Monday, December 31, 2012

Detik Detik 2013

Salam..................

Tahun 2012, tahun orang putih ini meninggalkan kita sebentar lagi. Kita hanya dapat menoleh kebelakang mengintai kenangan. Ada orang mendirikan rumahtangga dengan penuh gembira di tahun 2012 dan memilih tarikh tarikh keramat dan juga tempat tempat keramat. Semoga tahun 2013 bukanlah tahun penceraian mereka dengan alasan tidak sesuai, suami mati pucuk , isteri mandul dan sebagainya....



Tahun 2012 juga memperlihat pm tentang beberapa orang kenalan rapat telah kembali kepada Sang Pencipta. Orang yang kita selalu kita ajak bersenda senda dengan tiba tiba meninggal dunia. Kehilangan mereka menyebabkan kita tertanya tanya pada diri, bagaimana pula nasib kita yang terkemudian ini. Sebagai seorang manusia kita selalu mengejar dunia yang seronok ini........................



Malam ini ada perayaan menyambut tahun 2013, esok kita akan melihat di dada dada akhbar berita berita khalwat dan kematian serta kemalangan. Tiap tiap tahun juga begitu dan kita terus mencipta sejarah untuk dinilai dan dilihat oleh orang lain. 

Malam ini jangan lupa bawa lesen memandu, jangan mabuk mabuk, jangan lupa bawa kondom, jangan lupa bawa pil perancang kerana malam ini kita akan menukar sejarah kita. Kalau rasa tak ada kena mengena eloklah duduk di rumah, sambil masak masak, layan suami dan anak anak. Biar orang kata anda isteri yang bodoh, duduk di celah dapur tetapi sekurang kurangnya anda bukanlah untuk tatapan suami orang lain......


Sunday, December 30, 2012

Meneguk Duri Cinta

Salam................


Cukup sekadar pm terbaca coretan fb dari salah seorang kawan kita pagi tadi membuat pm menjawab dengan nada negetif sahaja. Beginilah copy pastenya " Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja."

- Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Apa pandangan anda ? Pm jawab " saya tak setuju ". Tentu orang perempuan marah dan sudah ada juga orang mengatakan pm ini ego. Masih pm ingat  waktu kecil kecil dahulu, arwah emak titik dan hentam pm secukup cukupnya, pm hanya berdiam diri tidak mengira sama ada salah atau betul sambil membiarkan tali pinggang terus berlegar di atas badan...... Anak sekarang yang terdidik akan memperjuangkan haknya, melawan balik kata kata ibunya justeru itu kita banyak melihat anak anak melawan emak bapak. Adakah salah pendidikkan orang dahulu yang sememangnya tidak bersekolah itu ?

Hari ini sang suami kena minta maaf pada isteri kena pujuk isteri dan isteri bolehlah tarik muka ke tepi tiang minta dipujuk sebab hatinya terlalu sensitif ? Siapa yang suka cara itu silakanlah ?.................Sememangnya cikgu sekarang memberi pendidikan begitu..........

Cikgu dahulu adalah ketua rumah. Mereka tetap sayangkan isteri mereka, mereka pernah marah dan tegur , isterinya  mendengar juga. Rumah tangga mereka berpanjangan sampai ke cucu cicit. Orang hari ini bukan hanya ada psikoloji, ada kelas rumah tangga, ada kursus rumah tangga, ada kelas mengajar bercinta, ada guru agama hari hari tetapi tidak dapat mempertahankan rumah tangga mereka. Ustazah sendiri merasakan suaminya tidak benar, memilih jalan menjanda................

Banyak suami suami hari ini tidak dihormati justeru kerana para isteri terlalu sensitif di dalam hatinya. Suami diminta mengikut kehendak mereka yang tidak pernah puas dan kenyang. Semakin hari rumahtangga mereka  semakin parah kerana isteri "merajukkan " dirinya minta dipujuk dibelai sehingga sang suami tidak mempunyai keputusan sebagai ketua.



"Tidaklah aku pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya sehingga dapat menggoyangkan laki-laki yang teguh selain salah satu di antara kalian wahai wanita." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)





Thursday, December 27, 2012

Hidup Tonggang Tongggeng

Salam,

Bila sahaja masuk pekerja baru di tempat kita, rasanya seperti baru buka sekolah tadika. Kalau orang muda, tentulah cara muda dan solannnyapun benda muda muda sahaja tetapi kalau orang yang dah tua ini tambah susah sedikit. Pertama sebab dia orang ini lebih pandai dari kita, semuanya keluar dari universiti dan juga sudah beranak pinak. Kalau bercerita pasti berdepung depang dan takkan mahu kalah.


Kalau yang masuk bekerja itu anak dara, pejabat akan pecah hari itu. Semua budak lelaki nak nak jadi cikgu, budak opis yang malaspun tiba tiba jadi rajin gila...Orang muda macam itulah.....dan hidup ini penuh pusingan....esok orang lain pulak ganti perangai kita.



Entah macam mana pada suatu hari ada janda pula jadi pekerja baru, lagi pm nampak senget bangunan dibuatnya. Janda itu pakai baju seketat ketatnya, orang muda orang tua pakat pandang pandang. Kita tidaklah boleh nak marah, kalau dia tidak buat seperti itu  bagaimana pula untuk mendapat jodoh yang baru. Hidup kenalah diteruskan........


Tahun baru ini semuanya baru, adalah juga orang bertukar kerja baru dan tidak pernah ada kerja yang kekal.  Alasan tukar kerja adalah untuk menambah pengalaman dan tiap tiap tahun menambah pengalaman. Gaji pusing pusing kat situ jugak. Lama lama usia semakin tua, sudah umur 40 tahun masih juga tahap kuli batak. Orang lain pula sekurang kurangnya sudah sampai tahap penyelia. Dia masih seperti itu, sudah kahwin juga perangai masih tidak berubah, asyik tukar kerja...... Bini kenalah banyak sabar sebab tidak tahu siapa yang akan tanggung siapa..... Apa nak buat, dah jodoh awak, dulu hensem sampai mati matian berebut sama kawan kawan. Sudah kahwin barulah tahu bahawa dia tu PEMALAS lah sangat.


