Tuesday, April 21, 2015

Bukan Rahsia (4)

Salam,

sambungan................

Shalat adalah kunci darisegala kebaikan"...........................



Hari yang ke dua iaitu hari Sabtu, petang itu pm mandi dan entah macam mana ternampak perut pm bengkak sebelah kiri. Masih teringat pm bahawa adanya tukang urut memberitahu biras pm bahawa pm menghadapi penyakit hati ( hati kurang berfungsi baik). Risau dengan keadaan itu pm tunjukkan kepada semua orang yang berada di dalam rumah. Mereka nampak risau, pelik dan segalanya. Maka bermulalah era jampi menjampi......puh kanan puh kiri...puh depan puh belakang .....

Malam itu pm pergi berurut lagi. Kali ini pm tunjukkan kepada tukang urut itu. Malam itu juga perut pm diuli uli seperti menguli roti canai. Seluruh badan ditekan sana sini. Sedap memang sedap dan kekadang rasa nak menyepak pun ada.

Esoknya hari Ahad kami bergerak ke Simpang Empat, hanya bertujuan berjumpa seorang doktor cina tua dengan kerana untuk mengambil ubat emak mertua. Dalam giti gitu, masuk juga ke klinik menunjukkan perut dan belakang badan yang gatal itu. Doktor kata ini kayap....kayap ini tenggelam tidak keluar.....Masalah ni...seingat pm hari tu dapat suntikan dari doktor di kawasan rumah pm. Orang kayap mana boleh suntik suntik. Penyudahnya ambil ubat, dan balik ke rumah berjampi denga seribu jampi dan tepeklah bedak sejuk


Macam biasa, tambah lagi mc berikutnya.....



Malam itu masuk malam ke tiga, berurut lagi. Kali ini beritahu tukang urut pasal kayap tu tapi dia kata ini bukan kayap.....pulak......Bila tanya emak mertua dia kata kayap ada 7 jenis.....Tukang urut kata ini " api api". Payah benar ni......Akhirnya tanya bomoh google......

dijawabnya :

Jenis-jenis kayap.
Selain kayap ular,
Kayap api2
Kayap tompok
Kayap selendar
Kayap harimau
Kayap bersambung (umur pendek)

Rupanya sama jugak. Maka penatlah aku berpantang sepertinya pantang orang demam campak. Hari hari makan sawi, makan ikan bawal...mana yang bisa bisa yang berjenama seperti KFC MC Donald, tambah terlarang. Kambing sotong, kerang, udang......isssssssh.........buahan yang menjalar.....issssssh....layan sahajalah..

Ramuan ramuan ditepek, anak pula suruh buat jus pokok duit duit dicampur dengan air kelapa dan minum
Rasa macam makan buah belimbing je.....


Pm pun maklum ada banyak ubat, pilihlah mana satu.....Di dalam facebook pm postkan bahawa pm sedang sakit. Ramai kawan kawan mendoakan supaya cepat sembuh. Seorang kakak dalam fb pm hubungi terus melalui fb iaitu Kak Juriah. Kawan kawan dalam Qlbu Mukmin Baitullah juga pm hubungi dan menceritakan bab sakit ini. Fendy bertanyakan pm, apa khabar...pm jawab dah sihat dan dah jumpa ibunya segala sakit. Ghairah benar pm cuba memahami kenapa pm sakit dengan sakit yang tersangat menanggungnya di dalam jasad..........nak mati ke, nak punah ke nak pupus ke atau tuhan nak bagi tahu sesuatu.......

Pernah pm terdengar cerita bahawa orang yang sakit dihospital itu memerlukan rahmat Allah. Cakap orang mana pernah habis, kita ini asyik diberi racun, suruh cari merata rata........

Ringkasnya tuan tuan, sakit itu dari Allah....rasa sakit dan sedap itu dari Allah...Sakit itu adalah nikmat...

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?


Rasa sakit itu akan mengajar kita MENGINGATI allah , bukankah dia yang berikan sakit itu.... Bersyukurlah tuan tuan kerana kita masih diberi peringatan, bersyukurlah justeru kerana kita masih hidup dan kemudian bersabarlah........

Kenapa tak cakap dengan pm hari tu...Asyik asyik suruh sabar, orang tak sabar itu adalah orang tak ada iman. Iman boleh tumbuh gitu gitu je ke ?...............

Ya lah siapalah kita ni nak diajar tunjuk orang.......tahan telinga sahajalah daripada apa yang orang cakap. Kepada saudaraku diluar sana, buangkanlah keluh kesah anda, pergilah belajar tentang tuhan yang esa itu dimana mana. Mudah mudahan mendapat pertunjuk.

Wallahualam......

