Sunday, October 31, 2010

Beraya Lagi Kita

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban bakal menjelma. Kita bukan sahaja akan bersolat bersama sepertinya Hari Raya Puasa tetapi akan masak masak dan makan makan juga. Dalam diam diam, bujed tengah bulan ini kena ada juga. Masih juga ada adat kunjung mengunjung. Paling paling malas kita masak bihun dan minum air sirap. 

Biasanya aku berhari raya di Keramat AU 1, surau disana kelihatan bagus. Selepas sahaja selesai solat Aidul Adha, kami pun dihidangkan dengan makanan, macam minum pagi juga. Jadi orang ramai tidak perlu tergesa gesa pulang ke rumah, minum disana dan ibadah korban boleh dijalankan terus. Tahun ni tak tahulah ada berapa ekor lembu nak dikorbankan. Banyak orang dah tak ada duit, dapat sekor lembu kurus pun jadilah.Tahun tahun lalu ibadah korban sepertinya berlawan lawan, bahkan ada yang sembelih unta. 

Bagi orang Malaysia, jangan lupa masak ketupat sebab dah rasa tak larat nasi impit  dalam palstik tu .Orang sebelah utara, biasalah, bihun sup............sebut sebut sahaja buat meleleh air liur...  Tapi kami semua tak larat balik kampung jauh jauh sebab poket semakin surut





Saturday, October 30, 2010

Lorong Hitam

Di lorong hitam itu
tempat segala jenis tikus
yang membesar penuh kekayaan
sedangkan manusia masih memakan sisa sisa
tidurnya lena

Disini tiada kemanusiaan
tiada juga kebinatangan
bahkan lebih dari itu

Aku ingin bertanya
dimana lagi tempatnya
bernama perlindungan


Friday, October 29, 2010

Ombak Yang Menggulung

Ombak yang menggulung tinggi
kemari lagi
menelan kami, keluarga kami
melambung tinggi bersamanya isi bumi
punah musnah

Ombak itu
membawa gegaran dan hakisan
angin yang bertiup kencang
menghilangnya suara tangisan
ketawa yang semakin sepi
dibawah runtuhan

Apa lagi ada pada cinta
ketika ombak menyapa lalu
menggaris pemisah
antara hidup dan mati

Jangan kau tanya tentang kemarahan tuhanmu
pada bumimu yang kau kotori itu
dengan dosa dosamu
atau kerna kejahatan mereka
atau kerna takdirmu disitu
tsunami oh tsunami..............................................

Salah ke tenguk facebook dulu

Salam... petang yang indah sesudahnya solat jumaat................................

Semalam salah seorang budak supervisor aku ajak minum di warung tepi jalan. Dia ni dulu kaki genting dan pernah menang berpuluh puluh ribu dan pernah kalah meredum. Tapi entah macam mana bintangnya cerah dan dengan kurniaan tuhan dapatlah kahwin dengan gadis sebangsanya " Pakistan"

Semenjak dari itu kehidupannya yang carcamarba bertukar arah. Dia sudah mula berjinak jinak belajar ugama dan sudah mula menjejak kaki di masjid. Keluarga isterinya walaupun digolongkan dalam golongan orang ada duit tapi soal ugama sangatlah dititik beratkan. Aku melihat sangatlah ketara perubahan ini dan berharap dia mengekalkan perbuatan yang baik walaupun dibawah pengaruh kuat pihak mertua.

Semalam dia duduk di kedai itu belajar tentang kiblat hati. Aku tenguk dia bukan main suka sangat. Orang macam ni tak boleh salah cakap, tak boleh salah ajar dan kalau nak bagi contoh ke biarlah benda yang baik. Aku dengar dia kata ustaz kat masjid tu ada cakap dalam ceramahnya bahawa budak budak muda sekarang lupa sembahyang subuh tapi tak lupa facebook. Bangun pagi pagi dah mengadap facebook dulu. Payah nak cakap hal ini.. orang dulu dulupun bangun pagi pagi mengadap kambing dan ayam dulu. suka hati ustaztulah apa nak cakap dan apa nak contohkan......

Pagi yang membosankan

Salam,
Pagi ini sangat membosankan, tak tau nak buat apa. Bukak facebook macam tak bermaya, tenguk sana tenguk sini , semua rasa tak kena.. Tak siapa dalam fb yang contact kita ni , boring betul... Nasib baik adalah member blogger ada menulis macam macam cerita... aku tak ada idea ni...