Wednesday, December 26, 2012

Rasuah Si Bangsat

Salam,

Di dalam radio dan TV sudah banyak menyebut dan mempertikaikan soal rasuah tetapi rasuah masih berluasa di sana sini. Ada pihak yang dilantik sebagai pencegah, banyak juga orang takut membawa perkara itu ketengah. Ada yang main tuduh tuduh tanpa bukti, tapi memang betul pun orang itu ambil rasuah. Namun kalau tidak ada rasuh pula banyak pula benda benda sangkut, maklumlah mana ada kerja yang ikut standard , ikut iso, mana pula ada ada kerja yang benar benar betul.......... Adakah agaknya kesalahan yang sikit sikit boleh kita tutup mata ?



Cakap memang senang, tapi dimanakah permulaannya untuk mencegah di tengah tengah kehidupan yang kucar kacir ini. Sebenarnya kita benci melihat rasuah itu, nak minta tolong sikitpun kekadang kena duit RM 2/-. Bermula dari sedikit itulah, lama lama semakin naik banyaknya. Letak bakul buah pun kena bayar RM 5/- pagi petang...... Hissss, bangsa asing kata kita ini bangsat.... bangsat sangat kutip duit macam itu. Dia orang bagipun tak ikhlas, sumpah seranah kita dalam hati.....".cilaka punya melayu"


Saturday, December 22, 2012

Tempat Selamat Dari Kiamat

Salam..................

Semalam, kiamat yang ditunggui tidak kunjung tiba. Ada orang percaya dan ada orang tidak percaya dan ada juga orang melihat tanda tanda yang mewajibkan percaya. Jam 7.00 malam semalam saya melihat langit menghitam, tandanya hujan kuat akan turun


Langit yang menghitam itu menandakan betapa beratnya takungan air yang bakal melimpah manakala kalau dilihat betul betul, kita akan merasa gerun dan gelisah samalah seperti beberapa hari lalu saya melihat angin berpusing pusing di waktu petang. Waktu itu banyak orang kelihatan berlindung lindung di dalam kedai. 

Semalam juga dengar khabarnya di luar negara banyak orang membuat persiapan menghadapi kimat. Ada yang menyewa tempat perlindungan. Meraka sangka mereka akan terlepas dari bencana kiamat itu



Dia bertanya secara mengejek: “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka jawabnya: hari kiamat akan datang apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar kerana gerun takut. Dan bulan hilang cahayanya. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.

Maka pada hari itu, berkatalah manusia yang ingkarkan hari kiamat: “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

Kiamat akan menelan orang baik dan orang jahat dan tidak mengira sesiapapun walaupun anak anak para nabi seperti berlakunya banjir besar tidak lama dahulu

Diwaktu itu Nuh terlihat anaknya sedang berenang, Nuh berteriak : " Wahai anakku..!.naiklah bersama-sama kami..!" Jawab anaknya: " Aku akan naik kebukit dan akan selamat dari airbah ini." Dimasa itu datanglah segulung ombak yang besar menenggelamkan anak Nuh dan orang-orang yang kafir. Maka hilanglah mereka dari pandangan mata.

Syukur Alhamdulillan, kiamat belum lagi berlaku tetapi manusia masih belum mahu beringat ingat dan merasakan masih selamat. Tidakkah sebenarnya kiamat itu datang sewaktunya manusia sedang leka........ Sebelum kita terlebih jauh, bersiap sedialah untuk menghadapi kiamat kecil terlebih dahulu. Kiamat kecil pasti berlaku pada diri tiap tiap manusia........." Carilah tempat berlindung "


Wednesday, December 19, 2012

DUNIA NAK KIAMAT


Salam,
Semalam kira kira jam 4.00 petang, pm dengar bunyi berdentum kuat. Jenguk kat luar sana kelihatan hujan lebat mula turun, angin berpusing pusing. Agak luar biasa juga, orang orang tua dahulu selalu pesan supaya anak cucu jangan buat sibuk mengintai ribut sebegitu. Tiba tiba dada pm berdebar....tapi tak jadi apa apa pun selepas itu.............

Malam tadi pm sakit kepala bagai nak pecah rasanya, mata terasa sakit. Yang pastinya pm tak nampak apa apa yang pelik semasa hujan kuat itu. Adakah angin itu menyebabkan pm sakit kepala ? 

Ada orang cakap dunia nak kiamat, tiap tiap tahun ada cerita itu. Ulamak cakap jangan percaya, apatah lagi letakan tarikh tertentu. Sebenarnya orang takut dunia kiamat, orang tidak bersedia, orang tak suka cerita cerita yang menakutkan, sebaiknya ceritalah yang syok syok, yang ghairah ghairah..............................


Monday, December 17, 2012

Ada Apa Dalam Kain

Salam,

Pagi pagi sambil memandu, pm mendengar lagu lagu lama dari radio klisik. Dengar lagu Salmiah Hasan, lagu Muhaini Suratman dan penyanyi penyanyi sebaris mereka. Pm kenal mereka, ada yang pm jumpa hari hari waktu itu semuanya bukan kerana pm terkenal tetapi senang tenguk muka....

Waktu itu pm hanya bekerja sebgai shif leader, masih mentah dengan segala hal. Pada suatu hari pm dipanggil seorang kawan dari lain deparment. Dia kata ada seorang penyanyi perempuan ni, selalu curi pinggan. Siapalah nak percaya penyanyi ni artis ni nak curi pinggan, bagaimana dia curi pinggan dan nak buat apa ? Pertanyaan terus menghantui fikiran. "Mengapalah dia orang ni memberi aku beban menyelak kain penyanyi " kata hati pm.

Malam itu sekitar jam 9, bertempat di sebuah restoran di tingkat 15 bernama " Sky Room". Tempat itu taklah tinggi manapun, tapi macam duduk di tingkat ke 150......Pm  menanti penyanyi yang di maksudkan itu di balik tabir. Sesudah dia makan, pm panggil dia ke tepi tangga. " Saya nak tenguk beg tangan akak" kata saya. Diapun membuka beg tangannya, sah memanglah sah ada pinggan sudu garpu dalam beg. Macam biasa pm kata " mau cerita panjang atau cerita pendek"...........

Selepas malam itu, tak ada ada lagi kisah pinggan hilang, penyanyi itu pula bertemu kami dan memulangkan segala gala pinggan yang diambilnya yang mana telah disimpan di rumahnya......Di atas kisah ini fahamlah pm seperti kata bos pm" kamu kena fikir seperti mana yang orang lain fikir...........




Sunday, December 16, 2012

TANYA SAMA HATI, APA RASA SAYANG

Salam..............

