Wednesday, November 18, 2015

BILA JIRAN MENGATA

Salam,

Dah lama pm tidak buat kenduri.............paling paling tidaknya majlis hari jadi. Kalau buat kenduri kita akan jemput jiran tetangga, orang orang yang dekat dengan tangga kita, kekadang jika besar sedikit kita akan panggil orang surau........



Tapi sekarang ini dah sunyi balik. Semak beberapa bulan dahulu masih belum dapat dikemaskan sepenuhnya. Maklumlah rumah di taman ini agak kecil, lagi pun hanya itu yang termampu. Asalkan dapat duduk rumah bawah, berdekatan simpang empat. Jadi kita menafaatkanlah simpang 4 itu sebagai tempat mendirikan khemah.

Situasi kerja yang tidak menentu menyebabkan pm jarang berada di rumah. Dulu ramai di dalam rumah tetapi sekarang sudah tinggal bertiga sahaja. Yang lain lain hanya ada kucing menjadi penunggu depan pintu siang dan malam.

Dalam desas desus terdengar jugalah orang mengata bahawa rumah pm tu semak samun dan kotor. Ada yang kata sampai tak larat makan di rumah pm ni. Mulut orang manalah kita boleh control....betul kut katanya atau mungkin saja nak ambik pengaruh jiran tetangga. Maklumlah, pm jarang ada di rumah. Jadi aktiviti menyampaikan berita sohih dan tak sohih ni tidaklah dapat dihadiri sepenuhnya.



Apapun pm cuma dengar sahajalah, lagipun sekitar taman ni banyak orang yang baru nak hidup dan baru nak kaya. Tentu belum cukup pengalaman untuk menilai benda benda kecik...Tapi mereka itu masih tetap diperlukan kerana mereka adalah saudara yang terdekat.....Insyaallah pm akan jemput lagi semuanya....

Monday, November 16, 2015

Usah Percaya Pada Mimpi

Assalammualaikum..........

Di pagi ini sukalah pm mencoretkan sesuatu buat tuan tuan dan puan puan sekelian dan semuga mendapat pandangan dan perhatian hendaknya.

Jika kita seorang yang ternama tentu sekali kita sering mendapat perhatikan orang. Segala cerita cerita kita sama ada benar atau salah akan mudah didengar , bahkan jika kita kentut pun mungkin akan ditiru oleh orang lain. Orang seperti pm adalah orang biasa yang tidak punya apa apa dan kalau dibanding bandingkan juga bagaikan langit dan bumi jauhnya.....

Beberapa bulan yang lalu pm telah didatangi mimpi. Mimpi sebenarnya kata orang adalah mainan tidur atau juga ianya mengusik kenangan lalu atau perkara yang kita ingat ingatkan sewaktu siangnya. Namun ianya bukannya sekali buat pm.

Pm pernah bermimpi pergi ke masjid nabawi berjalan kaki. Kelihatannya tidak terlalu jauh dari malaysia. Sempat menziarah kubur Rasullullah dan juga kuburnya saidina Abu Bakar. Tapi beberapa bulan yang lalu pm bermimpi lagi, sekali ini mendengar azan asar di Masjid Nabawi juga. Waktu itu pm diajak oleh seorang pemuda yang hensem ke tempat imam dimana pm disuruhnya menjadi iman waktu asar itu. Beliau berdiri dibelakang pm dan menyuruh pm memandang ke hadapan. Sungguh seronok rasanya menjadi imam di masjid nabawi......Namun ianya hanya mimpi dan bukanlah ianya sebagai pengesahan kita ini orang baik atau juga ahli syurga..........

Kemudian beberapa minggu selepas itu, bermimpi berjumpa rasululah.....Ianya terus jadi persolan...ya tidak ya tidak......ya tidak.....Bagi pm anda harus mengelakkan diri mempercayainya kerana bukan lah itu tuntutan agama. Rasullulah telah lama meninggal dunia ....................................


seperti yang telah diceritakan pada sahabat pm....

Sunday, November 15, 2015

Khabar Dari Jauh

Salam,
Sudah lama juga tidak ada entry, bukan sombong tetapi sebab dunia ini sudah teramat sibuk sejak kapalterbang jatuh.

