Selamat Hari Raya Haji.... Itulah ucapan saya untuk tahun ini 2010.... Tapi saya kehilangan kucing saya, dia tak balik balik, mungkin dia cari rumah yang sejuk ada air-cond, mungkin dilarikan budak budak jauh ke kawasan lain.... Seperti yang pernah saya sebut dulu, saya beraya di Kermata AU1... Saya suka kesana sebab ada makan ... Tempat lain juga ada makanan tapi berbeza disini. Mereka menyediakan makanan sebelum solat Hari Raya Haji
Dengan tanpa pilih bulu selesai sahaja Khutbah Hari Raya , maka kita mulalah makan walaupun orang yang makan itu belum tentu sama sama membantu mengerjakan korban
Ini pak cik peluk kuat kuat
Berebut rebut makan
Masih ada disiplin untuk beratur
Lepas makan basuh sendiri
Sedap lagi duduk bersila
Termenung sebelum dikorbankan
Idzham bergaya ditepi surau
Inilah masanya kita berkumpul dengan saudara mara dan adik beradik. Masak sama sama masak dan pening sama pening kerana banyaknya makan bihun sup..... sup kaki lembu.....
No comments:
Post a Comment