Pagi Jumaat lalu pm memandu kereta menghantar anak ke kolej, kelihatan seorang lelaki tua mengemis di tepi jalan. Tidak ketahuan bangsanya, ada mirip orang cina, mungkin juga bangsa kita Melayu nan Layu. Entah kenapa hati ini sangat tertarik tapi sayangnya tidak dapat menghalakan lensa ke situ....................

Setengah jam kemudian pm jumpa dia mengemis di dalam pasar kawasan makanan. Cepatnya dia sampai, naik bas agaknya. Pm nampak dia memasukkan duit kutipan di dalam poket bagi mengosongkan tadahannya dan terus berjalan seperti biasa  mengutip duit dari meja ke meja. Dia memang sudah tua, memang kelihatan tidak mampu bekerja tapi dimanakah anak anaknya atau sebenarnya dia sedang bergurau dengan dunia. " Aku tipu kau dan kau tipu aku"



Kekadang kadang bila difikir fikirkan kita jadi tidak ikhlas walaupun untuk 10 sen. Hati kita tertanya tanya adakah "orang" ini betul atau tidak. Kita kira duit 10 sen bukanlah besar sangat cuma nak bagi orang bukanlah main liat, macam macam tanya dalam hati perut tapi bila menghabiskan duit beli hand phone atau top up, senang aja pulak.........

Thursday, December 13, 2012

Sepi Pengemis Tua

Salam............

Suatu hari ayah talipon saya, dia menangis, dia kata dia sunyi. Saya tidak nampak kesunyiannnya yang hidup dikelilingi cucu cucu dan anak anak. Saya fikir ayah cukup mewah dengan apa yang dia ada. Pendek kata petik sahaja jari, apa sahaja yang dikehendakinya akan dimiliki di dalam sekelip mata

Ketika memandikan mayat ayah, saya melihat seluruh susuk tubuh ayah. Melihat ayah sepertinya saya melihat saya. Hari ini apa yang ayah miliki akan dimiliki juga oleh saya.....Kesunyian itu kini berada bersama saya walaupun saya berada di tengah tengah kegembiraan orang lain. Saya menceritakan diri saya yang tidak " menyelerakan" orang lain.

Suatu hari ketika saya pulang ke kampung, saya melihat banyaknya botol botol minyak urut di sisi emak. Emak kata dia lenguh lenguh kaki. Adik saya sangat rajin membelikan minyak minyak panas sebegitu untuk emak. Saya pegang kaki emak, terasa sejuknya. Minyak yang ada hanya memanaskan kulit tetapi tidak memberi apa apa kekuatan kepada tulang. Saya hanya bercakap cakap dengan emak bagi menghilangkan kerinduan .


Ketika emak sakit kuat di dalam hospital, dia mengangkat tangannya memberi isyarat menyuruh saya balik dan membiarkan dia seorang di situ. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku kecuali hanya menghadirkan diri dan mempersolakan keihlasan saya. Abang sulung pula mengatur ngatur jadual giliran menjaga emak. Waktu itu semua orang sibuk dengan urusan masing masing, maka tidak hairanlah kalau emak suruh kami balik............ Hari ini saya juga melihat semua orang sibuk dan kadang kadang apa yang saya cakap mereka tidak faham. Saya mahu menceritakan suara hati saya.......................mereka tidak memahaminya, bahkan bahasa saya juga.

Pengalaman membuat kita semakin dewasa dan bertambah dewasa. Kita hanya berguna pada hari kita diperlukan. Suatu hari kita juga menjadi seperti orang lain yang jauh ditinggalkan dengan doa dan kenangan. Kita sepatutnya telah bersedia untuk menghadapi kesunyian daripada mempercayai apa yang kita dengar. Hidup ini terlalu banyaknya gurauan, gurau anak anak dan ibubapa, gurauan para para isteri dan suaminya sehingganya di suatu hari kita tertanya tanya kenapa kita kita tetap SEPI...........


Saturday, December 8, 2012

Rendang Mak Indon

Salam...........

Alhamdulillah, pm baru sahaja sembuh dari demam selsema yang berulang ulang dan merimaskan. Demam kali ini bukan sahaja menahan gatal lelehan dari hidung tapi juga menanggung sakit sengal sengal badan. Bersinp pula sampai sekuat kuat bunyi dan kekadang berlaku semasa sedang tidur. Benarlah kata orang bila badan sudah semakin tua kita semakin berat melaksanakan ibadah, tidak mampu membaca walaupun satu ayat. Waktu ini perjuangan imam bagaikan berperang di lautan api......Ada yang menang dan ada yang rewas, hanyalah Allah yang tahu.............

Semalam pm keluar ke Bukit Bintang, terasa lapar perut menyebabkan pm singgah di sebuah restoran di bangunan Berjaya Shompo. Pm tenguk pekerjanya adalah orang indonesia manakala makanannnya merupakan makanan kampung biasa. Pm mendekati tempat hidangan dan tiba tiba disapa oleh seorang perempuan indonesia dengan katanya " pak, makanan di sini tidak halal, ada daging babi " Pm kata " kan disini ada pekerja indonesia "...... Dia menjawab, yang halal cuma ini, sambil menunjukkan kueh mueh yang dijualnya. Pm terus berlalu dari situ dan mencari kedai mamak yang berdekatan.



Bercerita tentang makanan, sememangnya susah hendak dikatakan. Yang mana sebenar benarnya halal. Tukang masak di dalam restoren kebanyakkannya adalah pekerja myamar, nepal, india dan bangla. Ada bangla menggunakan nama orang islam padahal dia bukan islam, passportnya adalah tidak tulin disebabkan ada pegawai kerajaan memakan rasuah tidak mengira dosa pahala. Di sana sini JAKIM sibuk tentang lesen halal tetapi adakah mereka memantau kedai kedai mamak, kedai kedai di dalam komplek tempat jual beli. Adakah kita boleh makan makanan yang disediakan oleh non muslim ? Pastinya tanda halal itu sahaja yang kita percayai...............



Kata arwah guru pm jika ingin ilmu tajam dan doa cepat makbul, jangan makan makanan yang disediakan oleh orang kafir. Tetapi di zaman sekarang kita berkongsi sudu garpu dengan mereka, mereka suap ke mulut mereka, kemudian kita suap ke mulut kita. Kita ajar anak anak membaca quran, ajar anak benda benda yang baik baik tapi cakap kita seperti angin menembusi telinga. Pensyarah berbueh mulut di universiti, ustaz berbueh mulut di dalam masjid.....tidak ada berkatnya pelajaran itu dan hanya mendapat gaji......Semuanya kerana makanan yang syubahat.......... Diakhir kata, jangan tanya orang lain tanyalah apa yang di dalam kain kita, tenguklah puas puas...........................................