PM sudah hilang fb yang mempunya banyak ramai rakai. Kini cuba kumpulkan kembali dan mencari kawan kawan baru. Jumlah belum ramai dan kehendak orang tidaklah kita ketahui. Duduk di dalam dunia blogger lebih seronok dan tidak juga keterlaluan berpolitik. Tidak mahu jadi pesilat yang kuat, tidak juga jadi bomoh pembohong mau pun tukang karut tentang agama yang bagaikan memukul tin.

Pm nak menjadi penulis baik baik dan sentiasa memberi nasihat kepada golongan muda. Mudahan Allah akhiri umur pm dengan kebaikan.....


Monday, September 21, 2015

Salam Perkenalan

Salam,

Dah lama tidak menulis. agak sibuk dengan cerita politik merah kuning sepertinya bendera negeri pm Selangor. Kini pm tak jadi panglima lagi hanya tinggal pelempang yang lima. Lebih baik duduk diam diam sebab dah tua dah.



Pm bukan jual kain ya...tapi samping cam ni dulu pm suka pakai time raya, paling tidak masa budak budak sekolah dulu masuk pertandingan membaca Quran...Emak pm orang bugis....kain bugis memang adalah dalam simpanan dia. Kata adik ada orang silat  "Cemera Bugis" datang jumpa emak masa arwah masih hidup lagi , hanyalah minta tolong potongkan limau. entah apa fahamnya tidaklah pm tahu. 

Hanyalah pm tahu sebelum arwah pakngah pm meninggal, masa tu pm sedang sakit teruk, barulah dia bukak mulut pasal keturunan  menyatakan pm ni dari keturunan panglima muda iaitu panglima Bugis Selangor. Namun tidak ada apa pun ditinggalkan pada pm walaupun sepucuk pistol.....ilmu pun tak da melainkan meraban sana sini mencari........nasiblah kalau jumpa......Hanyalah pesan atuk angkat pm yang pm ingat " kalau kau buat baik, banyaklah orang kasih"........tu je ilmu pengasih dia... Sampai hari ni belumlah tamat belajar lagi....tu lah kalau ada guru guru muda nak bagi tunjuk dipersilakanlah.

Pm ni kekadang marah dengan diri pm sebab adalah perangai pm ni sombong dan panas baran. Entah turun hantu dari mana. Tu lah kekadang pm ajak diri bersabooo. Semakin tua ni semakin banyak pm nampak perangai pm dulu dulu memang tak bagus. Oleh itu pm nak minta maaf banyak banyak kalaulah ada terkasar bahasa, terutama kepada mereka yang tinggi tinggi pengajiannya, kepada mereka yang bertitle " ayahanda" sampailah cucunda....Kekadang kita terlalu nampak diri kita...Hanya orang yang tak tahu diri sahaja yang nampak dirinya. Mudah mudahan kita semua mendapat keampunan dari Allah....... 


Saturday, August 22, 2015

Tetamu Dari Malaysia

Salam,

Bila lagi kita akan menjejakkan kaki di bumi Madinah ? Yang bernasib baik, yang ada duit dan yang telah terpanggil tentunya tidak sabar sabar untuk kesana. Apa yang kita cari di sana ? Sejarahnyakah, keseronokkannyakah atau sebenarnya kita berasa tenang di Masjid Nabawi....


Teringat saya kata kata lelaki arab di pagi itu " Malaysia Bagus" .....Dia mengenali jemaah Malaysia sebagai tetamu yang terbaik. Kita berjalan beramai ramai, beramah mesra, tidak bertengkar, berpakaian sopan. Tidak berkira sangat dalam soal pembayaran, rengan tangan bersedekah. Itulah jemaah Malaysia...Kalau tertipu juga masih juga "cool".

Tiba tiba bahu saya ditepuk oleh seorang pemuda. Dia berbahasa arab menegur saya. Saya tidak pandai berbahasa arab hanyalah mampu tersenyum. Dari gayanya dia bertanya kepada saya bahawa saya dari mana. Saya kata " malayzia"... Agak kekok bunyinya. Dia bersama sama kawan kawannya mengilingi saya. Mungkin ada yang sangka saya dari india kerana paras rupa saya.

