Betapa beratnya tanggungan ayah dalam membesarkan anak anaknya. Bukan hanya kasih sayang tapi juga berhabisan wang ringgit, namun di penghujungnya tersedia seribu pertanyaan dan pendakwaan itu dan ini dari anak anak..........
Setelah anak anak dewasa, sangkaan anak anak bahawa ayahnya seperti dahulu juga. Anak anak masih memikirkan kemanjaan meminta itu dan ini. Anak tidak memikirkan bahawa dunia ini kekadang kadang menyediakan jurang kasih sayang. Ada anak emas dan ada anak perak dan juga anak gangsa bergantung kepada permainan sukan dunia. Ada anak menerima kemewahan dari ayah dengan tanpa batasan, ada anak merangkak rangkak untuk hidup , menelan cucuran air mata........
Dalam menerima bantuan dari ayah, maka tidak disangka bahawa ayah mencatitkan apa sahaja yang digunapakai oleh anak anak. Rahsia hanya terbongkar di hari kematian ayah, bilanya sang anak menyelak nyelak pakaian lama. Disana tercatit segala hutang perbelanjaan anak yang perlu dibayar oleh anak semula kepada waris.............. Nyatalah kasih sayang itu tidak benar sepertinya kata orang bahawa kasih ayah semasa berada...................................
Kiraan hidup ini tidak menjadi faedah apa apa di akhirat. Bahkan zakat dan amal tidak dapat menembusi doa anak anak. Orang meninggalkan anak anak yang soleh, ayah meninggalkan anak anak yang hidup penuh kesalan. Andainya zakat ayah, fidyah ayah, sedekah ayah dapat membeli syurga ....berbahagialah.........
No comments:
Post a Comment