Tuesday, December 28, 2010

Dosa Dosa Itu

Bagaimana dapat dikasihi....

Usia telah menjangkau tua, merah senjanya semakin kelam, jauh disudut sana dosa dosa masih terpalit,dosa dosa yang terlalu jauh keampunannya. Itulah dosa seorang wanita....

Entah berapa banyak suara suara sumbangnya, yang membakar hati dalam rajuk yang panjang. Melukai hati suami dan terus membena kebencian...Ah ..perempuan jika kasih yang kau minta jangan kau menyombong diri , membongkak..seakan akan alam ini merestimu, seolah olah tuhan itu tiada disisimu. Kasih itu ujud bukan kerana ngomilmu meminta itu dan ini, bukan juga kerana kau mencintai neraka. Kau harus kembali dengan kelembutan sepertinya azali, lembut indah sopan dan santun dan bukannya mengeraskan suaramu sepertinya suara sang kaldai.

Betapapun setiap hari suara ketidakpuasan menawan diseluruh jiwamu, meminta penceraiaan dan seolah olah itu adalah paling hampir kepada ketenangan hidup. Kau tidak percaya kepada rezeki yang Allah anugerahkan dan meminta yang lain, yang lebih memuaskan. Bukankah itu keinginan syaitan yang merasuk. Dimanakah agamamu. dimanakah pelajaran dari kedua orang tuamu dan dimanakah pendirianmu...

Hidup didunia tidak perlu angkuh... Kau seorang wanita , jadilah wanita dan bukannya hidup melawan arah dan natijah walaupun didunia ini ada undang undang ciptaan manusia merestuimu.

Kembalilah kepada Tuhanmu.... katakan padanya bahawa kau mahu menukar hatimu.................

 Siapa punya kerja ni

Monday, December 27, 2010

Kerja Jahat

Salam......... ada juga entry hari ini tak masuk lagi..  masih ada didalam draft hp......... tadi juga aku menyebut pasal nenek tua tu... kasihan dia....Mungkin inilah masanya anak anak datang membantu supaya si ibu mendapat kelapangan hati...


Seorang kenalanku di Bukit Bintang ada menasihatkan aku supaya tidak menuntut ilmu nafsu... Dulu aku ingat lelaki sahaja yang ganas, hendakkan perempuan bermacam macam jenis dari seputih putih putih manusia sehinggalah sehitam hitamnya. Sangkaan aku meleset sekali.... Pernahlah kekawan aku interview seorang Mak Aji tentang bab kawalan nafsu ni... Ye lah hidup seorang diri ni.. .. nak mintak kat siapalah yeee. Buat malu aja apatah lagi title Mak Aji...Kalau kita lihat secara zahirnya, percakapannya , nampak dia adalah wanita yang cukup kuat... Hidup seorang diri semenjak kematian suami... Jadi kehidupannya seharian mencari rezeki, mendidik anak anak sehingga berjaya... Jauh dilubuk hatinya korang tau tak....

Sebagai manusia yang bersifat lemah ni , jangan nak buat kerja tuhan, jangan nak berlakun filemlah... Kalau boleh kawin, kawinlah.... jangan nak mempertahankan pencen suami. Tapi jaga jugak, ada juga lelaki lelaki durjana berserban memainkan peranan....Aku tulis ni sebab aku dengar dan lihat...Allah sahaja yang tahu... Banyak benda kita sorokkan dari masyarakat, banyak benda orang kampung tak tahu...Banyak juga benda xxxx orang jual kat chow kit tu,  bagi penyelesai masalah... Orang kampung pun tak mampu nak beli.....mahal sangat. Abis tu nak pakai apa ?

Malu nak cakap... semalu malunya nak bukak buku ajar budak sekolah tentang sex. Malunya cikgu nak sebut tentang kondom , mengelakkan beranak....tak termasuk pulak cara cara melepaskan diri... Kat kampung mana ada benda macam tu... Nak beli kat seven eleven pun malu sebab yang jual tu pun anak anak dara. Jadi malu adalah penghalang utama membuat kerja bukan bukan. Bila dah tak malu.... susah nak cakap... Aku dengar orang kampung cakap...pasai cempedak tu baguh............betui ke...

 Salah sebuah kedai mamak menggantung labu ini di depan kedainya

Nafsu Manusia

Salam......
Bagaimana mahu dikasihi ? Soalan mudah untuk dijawab tapi sebelum itu............................

Ada seorang perempuan tua yang sudah nyanyuk dengar khabarnya , sekarang ini sudah tidak mengenal najisnya sendiri. Biasalah orang nyanyuk apa pun dia gasak....Penyakit nyanyuk tu adalah penyakit orang yang sudah terlalu banyak mengenal dunia dan akhirnya tuhan melupakannnya tentang dunia dan kembali ke alam kanak kanak. Tapi sejarah awal kehidupannya kita tak tahu. Orangnya cukup baik kulihat dan berstatus janda justeru kerana suaminya berkeinginan kepada wanita lain.......Lalu zaman mudanya diteruskan tanpa lelaki sehingga ke usia nyanyuknya. Baru baru ini kudengar dia sakit dibahagian alat sulitnya... pelik dan anih. Ada pula makhluk lain yang hidup bersamanya menemani tidurnya selama ini. Sesudah tua barulah rahsia terbungkar  iaitu apabila dia tidak tahan lagi melayani lagi kerenah mahluk asing yang  menghilangkan kehausan sexnya

Wednesday, December 22, 2010

Wahai Hati


Wahai hati bersihlah engkau
setelah lama pendurhakaan ini
mengheret dosa dan noda
yang tidak pernah kenyang...

Wahai hati bersujudlah engkau
setelah lama menyombong diri
leka keduniaanmu
dengan wanita dan kekayaan

Wahai hati kembalilah dikau
pada diri yang terdiri
agar kau bersimpuh disini
merendah diri

Kabar Dari Orang Tua

Salam... dah berapa hari tak entry.... apa kabar semua... Hari ini sengaja nak menghilangkan keluh kesah di dalam hati.. Darah pun dah naik juga... mungkin nak menyambut usia yang semakin tua...... Mana mana yang masih sihat jagalah kesihatan... jagalah makan....

