Monday, January 31, 2011

Orang Baru Kaya

Jumaat lalu aku pergi ke LHDN iaitu tempat membayar cukai bagi orang yang berduit. Secara kebetulan aku dapatlah berjumpa dengan kekawan aku yang waktu ini akan mendapat berduit terpijak beberapa hari lagi. Mereka adalah diantara pekerja yang diberhentikan kerja oleh majikan mereka dan bakal mendapat pampasan (VSS). Setiap seorang paling paling tidak pun RM 40.000.00. manakala  kepada mereka yang telah  lama bekhidmat akan mendapat lebih dari RM 100.000.00 Dengan ini mereka bolehlah memasang angan angan untuk membeli apa sahaja yang teringin di hati.

Sempat jugalah aku bertanya kemanakah haluan dan apakah rancangannya selepas ini. Menurut kata kawan aku itu, dia akan membuka perniagaan satay dan sudah ada rakan kongsi bersedia membantu. Rata rata yang lain jugak berfikiran begitu iaitu membuka perniagaan sendiri. 

Biasanya bila kita ada duit, maka ramailah saudara mara dan rakan sanggup membantu dan membawa cerita cerita baik lagi menguntungkan. Dengar kabarnya dahulu seorang dari kawan mereka mendapat duit pencen RM 100.000.00. Buka perniagaan air batu dan akhirnya lingkup..........Semua ini adalah kerana ditipu oleh kawan. Jadi kepada mereka yang baru baru nak mencuba nasib dengan duit terpijak ni, aku nak pesan... Kalau tangan anda tangan tukang masak.. pergilah masak. Kalau tak pernah  pegang calculator , jangan nak berani berani cuba. Simpanlah duit dalam ASB... Perab lama lama...ianya lebih selamat

Duit ni, sekejap sahaja boleh habis. Ada baiknya pergi cari kerja dimana mana. Kerjalah apa apa  yang boleh sementara waktu sehingga terbuka peluang yang lebih baik. Dalam masa yang sama apa salahnya tambahlah sikit gelang bini, rantai tangan atau cincin kerana itu adalah pelaburan yang bila bila boleh mendapat pulangannnya

Sunday, January 30, 2011

Bolywood

Semalam melayan TV Astro  B4U cerita hindustan. Cerita lama yang mengandungi lagu lagu yang merdu. Cerita kisah cinta separuh mati separuh nyawa dan membawa anda terbang ke awan sambil berjalan dicelahan pokok bunga. Subhanallah asyiknya tapi hindustan tetaplah hindustan. Filemnya sekadar penghibur sedangkan kenyataan tidaklah begitu.

Tidak baik menghina bangsa orang kerana budayanya berbeza, sisem kehidupannya berbeza. Kalau rajin layanlah dan kalau tak suka boleh blah................

Aku dah mual sebenarnya kerana Malaysia tidak mengamalkan sistem hamba dimana orang orang kaya boleh memperkudakan orang miskin. Bayangkan apabila orang miskin datang ke rumah , tempat duduknya dihujung pintu dan tangga dan apabila mereka beredar , bekas tempat duduk orang miskin itu dicuci serta merta. Aku masih ingat waktu kerja di Bukit Bintang, kekawan aku yang kerja sebagai Room service merungut apabila mereka disuruh mengemas bekas makanan diatas katil dan meja. Bangsa itu pulak cuma memandang dan tidak mahu bergerak seperti batu di kerusi. Aku sendiri pernah mengendalikan kes kecurian di dalam bilik, bangsa ini tidak mahu bekerja sama untuk membantu aku memeriksa beg mereka sendiri sebaliknya menyuruh aku buka satu persatu beg mereka . Bayangkan di dalam sebuah bilik ada berapa beg. Kalau mereka sewa 3 bilik, alamat aku tak balik rumahlah...

Paling mual aku melihat seorang pelakun bolywood yang terkenal ketika penggambaran di Chow Kit. Aku melihat seekor macai berlari lari membawa makanan menyuapkan kepada pelakun itu. Dia empunya mulutpun orang lain kena suap. Sikit punya haru.... dah lagu suara lain .... macamlah dia bagus segalanya.

Biar apa pun mereka tetap menghibur dan baik di dalam filem, tidak melambangkan sikap banyak cekadak seperti yang ternyata terjadi. Pengalaman menyebabkan aku menjauhkan diri dari mereka. Aku bukan benci tapi aku tak suka. Aku tak suka dipergunakan kerana aku tahu mereka bangsa yang banyak mintak dan yang paling aku tak suka kalau mereka cakap " I got money  ( sambil menunjukan dompetnya yang penuh dengan USD ), I can pay.....Pada masa itu mereka merasa Malaysia ini boleh dibayar

gambar hiasan

Kisah Uda dan Dara

Waktu itu sudah tiga tahun masa berlalu, namun pertemuan hari itu adalah pertemuan terakhir buat kami. Zaharah yang kukenal dan kucintai ketemui dalam keadaan tenang. Harapan untuk menyambung hubungan yang terlerai begitu meluap meluap pada pagi itu. Bukan hanya cinta tapi kerinduan untuk memeluk tubuhnya dengan erat bagai tidak tertahan lagi.

Zaharah senyumannya manis semanis hidupnya digilai banyak lelaki. Dengan perlahan menguntum senyum dia bertanya " apa kabar bang ?' Kabar baik " kataku padanya. " Sudah lama kita tidak berjumpa Zaharah" aku menyambung kataku lagi. " Ya bang " jawabnya. " Kamu bagai mana Zaharah " soalku padanya. " Saya beginilah bang, masih belum ada kerja yang tetap, jadi terpaksalah bekerja di supermarket ini buat sementara waktu" jawabnya lagi.