Setiap hari yang jalan yang saya lalui adalah jalan pasar berdekatan pintu 26. Di sanalah orang orang kita membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Ada yang sibuk membeli tasbih, jubah, cincin, kopiah, minyak wangi namun kena pilihlah..... Kalau masuk ke dalam kedai tentu banyak yang mahal. Saya sendiri suka sangat dengan tasbih koka dan cincin yang berkilat....Harganya 70 riyal ke atas.......kalau sampai 200 riyal saya berhentilah.....dan masih boleh tawar menawar dengan berbahasa melayu...Cuma bila beli banyak banyak  macam mana nak bawa balik. Orang kita akan beli banyak banyak buah tangan untuk ahli keluarga dan sahabat handai dimana kalau terpaksa pikul ,kita pikullah....Si suami kenalah sabar dengan perangai isteri... ha ha ha..kalau boleh tambahlah beg lagi......Lagipun bukan mudah nak sampai ke sana....dalam hidup mungkin sekali..


Bila kembali ke tanah air, yang saya adalah hati saya yang masih tertinggal di sana. Saya teringatkan maqam rasul dan azan masjid nabawi. Seolah olah saya sudah terikat. Tidak hairanlah kenapa ada orang yang pergi dan tidak mahu pulang. Di sana mereka merasa tenang dari suasana kelam kabut dunia mereka. Alangkah baiknya jika kita mampu membawa keseluruhan ahli keluarga kita ke sana. 

Kepada yang kini berada di sana, doakan kami disini semuanya agar boleh ke sana lagi.....Kita ke sana mencari diri kita yang hilang di tengah kerakusan dunia. Kita ke sana bertemu rasullulah penghulu kita

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda, “Berbahagialah orang yang pernah melihatku dan beriman kepadaku” Nabi Shallallahu alaihi wasallam mengucapkan itu satu kali. “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku.”

Thursday, August 20, 2015

Sampah Yang Terbuang


Salam, di celah celah timbunan sampah itu, seorang lelaki mengutip buah buah rambutan yang dibuang dari penjaja pasar malam. Agaknya dia masih menjumpai yang elok dan masih boleh dimakan untuk mengisi perut. Melihat kepada timbunan sampah itu, menggambarkan betapa kotornya dan tidakberdsiplinya para penjaja, namun jika difikirkan jika hanya sekadar dua tong kecil, manakan cukup untuk mengisi semuanya.

Marilah kita sama sama melihat dengan mata hati, melihat mana yang tidak ada kepuasan kepada diri kita. Kita sebenarnya tidak dapat melihat keindahan sampah sampah itu justeru kerana hati kita telah dipengaruhi oleh cerita cerita yang bersih. Kita kemudiannya menilaikan sampah itu sebagai tempat kotor dan busuk.

Tentunya tidak ada sesiapa yang ingin dan sudi menerima kebusukan, bahkan kita mahukan kehidupan kita  setiap hari bahagia. Namun apa yang kita lihat dengan mata kita dan apa yang kita rasakan tidak pernah menjanjikan keindahan. Kitalah orang yang selalu lupa bahawa buruk dan baik itu datangnya dari tempat yang sama.......

Untuk lebih mengenali diri kita marilah kita menyiasat solat kita yang kita tegakkan setiap hari, yang kononnya mengikut waktu yang ditetapkan. Asal dengar sahaja azan, kitapun berkejar mengerja solat. Bahkan dalam berkejar mengerjakan solat itu kita sendiri kadang kadang hilang pertimbangan dan hilang sifat kemanusiaan. Yang kita tahu hanyalah diri kita dan berdepan dengan tuhan kita sahaja. Orang lain biar mati, biarlah tertinggal, biarlah luput waktu, biar tiada masa untuk berdoa kepada tuhan tuhan mereka.