Saturday, December 18, 2010

Ampun Tuanku Beribu Ribu Ampun

Ampun Tuanku beribu ribu ampun
sembah patik harap diampun
patik disini membawa kabar
kisah sedih simulut celupar...

Dahulunya pernah tersebar
ketuanan melayu di war war
tak berani orang mengangkat mata
menjeling pun tidak lagi berupaya..

Misai melenting lagi menakutkan
gagah beranikan bila disatukan
keris terhunus berani berjuang
pabila kalah tak mau pulang.

Dimana sahaja kita beradat
lalu dihadapan memberi salam
lintas di belakang minta kebenaran
makan sireh bersama sama
pedas dan lemak sama dirasa

Ampun Tuanku,
Sekarang tidak lagi indah kabarnya
ilmu kebal tidak menjadi
yang dipertuan tiada lagi
yang disembah tidak diperduli
lintas di hadapan membelakang punggung
lintas di belakang meninggi hidung

Begitu biadapnya mereka
tapi itulah teman berbicara
minum tuak makan semeja
konon nak menjadi satu bangsa

Wednesday, December 15, 2010

Anak Anak Jantan

Salam,

Mendidik anak anak terutama lelaki yang berperingkat remaja bukanlah kerja mudah. Bermacam macam ragam mereka yang ada. Bagi mereka yang beranak kecil tentu sekali sibuk melayan si kecil itu. Cuti sekolah yang panjang menyebabkan anak anak lelaki tidak lekat dirumah. Malam pun pergi tidur rumah kawan dan ada juga kaki masjid. Kita berdoa semuga mereka itu jadi orang dan bukan jadi hantu.

Cuti kali ini aku pun tak ada aktiviti. Dua orang anak lelaki sudah bekerja. Anak perempaun juga sudah bekerja dan tinggal dua anak lelaki  yang masih bersekolah. Pada masa ini dia orang bekerja biasa sahaja dan masih merangkak rangkak belajar hidup. Dulu aku macam korang juga kelek anak sana sini masa dia orang masih kecil dan ada juga berdukung di depan. Bila masuk supermarket atau shopping komplek dia orang buat tempat itu macam tempat bapak mereka.  Hari ini aku juga perhati perhatikan anak anak lelaki aku yang masih sekolah itu, maklumlah zaman ni... pokok kayu dan batu pun tak boleh buat kawan.



Kalau tersalah tikam ni.... bocor perut

Tuesday, December 14, 2010

Hantu Cekik

Beberapa tahun aku bersama dengan arwah abang Lan, melihat tingkah laku orang berubat. Mereka ni suka kepada perkara yang free. Potong limau dan jampi nak mintak free.Nak suruh kita ikhlas buat dengan alasan ini ilmu Allah. Bila ubat dah menjadi, mereka pun dah senang hati, mereka terus lupa kita. Mereka tak hargai kemenyan yang kita bakar,mereka tak fikir kita berjaga tengah malam tonggang tonggek. Mereka tak fikir kalau kita ada pakai hantu,    hantu tu pun kena kasi makan. Mereka suruh kita ikhlas hati padahal penyakit tu mereka yang cari sendiri...Ustaz berceramah pun kena bayar...mana ada free. Kalau ada hantu, aku suruh hantu tu cekik dia orang balik. 

Aku ni bukanlah nak berkira sangat, tapi menyampah betul dengan perangai orang sakit tu. Masa mula mula datang , apa pun diaorang  sanggup, bila dah sihat dia buat buat lupa macam tak pernah kena sakit. 

Hantarlah KFC satu bakul ke kat rumah tok bomoh.... Buah pisang dan pulut kuning dah tak relevan lagi pada zaman ini. Mereka yang datang tu bukanlah sakit demam panas, kembung perut tapi penyakitnya besar. sangat.. Ada bini lari, tunang lari, ada yang hendak meminang ditolak, tak termasuk hantu raya, jin aprit yang jadi penunggu. Jadi tok bomoh pun ada risiko, silap silap hantu tu cekik tok bomoh balik.... Sebelum hantu korang tu cekik aku, aku suruh dia orang cekik korang dulu sebab korang tak mahu bayar pengeras, tipu tok bomoh... Bukan banyak duit pendahuluan tu RM 600/- je... penutup pun RM 600/- baru relevan...... Zaman ni harga air naik, gula naik , minyak naik... tak kan kami nak datang ke rumah pesakit jalan kaki... Lu pikirlah sendiri

Monday, December 13, 2010

Putus Sudah Kasih Sayang

Salam,

Baru sebentar tadi kudengar berita. Berita seorang kawanku tempuh hari..........Beliau sudah bercerai dengan isterinya di mahkamah syariah pagi tadi........ Terlalu mudah bunyinya selepas isterinya meminta dibebaskan kerana tiada sefahaman.

Di dalam dunia ini apakah kita akan melihat sefahaman ? Mungkin seribu dalam satu dan kebanyakannnya adalah perbalahan, pertengkaran. Tetapi dari perbalahan , berlawanan itu kita akan melihat satu perubahan dimana mereka akan bersatu setelah saling kenal mengenal kelebihan dan kekurangan masing masing. Siapakah yang tidak mahu isteri yang cantik, dan isteri mana yang tidak mahu suami yang hensem.? Masing masing saling berkehendak dan tidak semua kehendak kita akan dapat. Mata kita telah dikuasai dengan kemahuan, hati kita telah dilumpuhkan syaitan, lantas yang kita lihat semuanya tidak elok dan tidak mendatangkan kebahagiaan.

Semua rumah tangga ada kekurangan, semua orang ada salah faham , cuma kita tak dapat bersabar, saling mahu mempertikai. Bukan mudah membuka ladang semula, kita harus ada benih dan baja, kita misti banyak berusaha, berhujan berpanas. Bukan mudah juga sendirian di jalanan. 