" Selepas perhubungan kita putus, adakah kamu mempunyai teman lelaki lagi" tanyaku lagi. " Ada bang, ada beberapa orang, ada yang kerja kerajaan dan juga ada juga askar" katanya sambil tersenyum. " Adakah abang mahu meneruskan perhubungan kita " soalnya padaku. Aku menjawab tidak sedangkan di dalam fikiranku berlegar legar jawapan lain. Kalaulah dahulu aku seekor monyet mungkin selepas itu yang menemani Zaharah adalah kera dan lotong......... Zaharah oh Zaharah nasib kau lah.... Begitulah kisahnya yang disebut oleh Amir dalam ceritanya masa lampau.....



Saturday, January 29, 2011

Salam..... cerita bergambar kali ni......



Pembinaan ini di kawasan letak kereta di dalam kawasan masjid yang mana kita tidak ketahui tujuannya. Melihat sahaja kepada reka bentuknya, kita akan mengagak bahawa pembinaan itu sepertinya membuat pondok rehat. Mungkin satu tempat rehat lelaki dan satu tempat rehat perempuan. Jika benarlah begitu bererti pihak masjid melakukan lagi satu pembaziran kerana ruang masjid masih luas bagi tujuan rehat kecualilah kawasan ibadah. Pondok ini bakal menenjadi tempat tidur kepada kucing kucing terbiar atau untuk manusia manusia yang enggan solat atau malu masuk ke masjid. Wallahhualam


Arahan untuk memastikan kanak kanak dibawah umur tidak menggangu kesucian dan ketenteraman masjid. Betul ke ? Bukankah baik membawa anak anak kecil ke masjid sebagai latihan..



Kawasan tepi masjid yang luas. Boleh bina bangunan pejabat , perpustakaan atau untuk kelas tadika


Semalam kesesakan kerana Tour De Langkawi.... Rawang - Putera Jaya. Pemandu kereta jangan mengeluh sebab basikal ni di ajar ikut jalan biasa dan bukan highway . Siapa nak pergi kerja dan budak budak nak pergi sekolah , jangan menyumpah....

Friday, January 28, 2011

nasib blogger

nak cerita apa ya... tulis pasal kerja dihotel, tak da sambutan. itu namanya syok sendiri, sendiri tulis sendiri baca. Betullah kata kawan kita tu. Mungkin kalau kita mengata orang , ramai orang suka... betul tak

Thursday, January 27, 2011

Mari Kerja di Hotel

Salam........ aku nak promote sikit......Dari dulu lagi aku ada cakap pada kekawan aku yang kebanyakkannya kerja kerajaan dan swasta. Ambillah nasihat aku yang bodoh ni... Anak anak kita mana mana yang lepas SPM dan suka menghabiskan duit emak bapak suruhlah mereka kerja di hotel. Kerja cuci jamban pun tak apa kerana kerja itu mulia macam yang  dibuat oleh pekerja kapalterbang. Cuma sebutannya berbeza tak sesedap "air crew "
Kerjalah dihotel kalau malas nak sekolah lagi. Dua tahun kerja dihotel sudah mencukupi untuk merebut jawatan supervisor atau setidak tidaknya jadi senior apa apa. Orang keluar diploma selepas 3 tahun masih merangkak rangkak untuk mencapai gaji RM 1000 /- atau kalau tak kena gaya kerja kilang. Kerja di hotel membolehkan kita belajar macam macam termasuk belajar bahasa negara lain. Biasalah kerja shift tetapi yang penting makan ditanggung dan kalau buat OT pun masih boleh menjamu selera free aja.

Korang fikirlah biasa kita minum pagi paling kurang pun  RM 3/-( Teh + roti canai)  makan tengah hari RM 5-6 termasuk minum sirap air longkang, buat OT sampai petang kena lagi minum petang RM 5/-. Busuk busuk sehari RM 10/- dan sebulan RM 300/-, itupun kalau tak belanja girl friend. Kerja dihotel ada tangga gaji juga. Katalah gaji kasar RM 500/- tetapi pihak hotel biasanya akan membayar "service point" mengikut keuntungan hotel. Satu point katalah RM 200/- tetapi mereka akan dibayar melebehi 2 point . Kat  tempat aku 3 point. Sendiri mau ingatlah RM 200/- X 3 =  RM 600 + gaji kasar RM 500/-. Kat sana aje lebih RM 1000/- tak termasuk duit OT ataupun apa apa elaun...

Kalaulah ada company nak bagi korang terus RM 1400/-.... siapalah korang tu ? Ahli musik, pemandu bas metro jaya, body guard, atau korang anak saudara taukeh balak ?

Aku sengaja tulis macam ini untuk mengingatkan bangsa aku kerana aku biasa melihat anak anak bangsa lain datang ke hotel untuk buat kerja part time , masa cuti sekolah. Anak anak bangsa aku tak minat kerja dihotel kerana memikirkan hotel bayar gaji sikit sangat. Mereka tidak memikirkan bahawa disini ada kemahiran dan gaji dibayar, makan , pakaian diberi percuma dan lagi mereka mahu apa..?.. jodoh juga banyak disini, banyak perempuan cantik cantik, lelaki hensem jambu.... banyak mat saleh cari laki orang malaysia kerana kesunyian waktu malam. ..... aku salah cakap ke....... tanya mankuchai ...