Wednesday, December 5, 2012

Pilhan Hati Seekor Biawak

Salam........sudah beberapa hari tidak menulis, badan terasa sangat letih dan kurang sihat. Apakah isu pm kali ini....Nanti pm letak gambar dahulu


Anak India yang dua orang ini terlalu muda sangat. Tengah bercintalah tu... Gambar ini pm ambil berdekatan Selayang Mall semalam...Cerita kali ini adalah tentang memilih pasangan hidup....Korang pernah pilih ke ? Pastinya telah dan pernah memilih akan tetapi pilihan itu dengan kehendak keluarga atau pilih sendiri sendiri ? Banyak orang sekarang memilih sendiri pasangannya mengikut selera masing masing tapi kenapa tidak mengikut kehendak keluarga. Susah juga kalau tak kenal , mana nak syok ? Macam mana nak sefahaman kalau tidak kenal hati budinya.

Apa salahnya sesekali kita jenguk kepada mereka yang kahwin dengan pilihan keluarga. Orang tua pasti pilih yang terbaik untuk anaknya, memenuhi citarasa kehidupan masa kini. Tentulah ciri ciri kesenangan diketengahkan dan bukan setakat cantik bergaya.

Hari ini banyak cerita cerita terbalik kita dengar, " isteri saya boleh mengawal saya, saya tidak dapat mengawal diri sendiri " Gila apa gamaknya orang ni, semalam pm dengar orang tu bercakap dalam tv. Seorang ibu berpesan dengan menantu perempuannya dengan kata " kau jagalah laki kau ni, dia ni susah bangun pagi sikit."  Kalau dah susah bangun pagi tak usah berbinilah.......buat naya anak orang sahaja. Pemalas bangun pagi , maka dengan secara automatiknya dia pemalas nak pergi kerja...sembahyang subuh tak usah cakaplah........Inilah akibatnya pilihan sendiri.....

Kalau bernikah dan berharap orang perempuan menunjukkan jalan dan membimbing ....entahlah....Bukannnya orang perempuan tak boleh jadi cikgu tetapi tak boleh jadi imam kepada orang lelaki kecuali kat Amerika tu....

Berhati hatilah kalau anda memilih suami yang rengan tangan......


pm tak jual benda ni

Thursday, November 29, 2012

Baju Merah Curi Makan

Salam.......

Hujan semalam memang masih belum reda, apabila lambakkan parti kerajaan masih berada di kawasan Chow Kit ini. Bukan sahaja makcik makcik berbaju merah tapi juga pakcik pakcik bersongkok termasuk anak anak muda yang datang meraikan bilik bilik hotel. Bukan seorang dua tinggal di dalam bilik tapi boleh jadi enam orang atau juga tujuh orang tidak termasuk anak cucu......Bagi yang berkenderaan maka sesuka hati jugalah letak diman mana.


Malam semalam ada setengah kumpulan membuat jamuan makan. Yang dijemput adalah 150 orang, manakala yang hadir mungkin 250 orang. Kalaulah dalam bilik cuma untuk 2 orang bermakna makanan hanyalah untuk dua orang tapi kalau dah 7 orang .....kemanalah mereka pergi makan. Jawpannnya dimana ada makanan percuma disanalah tempatnya....Pihak hotel akan perah otak macam mana nak atasi kebanjiran orang yang tidak diingini ini. Masa ini jangan cakap pasal halal haram, pak lebai pun selamba ambik pinggan, tak ada rasa malupun.....bila dah tertangkap dan disuruh bayar barulah padan muka....


Sudah bertahun tahun, bangsa kita tidak berubah, masih nak curi makan...........masih ada yang import " ayam"  Siam ke bilik. Kata mereka mahu memperjuangkan bangsa dan agama............Entah siapa yang menipu mereka atau orang PAS yang menipu.........

Wednesday, November 28, 2012

Hujan Masih Belum Reda

Salam..........

Dah mula ramai dah kat sini.....makcik makcik tudung merah sudah memenuhi jalan raya, esok lusa mungkin ke Plaza GM, beli tudung dan manik. Dah biasa pm tenguk begitu, ada makan free kat hotel hotel, ada tempat tidur untuk ditumpang. Maka kesempatan ini juga digunakan untuk bertemu segala kenalan di Kuala Lumpur


Apapun sekarang musim ujan, pastinya jalan jem. Makcik makcik kenalah pandai bawak diri, jangan pakai emas banyak sampai ke siku. Nanti balik ke kampung tak ada tangan. Jangan makan merata rata nanti sakit perut....oh terlupa pulak, nanti jangan lupa melawat masjid india dan sogo atau naik monorel RM 1.60 ke Bukit Bintang...............Makcik oh makcik, semalam pm dengo banyak orang mengata orang PAS tak betul, banyak orang senyum mendengarnya, ada yang mengangguk terhenjut henjut...........Tahun ini kalau menang , pastikan makcik berada di kerusi yang sama........jangan kena tolak setelah kuat kuat kerja....


Monday, November 26, 2012

Satu Keluarga Satu Cerita

Salam,

Pm sempat buka satu lagi blog bernama NALURI PAK TEH, di atas alamat panglimabugis.blogspot.com 
Pm nak tenguk macam mana keadaannya dan setakat ini tidak sampai beberapa keratpun follower. Biasalah blog baru ianya berguna untuk menyampaikan hasrat yang terpendam bagi memperkenalkan kepada saudara mara. Memangnya fb dan blog itu agak sunyi sehinggakan pm tumpang ke sini. Setakat ini masih berkisar tentang kisah orang kawin dan orang silat juga. Agak membosankan tetapi pm cubalah cari idea nak tulis apa apa yang patut. Pm pun nak minta sokongan juga walaupun pm bukanlah jenis orang cari duit...........


Blog itu bakal menghimpunkan seluruh keluarga dengan cerita cerita persekitaran. Adalakanya cuit mencuit itu perlu bagi merapatkan hubungan dan memperbetulkan keadaan



Kisah adik beradik dan kehidupan masa kini adalah yang terbaik diperkatakan dan bukan untuk memburuk burukan sesama sendiri. Mudah mudahan Allah memberi berkat dan keselamatam kepada semua pihak.