Ramai mengatakan bahawa solat itu dapat mencegah perbuatan mungkar tapi ternyata habis sahaja solat, mulut kita mula membebel, rasa tidak puas hati mula menjalar, bahkan ada yang mencuri selipar dan beg tangan di kawasan masjid. Solat 3-4 minit itu kemudiannnya menjadi had kepada ibadah kehidupan kita yang mana selepas daripada itu kita kita tidak beribadah lagi....

Kembalilah melihat kepada peraturan dan ketetapan dalam solat itu, jangan jadikan ia sebagai sampah selepas waktu bersolat. Bahawasanya orang bersolat itu memuji Allah di dalam solat dan di luar waktunya. Orang yang bersolat itu tidak mengumpat dalam dalam solatnya, tidak banyak bergerak dalam solatnya, tidak makan dan minum dalam dalam solatnya, tidak berteriak memaki hamun dalam solatnya, tunduk bangun dalam solatnya dengan tertib, bahkan hatinya tunduk terus dijaga.......Yang demikian itu bawalah perbuatan  baik solat itu sehingga diluar waktu solat kecuali tidak makan dan minum akan tetapi puasa yang terlebih baik. Perbuatan baik solat jika dilakukan diluar waktu solat ianya akan mendisiplan diri dari satu solat ke satu solat dimana ianya berlansung selama 24 jam..........

Berjaga jagalah....jagalah diri dan jagalah hati anda seperti lori lori sampah yang mengangkut sampah mengikut aturan waktunya. Biarpun yang dibuangnya yang diaturnya adalah sampah tetapi pekerjaaan itu  masih mulia. Jagalah hati anda....tempat perkumpulan semua sampah yang kita adakan sendiri...

Tuesday, August 18, 2015

Dari Mata Turun Ke Hati

Salam,

15/8/2015, tamatlah hari raya dengan meninggalkan berbagai kenangan. Di hari itu pm berjalan di tiga jamuan...Satu jamuan belakang rumah.


Yang kedua di Templer Park Rawang ketika hujan sedang lebat turun




Yang ke tiga ialah jamuan lorong di rumah pm. Pada malam tersebut bukan sahaja lorong di rumah pm, tetapi juga di dua lorong berdekatan sekitar Taman Kasturi. Kali ini pm melihat kerjasama semua pihak, riang ria anak anak sehingga pak iman ada berkata " mari kita buat program hari keluarga.


Bukan sahaja orang kuat surau dengan geng yang ada tetapi juga rukun tetangga


Geng surau tidak menghampakan kerana sudi masuk ke setiap lorong majlis open house, beramah mesra dengan penduduk kawasan lorong.




Kaum kaum ibu juga berhimpun beramai ramai beramah mesra, meluapakan apa yang tak kena, terkurang, terlebih.


Itulah yang pm suka .....tapikan apa kata kalau satu taman buat sambutan sekali ? Susah nak ceritakan....ada 700 kepala rumah, belum tuntu dapat sehati sejiwa. Banyak perkara hendak dilihat, siapa ketua, siapa yang buat kutipan wang, apa respon kepada kutipan. Tiap tiap yang baik memang ada yang kena bangkang. Apapun usaha misti diteruskan, kita kena hidup walaupun dalam kelompok yang kecil, paling paling tidak ahli surau yang mungkin sebaris dua..........


Sabda Rasulullah SAW:

اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء

Maksudnya: “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .


Sabda Baginda SAW iaitu:

اَلْجِيْرَانُ ثَلاَثَةٌ جَارٌلَهُ حَقٌ وَاحِدٌ وَجَارٌلَهُ حَقًانِ وَجَارٌلَهُ ثَلَاثَةٌ حُقُوْقِ فَااَلْجَارُلَهُ ثَلَاثَةُ حُقُوقٍ اَلْجَارُ اَلْمُسْلِمُ ذُو اَلْرَّحِمِ فَلَهُ حَقُّ اَلْجَوَارِ وَحَقَّ اَلاءِسْلَامِ وَحَقُّ اَلْرَّحِمِ وَأَمَّا اَلّذِى لَهُ حَقَّانِ فَالْجَارُ اَلْمُسْلِمُ فَلَهُ حَقُّ اَلْجَوَارِ وَحَقُّ اَلاءِسْلَامِ وَأَمَّا الَّذِى لهُ حَقٌ وَاحَدٌ فَالْجَارُ اَلْمُشْرِكُ