Wednesday, January 26, 2011

Blogger Syok Sendiri

Salam.... adelah kekawan kita yang cakap supaya kita jangan jadi blogger syok sendiri. Maksudnya sendiri tulis dan sendiri baca. Maksudnya juga kita tak laku sebab tulis benda benda tak faedah, tak panas, tak menarik dan hanya ada kisah lapok lapok............. Ah...suka hati kamu le.... bak kata member satu lagi,, blog ini aku yang punya... aku punya sukalah....

Bagi akulah kalau nak tulispun tulislah benda benda yang tak menyakitkan. Akupun suka baca blog diaorang dengan bangganya aku dapat melihat mereka diminati bahkan kekadang sampai 25 pembaca sekali gus. Hebat memang hebat dengan gaya bahasa dan idea yang melimpah ruah tatapi bang... dikemuncak itu tempatnya sangat tinggi, nanti jatuh sakit....Jangan takbor bang...

Tak payahlah bermadah madah berhadis berfirman dimuka depan blog itu  menunjuk baik tapi masih lagi melakukan kekejian, menambah nambah dosa kering. Aku pun bukan baik jugak tapi berusah nak jadi baik kerana aku takut kena dakwa diakhirat kerana kekejian penulisan aku ini. Berani pun berani jugak, perjuang pun pejuang jugak tapi berpadalah. Jangan jadi ayan jantan yang kokok berderai derai, tahi sangkut diekor. Wallahualam...........

Tuesday, January 25, 2011

Kereta Aku Sakit

Semenjak kereta buruk aku mengiringi gombolan taipusam tempuh hari. Kereta aku mulalah demam dan batuk batuk. Semakin hari semakin teruk batuknya sehinggalah semalam aku terpaksa menghantarnya ke tempat sakit jiwa

 isi perutnya penuh dengan taik hitam


 cuci cuci bilalah habis

 tersadai satu hari

 Akhirnya bayarlah RM 450/- kepada doktor pakar. Sungguhpun batuk telah berakhir tetapi masih ada lutu dan dan sendi menggigil.

Sunday, January 23, 2011

Hari ini yang gelisah

Hari ini rasa tidak selesa, perasaan terganggu,fikiran kacau bilau sebab banyak kerja tak menjadi. Yang jadi adalah panas hati penuh dengan kelam kabut... nak berehat , nak mengadu kepada siapalah... tunggulah lepas makan nanti kut ada idea...


Saturday, January 22, 2011

Puisi Seorang Tua

Semalam,
Seorang tua yang tak berdaya
di dukung anaknya
lalu diletakkannnya disejadah itu
untuk menjadi hamba
kepada tuahannnya.........

Semalam kuingati ayahku yang buta
sendirian dirumah sana
cuma memiliki harta
harta dunia
yang diimpikan anak anaknya

Semalam,
keluh kesah jiwaku
kerna dlema ini
belum berakhir


Masjid Kita

Dua minggu yang lalu aku bertemu dengan seorang AJK Masjid  Kepong di Pasar Selayang. sambil minum dan makan makan akupun cuba memberi pandangan tentang masjid itu. Pertamanya aku ada tenguk lebai lebai dari Thai meletakkan tabung derma untuk binaan masjid mereka di selatan Thai pada waktu solat Jumaat. Aku ni bukanlah cemburu tapi mereka tu datang dengan kereta beso, minyaknya mengalah minyak proton buruk aku. Dimana dia orang dapat duit untuk mengisi minyak itu dan singgah dimasjid masjid dalam Malaysia ni. Mungkinkah mereka bertaraf wali dan tak perlu isi minyak kete, tak perlu makan dan minum ? Adakah mereka datang ke Malaysia berniaga sambil mengutip derma untuk masjid mereka ? Hanya Allah yang tahu. Apa yang aku dengar duit kutipan itu mereka bahagi dua, sebahagian untuk masjid mereka dan sebahagian untuk poket mereka.Sebab itulah mereka tidak kebuluran kerana  kerja ada gaji




Semalam pagi aku nampak salah seorang dari mereka bawa tabung derma. Mula mula tabung tak nampak tapi kemudian tabung tu dia letak atas tabung masjid kepong waktu solat Jumaat. Ini bermaksud mau potong trip. Inilah hakikat dunia kerja kerja kebajikan pun ada penyelewengan. Kalau korang nak derma lebih baik derma kat aku kerana aku tak perlu pakai tabung macam mereka dan aku tidak berlindung dengan kebaikan pakaian aku.................................................


Kat kawan AJK tu aku ada juga nasihat supaya benalah gerai kat dalam kawasan  masjid. Gerai boleh disewakan untuk pendapatan masjid sebab tak ada free dalam dunia ini. Lagipun tabung kutipan jumaat selalu kena pangkah oleh pembelit yang lain.


Inilah rupa tabung dalam masjid yang berkunci....kasihan ..adeke penderma agaknya ?

Selamat Tahun Baru Cina

Salam............. Alkisah semalam merayaulah sorang sorang waktu pagi melihat suasana sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba . Seperti biasa kita akan melihat benda macam ni :-







Cantik tak ? Tanyalah orang perempuan dan pergilah ke mana mana shopping complex

Friday, January 21, 2011

Pak Arab and the geng

Alkisah bersambunglah cerita pak arab menziarah malaysia. Seperti biasa sampailah ke tanah semenanjung ini dengan beg yang banyak seolah olah tak mahu balik ke kampungnya lagi.Pakcik pakcik dan uncle uncle bawak teksi merasalah keberatannya dan kalau perlu bawaklah lori sekali untuk anak bini mereka. Senget teksi tu sampai ke hotel dan seperti biasa mereka meninggal beg beg mereka dilobby hotel, macam rumah kat kampung dia orang. Kekadang sebelum check in dah hilang beg, anak anak juga dibiar sesuka hati nak main apa. Mula mula mereka akan meranapkan apa sahaja kat lobby tu termasuk main trolly bellman dan langgar sana sini.