Thursday, November 22, 2012

PELUANG MASIH ADA

Salam.................

Masih ingat zaman ekonomi meleset dahulu sekitar tahun 90an, waktu itu gaji pm baru RM 490/-. Pm  menyewa rumah di Selayang Baru, isteri tidak bekerja dan anak pula ada 4 orang. Dengan duit itulah dapat membayar tambang bas, bayar sewa ruimah, bil air dan letrik dan seterusnya makan minum serta pakaian. Nasib baik kerja di hotel dapat makan free.


Tinggal berdekatan pasar borong merupakan satu rahmat. Sayur sawi boleh dibeli dengan harga 50 sen manakala ikan bawal juga murah harganya. Kaum keluarga yang datang  dapat juga menikmati makananan yang dikatakan mewah itu. Dengan RM 2/-  belanja dapur sehari dimanalah cukupnya....Tapi masih boleh bernyawa dan budak budakpun dah besar panjang masa kini........

Kehidupan masa lampau memanglah susah, banyak bebanan hutang dan kalau tidak berhutang manakan dapat barangnya. Masa itu kebanyakkan orang berhutang mengambil barang singer maka belilah tv dan peti ais sebagai pelengkap rumah. Tiap tiap bulan berbunyi "kelepap kelepap" bunyi selipar bil collector datang ke rumah dan kalau tidak dapat dibayar nanti diangkutnya balik barang itu. Orang sebelah rumah beli barang karaoke di rumahnya, mintak pulak tolong kita jamin...last last tak boleh bayar. Maka kita pulak jadi mangsa..... Duduk di Selayang Baru rumah bertingkat memang banyak pengalaman dan banyak juga tok bomoh di sana.

Kehidupan terus berubah, pm pindah ke Kepong , bos suruh duduk di rumahnya. Rumah teres yang besar mempunyai 3 bilik yang besar, ruang tamu dan dapur yang besar. Rumah besar tapi pm tak ada barang apa apa. Rumah besar akan bergaung dan riuh rendah dengan suara budak budak. Jirannya sebelah china sebelah inda, depan india belakang india...Alhamdulillah, manusia tetap sama walaupun akidahnya berlainan.

Seorang minat kerja panjat panjat


seorang duduk melangut

seorang jadi hensome guy

seorang melengung

seorang masih cekolah....

Kehidupan ini banyak pahit dan manisnya.....cerita juga masih banyak sambungannnya.....

Monday, November 19, 2012

Dendam Syaitan

Salam.....

Cerita orang sembelih anak sudah selalu masuk ke dalam surat khabar. Ada yang kerana tokoh tokoh hendak mengikut cara nabi Allah Ibrahim tetapi yang selebihnya menjadi misteri di alam maya. 


Ada orang kata perkara ini terjadi dengan sebab pengaruh dadah, ada orang kata dengan sebab ada hantu telah masuk ke tubuhnya. Mahkamah tidak pernah percaya dengan cerita mistik sebalik lebih suka mengambil kira benda yang logik. Misalnya kerana kurang siuman.

Baru baru ini pm adalah terdengar kisah potong memotong sampai masuk ke hospitallah juga. Si bapak sedang memandu kereta, manakala isterinya pula berleter menyebut nyebut benda tak elok menyakitkan hati suami. Ya lah... orang yang memandu perlukan ketenangan dan tumpuan, si isteri pulak tidak ada masa lain nak meluah perasaan terpendam, manakala anak anak jantan kat belakang kereta tidak habis habis bertengkar dan bersepak sepak di dalam kereta di tempat duduk belakang. Si bapak yang sedang serabut itu sempat mencapai pisau dan terus menghiris tangan anak anak jantannya. Maka memancut mancutlah darah dengan keadaan tanpa kawalan. Tersedar dan terkejut melihat darah itu, si bapak memecut kereta laju laju ke hospital.......Bila kita tanya dia jawab tidak ada siapa yang tidak sayang anak dan nak bunuh anak ....

Habis tu yang catuk catuk kelar kelar tu siapa, kenapa boleh jadi begitu ?.... Menjawab kepada solan itu dia berkata bahawa dia cuma nak mengajar anak, tak sangka sarung pisau tu pecah bahagian bawah. Jadi si bapak itu tidak menarima kecaman dan tidak dipersalahkan juga....... Kalau orang seperti kita tentu sudah lama bersalah akan tetapi jikalau orang yang disayang dimana manapun tidak akan salah.........

Menjawab kepada soalan tadi banyak juga orang berkata bahawa kejadian ini terjadi adalah kerana takdirnya Allah Taala. Maka redhalah orang mendengarnya, akan tetapi jika kejadian itu berlaku kepada ahli keluarga kita, anak anak kita, bagaimana pula rasanya . Banyak orang terlupa tentang permintaan iblis kepada Tuhan.......

"Berkata iblis: Hai Tuhanku! Demi, sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya." - Al-Hijr: 3

Inilah dia jawapan yang tepat.......

"Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas." - Al-Hijr: 40


Oleh yang demikan janganlah kalian menjemput syaitan ke rumah tangga kalian, jangan dipuja puja dihidupkan semangat yang jahat sebaliknya bersihkanlah di dalam segala isi rumah..............

Sunday, November 11, 2012

Mengawan Tak Habis

Salam.........,

Alhamdulillah dengan izin Allah dan dengan berkat doa para para isteri maka sampailah pm ke tempat yang di tuju bagi menziarah rumah bakal pengantin yang akan dipengantinkan. Kata orang lain padang maka lainlah belalangnya, demikian jua kita ini manusia yang hidup tak ubah seperti belalang juga. Kekadang kadang bersayap kuning kadang kadang juga bersayap hijau mengambil tugas pelesit




Beberapa hari di rumah kenduri, maka banyaklah perkara tak kena dilihat oleh mata dirasa oleh hati tetapi suara yang nan terpendam usahlah dikhabarkan. Hanyalah nanti mengganggu kenduri orang mengawan itu. Hari sampai di sana disebelah paginya hanya makan nasi lemak di perhentian , tengaharinya makan sekeping roti canai dan sebelah petang makan megee. Rumah pengantin sangatlah sibuk sehingga tak terlayan pm nan seorang ini. Akhirnya jerit kat anak anak minta tolong masak telor sambal dan nasi.....Tuan rumah dengan tiba tiba mukanya merah padam, kita masih bayak lauk katanya.......



