Alhamdulillah dengan izin Allah dan dengan berkat doa para para isteri maka sampailah pm ke tempat yang di tuju bagi menziarah rumah bakal pengantin yang akan dipengantinkan. Kata orang lain padang maka lainlah belalangnya, demikian jua kita ini manusia yang hidup tak ubah seperti belalang juga. Kekadang kadang bersayap kuning kadang kadang juga bersayap hijau mengambil tugas pelesit
Beberapa hari di rumah kenduri, maka banyaklah perkara tak kena dilihat oleh mata dirasa oleh hati tetapi suara yang nan terpendam usahlah dikhabarkan. Hanyalah nanti mengganggu kenduri orang mengawan itu. Hari sampai di sana disebelah paginya hanya makan nasi lemak di perhentian , tengaharinya makan sekeping roti canai dan sebelah petang makan megee. Rumah pengantin sangatlah sibuk sehingga tak terlayan pm nan seorang ini. Akhirnya jerit kat anak anak minta tolong masak telor sambal dan nasi.....Tuan rumah dengan tiba tiba mukanya merah padam, kita masih bayak lauk katanya.......
Sebenarnya pm tak makan rebung dan daging itek. Geli tekak bila melihat itek menyudu longkang dan paya dan segala benda yang ada dibelasahnya. Dengar khabarnya adalah kakak kakak pm hanya menyodok kerak di dalam periuk bagi menimbus perut yang lapar. Sememangnya susah kalau orang kita terlalu berkira kira untuk bersedekah untuk orang makan. Namanya sudah kenduri kahwin, tidak usahlah disekat sekat tekak orang.....
Tibanya hari kenduri, maka dengan izin Allah dapatlah pm menjamah nasi kenduri. Sungguh sedap rasanya tapi lama juga menunggu nasi dihidang, nak kata kaki tangan tak cukup tidak pulak tapi tukang basuh pinggan nampak lebih ramai daripada tukang hidang...Yang paling sedihnya pm gunakan lapik meja sebagi pengelap tangan kerana rumah kenduri itu tidak menyediakan tisu.....
Apapun terhibur juga mendengar gendang dari pasukan silat...Dengar kabarnya diimport dari perlis...kena bayar RM 600/- Begitulah kenduri orang.....yang paling untung adalah orang yang baru kahwin...hujan petang ke malam malas nak berenti.....................
No comments:
Post a Comment