Pak Arab biasanya akan sewa 4-5 bilik atau kalau boleh satu tingkat hotel bagi memenuhi kawasan itu dengan anak dan bini bini bini bini dia. Kebiasaan semua bilik mereka dibiarkan terbuka bagi memudahkan keluar masuk macam kemah padang pasir.Mereka akan berhimpun diluar bilik makan makan diatas lantai corridor. Maka bersepahanlah segala tulang ayam dan bangkai roti diatas lantai dan kemudian meninggalkannya macam tempat sampah. Ada juga anak anak mereka makan diatas katil sambil menonton tv

Biasanya pak arab keluar shopping dan meninggalkan anak anak di dalam hotel.  Anak anak mereka akan merayau sesuka hati termasuk pergi mandi di swimming pool. Jaga di swimming pool akan susah hati tenguk anak arab mandi di tempat dewasa dan kelakuannya seprti orang tak pernah jumpa air setahun. Kita jerit tegur, mereka buat tak faham saja, akhirnya ambillah tindakan sendiri tarik telinga mereka sebab emak bapak mereka tak ada disitu.

Emak bapak mereka suka shopping kat komplek yang besar besar. Mereka beli hp macam beli pisang goreng aja sebab duit banyak. Bila hp hilang , mereka akan terus beli baru dan tak macam orang malysia yang selalu sengkek. Apa yang menyedihkan yang aku pernah dengar ada pak arab mati mengejut dibelakang buntut pondan............................................................

bersambung

Thursday, January 20, 2011

Antara Cinta dan Dendam

Malam itu Samad masih berada di tempat kerja. Tiba tiba anak perempuaanya menghubunginya melalui talipon. "Bah , ada banyak semut api naik di belakang pintu rumah " katanya. " Semut, macam mana tu" tanya Samad lagi. " Macam sarang semut pecah, semut naik banyak dari tanah merebak merata rata ke pintu dapur" jawab anaknya lagi. " habis tu kakak buat apa" tanya Samad lagi. " Kakak jirus dengan air panas banyak banyak" jawabnya. Samad termenung berfikir dan kemudian berkata " kakak basuh tangan dengan air limau nipis dan baca selawat sekali"

Bermula dari malam itu jiwa Samad tidak tenang dan merasai sesuatu sedang datang menimpanya dan dendam itu jelas dengan permainan ilmu hitam itu. Menurut kata kawannnya jika dibiarkan keadaan itu terus berlaku, baiwak pun boleh keluar dari lubang tanah. Sekatakat hari ini cuma semut api dan diikuti kemudiannya lipan ular dan kala.... Malam itu Samad dikirimkan beberapa batang paku kecil dan garam. Paku itu dipakukan di hadapan pintu rumah dan belakang rumah, manakala air garam direnjiskan seluruh sudut rumah sebagai persiapan awal. Namun kocakan jiwa terus berlaku dimana Samad tidak tenang. Apakah kesalahan Samad didunia ini?

Kiah anak Pak Mat yang sangat cantik telah menyentuh jiwa Samad walaupun Samad telah beristeri. Perhubungan yang berlansung penuh rahsia telah dihidu oleh Pak Mat. Api kemarahan dan kebencian terus membara dihati Pak Mat sedangkan Kiah saban hari memupuk kasih sayang terhadap Samad. Tiada siapa yang dapat memisahkan mereka lagi kerana cinta adalah sesuatu yang indah buat mereka. Hari demi hari berlalu sehinggalah disuatu hari Pak Mat menemui jalannya.

Pak Mat mendapat sokongan dari kelompoknya yang terdiri dari orang kampung untuk terus membenci Samad. Samad pula terpinggir dan hubungannya dengan Kiah menjadi berita sensasi penuh kebencian. Rata rata orang kampung menjueh bibir namun pada masa yang sama menyokong Samad supaya memperisterikan Kiah. Begitulah adat berkampung ada orang menyokong dengan betul dan ada pula sokong membawa rebah.

Hari ini Pak Mat semakin tua , namun dia tetap tidak merestui hubungan Kiah dan Samad, membiarkan cinta itu tergantung sampai mati, menghukum nafsu Kiah dan mahu menjadi tuhan yang abadi




Coretan Si Maling

Salam....................
Aku masih teringat tentang Azmin yang masih mempunyai ayah  di kampung sana. Ayahnya yang hampir buta matanya itu kini dijagai oleh dua orang adiknya. Azmin, kakak dan abangnya hanya pulang sekali sekala melawat. Ayahnya walaupun berkeadaan begitu tetapi mempunyai masih mempunyai wang yang banyak di dalam bank. Pendek kata apa sahaja urusan ayah untuk pergi ke bank , ke klinik atau kemana sahaja tentunya tidak ada masalah kerana ayahnya mempunyai wang.

Setiap minggu ayahnya bertukar tempat, kalau tidak tinggal dirumah adik lelaki dia akan pergi ke rumah adik perempuan Azmin. Ayahnya tidak mahu pergi ke KL dan kalau tinggal di rumah anak anak di KL  pun tidaklah lama. Tidak sampai 2-3 hari sudah disuruhnya hantar pulang ke kampung.