Wednesday, October 27, 2010

Anak Manis

Anak manis
menghitung hari yang berlalu
lewat lagi di hutan batu itu
pertaruhan ini bukan percuma
untuk sebuah kehidupan

Anak manis,
dimanakah rasa cinta seorang ayah
yang hilang mendakap malam
membawa sebuah mimpi
lenyap disahut subuh

 Pabila beduk berbunyi
                                              petanda siang menjelma
                                              dan akulah disini
                                              melihatmu dengan mata hatiku

Amietz@f.k ~ Sela

Amietz@f.k ~ Sela: "pada"

Time kerja jijah, buat sahajalah

Tuesday, October 26, 2010

Bertemu Untuk Berpisah

Salam, pagi tadi seperti biasa perjalanan membosankan. Dari Bukit Beruntung ke simpang Sg. Choh melihat deretan kereta yang sekian panjangnya, isteriku pula menyambung tidurnya sementara anak daraku asyik mendengar lagu dari "handphone" .

Sekali sekali kenangan lama bermain difikiran apatah lagi radio mendendangkan lagu Uji Rashid dan Hail Amir dengan tajuk lagu "bertemu untuk berpisah" Itu bukan lagu tahun keremajaan aku tapi sekadar lagu untuk tajuk sebuah cerita. Masih kuingat seorang gadis dari Sentul, Kuala Lumpur  Noraishah namanya, gadis yang kucintai dengan tidak sengaja yang mana menyebabkan aku sering berulang ulang menjemputnya di tempat kerja sewaktu balik malam. Waktu itu manalah ada kenderaan, tak mampu walaupun untuk membeli sebijik motor.

Aku masih teringat pada suatu malam ketika aku sedang menunggu Noraishah ditepi komplek itu, tiba tiba aku di datangi oleh salah seorang rakan perempuan Norasiah bertanya kepadaku. " Awak ni Zul ke ? " Aku tersenyum sahaja sedangkan di dalam fikiranku berfikir yang bukan bukan. Kepulanganku bersama Noraishah pada malam itu adalah seperti biasa dan aku rasa aku adalah orang paling baik

Beberapa hari berlalu dengan tiba tiba Noraishah ingin sangat bertemu denganku kerana ada hal mustahak katanya. Kami bertemu disuatu tempat yang tenang tanpa gangguan. " Saya ada perkara nak cakap dengan abang " katanya. " Cakaplah " jawabku ringkas. " Saya sebenarnya sudah ada kawan bang, Zul namanya, dia hendak kahwin dengan saya" kata Noraishah lagi..........   " Baguslah" kataku dan seterusnya kami membisu seketika. Di dalam perasaanku telah bermain rasa kesedihan tapi apa hendak dikata, Noraishah telah berniat untuk berpisah. " Mari kita pulang" kataku dengan mudah. Kamipun pulang dengan keadaan membisu dan mendukacitakan
Setahun lamanya aku tidak berjumpa Noraishah sehingga suatu hari kudengar suaranya di talipon. " Saya nak jumpa abang" katanya. Aku kata " OK" dan kami bertemu ditempat yang sama............................ " Saya belum kahwin lagi, saya tak cukup duit " katanya. Sekali ini otakku berfikir ligat, nak jadi baik atau nak jadi jahat. Ah... lupakanlah...biar si Zul itu sahaja cari duit dan bukan aku...Kami berpisah lagi dan kali ini benar benar berpisah.

Aku dapat panggilan talipon lagi beberapa bulan selepas itu. " Datang ya bang, datanglah hari pernikhan saya" katanya. Aku jawab " OK"

Dihari perkahwinan itu aku datang, aku melihat dua mempelai dipersandingan, aku melihat pengantin lelaki memakai spek hitam, aku bersalaman dengannya. Pasti dia tidak kenal aku kalau dia tahu pasti dia mengatakan bahawa aku adalah lelaki yang terbaik dan paling baik atau yang paling bodoh. Cuma aku datang tidak seorang tetapi berdua.

Korang jangan gelak tenguk gambar ni, anak aku kata ini gambar "orang zaman' Inilah dia gambar aku kat rumah pengantin tu dan pada masa itu aku masih ada rambut. Yang kat sebelah tu  bini aku waktu mudanya.....

Korang minat dengar cerita aku tak,,, nanti boleh tambah

Sunday, October 24, 2010

Restoren Pelita Yang Dilupakan

Salam,
Bila hari hari cuti ni eloklah pergi makan makan, makan kat restoren pelita ke, restoren kari kepala ikan ke, restoren kg pandan ke... Tapi cuba korang pergi kat restoren De' Chow Kit  dekat Seven Elevan supaya perasaan muak tu tidak menguasai diri. Disana ada makanan padang, ni asyik asyik makan makanan sebelah utara aja, sekali sekala tukarlah selera.