Sebenarnya pm tak makan rebung dan daging itek. Geli tekak bila melihat itek menyudu longkang dan paya dan segala benda yang ada dibelasahnya. Dengar khabarnya adalah kakak kakak pm hanya menyodok kerak di dalam periuk bagi menimbus perut yang lapar. Sememangnya susah kalau orang kita terlalu berkira kira untuk bersedekah untuk orang makan. Namanya sudah kenduri kahwin, tidak usahlah disekat sekat tekak orang.....

Tibanya hari kenduri, maka dengan izin Allah dapatlah pm menjamah nasi kenduri. Sungguh sedap rasanya tapi lama juga menunggu nasi dihidang, nak kata kaki tangan tak cukup tidak pulak tapi tukang basuh pinggan nampak lebih ramai daripada tukang hidang...Yang paling sedihnya pm gunakan lapik meja sebagi pengelap tangan kerana rumah kenduri itu tidak menyediakan tisu.....

Apapun terhibur juga mendengar gendang dari pasukan silat...Dengar kabarnya diimport dari perlis...kena bayar  RM 600/- Begitulah kenduri orang.....yang paling untung adalah orang yang baru kahwin...hujan petang ke malam  malas nak berenti.....................



Sunday, November 4, 2012

Jalan Kembali

Salam...........

Malam tadi sempat menonton drama tanah kubur yang bercerita kisah orang menyimpan saka. Walaupun ceritanya tidak panjang namun gambaran kisahnya menakutkan bilamana si penyimpan saka sukar mati dan saka mengikutnya sampai ke tanah kuburan. Tidaklah disebutkan apakah jenis sakanya tapi kemungkinan besar hantu raya.....


Sebenarnya berbagai cerita cuba dipaparkan dalam masa sesingkat itu demi untuk menyedarkan masyarakat betapa keruntuhan agama telah mengheret manusia ke arah kesesatan yang lebih jauh. Kita yang telah berusia agaknya senja ini sepatutnya mengambil iktibar dan segera bertaubat.........


Cuma apakah kita dapat bertaubat buat masa kini di tengah tengah kelam kelibut kehidupan dunia yang mencabar, di tengah tengah kemalasan yang berpanjangan atau sebenarnya kita merasakan masih ada waktu untuk kita di hari esok........ Menjalani kehidupan seperti ini menyebabkan pm terpanggil untuk menyeru diri sendiri dan kawan kawan. Betapa suatu waktu yang lalu pm begitu rajin bangkit di waktu malam, kini setelah menempuh peringkat umur, pm begitu terasa sukarnya bangun malam, sukarnya membaca surah panjang panjang walaupun punya keinginan. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kesampaian dan hilang......


Tiap tiap manusia mempunyai kelemahan dan pm percaya masih banyak kehidupan mereka yang seperti pm. Kehidupan waktu ini mempunyai banyak alasan keletihan. Jika waktu muda kita kita tidak taat mengerjakan ibadah, betapalah ibadah itu menjadi kuat di waktu tua. Jika di waktu muda kita menghabiskan masa dengan hiburan betapalah kita di waktu tua dapat dihabiskan masa dengan beribadah. Dunia sudah terjadi dengan peristiwa yang berulang, kueh mengikut acuannya, manusia mengikut jejak keturunannya. Kita pilihlah jalan berubah dan berhijrah dengan usaha. Mudah mudahan Allah memberi pertunjuk.

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Tuhannya Jibril dan Mikail dan Israfil, Tuhan Pencipta petala langit dan bumi, Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang terang. Engkaulah yang memutuskan antara hamba-hambaMu tentang apa yang mereka perselisihkan. Oleh itu berikanlah aku petunjuk yang benar dari mana-mana yang di peselisihkan itu dengan izzinMu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada orang yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”

Thursday, November 1, 2012

Penipuan Daging Korban

Salam......

Sudah anda kenyang makan daging korban ?


Alkisah kekadang cerita daging korban menyebabkan ada orang hempuk meja dan koyak kupon di depan pak imam. Sungguhpun kerja korban ini adalah satu ibadah dan soal mendapat daging korban atau tidak adalah dengan kehendak Allah, peranan manusia dan kejujurannya diperlukan. Jangan salahkan tuhan jika anda tidak mendapat daging korban kerana yang berkorban adalah manusia dan mengagihkannya juga manusia.

Kalau di zaman dahulu hanya orang kaya dan orang yang ada duit sahaja yang boleh berkorban tetapi sekarang semua orang boleh berkongsi untuk sebanyak mana lembu yang ada. Kerja korban kini sudah menjadi benda biasa, bahkan anak anak muda yang baru bekerja juga mampu membiayainya. Jangan tanya pasal barkah tapi cuba tenguk perkara ini betul ataupun tidak.

Ada orang mempolitikkan kerja korban, pasang bendera parti di tempat korban dan mengagihkannya hanya di kalangan parti  sendiri. Ada orang menyembelih korban di kampungnya manakala daging korban di agihkan ke kampung lain. Ada orang memberi daging korban hanya kepada adik beradik dan saudara maranya , manakala orang orang yang susah di kampungnya pergilah beli daging lembu di pasar , jika teringin  sangat nak makan daging. 



Yang paling dahsyat tuan tuan, kupon telah diberi, waktu pengambilan telah ditetapkan tetapi apabila kita sampai ke tempat tu...daging dah habis........siapa pulak yang sapu ...Memang sah pak imam nak kena tumbuk muka dia atau kandang lembu kena bakar sampai hangus......

Orang akan suruh kita sabar, orang akan kata ' bukan rezeki awak"......Pandainya manusia bermain kata kata apabila dah sesak tak tahu nak jawab apa.

Pm nak pesan, jangan terlalu berharap......Kalau dahulu orang yang menyerah daging korban main bagi daging yang tak senonoh pada budak budak, sekarang ini apalah bezanya.....Rumah orang kaya pun dapat daging korban kerana rata rata orang kita yang berkereta besar ini masih miskin hati perutnya.  Maka kerja korban bukanlah menjadi kerja ibadah lagi malahan menjadi pesta politik mengumpan undi, pesta cekik ramai ramai saudara mara. Akhirnya yang miskin , tidak ada nama, tidak berupa tidak dapat apa apa.

Sunday, October 28, 2012

Itek Di swimming pool Mati Kehausan

Salam........