Dahulu ayahnya dapat  jugalah melihat sikit sikit, paling palingpun dapat melihat buku bank atau mengira duit tapi sekarang sudah semakin sukar. Soal makan dan minum masihlah seperti biasa. Apa yang membimbang ialah suami adik perempuannnya seorang penagih dadah, malas bekerja dan kalau diberi peluang bekerja pun dia macam tak mahu. Adik perempuannnya menjadi susah juga kerana terpaksa membahagi belanja harian kepada dadah dan makanan. Jikalau ayahnya memberi duit untuk membeli barang dapur, sudah pasti suami adiknya menumpang senang

Aku dengar setiap kali pergi ke bank hanya adik perempuan Azmin yang membawa dan membantu ayahnya dan Azmin amat bimbang kalau kalau tiba tiba adik perempuannya bertukar fikiran akibat desakan suaminya.Baru baru ini Azmin memnta adik iparnya memperbaiki rumahnya. Peralatan sudah disediakan dan upahnya RM 50/- sehari serta makan minum ditanggung. Baru buat kerja dua hari dan mendapat upah , adik iparnya tidak datang meneruskan kerja. Rumahnya terbengkali begitu sahaja.............

 Hanya Doa

Wednesday, January 19, 2011

Jepun Pulak

Salam............... masih ingat tentang dasar pandang ke timur ? Waktu itu banyaklah Jepun di Malaysia. Orang melayu banyak yang belajar bahasa jepun sehingga dirumahpun cakap jepun. Ada juga minah minah melayu menjadi isteri kontrak kepada jepun jepun tu... Entah apa sedap sangat Jepun tu tapi aku dapat tenguklah, minah melayu tu bukan main sombong lagi.

Aku masih ingat tentang kisah kawan aku seorang Sarjen Polis dari Unit Pelancung. Dia jadi IO menyiasat satu kes kecurian di bilik hotel. Bilik itu diduduki oleh seorang lelaki bangsa Jepun.Aku duduk dengan kawan aku melayan jepun tu. Berbueh dibuatnya bila dia cakap bahasa jepun dan kami cakap bahasa Inggeris. Last last masing main tenguk kamus. Lain disebut, lainlah ceritanya dan empat hari lamanya kami melayan dia. 

Tapi yang bagus sekali bila waktu sukan, badminton misalnya.... Budak budak hotel sangat sukalah mengendap minah Jepun melalui tingkap. Minah Jepun memang tak senonoh sebab suka jadi baby dalam bilik dan tak kisah sape pun tenguk. Maka berlambak lambaklah dosa mata mereka sehingga ada yang sanggup ambil kerusi duduk di dalam tangga kecemasan demi untuk melihat isi dunia itu. Waktu itu boleh dibilang berapa banyak ahli syurga

Pak Arab di Bukit Bintang

Salam................. Kali ini aku hendak sebut pasal Pak Arab. Waktu dulu dulu orang orang tua ada berkata supaya kita jangan hina orang arab sebab dia orang bangsa nabi kita. Betul ke ?

Seperti biasa pada bulan jun setiap tahun Pak Arab banyak bertebar di Bukit Bintang. Yang bagusnya dia orang ni boleh berbahasa Inggeris jadi persolan komunikasi tidaklah berat sangat. Tapi dia orang cakap kat aku " In my country I'm a good muslim but here I'm a bad muslim" Jadi kat sini dia orang bolehlah buat apa apa suka dan akan bertaubat bila kapalterbang nak mendarat semula ke negara mereka. Bercerita pasal "this is muslim country" , minah arab juga kepanasan di Malaysia. Waktu mula sampai dia berbungkus macam lipat pisang, tetapi bila sampai ke hotel, panasnya bukanlah dapat ditahan tahan sehingga membuka baju dan mengambil kesempatan bertelanjang didalam bilik. Biasalah dia akan pakai seluar kaki besar dan cermin mata hitam bila keluar shopping. Pak arab bila sampai ke Malaysia banyak bawa ahli keluarga. Aku ingat perempuan yang ramai ramai tu anak dara dia, rupanya bini dia. Jangan pandang lebih lebih nanti dia orang marah.

Pertama kali jumpa arab ni aku bodoh sangat.... bodoh sebut menggunakan cara " budi bahasa budaya kita". Kalau nak cakap dengan dia orang korang kena cakap tengking tengking aja, barulah semangat. Dia suka dan sangat hormat kepada korang. Kalau cakap lembut lembut nanti korang jadi lembulah...jadi babulah buta buta. Pernah dulu bini bini arab ni mengadu kat aku bahawa lakinya hilang dan tak balik balik ke hotel. Aku senang saja" wait... your husband will be back " Makhluk ini pasti akan pulang jam 5 pagi, sebab jam mereka terlewat dari jam Malaysia. Mereka akan bangun tidur pukul 11.00 pagi untuk breakfast dimana waktu itu C/house dah tutup dan kemudian memekak marah marah..

Aku pernah disuruh menunggu seorang puteri raja arab jam 7.00 petang kerana ada majlis makan malam. Sampai pukul 9.00 malam dia masih di hotel Madrin Orental dengan betina betina garik Malaysia, peluk peluk dan seluk seluk macam dalam filem tu. Pukul 11 malam baru datang nak mentekedarah dan waktu itu ada tangan bersalam menghulur sesuatu padaku...Duitlah...seketul duit...................