Bukan mudah kehidupan  seorang janda , baik pun orang kata, jahat pun orang kata. Susah hendak mengurus anak sekolah, susah lagi jika meminta tolong suami orang. Susah semasa mengahwinkan anak, susah semasa kenduri kendara, susah juga bila nafsu naik menggila

Tapi penceraian juga yang orang minta , mungkin kerana ada orang ke tiga yang sanggup menunggu... Orang lelaki banyak orang tak tahu...Suka meminta di tangan orang , suka mencabar hak orang. Tapi bila  perempuan itu sudah dicerai, muka yang sanggup tadi pun menghilang. Siapa mahu menyusah diri mencari beban, siapa yang mahu membela pakej sekeluarga... janda anak lima misalnya... ibunya mungkin orang mahu tapi anaknya tidak sekali kali............

Kesimpulannya juga ada juga yang baik tapi seribu dalam satu. Oleh itu pertahankanlah penceraian, biar tanggal lutut di kaki. Busuk busuk mana pun itulah suamimu, itulah isterimu.... syukurlah... tenguklah lihatlah wajah anak anak dan pada yang tidak punya anak, bertenanglah , mengucaplah kerana Allah itu maha berkuasa. Yang manis jangan terus ditelan dan yang pahit jangan terus diluahkan................

Sunday, December 12, 2010

Sekali sekala

Sekali sekala
sejuk kebas rasa di tangan
lemah lenguh dihujung sendi
minyak urat pengubat hati
tanda kasih ibu sejati
tanda rindu menjadi bayi

Sekali sekala
angin membara seluruh badan
marahnya seperti halilintar
sedangkan matanya kian kabur
uban putih meniti dirambut
tanda kita semakin tua
seperti ayah dikampung sana

Sekali sekala
rindu dan cinta datang berputik
manis gadis dalam igauan
mencari yang indah sesedap rasa
sedangkan nafsu berkemuncak lagi

Sekali sekala itulah
datangnya petanda itu
setengah abad sudah usiamu
berkecamuk jiwalaramu
kemana nanti bakal dituju.............

Saturday, December 11, 2010

HUTANG

Ceti dan along adalah sama dan tepat disebut si cilaka tapi ramai orang suka buat kerja itu sama juga sepertinya membeli barang perabut secara hutang.
Siapalah mampu membeli barang perabut sekali banyak terutama baru sahaja mendirikan rumah tangga. Jadi untuk nampak rumah berisi, kita berhutanglah. Tidak banyak, sebulan mungkin RM 90 tapi kita dapat 5 barang, hutang pun dalam 3 tahun. Cuma kalau bercerai tiba tiba tentu haru biru. Hutang bank untuk kawin,hutang kereta siapa nak bayar...

Friday, December 10, 2010

Kata kata Orang Budiman

Seorang pelacur tua
menjadi penghias lorong itu
bermula dari usia mudanya.................

Ketikanya anak kecil menangis merintih
kelaparan dan dingin tanpa balutan
disaat  nafsu jantan memuncak
dan ketika itu juga ada rezeki pengorbanan

Apa lagi yang mulia.......
kata kata pujian menagih kasih
meratah tubuh daging nan mentah
diganti wang sebagai upah
untuk terus hidup

Disaat tua ini
terngiang kata kata orang budiman
katanya" tiada dosa yang tidak akan diampun tuhan kecuali syirik"
katanya" tuhan maha pengasih dan penyayang"
katanya lagi bahawa masuknya syurga anak adam itu dengannya rahmat "

Kata kata orang budiman
dapatkah menebus dosa pelacuran
dapatkah ke syurga dengan kejahatan...... 

Berbagai bahasa nan indah
berbagai bicara menyedap hati
sedangkan kehinaan terus dilempar
"Bukankah Tuhan Pengasih dan Penyayang "

Thursday, December 9, 2010

JALAN TUTUP






Sekali sekala waktu ini 2.10 petang 9/12/2010.... operasi DBKL , Kastam disana tu......... Plaza GM dan kemudian jalan masuk ke hotel aku LORONG HAJI TAIB 3 pun kena tutup........................ Elok jugak dan buatlah betul betul, banyak sangat orang asing disana... Bila pulak gamaknya nak buat dekat Metro Prima Kepong..... Pak Hitam masih banyak disana bermaharajalela

Wednesday, December 8, 2010

Gaji Hari

Bagaimanakah rupanya orang mendapat pendapatan tetap tapi gaji dapat sikit sikt kerani company tidak stabil. Dizaman ni semua terjadi ada company tak ada duit nak bayar gaji. Lantas mereka mengambil tindakan memberi cuti kepada pekerja apabila tidak ada product, sebagian masa lain disuruhnya bekerja.Gaji pula dibayar ikut selera hatinya, sekejab banyak sekejab sedikit. Lama kelamaan duit gaj habis dibayar juga, cuma pekerjalah pening kepala macam mana nak bayar hutang

Hati Manusia

Betapa susahnya hidup ini, lebih lebih lagi jika mau menjaga hati orang. Kita akan mengorbankan hati dan jiwa kita untuk memenangi hati mereka padahal balasan yang baik belum lagi terjamin

Tuesday, December 7, 2010

Rintihan Hati Orang Kampung

Semalam bersama anak anak melihat dunia..... Ada anak yang sudah dewasa , bekerja dan melepaskan beban orang tua... ada anak anak yang masih dibangku sekolah... Bagaimanakah persiapan sekolah tahun ini ? Adakah kita sekarang orang beruntung dan berbahagia......

Belumlah kita sebutkan tentang yuran sekolah tapi sebutlah tentang baju sekolah anak anak.... Tahun  ni macam mana ni.... Ada tak dapat bantuan beg sekolah, ada tak bank bagi sedekah, ada tak mana mana badan bagi datang menolong, adakah baitulmal datang membantu, ada tak mana mana YB datang menjenguk... Bila gula naik, harga baju sekolah pun naik, bila harga petrol naik, harga ice cream "batang" kat rumah  makcik sebelah pun naik. Tiap tiap tahun ada sahaja benda naik termasuk juga perut para para isteri.

Semalam aku tenguk kasut sekolah di Tesco harganya RM 15/- Kira murahlah tu....tapi mungkin ketahanannya tak sampai 2 bulan... Kasut pembohong, kainnya entah dari tempat sampah mana, depan kasutnya bukan getah tapi plastik... Baik pakai sahaja kasut plastik macam orang dulu dulu. Kalau nak sedap pakai kasut belilah yang harga RM 29/-... Mampu ke kita ni ?