Sunday, April 19, 2015

Bukan Rahsia (3)

Salam,

Menyambung entry

Beberapa hari kemudian menghubungi anak di Melaka dan menayatakan hasrat untuk pergi berurut. Masalahnya pm tidak dapat memandu kereta lama lama kerana berlakang sakit. Setelah dia setuju kami pun bertolak dari rumah ke Pahang dahulu kerana ada kenduri yang perlu dihadiri.

Jam 8.00 malam 3/4/2015  bertolak ke sana melalui jalan karak. Nampaknya ok sahaja dan sempat singgah di hentian Bentong Kemudain meneruskan perjalanan ke Beserah.............Jam 12.00 sampai di Beserah, dan pada ketika itu tuan rumah tidak dapat dihubungi, nasib baik kami ingat rumah mereka. Malam itu tidor di hotel 



Esoknya bertolak ke Hotel Sri Malaysia memenuhi kehndak tuan rumah singga jam 3.30 petang Sabtu 4hb March 2015. 


Kesempatan yang ada, menyebabkan pm dapat bertemu Hasslan tanpa anakanda puteri kutub selatan...

Petang itu kami bertolak ke Melaka melalui jalan kuantan segamat.................Sepanjang perjalanan pinggang terasa lenguh walaupun duduk bodoh tidak memandu. Dapatlah melihat kampung orang, jalan jalan lama yang kalau kereta rosak memang parah dibuatnya.

8.00 malam masuk ke Melaka dan terus ke Masjid Tanah ke rumah cucu kepada seorang bomoh patah . Seperti baisa dengan keadaan perut lapar, beraturlah menunggu giliran. Sampai ke gilitan pm, badan pm pun diketuk oleh budak itu. Tidak ada bicara yang memuaskan, ya lah kan niat datang nak berubat, jadi berubat sahajalah walaupun keputusannya adalah "O"......................Balik ke rumah anak makan dan tidur...., esoknya balik KL

2 hari pm bekerja dan akhirnya pm bercuti dengan niat untuk balik berurut di Kedah pula. Masa tu juga kawan kawan nasihat pm" bersabarlah"....Kali ini pm cakap, apa pun jadi pm nak cuti, potong gaji pun tak apa...pm tak perduli lagi pasal kerja....Badan pm sakit sangat....

Dengan berpakat ipar duai, pm balik ke Kedah pada malam khamis 9/4/2015. Esok paginya sampai iaitu hari Jumaat. Hari Jumaat sebanrnya hari yang pendek sebab kena tidur sekejap dan kemudian kena pergi solat Jumaat



Malam itu setelah makan bihun sup bersama daging lembu yang banyak serta minum teh halia, pm dan biras pm pergi ke rumah tukang urut dk kawasan Bris Jaya itu. " perut hang cepat kenyang, banyak angin" kata tukang urut. Betullah tu, memang perut pm cepat kenyang. Makan sikit pun dah kenyang. Tulang lari sikit katanya, dan bahagian rusuk macam pernah kena hentakan yang kuat " katanya lagi...Memori lama kena bukak ni.. Ya lah, dulu....gunung mana yang tak didaki, lurah mana tak dituruni. Dulu memang hebat, akulah orangnya....sekarang hebat itu dimana ? Adakah hebat itu tuhan ambil semuanya ?

Sememangnya orang yang tidak kenal diri ini seperti itulah rasanya. Itulah diri pm, orang yang bodoh yang tidak tahu apa apa. Orang lain belajar terasa makin pandai, pm belajar pula terasa makin tambah bodoh. Memang pm tak faham kenapa pm sakit walaupun mungkin ada agak agaknya. Sebenarnya pm dah jemu sebut sakit, dah malas dan malu pada orang. Asal jumpa orang pm cerita pm sakit belakang.....betul betul bosan........Ada sesiapa nak tolong betulkan fikiran pm ?

bersambung

Thursday, April 16, 2015

Bukan Rahsia (2)


Salam,

فَٱصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ ۖ وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ ٱلَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ
Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.

Menyambung entry semalam...................................

Hujung march 2015, dugaan datang kepada pm, dengan tiba tiba tulang belakang rasa seperti nak tercabut, duduk salah, berdiri salah dan baring juga adalah salah. Lama lama meniarap tidurnya. Urat belikat sakit. Sebagai manusia kita banyak sangka, agak agaknya keletihan melayan kenduri kendara, agak agaknya banyak angkat tong gas, agak agaknya banyak fikir. Lalu orang dekat dekat menasihat, tak usah fikir sangat.

30hb , pm pergi ke hospital Kuala Kubu. Doktor kata cuma sakit otot, tak perlu x-ray, makan ubat sudah memadai dengan mc lumayan 3 hari...


Seronok sangat ke duduk rumah....Bila bp kita tidak menentu, sekejap 150, 159, 160,166 dan akhir kata 188. Adik pm kata biasalah.....dah umur kita cam tu......

Cukup 3 hari , pm turun balik ke hospital KKB, doktor kata kena rawatan trapi, cuma sakit otot dan beri pm mc 1 hari lagi......maksudnya dah 4 hari di rumah...