Pada suatu hari seekor bapak ayam datang kepadaku mengatakan mahu naik ke hotel kerana anak ayamnya tak pulang pulang semenjak semalam. Aku dan DM naik kebilik dimaksudkan dapati anak ayam itu ada di dalam bilik tidak boleh keluar. Rupa rupanya Pak Arab ni nak buat anak ayam tu jadi bini dia dan lembu sekali. Dengan hanya bayaran RM 150.00 dia nak pakai sampai pagi lepas tu ayam tu dicakar cakarnya sampai lebam lebam. Jadi sesiapa yang nak jadi ayam jangan tidur dengan Pak Arab. Apabila bapak ayam marah marah, arab yang tak reti bahasa ini pun marah marah. Arab ni cakap kat aku " I don't know, this is your hotel and your country, you must safe me" .....Inilah bangsa nabi....Sebab tu nabi turun di negara arab kerana mereka tak macam orang

Sebenarnya ada banyak kisah pak arab terutama dalam bab pembaziran yang nanti kalau senang senang aku tuliskan. Walaubagaimana pun ada pak arab yang baik, yang sopan terutama kepada mereka yang pernah datang ke Malaysia setiap tahun. Mereka akan berlembut dengan kita, selembutnya orang Malaysia yang ada

Bersambung.....................

Tuesday, January 18, 2011

Ular Menyusur Akar

Salam.............. Ungkapan kata terbaik yang hendak aku sebutkan adalah "Budi Bahasa Budaya Kita. Sememangnya orang melayu terkenal dengan budi bahasa, tutur yang halus, beradap sopan. Benarkah itu berlaku ?
Cikgu aku yang pertama adalah seorang lelaki India Malaysia bernama RJ Putra. Beliau bekas polis bepangkat DSP dari Bukit Aman dari Cawangan Khas. Selama 5 tahun bekerja dengannnya dia adalah orang yang paling aku benci kerana sikapnya keras, ganas seolah olah aku ini sedang berada di padang kawat. Tidak pernah mengajar aku tentang sesuatu menggunkan pen melainkan maki hamun setiap hari. Selepas 5 tahun berlalu dia berkata " jangan percaya kepada orang" Semenjak dari itu akulah jadi PA dia, kemana sahaja dia pergi aku akan bersamanya di dalam urusan kerja. Rumahnya yang kosong di Kepong itu juga diberinya kepadaku dan ahli keluargaku tinggal dengan tidak perlu bayar sewa selama 15 tahun. Kalau aku bagi dia duitpun, esok lusa aku minta balik.......

Semakin dia tua . maki hamunnnya rasa macam aku tak dengar. Dah lali macam lagu....Suatu hari dia mengajar aku. "Kalau orang tanya you tentang kerja you, you cakap you kerja " JAGA ". Kalau pergi pejabat pos kena tulis apa apa borang , you cakap you tak sekolah tak tahu tulis..... Bercerita pasal " Jaga" korang pun tahu gambarannya. Tak perlu sekolah pun tak apa dan pakai uniform merah pada waktu itu.Sekarang dah tukar warna dan mintak gaji RM 1400/- sebulan. Boleh buat menantu tu .

Jadi istilah jaga itu aku pakailah sampai sekarang. Sebenarnya dia mengajar merendahkan diri dan memperbodohkan orang lain. Dalam surat beranak anak anak tulis jaga, minta bantuan apa apa tulis jaga.Kalau orang kata kita bodoh dan tak sekolahpun tak apa sebab orang melayu ni  banyak yang suka menghina dan merendah rendahkan orang.

Cikgu aku yang kedua bernama Harun bin Jaafar, orang Melaka. Aku suka ikut dia pergi ke pejabat pejabat kerajaan kerana dia berusan tentang lesen, cukai tanah, cukai pintu dan apa sahaja tentang urusan bangunan. Dia mengajar aku tentang  lembut gigi dari lidah. Semua lelaki dalam pejabat tu dia panggil Tuan dan yang perempuan dia panggil Puan, walaupun budak pejabat, tukang angkat fail dan akhir sekali tukang cuci jamban. Semua dipanggil berpangkat sahaja dan orang melayu akan tersipu sipu kemaluan dipanggil begitu. Akhirnya kerja dibuat sangatlah mudah, senang dan tidak perlu menggunakan duit atau kos yang banyak sebab orang melayu begitu pandai berbahasa. Inilah hakikat dunia manusia suka diampu dan menjadi sebahagian maksiat batin..

Monday, January 17, 2011

Bukit Bintang Dulu

Salam............

Tahun 80an mendewasakan, seorang remaja baru mengenal erti hidup. Melihat maruah bangsanya yang tercarik satu persatu. Waktu itu juga boleh dikatakan pekerja pekerja "operation" tidak mengenal hari Jumaat. Kami tetaplah bekerja kecuali mendapat cuti pada hari Jumaat atau bernasib baik kerana jadual tugas bertukar semingu seminggu.

