Thursday, December 23, 2021

Jangan Banyak Bohong # banjir

Salam,

Aku ada pantun yang baru tadi timbul dalam ilham.

Dalam kendi merendam jeruk

Hari hujan bawalah cangkul

Kalau berbudi jangan menunjuk

Takut pujian tak larat dipikul.


Kita kini berada dalam zaman "pertunjukan". Kalau tak tunjuk misti tak nampak. Inilah zaman bukan sahaja kita boleh melihat kejahatan seseorang sehingga kejahatan yang busuk itu kelihatan busuknya,  menonjol tanpa ada rasa kemaluan. Kita juga boleh melihat kebaikan seseorang dengan keimanannya sekali dimana manis keimanan itu dapat ditontoni sekali oleh binatang yang kecik kecik yang tidak reti bahasa. Inilah zaman rumit pelik dan memperbanyakkan sangkaan sehingga kehilangan maruah, tidak dapat membezakan benar dan salah dan akhirnya kita sama sama tenggelam  terikut ikut.

Seorang sahabat kutemui baru baru ini dengan bangganya menceritakan bahawa dia telah membuka sebuah kedai yang menguntungkan. Dia kata dia akan membeli rumah baru dimana rumahnya yang sedia ada sekarang akan dijual. Dia kini ada duit yang banyak tambahnya lagi.

Aku pun tak tahu, aku ni bercakap dengan budak budak atau orang tak cukup akal. Setahu aku rumah yang dia duduk adalah rumah bapa mertuanya, kedai yang dia ada itu menggunakan nama isterinya. Dia ini hanyalah orang bernasib baik kerana berkahwin dengan keluarga orang yang ada harta. Sekarang dia nak mengaku ngaku dia punya. Betul kata bos aku dulu " itu semua cerita saja" Amat memalukan jika bangsa kita kuat mengaku ngaku. Dulu ada seorang bergelar dato pun ada perangai begitu..." This my hotel" katanya. Padahal dia hanya pengarah yang dilantik serta bergaji dan bukan pemilik pun...................

Hari ini banjir melanda negara. Banyak NGO datang memberi bantuan...tang ni aku puji....Tapi dia orang ni hidup bukan semua dengan duit sendiri. Semua datang dari tangan orang yang baik baik. Oleh itu jangan hendak memandai mandai mangaku duit sendiri, berbelanja sesuka hati dengan sebab duit masuk tak henti henti.

Banjir bukan sekali sahaja berlaku, pernah dulu banjir besar di Pahang. Bersepahan orang mintak derma sehingga solat magrib isya' tinggal dengan  sebab nak kumpul derma. Duit derma itu pergi ke mana ? Sampai ke kepada penduduk terjejas? Khabarnya ada yang masih mencungap cungap di kawasan banjir. Sekarang ini juga orang ramai sedang meriah mengumpul dana dari macam macam saluran, dari berbagai acc bank termasuk masjid surau. Guna betul ke duit itu ?

Dulu masa covid meriah melanda, begitu jugalah. Ada bantuan sampai ke rumah ada bantuan dalam kertas saja. Ada bantuan sampai tapi barang barang dah expired, barang tak boleh pakai dia orang hantar ke rumah. Nama dia orang juga naik meletop letop. Ada geng pulak nak bagi bakul.....sampai ke sudah bakul pun tak nampak.

Jadi udah udahlah tu membohong, membuat akal memperbodohkan orang. Kalau tak baik, janganlah nak tunjuk baik. Rasa nak bantu orang bantulah....rasa nak diam berdiamlah. Jangan buat semak depan kamera, saja saja nak pegang penyapu....Geli orang tenguk.

Lagi satu golongan penjilat ni, bertaubatlah..jangan hanya pandai berarak ke sana sini. Ingat tuhan sikit jangan bohong banyak banyak, jangan bodek lebih lebih. Duit kita dapat ni nak bagi makan anak bini.....carilah berkat. Apa guna berzakat sedekah, kalau cara masuk duit tu cara haram.