Kalau ke Chow Kit jangan kejar bihun sup aje, kat sana ramai orang makan tapi yang ramai adalah orang yang kurang deria hidung je. Sedap memang sedap, akupun terpegun tapi ada bau tak menyenangkan. Dulu aku terbau jugak tapi sekarang macam tak de bau walaupun duduk tepi longkang... Alih alih pelita jugak jadi pilihan... Tanya bang mail...

Sekali sekalamakanlah jeruk dan tak perlu menunggu waktu mengandung baru nak makan... Si Faizan entah bila dapat anak ya.




Pandanglah udang ni kalau korang berselera, kalau tekak gatal toksah makan................

AHAD YANG MEMBOSANKAN

Salam

Hari ini hari Ahad, boring betul. Budak budak student dah tak ada lagilah boring. Dulu waktu mereka ada bolehlah aku membebel sikit. Sekarang semua dah balik dan perasaan sedih pun dah hilang satu persatu. Hari ni tenguk muka Myamar dan bangla ajelah.... Semakin lama semakin penuhlah dengan depa kat Malaysia ni. Budak budak melayu mana nak kerja susah susah
 Dia dah tak goreng telor lagi...duduk atas kerusi je

Tinggal gambar aje... tahun depan kut datang dari Ghana ke dari Somalia ke yang canggih canggih dan mengancam

Saturday, October 23, 2010

ISO.... ISO 9001 MAMPUKAH ANDA TERSENYUM

Aduh,
Dah lama tak de class ISO.... Murid murid tua ni mulalah bingung bingung sikit. Selak kertas sana sini, cari cerita lama. Ada yang tergantung gantung tak siap. Cikgu pun senyum ajelah, maklumlah murid murid tua yang hendak mencapai tahap ISO 9001:2008. Jadi ke tak ni...

Walaubagaimana pun kena buat jugak kena siap jugak sebelum habis januari 2011. Masa tu entah siapa ada entah siapa yang dah blah.. Sekarang adalah musim menulis. tulis sahaja apa peraturan kamu. Pastikan apa yang ditulis tu kena buat dan borang berlambak lambak untuk mereka yang akan  mengambil tempat kita.


 Kasihan cikgu, bercakap tak habis habis, entah dia orang faham atau tidak ni
 Part ni aku pening, tambah pulak tulisan kat depan kecik kecik...

 Bila cikgu baca kerja tangan kita, dia pun komen banyak banyak, ada seminggu nak buatt perubahan
 Chef Ree kena tukar bahan masakan gamaknya

Kami senyum je, senyum kerja tak siap dan senyum sedekah

Friday, October 22, 2010

Oh Malaysia............................

Salam,
Kejutan pagi kemarin dimusim perhimpunan UMNO ni dengan tiba tiba hotel aku diserang JAKIM.... Untuk tahun ni kali ke dualah dan esok lusa tak tahu lagi. Tup tup lesen halal digantung sementara dengan KESALAHAN BESAR katanya. Pak Ustaz yang datang pun bukan kecik kecik anak. Heran jugak aku, tak pa lah,depa buat kerja dia. Tahun lalu dapat lesen pun depa yang kasi, macam biasa sebelum kelulusan kita kena hantarlah segala macam lesen halal dari pembekal dan akhirnya kami dapat lesen halal tulisan jawi warna hitam tu..... Depa yang terang mata tu telah meluluskan sehingga ke tahun 2011. 

Empat bulan sudah datanglah awek awek manis dari Jabatan yang sama.Nampak ok je, tulis tulis dalam dua tiga borang dan sedikit teguran... lepas tu ok tak ada apa apa. Semalam pulak ada tak kena kata mereka, depa suruh dapatkan bekalan ayam terus dari pembekal utama. Dengan kata lain tak boleh ada orang tengah, apatah lagi diragui statusnya. Aku yang duduk sebelah dengar cerita tu pening jugak. Pembekal utama tentu guna anak anak buah sebagai penghantar dan pembekal utama tentu ada lesen halal. Syarikat kecik kecik tentu ambik bekalan dari pembekal utama juga... Jadi kat mana pulak silapnya. Agaknya benda tu datang dari pasar tak halal macam makcik jual kueh tepi jalan yang tak ada lesen halal.

Kok dimana pun , dah tentu pihak hotel akan bertindak membetulkan keadaan sebab JAKIM dah datang periksa dan dia orang datang pun tentu ada sebab. Cuma aku gelak juga kenapa dia orang tak masuk kedai mamak depan hotel tu. Kat sana , ramai juga orang UMNO makan. Mamak tu pun bukan betul lesen halalnya dan entah dari mana , negara mana punya lesen dia pakai.

