Wednesday, December 12, 2018

Tin Orang Kita

Salam, 

Entah apa nak jadi selepas ini. Semua orang jadi tertekan di tempat kerja. Perniagaan tidak menampakkan sangat keuntungan. Ada terpapr perniagaan tapi duit lesap membayar hutang syarikat. Ada pula kerja kerja dalaman yang terbengkalai. Semakin hari semakin ada yang putus semangat. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais malam terus tidur malam harinya.

Logiknya orang suruh percaya bahawa kemelesetan ekonomi dirasai oleh semua orang. tapi betulkah begitu. Makcik jual nasi lemak masih selamba berniaga di pagi hari, apek cina masih senyum menjual air soya dan air tebu di tepi jalan. Kita ini bagaimana, bangsa kita bagaimana ? Mungkin salah penjajah dulu suruh kita belajar kenal buku, hari hari pegang pen, mesyuarat 6 kali sehari. Apa yang ada cakap sahaja dan tulis sedangkan habuk pun tarak....., benda benda follow up rasanya dah main bulan tak selesai. Semuanya ada alasan....................kerja OT kena kira halal dan anggap apa yang dibuat itu adalah untuk kebajikan dan memperbanyakkan saham akhirat.

Sesuatu yang orang jarang sebut bukanlah hanya modal, tapi adalah doa dan berkat. Bila dah untung hari hari hari, sudah mulai lupa bersyukur, cari pulak jalan songsang. Akhirnya apa pun tidak berkat, berdoa pun macam ada tak ada.....

Ulama' suruh kita menasabah diri.....sabah sudah, sarawak belum lagi. Kita masih mengetuk tin kosong.................

Tuesday, December 11, 2018

Cerita Orang Kampong

Salam,

Sabtu sudah pm tidak mengikuti perhimpunan itu. Pm bertugas pada hari itu dan berhimpun sesama orang berhimpun ditempat kerja pm. Tambahan lagi sehari dua ini ramai kawan kawan dari PDRM datang melawat.

Dalam keadaan sibuk sibuk itu,  seronok juga melihat ke arah di luar sana. Ramai pakcik makcik datang dari jauh menyahut seruan perhimpunan itu. Rata rata mereka membangkang dan begitu bersemangat mempertahankan agama serta maruah bangsa. Tambahan lagi ada kumpulan silat yang lebih awal berhimpun menyerahkan memorandum. Alangkah baiknya jika mereka berkekalan dengan semangat ini dan janganlah lari atau buat perangai pembelit dikemudian hari.

Rata ratanya jeritan "hu ha hu ha" tidaklah memberi faedah jika hasilnya tidak ada apa apa. Ianya tidak lebih dari menghabiskan masa dihari cuti. Maklum musim cuti sekolah dan sambil sambil datang "shooping" di kedai cina sekitar Kuala Lumpur.

Adakah mungkin orang melayu bangsa kita seperti dahulu yang dibayangkan mempunyai kekebalan dan kesaktian atau sebenarnya hanyalah kokok berderai derai. Baju silat berwarna warni tidaklah memadai untuk mendatangkan kegerunan musuh. Banyaknya kewujudan ayahanda disana sini bukan juga melambangkan kepimpinan orang melayu. Kita misti membuktikan bahwa kita ini waras berakal.

Di hari ini kita masih berpecah belah, masih diperbodohkan oleh orang lain yang menumpang di belakang tengkok kita, panjat belakang kita sambil mencakar cakar. Hidung kita masih kembang menerima pujian, tak tahan kena bodek oleh orang bawahan. Kita masih tidak tahan melihat duit dan asyik sibuk mesyuarat setiap hari berpanjang panjangan sedangkan hasilnya tidak ada. Tindakan kita di dalam sesuatu hal  menyelesaikan masalah masih terlalu lembab. Masih menunggu esok lusa dan tulat untuk diselesaikan.

Mengapa kita masih mempercayai perkara karut dan cerita cerita dongeng.......Kita terusan mendengar orang lantang berbohong dan mempercayainya..........

Thursday, December 6, 2018

ALANG ALANG MENYELUK PEKASAM

Salam sejahtera,

Sudah mendekati hujung tahun 2018, hanya sekelip mata berlalu.......kita akan berada di tahun yang baru dengan segala segalanya yang baharu. Namun tubuh ini masih lama yang terus menjangkau usia semakin bertambah. Bukannya bertambah amal tapi terus menghimpun dosa. Disitulah kita di dalam perjalanan pulang yang entah dimana penghujungnya.

Tentu kita tertanya tanya bekalan apa lagi yang akan dibawa. Amal ibadah ? Tentu kita akan ketawa sendirian mengenangnya. Apa sangatlah yang kita buat untuk diri kita dan dunia ini, selain dari mengikut sahaja  kehendak hati. Kekadang kadang kita rasa cemburu melihat orang lain yang kelihatan baik sangat melakukannya. Tanpa kita sedari mereka juga serupa dengan kita.

Bagi pm apa yang berlalu sudahpun berlalu, apa yang berlaku sudahpun berlaku.....kini kita meneruskan sahaja apa yang ada. Jika ada secubit rasa secalit hati yang mempunyai kebaikan, itupun sudah memadai. Jika ada kepercayaan kepada Allah yang satu, sudah juga memadai, kerana banyak perkara tidak dapat dipadamkan lagi...tulisan telah lama kering sebelum nokhtah.


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...