Sapa sapa dapat makanan musim banjir ni jangan nak pertikai banyak banyak. Rasa nak makan awak makan, rasa tak nak jangan makan. Memang time ni semua orang sesak dan dharurat, tapi agama tuan tuan, hukum agama tuan tuan tidak akan berubah. Adakah tuan tuan akan mempertahankan , menyiasat sumber datangnya.......Allah sedang uji tuan tuan memperatahankan hukum agama. Sumber yang haram yang masuk akan menjadi darah daging turun menurun menyebab doa tertolak. Wallahualam


gambar hiasan




Tuesday, August 3, 2021

PERJALANAN PULANG: Mati Hidup Semula ( Kali Ke 2)

PERJALANAN PULANG: Mati Hidup Semula ( Kali Ke 2): Salam, Memang sudah lama pm tak menulis dan menjenguk ke blog ini. Semenjak pm bertukar kerja, pm tidak lagi mengadap komputer. Bukan tidak ...

Mati Hidup Semula ( Kali Ke 2)

Salam,
Memang sudah lama pm tak menulis dan menjenguk ke blog ini. Semenjak pm bertukar kerja, pm tidak lagi mengadap komputer. Bukan tidak ada idea tetapi rasa penat bekerja membuat pm melupakan segalanya.

Baru baru ini pm positif covid 19 iaitu pada 16hb Jun 2021. Rasa terperanjat dan heran juga. Pada 18hb Jun pm dipanggil KKM yang bertempat di Hulu Yam untuk pasang gelang. Jumlah 10 hari kurantin itu pm rasa  duduk di rumah sahaja. Pm demam dengan suhu tinggi, sakit, tiada selera makan. Anak ada belikan alat untuk mengesan oksigen dalam badan. Makan panadol dan berbagai petua dan makanan telah digunakan tetapi demam tetap tinggi setiap hari. Tarikh 21, 22 dapat bertahan dan akhirnya pada 23hb Jun 2021, bacaan oksigen terun menurun ke 84. Anak pm dari Melaka telah menghubungi ambulance kerana pm telah mula sesak nafas.


Pm telah dibawa ke Hospital Selayang ke wad kecemasan pada tengahri itu . Doktor menyuruh pm baring meniarap dalam beberapa jam dalam keadan memakai gas. Memang lenguh tulang belakang. Tidak dibenarkan bergerak dari katil dan buang air juga di atas katil. Jam 2.00 pagi pm di pindahkan wad 8 D katil no 15. Bermulalah kehidupan pm di wad tersebut.

 



Dari katil 15 ke katil 20........ke tkt  9 b katil 26. selama 3 minggu



Di dalam wad merupakan mimpi ngeri dimana tidaklah sama apa yang disebut orang dan sangat berbeza dengan apa yang dilalui. Memang sebenarnya font liner itu sibuk, mereka mengambil masa dan cuba memenuhi kehendak pesakit dalam keadaan waktu terbatas. Mereka bertugas dalam keadaan yang lama dan ada yang melebihi 10 jam. Mereka penat dipanggil pesakit, ada sahaja "emergency", kematian, memberi ubat membuat pemeiksaan. Merekalah peneman kami penghibur kami di saat teman teman sebelah sesak nafas atau menunggu ajal. Sungguh sukar memperincikan kisah ini, mungkin di lain masa dan ketika

 


 







Memadailah sedikit gambaran untuk kali ini. Pada 12hb Julai pm selamat keluar dari wad, setelahnya 3 hari sebelum oksigen dibuka. Kemudian menjalani kehidupan di rumah sebagai orang tua bertongkat sehingga kini tidak dapat berjalan normal akibat dari kesan covid 19.

Kepada para sahabat di luar sana pm pesan.....jika covid  peringkat 1 dan 2 kurantinlah baik baik. Jangan jadi seperti pm..covid tahap atau jua tahap 5. Anda akan pergi tak kembali.......

Sekian 

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...