Lagi satu, ayam kat belakang tu bersama bapuk kat lorong haji taib mana ada lesen halal, elok je berniaga siang malam, ramai juga orang mengunjung... Aku salah cakap ke...

Wednesday, October 20, 2010

MERINDUI ANAKKU

Merindui anakku disana,
yang mungkin tak kutemui lagi,
kerna perjalanananya semakin jauh..

Tiada lagi suara riang ketawanya
buat penghibur duka

Dan air mata bergenang lagi
menitis satu persatu
kerna pertemuan tak bisa terjadi

Merindui anakku
dicelahan cemburunya isi dunia
tidaklah dimengertikan lagi oleh mereka
kerna ketamakkan rasa cinta

Badan tak sihat lah

Salam,
Badan tak berapa sihat rasanya. Dah dua tiga hari, makan rasa tak sedap, malam tidur terasa panas. Musim panas agaknya. Fikiran pula berceramuk dengan mimpi yang tidak ketentuan. Dalam keadaan begitu aku menyendiri lagi mencari jawapan ..................

Sebenarnya manusia jarang reda dengan apa yang dia dapat, kegagalan pula menjadi keluh kesah. Dia lupa bahawa dia ada tuhan dan mempunyai kepercayaan. Malangnya kepercayaan itu luntur hilang dibawa arus kemodenan dan dia cuma percaya apa yang dia nampak dan dia rasa.

Inilah manusia yang lemah dan sesat..........

Sunday, October 17, 2010

Salam Kasih Penuh Ingatan

Dengan Nama Allah Yang Pengasih dan Penyayang......................

Salahkah aku menceritakan tentang kasih dan sayang. Perasaan yang datang dari tuhanmu dan dicemburui oleh manusia. Inilah perasaan yang tiada halang pemisah tidak mengira ugama, bangsa kulit dan rupa. Masih kau ingat lagi perkataan " Ganyang Malaysia". Yang disuarakan oleh saudara kita diseberang sana. Pada hal ianya tidak mempunyai sebarang faedah melainkan kehancuran.

Semalam berlakunya peristiwa menghayat hati justeru kerana perpisahan terjadi dengan kehendaknya hukum alam. Semua anak anak dari Bandung meninggalkan Malaysia , membawa pulang ilmu dan pengalaman, yang mengetahui bahawa bumi Malaysia ini tidak memerlukan perpecahan, malahan menjadi tempat perlindungan dan tempat mencari nafkah sesuap nasi. Kusertakan photo ini sebagai kenangan untuk anak anak yang masih mengingatiku atau bakal melupakan aku untuk selamanya.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan dismpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah
Jangan simpan di dalam hati

Salam untuk Pak Hary dan juga saudara kami di SMK 9









Tuesday, October 12, 2010

Pokok Cili Faizan

Salam,
Ahad lalu aku ke Keramat KL,  ke rumah kakak iparku. Biasalah dah lama tak ziarah semenjak raya kemarin. Biasalah hari ahad waktu petang adalah waktu berehat bagi orang kerja gomen dan kerja pejabat. Masuk rumahnya gelap aje sampailah ke pintu belakang. Tau tau nampak anak saudara lelaki tengah sibuk dengan pokok cilinya.

Nak kata hantu sampuk dia , tidak pulak. Dia ni budak IT, hari hari mengadap komputer, alih alih dah jadi pak tani pulak. Mungkin kena tiup angin lepas kawin kut. Tapi dia juga baru nak berjinak jinak dengan blog, nak tulis pasal pokok cililah tu. Kasihan jugak ya...aku menulispun boleh dikira jari siapa nak baca. Lainlah penulis politik, yang boleh kutuk sana sini dengan tajuk yang hebat hebat. Jadi kita jadi penulis dairy sudahlah..... dapatpun sen sen aje dari nuffnang..............entah bila jadi banyak macam buah cili tu

Monday, October 11, 2010

Bersujudlah wahai saudaraku

Salam,
Kelmarin aku cuba menulis cerita tentang sejadah itu yang mana mungkin gaya bahasanya tidak menarik perhatian. Tapi aku mempelajari tentang tapak sejadah itu bertahun tahun yang mana akan membosankan orang lain mendengarnya. Sejadah itu berukuran 4 segi dan tiada yang bulat. Bukan sahaja melambangkan baitullah tetapi juga kuburan sendiri. Segalanya mengajak kalian merenung kembali tempat kembali, sujud mencium tanah sebelumnya kalian diciumkan dengan tanah 7 kepal tanah di didalam kuburan nanti. Bagi mereka yang merenungi alam dan tidaklah buta mata hatinya

Amin amin Ya Allah

Sunday, October 10, 2010

Surat Untuk Kekasihku

Salam,
Kita bertemu lagi dihari ini. Hari yang indah untuk sekian kalinya untuk dilalui detik ke detik. Masih kau ingat tentang perjalanan pulang itu yang sering kita abaikan kerana dunia ini menjanjikan keenakan, manisnya dibelai rindu................