Selepas tinggal di rumah sewa di Selayang Baru, pm berpindah pula ke Desa Jaya Kepong. Kalau di Selayang , jiran sebelah menyebelah atas dan bawah adalah di kalangan bangsa sendiri tetapi di Kepong sangatlah jauh berbeza. Jiran kiri kanan depan dan belakang adalah terdiri dari bangsa Cina dan India serta Benggali. Setiap hari mendengar sorakan anjing dan loceng sembahyang, manakala penempatan orang melayu agak jauh sedikit dari rumah.



Di sini pm dan sekeluarga belajar mengenali hati budi orang, biar siapapun mereka, mereka adalah tetap jiran kita. Sakit pening dan apa jua masalah kita, jiran kita adalah saudara kita. Hanya adat bangsa dan agama yang berbeza tetapi darah tetap sama merah, tubuh tetap kejadiannya dari Allah....

Kami melihat semua perayaan dan adat, anak anak pm bebas ke rumah mereka dan mereka juga tidak ada pantang larangnya ke rumah pm. Pernah rumah jiran terbakar, maka sama samalah kami datang membantu begitu juga apabila pm keluar meninggalkan rumah maka adalah jiran yang baik hati tolong menjaga anak anak. Terkadang kadang pm tertanya tanya juga kenapalah kita sesama sebangsa susah sangat nak berbaik baik sesama sendiri. Kerja orang kita suka mencari selisih faham, umpat mengumpat, berbangga bangga , hina menghina...........Cuma yang bagus orang kita pasal bab mengubur orang, orang kafir tidaklah boleh menguburkan kita................

Kalau kita mempunyai kawan bangsa asing yang datang dari luar negara, kalau kita menemui pelancong dari luar negara, apakah yang hendak kita tunjukkan tentang budaya bangsa kita. Tentu kita akan kata bahawa bangsa kita adalah bangsa yang berbudi bahasa, tentu kita akan tunjukkan apa yang kita pakai dan kita makan. Kita sangat berbangga dengan bangsa kita ........Akan tetapi apabila mereka melihat orang kita bercakap penuh maki hamun, sombong tidak tentu hala, mementingkan diri sendiri, sudah tentu kita akan merasa malu dan tidak tahu nak jawab apa......


Masih belum lambat untuk bangsa kita bersatu mebentuk satu komunti yang terbaik....Salah sebuah surau di Keramat baru baru ini telah menyediakan juadah minum pagi selepas sahaja solat aidil adha. Pm lihat sendiri bagaimana mereka tidak mengira sesiapa, samaada orang tempatan ataupun orang luar. Semuanya dijemput makan. Makanan itu pula bukan sahaja hasil dari duit surau tetapi juga dibawa oleh penduduk tempatan untuk di makan beramai ramai. Seperti kata imamnya " kalau sikit kita makan sama sikit dan kalau banyak kita makan sama banyak.  Di luar sana masjid masjid besar tidak berbuat demikian, masing masing hanya menunggu daging daging korban. Masing masing memikirkan apa sahaja yang masuk tetapi tidak memikirkan apa yang mahu diberi. Apa salahnya diberi makan orang orang yang solat dan kemudian sama sama mengerjakan ibadah korban ...


Inilah keadaan kita pada hari ini yang masih belum bersatu sebaiknya orang orang luar yang datang bersatu di  tempat kita. Mereka bersatu menjadi satu kelompok dan menopoli tempat kita. Melihat pada keadaan mereka itu kita akan berasa marah sedangkan bangsa kita saling tolak menolak....itu bukan kerja aku itu kerja kau.....itu bukan salah aku tapi salah engkau.....

Saturday, October 27, 2012

Berniaga Dengan Hantu

Salam......

Syok melihat youtube Ustaz Azhar....Beliau menjawab soalan soalan yang pelik pelik terutamanya soalan dari orang muda muda dan bab nikah kahwin. Jawapan yang ringkas dan mudah difahami walauoun beliau masih menggunakan bahasa ibundanya. Kata ustaz jika ada basic agama maka menjalankan hal agama juga amat mudah.

Jika anak anak kita mengetahui halal dan haram, wajib dan harus serta sunat tentu sekali kehidupan  itu nampak mudah. Pada hari ini banyak perkara syubahat dan keliru....... ya tak ye jadi haram...Anak pm sendiri bertanya apakah MLM itu haram ? Pm kata berniaga adalah amat bagus tetapi jangan buat zalim dengan orang, sebab perbuatan zalim adalah salah disisi agama. Zalim itu bagaimana, zalim bila kita suruh orang pinjam bank, duit tu nak labur kat kita. Kita suruh orang tu carilah lagi 5 orang dan suruh jugak pinjam bank, labur jugak kat kita. Hari hari kita sebut dan cakap pasal untung, kita cuci dan kaburi mereka dengan master plan kita. Berniaga tak nampak apapun tapi meeting tak habis habis, cari orang down line tak habis habis, semuanya pinjam dan melabur. ...... Akhirnya mana mana yang tak cukup keupayaan tu akan lebur. Berniaga entah sampai ke mana, hutang dengan bank mengejar pula.



Dalam hidup tersangat mudah kita menyalah dan mencari kesilapan orang. Kita puji dan angkat semangat orang yang bodoh " anda hebat'.....Sememngnya mereka hebat kerana dapat melabur dalam perusahaan kita. Jikalau kita bimbing mereka dengan sebenarnya, pasti mereka akan berjaya, tapi kita ini suka tenguk orang tambah down line, lagi ramai masuk maka lagi banyaklah masuk poket kita.



Buat meeting perjumpaan waktu maghrib, cakap pasal pasal agama tapi solat pakat tinggal. Yang dikejar berniaga itulah...........

Apa apapun kalau tak pinjam bank bagaimana nak berniaga takkan pinjam along ? Jangan perbodohkan orang lemah meminjam duit dan selepas tu kalau tak berjaya...kita kata nasib kaulah...... Tuhan tahu  samaada kerja korang tu betul atau tidak dan jangan nak makan komisyen aja.

Friday, October 26, 2012

Agama Baru

Salam.....Selamat Menyambut Hari Raya Haji. Orang orang bukan islam ada yang menyatakan bahawa hari raya ini adalah untuk orang haji sahaja dan kalau belum haji tak perlulah raya....Kalau pm cakap bahawa kita dah naik haji kat Malaysia ni, tentu orang cakap kita gila. Mana ada tempat menunaikan haji di Malaysia kecuali ugama Sun Man.....

Di zaman moden ini banyak orang berpeluang mengerjakan haji, bahkan berulang kali, asal ada duit. Kalau tidak ada duit tak sampailah hajat, kita berhaji di sini sahajalah.....Tak usah pelik.......