Kalau ada seorang anak tak apalah, boleh beli 2 pasang, kalau ada anak 5 orang bagaimana ya ? Orang cakap sedaplah bunyinya, siapa suruh beranak banyak banyak katanya, orang dakwah cakap anak tu anugerah tuhan...Kawan aku tu 10 anak dia...cam mana dia ya ? Dia dapat bantuan baitulmal ........korang anak sorang dua tak bolehlah, nak dapat biasiswa pun jangan harap............

Tahun demi tahun, syarikat swasta sangat berharap dapat bonos, ada company dia orang  kata tak untung tahun ni. Yang untung siapa  ? Yang untung orang kerajaanlah walaupun ustaz ustaz , imam imam.... Kata kerjaaan tak bagus tapi duit gaji sapu jugak.... Kata takut makan duit haram.... cukai cukai tu datang dari mana.... dari kedai kedai orang islam saje ke......dari tempat orang melayu saja ke ?

Siapa yang bekerja dengan kerajaan patut bersyukur, jangan nak membasah badan meredah air asid, menjerit jerit..... tak kesihan ke dengan orang kerja swasta yang sama sama menjerit ni............... Air naik kami pun bayar jugak.... budak nak sekolah kami pun kena bayar jugak... cuma kami ni tak ada kabel, tak kenal pengarah pengarah supaya anak anak mudah dapat biasiswa. Setahun RM 800/- sape tak mahu... lepaslah beli baju raya sekali, emak bapak pun boleh simpan duit beli emas sikit walau sejanggut udang.......

Tahun demi tahun masa berlalu.... rakyat tak berubah... masih pakai sistem kabel besar.... orang kerajaan makin enak dapat buat loan kat bank... dapat beli kereta dan rumah... orang swasta cangkul sendiri... cari sendiri.... pakai kredit card dan tambah muplis..... Hari hari kat TV cakap bayarlah zakat ...... kasihan ustaz tu baca surah panjang berlagu tapi  kami ni sebenarnya tak cukup duit......hutang banyak......bagi zakat pada kami ajalah...................................sebab nak mohon pun kena kabel jugak..... banyak sangat tapisan.........Last last tak payah bagilah sebabnya kami menyampah.......................................


Cinta Awek Muda

Salam...Bermula hari yang indah,menghirup udara nyaman ini, kita melangkah didunia nyata. Melihat takdir datang menentu,sementara nyawa itu masih bersimpuh tertanya tanya....

Semalam, kulihat sepasang kekasih makan semeja...indahnya seronoknya kerana wangian cinta itu tersangatlah buta,bukan buta dimata mereka tapi buta dihati kita....Kulihat wajah perempuan itu yang bulat, rambutnya kerintang,sedangkan bibirnya penuh senyuman. Entah apa bicaranya,ku dengar hilai dan tawa,seronok sekali....seronok sudah ada teman lelaki, walaupun tak sehensem mana tapi berfungsi.

Semalam juga kulihat gadis myamar berdua duaan,berjalan beriringan. Dimana pun ada cinta berputik walaupun cinta orang merempat...


 Ada yang kena sembelih ni.....

Sunday, December 5, 2010

Sayang Selangor Negeriku

Jumaat lalu aku di masjid Kepong, teguk jugak orang ramai tandantangan beri sokongan terhadap isu air. Dari sebelum solat dan bersambung sampailah selesai solat Jumaat. Imam dalam khutbah pun cakap cakap juga pasal hak yang dirampas. Bebasnya dia bercakap dan entah dari mana text dia bawak. Tak kisahlah apa yang dia nak sebut dan kait dengan mana hadis dan ayat Quran. Hanya aku suka suara Ustaz Badrul Amin dari dulu lagi.... bacaannya dan nada doanya sampai ke lubuk jiwa.

Pagi tu aku sempat bayar duit air yang kena potong oleh Syabas sebab dua bulan tertunggak. Biasalah kena tambah RM 50/- untuk kos penyambungan. Bukan payahpun nak sambung, anak akupun boleh buat.... tapi kau orang tau tak kalau di Bukit Beruntung, dia orang potong air selepas Solat Jumaat. Kalau pada masa tu kau orang masih tak dapat berita pemotongan itu..... rumah kau tak ada air 2 hari..... tunggulah hari Senin...

Adakah orang jeritkan pasal air sampaikankah ke lubuk hati orang yang terbabit. Kalau menang pertaruhan ini adakah sebenarnya nasib kita terbela....Sejarah tidak menipu kita, manusia mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain. Jangan jadi seperti pak pandir, ayam menang kampung tergadai. Selangor adalah negeriku..... Jalan Raja Ahmad adalah lorong ke rumahku, Panglima Muda asal keturunanku..... orang negeri lain menjerit jerit kerana negeriku sedangkan mereka mengumpul kekayaan dan pengaruh untuk menipu............

Hati seorang kawan

Semalam datang seorang kawan,sudah lama berjumpa, bercerita tentang hidupnya, tentang isteri kesayangannya. Katanya isterinya meminta fasah...mau bercerai ,mau tuntut harta pencarian. Semuanya kerana ibu mertua yang meracun kehidupan.
Kataku laut misti bergelora,semua manusia ada salahnya. Perceraian tidak nenguntungkan. Perempuan perlukan suami walaupun suami insan tercela kerana neraka itu banyak pintunya dan juga perempuan banyak disana ...Benalah semula istana yang roboh dan tempat seorang perempuan adalah disisi suaminya.

Saturday, December 4, 2010

Hari sabtu


Subject: Hari sabtu

Aduh,cam manani...dah beberapa hari tangan lenguh,nak sms nak tulis kat komputer rasa susah, sekarang layan hp ni pun rasa susah, tersalah pegang atau langgar pantang ... Atau ada hantu duduk kat tangan. Nak ngadu kat siapa pulak ni

Friday, December 3, 2010

Chowkit Road Malam dan Siang

Dah beberapa hari tak ada entry... asyik test test... biasalah kalau duduk sama man kuchai, kami belek computer atau hand phone. Sejak computer dah jadi macam tak berseri ni, kami semua pakat keluar tinggalkan opis, jalan jalan kat dalam hotel, tenguk tenguk apa yang patut samapilah muak. Time makan pun tak makan dalam hotel, dah muak tenguk kari kambing, daging kambing, daging salai, nasi lemak, kek..............jadi gerai makcik belakang jadi tumpuan.... Memang gila, hari hari makan goreng pisang waktu tengah hari... makan keropok lekor, kekadang mee mamak.. ait teh pulak kekadang sedap, kekadang manis, kekadang macam air longkang...Makan ajalah asal tak makan dihotel.....Yang peliknya sebelah petang pun kesana jugaklah walaupun seorang diri.