Hari Jumaat juga memperlihatkan kaum perempuan yang bekerja di pejabat mendapat kelapangan untuk "shopping" dan makan makan. Waktu diantara jam 12.30 hari sehingga 2.45 memberi peluang yang banyak kepada semua orang. Pada suatu hari aku melihat seorang perempuan melayu yang sopan berbaju kebaya dan bertudung  cantik, berpusing pusing di dalam kawasan tingkat hotel mencari sesuatu pada waktu solat Jumaat itu. Keinginan mengetahui lebih lanjut lagi membuat aku mengekorinya dari belakang sehinggalah dia masuk ke dalam bilik. Malas untuk menunggu diluar untuk mendengar bunyi selanjutnya menyebabkan aku ke "reception" untuk mengetahui siapa pemilik bilik tersebut. Jawapan yang aku temui ialah seorang penama berbangsa China. Perempuan itu masuk ke bilik tersebut bukanlah untuk menumpang solat zohor tapi hadir untuk memenuhi masa terluang. Sekarang usia perempuan itu mungkin  sudah tua dan mudahan mudahan dia telah bertaubat......................

Tahun 80an juga memperlihatkan aku juga tentang gelagat artis. Sangat tak elok disebut namanya tapi jeritan suaranya, rengekkan suaranya yang terdengar diluar bilik menyebabkan aku tersenyum menonton TV masa kini. Sekarang dia berlakun jadi emak atau nenek.... Aku melihat dia dizaman kegemilangannnya.... best best ... mudahan dia telah bertaubat. 

Begitulah juga  musim pilihanraya. Rata rata wakil rakyat yang datang membawa gombolannya. Makan , minum dan bilik diberi. Satu bilik untuk dua orang dapat dipenuhi dengan 10 orang. Wakil rakyat sibuk dengan parti, dia orang sibuk dengan cari bini. Ada yang datang jadi tukang urut dan ada yang bawa anak bini sekali naik bas dari kampung. Banyak yang datang untuk "shopping" sambil melawat rumah sedara mara dalam KL. Pernah aku jumpa buah limau nipis dalam bilik, dah tentulah ada wakil rakyat mandi bunga disana. Tapi yang pastinya ada pula perempuan cantik, yang entah datang dari mana menjelma waktu malam. Mereka bukanlah pelacur bukan ayam tapi perempuan bunian. Inilah anugerah Allah kepada lelaki dimana orang perempuan tidak usahlah mengatakan lelaki itu jahat kerana kejahatan itu tidaklah bertepuk sebelah tangan.

bersambung





Sunday, January 16, 2011

Bukit Bintang

Salam............... Aku pernah kerja di Bukit Bintang..... 22 tahun... Habiskan usia muda disitu dan kemudian berpindah kerja ke tempat yang sunyi ini. Banyak yang aku lihat dengan mataku sendiri tetapi tidak dapat dirakamkan dengan kamera yang canggih sepertinya hari ini. Waktu itu adalah handphone baling anjing tu. Kalau bagus sikit adalah handphone nokia yang berbunyi tot tet tot tet.....kira ok lah tu.. Aku pulak dibekalkan "pager" sana sini, boleh teguk nombor dan ada suara juga....suara operator...

Waktutu kerja jaga je.. bukannnya boleh jauh dari tempat kerja, nanti separuh nafas berlari. Dari mula mula aku bekerja sampailah ke 22 tahun tu, boleh dikatakan hari hari ada hal sampailah nak solat , nak buang air besar pun susah. Akhir pandai jugalah aku menggunakan kertas tisu dalam dunia serba tak kena itu. Hari pertama aku bekerja aku dapat tenguk orang telentang kena tikam, hari kelima pula tenguk orang nak bunuh diri dan seterusnya orang kena pukul. Yang pentingnya aku sudah belajar bahawa disini tidak ada kemanusiaan. Waktu itu mana ada kisah orang buang bayi kat dalam tong sampah...atau orang TV dan orang surat kabar tidur kut...........

Waktu malam memperlihatkan gadis gadis melayu keluar macam anai anai.. Pakai baju tak seperti baju dan pakai seluar tak seperti seluar, minum apa sahaja walaupun air longkang, tidur dimana sahaja walaupun dengar kerbau dan lembu sapi, meniarap menonggeng sana sini macam orang tak ada ugama. Akhirnya beraya dengan semua perayaan yang ada, muhibbah menggadaikan akidah.

Disana orang boleh cakap apa sahaja, jagalah kubur masing masing macamlah masuk kubur, mandi , pakai uniform kubur , solat jenazah pakai jentera..Disana boleh kata kau punyahal , pergi mampus..pergi jahanam. Bila tak menang ekor boleh kata belum ada rezeki... Duit masuk dari segala macam penjuru sehinggalah keduit "lendir" Tapi tak kaya jugak....tak senang jugak dan bagilah anak bini makan dengan senyuman. Ada juga yang pandai simpan duit dan beli rumah 2-3 biji dan disewakan. Ada juga hidup sekarang tinggal nyawa nyawa ikan, bernafas pakai tiub, kencing atas katil... Ada pula mempertuhankan tok bomoh, pantang dengar sahaja pasti tok bomoh akan mereka kejar tak cukup kaki.. berhimpun beramai ramai untuk meminta hasrat dipenuhi. Hanya Allah yang tahu dimana berakhir kesombongan itu... 

bersambung............

Thursday, January 13, 2011

Kemanalah Pergi Anak Bangsaku

Salam......

Seperti biasa keadaan disini disana masih belum pulih........... Sampai ke hari ini aku masih tertanya tanya dimanakah orang orang kita... orang Malaysia. Aku masih memerlukan pekerja yang terdiri dari bangsa kita orang melayu. Dimanakah orang orang kita sekarang ?