Malam itu menceritakan hati yang berkata kata, kepala pening mabuk, bangun sahaja nak tumbang, hidup gelisah. Pada waktu itu hati berkata" habislah aku kali ini".....Bahawasanya jemputan itu datang bukan mudah mudah bukan senang senang, kalau boleh memang nak senang.....Kalau cerita pada orang dia orang akan sebut " sabarlah"....ujian dari Allah........Memang betul ujian dari Allah tapi siapakah kau nak bercakap dengan aku.......

Esoknya, dalam mabuk mabuk pm ke hospital swasta dengan bertemankan anak...Sampai sahaja terus muntah. Pm mendapat suntikan dan juga disumbat sebotol air....


Alhamdulillah bp cantik, boleh jalan jalan tapi belakang pinggang masih sakit sakit, masih ada rasa gatal merenyam. Jadi orang tua begitu ke ?


Kesimpulannya kita ini manusia tidak ada ilmu, hanyalah bersangka sangka dan selalu merujuk kepada orang yang bukan ahlinya. Nasib baik tak ada yang kata buatan orang, hantu bertenggek dan sebagainya. Bahkan doktor juga dia yang tanya tanya kita, sakit apa. Apa yang kita jawab itulah yang dia tambah cerita. Bukan mereka tak pandai tetapi bukan kita seorang yang nak dilayan.

bersambung lagi....

Wednesday, April 15, 2015

Bukan Rahsia (1)

Salam,

Tidaklah salah kita berpesan pesan dan saling menasihati dan semuga kehidupan bertambah berkat. Entry kali ini mengajak anda semua merenung semula kisah kisah lampau yang mungkin kita sendiri telah terlupa.

18hb Jan 2014, pm dan adik beradik pm bertolak ke Tanah suci untuk menunaikan umrah. Dua minggu sebelum itu dengan takdir Allah Taala, pm telah terjatuh masuk ke dalam longkang yang dalam sampai ke paras dada. Tidak nampak apa apa kecederaan berat, cuma luka sikit sikit di bahagian kaki. Alhamdulillah pm selamat bertolak dan mendapat kemudahan dari Allah di tanah suci.

30hb Jan. 2014 pm selamat pulang ke tanah air dan seperti juga orang lain, pm demam dan berlanjutan lebih dari seminggu. Bila pm  cerita kepada orang lain, mereka nasihatkan janganlah sebut sebut lagi kerana yang sedemikian itu adalah sakit penghapus dosa. Selepas itu anak lelaki pm datang bertemu pm menyebutkan hajat hendak berkahwin. Dalam begitu begitu bertunanglah dia selama setahun.



Setelah bernikah di bulan mac lalu, sampailah ketarikh kenduri di rumah pm 21/3/2015. Semua kerja kenduri nampaknya berjalan dengan baik. Setelah seminggu badan pm pula terasa sakit sakit dan sengal sengal tulang belakang. Orang kata itu adalah penyakit biasa kerana kerja berat di hari kenduri. Bahkan nasihat demi nasihat meyatakan sakit itu dari Allah dan sakit itu adalah penghapus dosa..........

bersambung................


Monday, April 6, 2015

Bukit Beruntung Jalan Kasturi 3A

Salam bahagia,

Saat ini pm mengalami sakit tulang belakang. Bila orang bertanya kenapa, pm jawab mungkin dengan sebab kenduri besar hari itu. Pm sudah ke Melaka berjumpa dengan seorang anak muda cucu kepada seorang bomoh patah di Masjid Tanah. Waktu ini masih sengal dan menggangu tidur malam....

Kenduri terakhir pm ialah pada 28/3/2015, iaitu kenduri menjamu orang lorong yang membantu kerja khawin di rumah pm pada minggu sebelumnya...


Wajah pak imam kita di jalan kasturi 3 A Bukit Beruntung dari surau As sooqin...


Anak lelaki pm masak bersama abang ipar dibantu oleh jiran jiran...



Jamuan mendapat sambutan nampaknya.....



Apapun terimakasihlah....Sebenarnya kerja kenduri ini bukanlah kerja senang. Bila orang ramai pakat pakat datang tolong, kerja susah menjadi senang..





Lagi ramai budak budak tentu tambah seronok.....Jangan risau makanan habis, insyallah cukup punya..


Pakcik pakcik yang datang pun ok juga.......


makcik dan anak anak daranya lagilah ok.....

Pm teringat kata kata imam bahawa, saudara yang terdekat adalah jiran. Baik buruknya, mereka adalah orang terdekat yang datang membantu kita. Adik beradik kita, mana mana masih menghargai kita akan datang ke rumah kita walaupun jauh sekali pun. Mana mana yang tidak datang oleh kerana adahal, tidaklah boleh dibuat apa apa. Mudah mudahan Allah memberi rahmat kepada kita....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...