarap......

Pada hari ini perhubungan dua pasangan memang akan disatukan tetapi tidaklah boleh menolak keluarga 100%. Dia masih mempunyai emak bapak pakcik makcik sebagai rujukan. Sebagai bakal orang baru di dalam keluarga, silalah intai dan jenguk orang tua tua...lainlah kalau kawin lari dengan sebab orang tua tak berkenan. Jika liat tidak mahu memahami.....peeeeee rah......hiduplah sendiri.................


Bercakap pasal tudung ni, eloklah pergi ziarah luar negeri, tenguk orang orang Islam di sana pakai tudung, Ada yang bungkus sampai tak nampak bijik  mata, ada yang pakai topi sahaja, ada yang pakai gaun sambil pakai tudung, ada yang pakai tudung nipis dengan seluar benggali. Semua orang saling mengata bahawa pakai pakaian ini tidak betul ...yang betul dia orang jugak


Bersedarhanalah dalam hidup.....jangan menggunakan kain songket sebagai uniform jenazah. Buatlah sepertimana orang awam buat......

Tuesday, September 18, 2012

Peluru Terlepas

Salam............,

Semalam hari cuti memberi kesempatan kepada pm pergi ke majlis orang kahwin. Suasana sangatlah sederhana kerana majlis ini adalah majlis di rumah pengantin lelaki. Melihat kepada wajah pengantin lelaki bagi pm , beliau sangatlah beruntung kerana mendapat isteri yang selengkap itu...............


Lengkap bagi pandangan pm , tak tahulah kepada pandangan orang lain. Mari kita tampilkan lagi sekeping gambar mereka


Syukur Alahamdulillah majlis berlansung dengan baik walaupun adalah sedikit ribut angin di sebelah petangnya. Apapun pm mengucapkanlah selamat pengantin baru....Eh mana pulak gambar bapak emak pengantin ya ...

 Yang baju hijau ini bapak pengantin

Yang bertudung manik manik batu tu lah .. emak pengantin

Semua orang datang makan dan tak dengar komplen apa apa...mereka lansung tak pakai katering, masak sendiri .....


Inilah untungnya kalau kita masih ada keluarga yang mahu menolong. Kalau tidak terpaksalah pakai gambar agong sahaja.....Dalam riang riang begini pm pulak asyik tak sedap perut, maka tidaklah dapat menikmati makanan dengan sempurna. Hari ini pula pm bertemu doktor di klinik.....dia tanya makan apa semalam. Pm cakap semalam kita makan kenduri di rumah yang sama...Tapi sakit pm ni bukan dari semalam tapi dari sebelum kenduri tu.......apa lagi mc lah pm..................

Mudahan pengantin ni dipanjangkan jodoh dan tidak seperti sedara pm sebelah sana tu. Tahun sudah kawin, tahun ni bercerai.....kejap saja...nasib baik kawin, kalau tak entah buang anak dari tingkap lagilah teruk tu......
Hari hari baca surat khabar dengar orang buang anak. Hari hari orang membacapun mengutuk tapi benda alah tu berpanjangan jugak. Nak kata tak ada cikgu agama, berlambak ada, nak kata tak sekolah agama, budak sekolah agama pun galak buat macam tu...Nak kata tak ada tempat meyimpan anak anak ekpresssss , dah ada jugak....Mungkin emak bapak mereka dulu adalah pelajar sukan melontar peluru...

Sunday, September 16, 2012

Disetubuh Hantu

Salam.............,

Beberapa hari sudah pm meletakkan gambar tidak senonoh di dalam fb untuk tatapan umum. Pm menjadi orang yang tidak baik dalam urusan itu , namun berasa seronok melihat komen komen dari saudara mara. Ini menunjukkan gambar tidak senonoh lebih disukai ramai.....



Ada di kalangan kawan kawan kita memilih cerita hantu dan gambar misteri untuk dihidangkan di dalam fb. Gambar orang mati misalnya, juga mendapat perhatian tetapi tidaklah sehebat gambar tidak senonoh.

Kekadang kadang kita cuba nak jadi baik dengan cerita cerita kita, nak jadi orang berprinsip dalam catatan kita. Namun masih juga terdapat makhluk yang nampak baik tetapi menulis sesuatu yang lebih ganas dari gambar tidak senonoh....Mungkin mereka mahu mengajar pembaca tetapi adakah benar benar mereka mahu mengajar atau sememangnya sangat kurang ajar...