Duduk digerai itu memandang keadaan sekeliling mencari modal untuk blog ini.... aduh masih tak dapat lagi cerita bagus... hanya nampak kereta bersusun, ada mat mat beli dadah..... terbuka sangat, ada yang naik kereta , ada naik motor............. aku tak mau salahkan sesiapa..........

Disana,
bajingan masih ada
mengotori dunia dengan noda
tidak berakhir
kerna ada sang pendusta
mengatakan dia tidak mengabaikan
menyatakan simpatinya
dengan manis lidahnya

Disana masih begitu
sepertinya semalam
hujan tanpa henti..........................

Sunday, November 28, 2010

Salam seorang kawan

Seorang kawan masuk hospital , dah beberapa hari dah... nak tunggu dia balik, nak cerita pasal pasal computer kami kena block..... oh sedihnya...................

Friday, November 26, 2010

Sepanjang Jalan Kenangan

Salam, sudah beberapa hari tidak ada entry semenjaknya computer satu opis dipenjarakan. Paling pentingnya FB dan youtube tak boleh bukak dan terus menjadikan banyak hubungan terputus....... Sebenarnya bukanlah susah sangat nak bukak fb yang kena block itu kerana Man Kuchai telah menjadi cikgu terbaik, cuma aku tak suka ada benda lain mengesan kerja kerja kami. Maka dengan itu masing masing buatlah kerja dengan tekun dan kalau nak bukak pun tenguklah email kat yahoo tu....sedih sekali................

Malam kelmarin aku dikejutkan sekali lagi oleh anak dara aku kira kira jam 3.30 pagi , menangis nagis terisak isak kerana bermimpikan kucing kesayangannya "poci" yang tidak pulang pulang semenjak Raya Haji lalu. Katanya dia bermimpi melihat poci dalam keadaan bengkak kaki terkurung di dalam store. Aku hanya menjawab bahawa poci itu tidak akan pulang buat selamanya. Jawapan yang sungguh menngharukan disambut dengan deruan airmata.

Benarnya pesanan arwah guruku sebelum meninggal dunia " Janganlah kamu menangis dan jangan menyesal kehilangan sesuatu yang dikasihi" Kata kata yang buat aku sentiasa tabah menghadapi segala ujian. Bapak juga ada berpesan bahawa di dalam hidup ini jangan terlalu asyik. Sesungguhnya pesanan demi pesanan orang tua menjadi panduan sepanjang hayat.......................

Malam itu membangun juga aku untuk bersolat tahajjud dan menasabah diri............... Benarlah kata orang bahawa solat malam amatlah tenang dan dan dapat kita rasakan betapa dekat dengan tuhan..........

Sunday, November 21, 2010

Kemana Kubawa Hati Yang Rindu

Hari ini hari Ahad.... sunyi.... sepi..... di tempat kerja tak ada geng..... dan yang paling sedih bila computer kena block... susah nak tenguk Fb... boleh baca text saje....Nasib baiklah blog ni masih boleh di pakai... Lepas ni korang jaranglah nampak aku kat fb tapi masih setia di blog ini..... Jangan lupa aku ya... aku ni " Panglima Muda dan aku ni Pakdinrasa......

Tenguklah cumputer aku gelap aja.... tadi aku baru talipon orang rumah tanya pasal kucing aku tu dah balik ke ? Dia cakap tak ada.... Ni lah yang aku tambah susah hati.... walaupun ada pengganti tapi tak sama..

Saturday, November 20, 2010

Makan Sup Kaki Lembu

Selamat Hari Raya Haji.... Itulah ucapan saya untuk tahun ini 2010.... Tapi saya kehilangan kucing saya, dia tak balik balik, mungkin dia cari rumah yang sejuk ada air-cond, mungkin dilarikan budak budak jauh ke kawasan lain.... Seperti yang pernah saya sebut dulu, saya beraya di Kermata AU1... Saya suka kesana sebab ada makan ... Tempat lain juga ada makanan tapi berbeza disini. Mereka menyediakan makanan sebelum solat Hari Raya Haji


Dengan tanpa pilih bulu selesai sahaja Khutbah  Hari Raya , maka kita mulalah makan walaupun orang yang makan itu belum tentu sama sama membantu mengerjakan korban


Ini pak cik peluk kuat kuat



Berebut rebut makan

Masih ada disiplin untuk beratur

 Lepas makan basuh sendiri

Sedap lagi duduk bersila

Termenung sebelum dikorbankan



Idzham bergaya ditepi surau

Inilah masanya kita berkumpul dengan saudara mara dan adik beradik. Masak sama sama masak dan pening sama pening kerana banyaknya makan bihun sup..... sup kaki lembu.....

KUCING AKU

Kucing aku hilang hari Khamis lalu.............. waaaa............ biasa keluar rumah cuti panjang pun tak pa, tapi kali ini dia hilang , dah 2 hari tak balik..... orang curilah tu..........................tolonglah pulang... aku dah banyak belanja bela dia... korang senang senang ambil bila dia dah beso

 Dimana kau POCI ...................................................................

Sunday, November 14, 2010

Sekali Berjalan Jalan

Semalam jalan jalan ke Carrefour Wangsa Maju. Banyak sangat pengunjungnya yang entah datang dari ceruk mana. Tengah tengah bulan ni masih juga banyak orang shopping shopping walaupun kita selalu mengatakan " tak ada  duit " Mungkin juga mereka pakai kad plastik yang membahagiakan. 