Hari ini pm solat aidil adha dan solat jumaat juga di Keramat..... Sekali sekali solat dalam KL ini best juga. Di dalam KL ada bermacam macam rupa perangai manusia disebabkan sudah terlampau bijak pandai. Disini guru agama senang ditemui bersepah di tepi tepi jalan dan juga di kedai kedai kopi dan  kalau susah susah sangat ada internet boleh mengajar....

Di sebelah pm ada seorang jemaah iaitu seorang pemuda penuh bergaya, orang Kuala Lumpur memang canggih. Dia mengerjakan solat sambil menggaru garu dan menenyeh hidungnya berulang kali. Bukan sekali tapi dah lebih 3 kali......ada juga solat berjemaah tetapi membiarkan barisan saf yang putus putus.
Kehebatan seperti inilah yang pm suka tenguk. Semakin banyak orang bijak pandai semakin hodoh pula nampaknya.

Bagi pm orang seperti ini tidak benar benar belajar solat, kerjanya main ikut ikut ...Bab solat tidak habis lagi, kini beratur pula pergi berhaji. Waktu pergi begitulah perangainya, sudah pulang tidak berubah juga. Jadi soal hajinya itu diserahkan kepada tuhan sahajalah ? Maka berdoalah mudah mudahan Allah menerimanya ?

Kerana itu pm lebih suka mengajak berhaji di Malaysia, intai intai dan selak selak tentang kerja solat kita. Jangan main balun sahaja. Buat ikut sedap, buat ikut buku dan lansung tak ada cikgu..malas hendak bertanya, malu nak tahu....Di hari esok kalau ada orang bercakap bahawa orang yang mengerjakan solat itu telah memenuhi 5 rukun islam dalam solatnya termasuk haji maka jangan pula ada bengong bengong memahaminya.......Ye ke ?

Suatu hari lagi anak anak cucu kita akan menganggap bahawa cerita cerita tentang tuhan dan akhirat adalah cerita dongeng, hayalan yang tidak diketahui penghujungnya,,,,kau orang tak usahlah marah....kerana ilmu telah kehilangan berkat, belajar ugama dikenakan bayaran, orang pandai pandai sangat sibuk dengan dirinya, masjid menjadi gedung shopping terbesar. Belajar agama kena ada sesi makan dan minum, kena sewa dewan besar besar. Agama itu menjadi duit, mendapatkannya perlu duit. Orang miskin akan bodoh tentang agama, orang kaya akan memiliki quran terbesar dan tersangat digitalnya. Di sana sini orang membawa quran, bahkan di kelab kelab malam dan juga jamban. 


Wednesday, October 24, 2012

Pembunuh Upahan

Salam..........

Cikgu Misai gelarannya, seorang guru disiplin yang suka bercermin mata hitam walaupun di waktu pagi buta ditambahi pula dengan misainya yang hitam menebal membentuk wajah garang.....aduh...ramai student tak suka.....tapi pm suka. Dia juga seorang guru jasmani yang kerjanya sibuk tentang sukan, dari pagi sehingga ke petang dan sampai bila bila  dia suka memakai seluar track

gambar hiasan

Di setiap pagi ada waktu jasmani di kelas kami. Memang rasa malas juga tetapi tidaklah boleh mengelak. Dia suruh kami berlari dari sekolah ke arah hutan itu yang ada waterfall...tempat banyak orang datang, dan kemudian melalui kawasan rumah murah dan terus melalui pusat latihan bomba dan akhirnya kembali ke jalan asrama menuju ke sekolah......Dia naik motor kapcai, kami berlari macam nak mampus tidak termasuk kena kejar anjing ........so sweet ........... Semuanya berlaku disini


Mengingati cikgu misai dan cikgu kesukaannya iaitu cikgu Bi Bi..adalah sesuatu yang tidak mungkin kembali lagi kepada pm dan seluruh student di sekolah tersebut.


Di dewan ini , kami berkumpul pagi pagi sambil menyanyikan lagu " Negaraku" dan celoteh guru besar yang tidak penat bila sahaja dapat microphone. Ramai sudah pelajar pelajar pergi dan kini menjadi orang besar besar dan kecik kecik. Sehingganya juga disuatu hari ada 2 orang bekas student datang memakai uniform tentera yang berpangkat menemui Cikgu Misai....." Cikgu, sekarang saya dah jadi orang " kata mereka. Semuanya kerana sakit hati mendengar maki hamun cikgu misai sewaktu dahulu memperlekehkan kemampuan mereka.


Asrama ini tempat kawan kawan pm sewaktu dahulu dan kini dipenuhi dengan anak anak bangsa kita yang mewarisinya.

Sudah lama pm tidak berjumpa dengan Cikgu Misai dan juga merasa rotannya. Dia masih dalam ingatan dan bukan kerana dendam tetapi rindu pada kenangan lama. Waktu itu pm sempat berjumpa J.Sham penyanyi tahun 60an dimana beliau juga menjadi Nazir sekolah......

Pada tahun 1995, pm telah terjumpa Cikgu Misai yang kebetulan tersangkut di pondok parking di Federal Hotel Kuala Lumpur. Dia tersangkut kerana terpaksa membayar RM 30........ Apalah yang ada pada RM 30/- itu kalau difikirkan tentang kebaikan tegurannya.... Apalah yang ada dengan RM 30/- itu kalau kita mampu menggunakan tandatangan kita yang penuh kuasa untuk membebaskannya dari bebanan itu. Dia sudah jadi nazir sekolah ketika itu dan sekarang entah di mana, rasanya dah lama pencen....Kami semuapun dah tua dah....

Garang bukanlah bererti makan orang dan kalau kita tidak buat garang, budak budak akan pijak kepala kita. Cikgu sekarang tidak boleh garang dan terpaksa lembut lembut dan senyum senyum. Maka dengan itu ramailah budak budak tidak mahu mendengar kata sebaliknya akan pasang " peguam" untuk kebodohannya.

Tuesday, October 23, 2012

Derita Seorang Lelaki

Salam...........

Terasa uzur sangat badan pm ini. Makan ubatpun tidak berpuluh. Mata rasa mengantuk , mata perit berair, dan entah apa apa lagi


Waktu sakit ini kalau kita cerita cerita pada orang , memang tak guna pun....tanggunglah sendiri


Mudah mudahan Tuahn memberi rahmat........


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...