Maksudnya: “Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada jiran yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai seorang Muslim. Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik”

Wednesday, August 12, 2015

Open house tahun 2015

Salam, OPEN HOUSE kali ini menyaksikan berbagai menu dan menyebabkan orang yang datang merasa puas makan. Pm tidak sentuh banyak benda kecuali nasi impit dan air sahaja manakala yang lain dibiarkan menari di atas meja





Mereka yang berbakat menunjukkan aksinya dan menggayakan apa yang patut








Tetamu yang dijemput hanyalah orang dekat dekat dan jauh mana yang teringat, mana yang kami lupa ''sorry" dan mana gambar yang terlupa ambik juga sorry







Biar je lah gambar yang berbicara.....aku malas nak cerita.....sebab banyak orang lupa nak jemput....

Thursday, July 30, 2015

Penat Seminggu Beraya

Salam...

Tidak menghampakan, beberapa keping gambar ini pm abdikan di dalam blog ini sebagai kenangan raya 2015. Adakah raya ini betul betul menggembirakan..............

Tiap tiap tahun musafir nyanyi lagu P. Ramli...


Yang paling bestnya berkain pelekat pada hari raya, kekadang lansung tak pakai baju. Panas sebab banyak makan daging.



Muka memang selalu mengantuk sebab tidur tidak cukup. tiap tiap tahun pun ada satay...




Budak budaklah paling gembira tapi kami yang jadi driver ni....ke sana kemarilah....

Balik ke KL pada hari Selasa 21hb dengan sebab malas nak cuti panjang, lagi pun ada anak anak yang akan bekerja dan sekolah. Jam 12.30 kami bertolak  singgah di restoren Pelita di Sg Petani..


Singgah makan dan solat zohor jamak..........dan kemudian bergerak singgah ke Permatang Pasir bukit mertajam.....Jam 4.15 barulah bergerak dimana singgah lagi di hentian bukit merah.selama 20 minit.


Selepas itu kami mula mengikuti jalan lama iaitu di Changkat Jering sebanyak 3 buah kereta berderet kerana highway JEMMMMM

Seingat pm kami singgah di sebuah masjid berdekatan ipoh jam 8.20 untuk magrib. Biasanya time ni dah sampai KL kalau bergerak pada pukul 1.00 tengahari.

Singgah lagi makan di restoran Nasmir di ipoh untuk makan malam........9.45 gerak lagi masuk ke simpang pulai




Kayuh lagi di dalam malam yang gelap gelita itu dan berhenti di Bidor untuk isi minyak. Perjalanan 3 buah kereta tersebut berpecah di slim river.....


Ini gambar siang, bukan gambar malam ya...tapi cam tu lah...sampai di tol slim river jam 1.00 pagi....gila betul perjalanan ini dah lebih 12 jam. Pukul berapa sampai ke rumah ?.... Jam 2.30 pagi....manakala esoknya jam 7.00 nak berkayuh pergi kerja...

Perkara ini agak biasa tetapi juga luar biasa apabila badan kita mula sakit sakit selepas balik ke KL. Sebabnya mungkin banyak makan ketupat atau keeltihan kerana terlalu banyak memandu sepanjang musim perayaan. Yang best nya orang yang dapat tidur sepanjang perjalanan.

Letihnya juga dekat seminggu, kaki sakit, peha sakit, cuaca tak sama....kueh raya pun tak puas makan. dekat KL rupanya sunyi dan tidak seperti tahun tahun lalu. Tak banyak open house, dan kalau ada pun mungkin makan ramai ramai di rumah sendiri....Duit raya tak usah sebut, untunglah siapa yang dapat...salam kosong sahajalah..

Apa yang menariknya berjalan di jalan biasa diwaktu siang ialah kita dapat lihat aktiviti orang kampung, manakala waktu malamnya kita hanya melihat hutan atau langsuir melompat di sana sini...




TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...