Sunday, October 31, 2010

Beraya Lagi Kita

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban bakal menjelma. Kita bukan sahaja akan bersolat bersama sepertinya Hari Raya Puasa tetapi akan masak masak dan makan makan juga. Dalam diam diam, bujed tengah bulan ini kena ada juga. Masih juga ada adat kunjung mengunjung. Paling paling malas kita masak bihun dan minum air sirap. 

Biasanya aku berhari raya di Keramat AU 1, surau disana kelihatan bagus. Selepas sahaja selesai solat Aidul Adha, kami pun dihidangkan dengan makanan, macam minum pagi juga. Jadi orang ramai tidak perlu tergesa gesa pulang ke rumah, minum disana dan ibadah korban boleh dijalankan terus. Tahun ni tak tahulah ada berapa ekor lembu nak dikorbankan. Banyak orang dah tak ada duit, dapat sekor lembu kurus pun jadilah.Tahun tahun lalu ibadah korban sepertinya berlawan lawan, bahkan ada yang sembelih unta. 

Bagi orang Malaysia, jangan lupa masak ketupat sebab dah rasa tak larat nasi impit  dalam palstik tu .Orang sebelah utara, biasalah, bihun sup............sebut sebut sahaja buat meleleh air liur...  Tapi kami semua tak larat balik kampung jauh jauh sebab poket semakin surut





3 comments:

azieazah said...

Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Rabu, kan? Hmmm sehari jer cuti, tak sempat nak kemana.

Raya di rumah di kota saja nampaknya.

Bihun sup? Lama tak makan. Di utara biasanya mihun sup warna kuning, kan?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Tahun ni beraya di Haji di Tg Malim rasanya... sbb kata abah mertua.. ada 5 ekor lembu nak dikorban di masjid batu7.

dnoBiz said...

Mungkin bulan ni gaji awal lagi kot...
lepas tu merana untuk tunggu gaji yang seterusnya.. seb baik bulan 12 ada duit tambahan rm 500

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...