Kita bertemu lagi dihari ini. Hari yang indah untuk sekian kalinya untuk dilalui detik ke detik. Masih kau ingat tentang perjalanan pulang itu yang sering kita abaikan kerana dunia ini menjanjikan keenakan, manisnya dibelai rindu................
Sayang,
Janganlah lagi terlupa tentang kehidupanmu ketika di dalam kandungan ibumu, bukankah kau pernah berjanji dengan kata " sesungguhnya solatku ibadahku, hidupku dan matiku kerana allah" Bukankah ketika kelahiran itu kau bertelanjang dalam keadaan terlentang tidak berdaya lalu dipakaikan pakaian, dibalut enak dan ketika pulangnya nanti kamu juga bakal jadi begitu, dibalut rapi menuju ke lahad. Kamu harus tahu bahwa perjalanan hidup ini adalah sama dari mulanya sehingga akhir. Bermula dari baring terlentang, bangun, duduk membongkok dan tegak gagah berdiri . Pulangnya nanti juga bermula dari berdirin, membongkok tidak berdaya, duduk dan terbaring lesu.
Sayang,
Perjalanan ini membongkar rahsia pergerakan insan milik tuhan , mengajak kamu bersolat, tegak berdiri, ruku', sujud dan duduk yang mana jika kamu sudah tidak mempunyai keupaayan lagi melayakkan kamu berbaring. Kamu tidak terlepas dari hukum tuhan untuk mentaatinya walaupun untuk nafas yang terakhir
Disaat saat ini aku khuatir terhadapmu kerana kelupaan ini akan melalaikan. Cintaku tidak dapat menyelamatkanmu walaupun sedikit kecuali jika kau menguatkan hatimu untuk terus bertahan dengan agamamu ini.
Sayang,
Usahlah berbangga lagi dengan kecantikan yang kau miliki kerana nafas manusia ini tidaklah panjang melebihi satu kaki, rumah yang terakhir tidak melebehi kedalaman tujuh kaki. Kepulangan ini memang dinanti dan permergian ini usah ditangisi.............
2 comments:
Terima kasih atas ingatan....
ingatan yang selalu tidak dipandang kerana manusia telah kehilangan perasaan. Arwah guru saya mengajar saya bermula dari sejadah itu. Mudah mudahan ada hati yang terbuka mendapat ilmu ini
Post a Comment