Sayang,
Janganlah lagi terlupa tentang kehidupanmu ketika di dalam kandungan ibumu, bukankah kau pernah berjanji dengan kata " sesungguhnya solatku ibadahku, hidupku dan matiku kerana allah" Bukankah  ketika kelahiran itu kau bertelanjang dalam keadaan terlentang tidak berdaya lalu dipakaikan pakaian, dibalut enak dan ketika pulangnya nanti kamu juga bakal jadi begitu, dibalut rapi menuju ke lahad. Kamu harus tahu  bahwa perjalanan hidup ini adalah sama dari mulanya sehingga akhir. Bermula dari baring terlentang, bangun, duduk membongkok dan tegak gagah berdiri . Pulangnya nanti juga bermula dari berdirin, membongkok tidak berdaya, duduk dan terbaring lesu.

Sayang,
Perjalanan ini membongkar rahsia pergerakan insan milik tuhan , mengajak kamu bersolat, tegak berdiri, ruku', sujud dan duduk yang mana jika kamu sudah tidak mempunyai keupaayan lagi melayakkan kamu berbaring. Kamu tidak terlepas dari hukum tuhan untuk mentaatinya walaupun untuk nafas yang terakhir

Disaat saat ini aku khuatir terhadapmu kerana kelupaan ini akan melalaikan. Cintaku tidak dapat menyelamatkanmu walaupun sedikit kecuali jika kau menguatkan hatimu untuk terus bertahan dengan agamamu ini.

Sayang,
Usahlah berbangga lagi dengan kecantikan yang kau miliki kerana nafas manusia ini tidaklah panjang melebihi satu kaki, rumah yang terakhir tidak melebehi kedalaman tujuh kaki. Kepulangan ini memang dinanti dan permergian ini usah ditangisi.............




Saturday, October 9, 2010

WASIAT TERAKHIR DIBULAN SYAWAL

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia...........................

Anakku
Ungkapan kata kata manis tidak dapat memujuk hati ini dan aku menjadi terus sebagai seorang pencari dan mengejar ketenteraman itu. Wasiat ini bukanlah sahaja untukmu tetapi juga kepada anak anakku yang lain  yang berada diseberang sana malahan juga buat tetamu tetamu kita yang sudi hadir diruang sekecil ini.




Anakku,
Janganlah berpaling lagi ke belakang kerana jalan ini sudahpun lurus dan kau harus memutuskan niatmu kerana ini adalah jalan pulang. Mungkin perlu kuperingatkan bahawa sejadah ini mempunyai empat penjuru membentuk empat segi bujur sebagai tanda bahawa agama itu memerlukan empat perkara yang saling berkait diantara satu sama lain yang mana jika tiada salah satunya maka terbatallah. Ingatilah wahai anakku bahawa yang pertama itu Islam, kedua adalah Iman ke tiga adalah Tauhid dan yang ke empat adalah Ma'rifat. Sepertinya yang kukatakan tadi bahawa ianya saling bergabung yang mana jika adanya Islam perlunya ada nya Iman kerana tanpa salah satu darinya ugama itu akan terbatal......................

Sejadah itu juga merupakan jemputan untukmu agar kau bisa pulang pulang dengan selamat dimana ianya adalah  kuburan pertamamu dimuka bumi ini. Orang yang solat itu adalah umpama orang yang mati, tidak memerlukan makan dan minum, hanya berbicara dengan segala puji kepada tuhannya, mencium hamparan bumi Allah yang tiada dekat dan jauhnya hatinya ke baitullah............. Dimana pun kau berpijak , kemana pun kau bakal pergi, langit inilah yang kau junjung dan bumi inilah yang kau pijak. Janganlah berlaku sombong, melakukan kerosakan sambil menghidup udara ini yang bakal menghapuskanmu kerana kedegilanmu................. Anakkku sebelum kau terlupa lagi bersungguhlah dalam sujudmu, dan jadikanlah sujud ini sebagai sujud terakhir kerana solat mayat itu tidak mempunyai sujudnya lagi, mereka hanya berdiri sehingga ke akhirnya.............salam.......................






TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...