Terpandang aku akan roti poteto yang sedap baunya. Rasa nak beli dan nak makan disana kerana ada kedai kecil di dalam supermarket itu menyediakan air. Aku nak minum teh halia... budak tu kata teh halia tak ada bang. Aku nak makan roti poteto tu dan bertanya dimana nak bayar, budak budak Carrefour jawab pergi bayar kat kuanter depan. Gila betul dia orang ni.. Roti tu satu dan aku kena beratur dengan makcik makcik yang bawak troli penuh sarat tu. Jadi lupakanlah, biarlah dia orang makan sendiri roti tu sebab aku tak ada masa nak beratur bodoh macam tu

Akhirnya keluar supermarket cari makan di luar sana.. Ok lah tak perlu beratur teruk untuk makan sepinggan mee dan segelas teh halia... Aku nampak pak jaga datang beli makanan. Uniform tak pakai tapi menyemat bukan main, ada bawak senapang panjang jalan kehulu kehilir. Dia ni nak buat apa dengan senapang tu. Nak bagi orang takut atau nak sedekah kepada perompak. Manalah boleh menembak tengah tengah orang ramai, pakai le pistol ke.... kan senang petik petik. Biar apa pun aku juga telah melihat satu pasangan , bawak nasi, bawak lauk sendiri dari rumah.... jimatnya dia.... tempat duduk free, air-cond free, letrik free, sudu dan pinggan pinjam kat mamak...


Mandor mandor ISO

Semalam ISO untuk orang tua lagi... Balik balik buat dokumen , menyampah tapi kerja orang tua tua nak mengatur budak budak memang gitu. Dulu untuk buat kerja main cakap aja. Maklum pangkat mandor, apa sahaja arahan adalah kerja. Betul tak betul lain cerita. Maka berlakulah bodek membodek, kabel mengkabel dan juga pakai nama orang atas. Budak pejabat cukup besar diri jika bos pejabat itu ayah sedare dia. sekarang lu fikirlah sendiri. Apa sahaja cakap misti ada bukti, terima arahan lu orang kena sign, hantar barang barang misti ada 'surat maaaa". Cerita saja tak cukup, lebih baik duduk rumah jaga cucu....


 Pak Cik Rahim nak ISO pun tak senang, budak budak asik panggil. Budak budak tu eloklah diajar buat kerja sendiri...menyusah aja
 Ini hari makan lambat sikit... chef ada meeting


 Macam mana mau pasang maaa, wayer sudah cabut.............

Uncle Murugan banyak happy selepas Depavali... Muruku tak bawak opis pun

Thursday, November 11, 2010

Hati kita

Nak  tulis sikit.... hari sibuk tapi tak tentu hala.. Petang tadi pergi jabatan bomba, ambil sijil FC. Hati dah senang sikit tapi yang tak senang hati tenguk bangunan yang kita jaga...Kita penat penat nak bagi lulus, dia orang senang senang nak buat tak tentu hala.. Akhirnya nanti wal hasil balik asal..Bangunan macam pasar malam, semua barang boleh letak dan sumbat... Wayer melintang sana sini, pintu terkangkang sesuka hati............undang undang letak kat kaki

Sunday, November 7, 2010

Mencari Isteri

Semalam, sambil merasakan keenakan rasa satay ayam, aku dikerumuni oleh anak anak lagi. Anak anak lelaki yang sudah besar panjang, yang baru mula belajar melawan arus atau mengikut haluan angin berlalu. Lalu aku ditanyai tentang rasa cinta yang datang dari wanita dan rasa cinta yang bergejolak dalam dirinya. Bagi yang pernah patah hatinya dan telah mampu berkayuh sendirian akan tersenyum. Bagi mereka yang baru melihat pancaroba itu pula merasa takut.........................

Kumulai kataku perlahan lahan " anakku yang indah itu ialah cuma kulit yang membaluti tengkorak, manakan ada cantiknya bagi orang yang berakal"..........." Kita ini cuma terlena kerana merasai indah dan nyamannya disapa angin yang lalu" kataku lagi..... "Siapakah wanita itu ayah" kata  mereka...........

" Mereka adalah angin anakku, yang tidak digapai oleh tanganmu tapi dapat kau sentuh dengan jiwamu dimana perasaanmu akan merasa lebih dari apa yang kau dapat. Meraka akan datang dan pergi begitu sahaja dari hidupmu disaat kau telah bersedia atau masih tergapai gapai" kataku lagi... "Mengapa ayah kata begitu " tanyanya lagi.

"Anakku, kehidupan ini punya sejarah, dikala datuk Adam melihat Hawa kali pertama di dalam tidurnya. Yang dilihatnya adalah sebuah mimpi yang indah dapat dirasakan tetapi tidak dapat disentuh. Lantas kehidupan seorang lelaki itu juga penuh dengan impian dan harapan dirasainya dengan kerinduan, cinta dan kasih sayang, sepertinya kata orang tua tua, dimanakah datangnya cinta, dari mata turun kehati. Wanita itu bermulanya dari bayang bayang, kerinduan dan rasa lantas disebut sebagai hawa..........................

" Bagaimana mendapatkan mereka ayah" tanya mereka lagi....... " Bersolatlah, bersolatlah sepertinya solat Adam selepas terjaga dari tidurnya dan jangan kau cari mereka dengan nafsumu" jawabku lagi......................


Pagi Ahad

Salam.......Pagi Ahad ini, hujan renyai menitik lagi. Dirumah mereka sedap sedap memeluk bantal golek dibuai mimpi indah, meredakan keletihan semalam kerana kekenyangan makan satey. Aku disini, di hotel ini melihat kenderaan berpusu pusu dengan penginap yang pulang ke China dan juga Medan.... Disini juga bukannya sukar untuk mencari masakan "Padang" menyebabkan makcik makcik dari Medan mundar mandir berjalan mengikut kehendak hati. Pagi ini aku mengambil beberapa keping gambar buat tatapan.........






Biasalah kemalangan buat tatapan orang medan.. motorsikal melanggar kereta... tidak yang mati kecuali injin motor dan injen kereta

Thursday, November 4, 2010

Bangunan PAS Terbakar....

