Salam, di celah celah timbunan sampah itu, seorang lelaki mengutip buah buah rambutan yang dibuang dari penjaja pasar malam. Agaknya dia masih menjumpai yang elok dan masih boleh dimakan untuk mengisi perut. Melihat kepada timbunan sampah itu, menggambarkan betapa kotornya dan tidakberdsiplinya para penjaja, namun jika difikirkan jika hanya sekadar dua tong kecil, manakan cukup untuk mengisi semuanya.
Marilah kita sama sama melihat dengan mata hati, melihat mana yang tidak ada kepuasan kepada diri kita. Kita sebenarnya tidak dapat melihat keindahan sampah sampah itu justeru kerana hati kita telah dipengaruhi oleh cerita cerita yang bersih. Kita kemudiannya menilaikan sampah itu sebagai tempat kotor dan busuk.
Tentunya tidak ada sesiapa yang ingin dan sudi menerima kebusukan, bahkan kita mahukan kehidupan kita setiap hari bahagia. Namun apa yang kita lihat dengan mata kita dan apa yang kita rasakan tidak pernah menjanjikan keindahan. Kitalah orang yang selalu lupa bahawa buruk dan baik itu datangnya dari tempat yang sama.......
Untuk lebih mengenali diri kita marilah kita menyiasat solat kita yang kita tegakkan setiap hari, yang kononnya mengikut waktu yang ditetapkan. Asal dengar sahaja azan, kitapun berkejar mengerja solat. Bahkan dalam berkejar mengerjakan solat itu kita sendiri kadang kadang hilang pertimbangan dan hilang sifat kemanusiaan. Yang kita tahu hanyalah diri kita dan berdepan dengan tuhan kita sahaja. Orang lain biar mati, biarlah tertinggal, biarlah luput waktu, biar tiada masa untuk berdoa kepada tuhan tuhan mereka.
Ramai mengatakan bahawa solat itu dapat mencegah perbuatan mungkar tapi ternyata habis sahaja solat, mulut kita mula membebel, rasa tidak puas hati mula menjalar, bahkan ada yang mencuri selipar dan beg tangan di kawasan masjid. Solat 3-4 minit itu kemudiannnya menjadi had kepada ibadah kehidupan kita yang mana selepas daripada itu kita kita tidak beribadah lagi....
Kembalilah melihat kepada peraturan dan ketetapan dalam solat itu, jangan jadikan ia sebagai sampah selepas waktu bersolat. Bahawasanya orang bersolat itu memuji Allah di dalam solat dan di luar waktunya. Orang yang bersolat itu tidak mengumpat dalam dalam solatnya, tidak banyak bergerak dalam solatnya, tidak makan dan minum dalam dalam solatnya, tidak berteriak memaki hamun dalam solatnya, tunduk bangun dalam solatnya dengan tertib, bahkan hatinya tunduk terus dijaga.......Yang demikian itu bawalah perbuatan baik solat itu sehingga diluar waktu solat kecuali tidak makan dan minum akan tetapi puasa yang terlebih baik. Perbuatan baik solat jika dilakukan diluar waktu solat ianya akan mendisiplan diri dari satu solat ke satu solat dimana ianya berlansung selama 24 jam..........
Berjaga jagalah....jagalah diri dan jagalah hati anda seperti lori lori sampah yang mengangkut sampah mengikut aturan waktunya. Biarpun yang dibuangnya yang diaturnya adalah sampah tetapi pekerjaaan itu masih mulia. Jagalah hati anda....tempat perkumpulan semua sampah yang kita adakan sendiri...
No comments:
Post a Comment