Sunday, October 10, 2010

Surat Untuk Kekasihku

Salam,
Kita bertemu lagi dihari ini. Hari yang indah untuk sekian kalinya untuk dilalui detik ke detik. Masih kau ingat tentang perjalanan pulang itu yang sering kita abaikan kerana dunia ini menjanjikan keenakan, manisnya dibelai rindu................

Sayang,
Janganlah lagi terlupa tentang kehidupanmu ketika di dalam kandungan ibumu, bukankah kau pernah berjanji dengan kata " sesungguhnya solatku ibadahku, hidupku dan matiku kerana allah" Bukankah  ketika kelahiran itu kau bertelanjang dalam keadaan terlentang tidak berdaya lalu dipakaikan pakaian, dibalut enak dan ketika pulangnya nanti kamu juga bakal jadi begitu, dibalut rapi menuju ke lahad. Kamu harus tahu  bahwa perjalanan hidup ini adalah sama dari mulanya sehingga akhir. Bermula dari baring terlentang, bangun, duduk membongkok dan tegak gagah berdiri . Pulangnya nanti juga bermula dari berdirin, membongkok tidak berdaya, duduk dan terbaring lesu.

Sayang,
Perjalanan ini membongkar rahsia pergerakan insan milik tuhan , mengajak kamu bersolat, tegak berdiri, ruku', sujud dan duduk yang mana jika kamu sudah tidak mempunyai keupaayan lagi melayakkan kamu berbaring. Kamu tidak terlepas dari hukum tuhan untuk mentaatinya walaupun untuk nafas yang terakhir

Disaat saat ini aku khuatir terhadapmu kerana kelupaan ini akan melalaikan. Cintaku tidak dapat menyelamatkanmu walaupun sedikit kecuali jika kau menguatkan hatimu untuk terus bertahan dengan agamamu ini.

Sayang,
Usahlah berbangga lagi dengan kecantikan yang kau miliki kerana nafas manusia ini tidaklah panjang melebihi satu kaki, rumah yang terakhir tidak melebehi kedalaman tujuh kaki. Kepulangan ini memang dinanti dan permergian ini usah ditangisi.............




2 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Terima kasih atas ingatan....

perjalanan pulang said...

ingatan yang selalu tidak dipandang kerana manusia telah kehilangan perasaan. Arwah guru saya mengajar saya bermula dari sejadah itu. Mudah mudahan ada hati yang terbuka mendapat ilmu ini

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...