Kuala Lumpur.. 8.30 pagi 4/10/2010... bunyi laungan kereta Bomba didengari di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Ketika itu juga SMS sampai dari anak buah yang bekerja di bangunan bawah. Rengkas bunyinya " Bangunan Pas Terbakar


Tidak ramai orang berkumpul, mungkin tak perasan, mungkin tak ambil tahu. Aku percaya kebakaran berpunca dari litar pintas kerana ada bau wayer terbakar disana. Hanya sebuah lori bomba datang dan nampak macam biasa
 Adalah kelihatan sekumpulan manusia... ditepi sana
 Disni nampak asap keluar dan tidak ketahuan apa yang berlaku di dalam


Bosan menanti kesudahan , aku menghabiskan roti canai dan segelas susu lembu.

Tuesday, November 2, 2010

Makcik Warung Kueh

Salam........................

Pagi nan indah sungguh menyelerakan. Kebiasaannya kita mencari teh tarik serta kueh mueh dan nasi lemak 
di warung warung di tepi jalan. Keharuman nescafe dan rokok gudang garam adalah acara biasa warung kecil dimana mana. Tapi aku bukanlah perokok cuma suka suka bersembang sembang pagi.

Berniaga kecil ini tidak menguntungkan dan bukannya berniaga barang kemas. Dapat sikit untung buat belanja anak sekolah dan lebih lebihnya beli ikan di pasar. Siapa kata tak penat, nak pikul tong gas, nak bancuh tepung, siat kulit pisang dan macam macam lagi. Namun disebalik kesussahan itu ada orang mengambiul kesempatan, ada duit gaji pun tak pernah syukur sebalik sembelih "perniaga kecil ini". Alasannya tak ada lesen.
Didalam bandar ini, nak berniagaa kueh pun kena lesen, belum cakap lesen halal lagi. Makcik tu nak "cekau" lesen kat mana. Biasalah kena buat permohonan dulu, kena ikut peraturan. Tapi bangsa asingyang berniaga itu mana pula lesennya. Selamba sahaja,tak kena apa apa pun. Makcik berniaga hari hari kena sembelih, RM 50 sebelah  pagi, RM 20 sebelah petang, yang tak pakai uniform datang, yang pakai uniform pun datang, yang kerja petang datang sebelah pagi pulak nak sembelih.

Di dalam dunia ini memang sedap kita kenakan orang, tunggulah...tunggulah dekat mana nak minta halal. Dosa dengan tuhan boleh minta ampun, dosa sesama manusia... kena cari dia walaupun dalam neraka........ Kata nak angkut dengan lori , nak saman , ugut.. boleh ke senang hidup.







Sunday, October 31, 2010

Beraya Lagi Kita

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban bakal menjelma. Kita bukan sahaja akan bersolat bersama sepertinya Hari Raya Puasa tetapi akan masak masak dan makan makan juga. Dalam diam diam, bujed tengah bulan ini kena ada juga. Masih juga ada adat kunjung mengunjung. Paling paling malas kita masak bihun dan minum air sirap. 

Biasanya aku berhari raya di Keramat AU 1, surau disana kelihatan bagus. Selepas sahaja selesai solat Aidul Adha, kami pun dihidangkan dengan makanan, macam minum pagi juga. Jadi orang ramai tidak perlu tergesa gesa pulang ke rumah, minum disana dan ibadah korban boleh dijalankan terus. Tahun ni tak tahulah ada berapa ekor lembu nak dikorbankan. Banyak orang dah tak ada duit, dapat sekor lembu kurus pun jadilah.Tahun tahun lalu ibadah korban sepertinya berlawan lawan, bahkan ada yang sembelih unta. 

Bagi orang Malaysia, jangan lupa masak ketupat sebab dah rasa tak larat nasi impit  dalam palstik tu .Orang sebelah utara, biasalah, bihun sup............sebut sebut sahaja buat meleleh air liur...  Tapi kami semua tak larat balik kampung jauh jauh sebab poket semakin surut





Saturday, October 30, 2010

Lorong Hitam

Di lorong hitam itu
tempat segala jenis tikus
yang membesar penuh kekayaan
sedangkan manusia masih memakan sisa sisa
tidurnya lena

Disini tiada kemanusiaan
tiada juga kebinatangan
bahkan lebih dari itu

Aku ingin bertanya
dimana lagi tempatnya
bernama perlindungan


Friday, October 29, 2010

Ombak Yang Menggulung

Ombak yang menggulung tinggi
kemari lagi
menelan kami, keluarga kami
melambung tinggi bersamanya isi bumi
punah musnah

Ombak itu
membawa gegaran dan hakisan
angin yang bertiup kencang
menghilangnya suara tangisan
ketawa yang semakin sepi
dibawah runtuhan

Apa lagi ada pada cinta
ketika ombak menyapa lalu
menggaris pemisah
antara hidup dan mati

Jangan kau tanya tentang kemarahan tuhanmu
pada bumimu yang kau kotori itu
dengan dosa dosamu
atau kerna kejahatan mereka
atau kerna takdirmu disitu
tsunami oh tsunami..............................................

Salah ke tenguk facebook dulu

Salam... petang yang indah sesudahnya solat jumaat................................

Semalam salah seorang budak supervisor aku ajak minum di warung tepi jalan. Dia ni dulu kaki genting dan pernah menang berpuluh puluh ribu dan pernah kalah meredum. Tapi entah macam mana bintangnya cerah dan dengan kurniaan tuhan dapatlah kahwin dengan gadis sebangsanya " Pakistan"

Semenjak dari itu kehidupannya yang carcamarba bertukar arah. Dia sudah mula berjinak jinak belajar ugama dan sudah mula menjejak kaki di masjid. Keluarga isterinya walaupun digolongkan dalam golongan orang ada duit tapi soal ugama sangatlah dititik beratkan. Aku melihat sangatlah ketara perubahan ini dan berharap dia mengekalkan perbuatan yang baik walaupun dibawah pengaruh kuat pihak mertua.