Biar apapun..marilah .kita lihat siapa yang lebih kurang ajar

Saturday, September 15, 2012

Makan Sampai Muntah

Salam...........,

Pagi pagi pihak AADK sudah mengajak masyarakat setempat makan makan sempena hari hari raya yang tidak pernah habisnya..... Pagi pagi pm nak masuk ke tempat kerja tetapi telah dihalang oleh van ini menunjukkan tempat ini adalah milik " bapak"nya


Bercakap dengan pemandunya yang sedang menikmati hidangan pagi " saya standby di sini " katanya.. "Yalah bang ooii....saya ni nak kerja....abang alih van saya nak buat kerja ni ."kata pm memberi faham kepada orang yang kurang upaya faham. Akhirnya dia mengalihkan van memberi sedikit ruang untuk kereta saya dan kereta lain masuk. Biar apapun susasana sangat meriah juga....





Makan " free" memberi peluang semua orang menikmatinya....Jalan raya disini keadaannya haru biru....Tidak ada siapa perdulikan jalan itu.... nak jem jem lah......pm terpaksa letakkan budak budak di sana.


Tuesday, September 11, 2012

Sahabatnya Seorang Pelacur

Salam.......

Ketka kita berkawan baik, sama sama makan dan minum sambil ketawa terbahak bahak .....bukan mainlah seronoknya....Daripada segala kenduri sampailah ke perjumpaan tidak bertauliah waktu malam...kawan kita adalah kawan sejati...


Cinta sejati lagi sejati sesangat..sampai lupa dunia...lupa segalanya..


Tapi yang pm nak cakap ini adalah kisah sewaktu saham kita jatuh, sewaktu saham felda jatuh, sewaktu kita ditimpa kesusahan, sewaktu merangkak rangkak nak cari kerja. Manalah ada kawan atau kekasih hati nak tolong habis habisan...Sewaktu itu taliponpun tak mau angkat....bukanlah main sibuknya dia....." cakap tak nak tolong adalah lebih baik "

geramnya

Monday, September 10, 2012

Seronoknya Kahwin

Salam...........

Semalam anak angkat pm yang perempan tu bernikah di Medan mengikut adat istiadat mereka. Pm tidak boleh pergi dengan sebab sebab peribadi. Namun begitu beliau kelihatannya gembira mendapat suami yang sangat dicintainya.



Itu adalah kisah di Medan, bagaimana pula suasana di tempat kita ?... Orang kita masihlah dahsyat lagi. Bukan sahaja hantaran mahal mahal, benda benda hantaran pula bermacam macam rupa. Dalam hantaran yang berbalas balas itu masih ada yang hantar Quran cantik, kain telekung , tasbih di dalam dulang. Harap harap si pengantin pakailah barang tu dan bacalah Quran tu. Jangan buat "tok pekong" dalam rumah. Sudah dapat baca setahun sekalipun sudah dikira alhamdulillah.

Kerja kahwin ni bukanlah untuk menunjuk nunjuk, kahwin hendaklah lama hidup bersama dan bukan sehari semalam sahaja dan selepas itu tidak sesuai........


Wednesday, September 5, 2012

Monday, September 3, 2012

APO NAK DI KATO

Salam..........

Dah habis open house atau belum ? Minggu pertama pm memang beraya, namun makan makan terpaksalah dikawal. Walaubagaimanapun masih jugak terasa nyut nyut di kaki. Ada sedara mara yang gaut pulak tidaklah dapat menahan sabo bila melihat rendang daging, daging kambing, lemang dan ketupat...



Ahad minggu pertama itu, pm ambil langkah puasa 6. tetapi sangkut sehari sebab ada pulak nak beraya raya di hari jumaat lalu, hari sabtu sambung balik sehari dan semalam beraya baliklah.....Dalam musim perayaan ini susah nak mengelakkan yang manis manis, kebanyakkan kueh melayu gulanya bergantang.... Lepas ni agaknya kena puasa mingguan. Badan pula makin kurus dan tak hensem macam dulu.............



TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...