Semalam dia duduk di kedai itu belajar tentang kiblat hati. Aku tenguk dia bukan main suka sangat. Orang macam ni tak boleh salah cakap, tak boleh salah ajar dan kalau nak bagi contoh ke biarlah benda yang baik. Aku dengar dia kata ustaz kat masjid tu ada cakap dalam ceramahnya bahawa budak budak muda sekarang lupa sembahyang subuh tapi tak lupa facebook. Bangun pagi pagi dah mengadap facebook dulu. Payah nak cakap hal ini.. orang dulu dulupun bangun pagi pagi mengadap kambing dan ayam dulu. suka hati ustaztulah apa nak cakap dan apa nak contohkan......

Pagi yang membosankan

Salam,
Pagi ini sangat membosankan, tak tau nak buat apa. Bukak facebook macam tak bermaya, tenguk sana tenguk sini , semua rasa tak kena.. Tak siapa dalam fb yang contact kita ni , boring betul... Nasib baik adalah member blogger ada menulis macam macam cerita... aku tak ada idea ni...

Wednesday, October 27, 2010

Anak Manis

Anak manis
menghitung hari yang berlalu
lewat lagi di hutan batu itu
pertaruhan ini bukan percuma
untuk sebuah kehidupan

Anak manis,
dimanakah rasa cinta seorang ayah
yang hilang mendakap malam
membawa sebuah mimpi
lenyap disahut subuh

 Pabila beduk berbunyi
                                              petanda siang menjelma
                                              dan akulah disini
                                              melihatmu dengan mata hatiku

Amietz@f.k ~ Sela

Amietz@f.k ~ Sela: "pada"

Time kerja jijah, buat sahajalah

Tuesday, October 26, 2010

Bertemu Untuk Berpisah

Salam, pagi tadi seperti biasa perjalanan membosankan. Dari Bukit Beruntung ke simpang Sg. Choh melihat deretan kereta yang sekian panjangnya, isteriku pula menyambung tidurnya sementara anak daraku asyik mendengar lagu dari "handphone" .

Sekali sekali kenangan lama bermain difikiran apatah lagi radio mendendangkan lagu Uji Rashid dan Hail Amir dengan tajuk lagu "bertemu untuk berpisah" Itu bukan lagu tahun keremajaan aku tapi sekadar lagu untuk tajuk sebuah cerita. Masih kuingat seorang gadis dari Sentul, Kuala Lumpur  Noraishah namanya, gadis yang kucintai dengan tidak sengaja yang mana menyebabkan aku sering berulang ulang menjemputnya di tempat kerja sewaktu balik malam. Waktu itu manalah ada kenderaan, tak mampu walaupun untuk membeli sebijik motor.

Aku masih teringat pada suatu malam ketika aku sedang menunggu Noraishah ditepi komplek itu, tiba tiba aku di datangi oleh salah seorang rakan perempuan Norasiah bertanya kepadaku. " Awak ni Zul ke ? " Aku tersenyum sahaja sedangkan di dalam fikiranku berfikir yang bukan bukan. Kepulanganku bersama Noraishah pada malam itu adalah seperti biasa dan aku rasa aku adalah orang paling baik

Beberapa hari berlalu dengan tiba tiba Noraishah ingin sangat bertemu denganku kerana ada hal mustahak katanya. Kami bertemu disuatu tempat yang tenang tanpa gangguan. " Saya ada perkara nak cakap dengan abang " katanya. " Cakaplah " jawabku ringkas. " Saya sebenarnya sudah ada kawan bang, Zul namanya, dia hendak kahwin dengan saya" kata Noraishah lagi..........   " Baguslah" kataku dan seterusnya kami membisu seketika. Di dalam perasaanku telah bermain rasa kesedihan tapi apa hendak dikata, Noraishah telah berniat untuk berpisah. " Mari kita pulang" kataku dengan mudah. Kamipun pulang dengan keadaan membisu dan mendukacitakan
Setahun lamanya aku tidak berjumpa Noraishah sehingga suatu hari kudengar suaranya di talipon. " Saya nak jumpa abang" katanya. Aku kata " OK" dan kami bertemu ditempat yang sama............................ " Saya belum kahwin lagi, saya tak cukup duit " katanya. Sekali ini otakku berfikir ligat, nak jadi baik atau nak jadi jahat. Ah... lupakanlah...biar si Zul itu sahaja cari duit dan bukan aku...Kami berpisah lagi dan kali ini benar benar berpisah.

Aku dapat panggilan talipon lagi beberapa bulan selepas itu. " Datang ya bang, datanglah hari pernikhan saya" katanya. Aku jawab " OK"

Dihari perkahwinan itu aku datang, aku melihat dua mempelai dipersandingan, aku melihat pengantin lelaki memakai spek hitam, aku bersalaman dengannya. Pasti dia tidak kenal aku kalau dia tahu pasti dia mengatakan bahawa aku adalah lelaki yang terbaik dan paling baik atau yang paling bodoh. Cuma aku datang tidak seorang tetapi berdua.

Korang jangan gelak tenguk gambar ni, anak aku kata ini gambar "orang zaman' Inilah dia gambar aku kat rumah pengantin tu dan pada masa itu aku masih ada rambut. Yang kat sebelah tu  bini aku waktu mudanya.....

Korang minat dengar cerita aku tak,,, nanti boleh tambah

Sunday, October 24, 2010

Restoren Pelita Yang Dilupakan

Salam,
Bila hari hari cuti ni eloklah pergi makan makan, makan kat restoren pelita ke, restoren kari kepala ikan ke, restoren kg pandan ke... Tapi cuba korang pergi kat restoren De' Chow Kit  dekat Seven Elevan supaya perasaan muak tu tidak menguasai diri. Disana ada makanan padang, ni asyik asyik makan makanan sebelah utara aja, sekali sekala tukarlah selera.


Kalau ke Chow Kit jangan kejar bihun sup aje, kat sana ramai orang makan tapi yang ramai adalah orang yang kurang deria hidung je. Sedap memang sedap, akupun terpegun tapi ada bau tak menyenangkan. Dulu aku terbau jugak tapi sekarang macam tak de bau walaupun duduk tepi longkang... Alih alih pelita jugak jadi pilihan... Tanya bang mail...

Sekali sekalamakanlah jeruk dan tak perlu menunggu waktu mengandung baru nak makan... Si Faizan entah bila dapat anak ya.




Pandanglah udang ni kalau korang berselera, kalau tekak gatal toksah makan................

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...