Budak budak melayu suka kerja apa ? Rata rata mengisi borang meminta gaji RM 1000/- sebulan dan tak termasuk itu dan ini. Datang temuduga hanya memakai selipar, baju t'shirt dan seluar jens. Tak bawa apa pun, pen pun tak ada. Salinan sijil sekolah tak ada dengan alasan rumah banjir dan terbakar. Rambut tidak dijaga dan badan bau busuk. Mereka mahu hostel tempat tinggal, duit pinjam.............. dan apa lagi ya.... Esok datang kerja tapi sehari sahaja dan kemudian blah... tak sesuai pulak... Ada yang dapat kerja tapi hari hari datang lambat . Ada pulak banyak sangat masalah macam filem tamil seolah olah tempat kerja itu macam rumah kebajikan....

Sebenarnya apa yang mereka mahu ? Kerja di pejabat. di depan computer, pakai lengan panjang dan tali leher... Apa pula kelebihan mereka... SPM ... banyak EEEEEEEEEEEEEEEEEE...Bahasa Malaysiapun tak lulus.Ada juga memiliki diploma.. tak sesuai pula dengan hati mereka kerja tu. Kesudahannya disini banyak Myamar dan Bangla.... Banglapun dah pandai demand....Datang Malaysia melalui pas pelajar. Konon belajar sains dan computer dan macam macamlah tapi kerja jaga pasar malam........

Sakitnya hati aku tenguk budak budak datang kerja sehari aja...Mungkin aku tersalah kut. Banyak budak budak melayu dah kerja dengan kerajaan dan terjamin masa depan. Budak melayu tak ada yang kerja kilang, yang kerja kilang semua orang luar. Mungkin juga aku yang salah......salah tafsiran




Wednesday, January 12, 2011

Kisah Orang Tua

Entah kenapa tidak gembira.....hati merajuk.....merajuknya orang tua.... Badan dah tua begitulah, mata  tak nampak,buta.... yang nampak putih dinding sahaja. Hidup sendirian tanpa anak -anak kerana anak -anak dah besar dan mempunyai keluarga sendiri. 

Hidup sendirian mempunyai cerita sendiri. Malam dan siang yang hampir sama. Sunyi... lagu tidak seindah dulu, makan tidak sesedap dulu, jiwa sepi dan entah kemana mau merajuk hati...Ada TV hanya dapat mendengar bunyi. Ada hati tetapi sukar untuk mendapat orang yang mengerti.....

Waktu begini ada duit banyak pun tak berguna... tenguk duit pun tak nampak.... Pegang duit pun tak terasa...Bila  anak anak hantar kita pergi bank... suruh dia orang tulis keluarkan seratus, dia tulis seribu pun kita tak tahu... kalau ada sepuluh ribu pun kita tak tahu... Kalau kita tak percaya anak anak dan suruh orang lain pun tak boleh.... dia orang lagi buaya besar.. Kemanakah akan pergi, takkan terusan begini sehinga memakai paperssssssssssssssss

Orang cakap senang sahaja, macam dunia ini dapat diputar putarkan. Tunggulah waktunya...korang pun nanti tua jugak..nanti nak tenguk gelang emas pun tak boleh dan pakai pun tak cantik





Monday, January 10, 2011

Sunday, January 9, 2011

Selamat Pagi

Salam pagi ahad........... pagi ni aku kerja.... biasa duduk sahaja dan punya kesempatan membaca blog kekawan dan komen sikit. Blog aku macam biasa kosong je macam rumah orang mati. Orang tak minat kut dan tak perlu juga mintak simpati....






Aku suka nak masukkan gambar ini... nak bagi tahu bahawa kalau menggunakan toilet harus hati hati.........

Saturday, January 8, 2011

Cerita Orang

Hai.......... semalam pagi pukul 5.30, aku dengar talipon berbunyi... Beritanya ada orang meninggal di kampung nun jauh disana... orang perempuan... masih muda juga... 40an

Malam tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, dengarlah soksek soksek cerita mengatakan bahawa si mati itu meninggal dalam keadaan menggerunkan. Kuku kaki dan tangannya hitam dan jari jemarinya merekut. Dengar kabarnya , dua hari sebelum  beliau meninggal adalah jiran tetangga terdengar bunyi harimau menggelisah resah di kawasan rumah itu. Doktor yang merawat pesakit ini dikatakan tidak mengetahui punca penyakit si mati.. hanya yang pastinya "hatinya pecah"

Ini cerita pasal dengar kabar orang.... cerita orang melayu sewaktu hidup dan dalam filem adalah hampir sama. Cerita seperti ini boleh meniti bibir ke bibir dan boleh memenuhkan cita rasa keseraman dan tidak termasuk tambah menambah dan juga pelakun tambahan..............

Biar apapun terjadi , harap tahun 2011 dah tak ada cerita hantu lagi....dan tak ada cerita agak agak...Kalau mahu lagi misteri pergilah ke Perayaan Taipusam 20hb ini




Kenyataannnya

Salam.................... dah berapa lama kita menjadi penulis "tong sampah" Memang dah lama pun....Kelmarin dengan tiba tiba tenguk " nuffnang"... gelak besar aku...kata orang kerja misti ikhlas... Laaaaaaaa tak sampai beberapa sen pun....... Jadi apa yang kita tulis dengan cantik pun .... harganya sama jugak dengan tulis sikit sikit je walaupun dua baris... janji ada nama dan tak perlu numpang mane mane manusia...

Jadi seperti kata member member lain, tulis itu ini adalah untuk menyedapkan hati dan jangan harapkan follower nak tenguk dan intai kita.... Copy dan paste dan buat komen tak tentu hala lebih bermakna dengan kata kata "work smart"

Cubalah korang tinggalkan jangan buat entry dan jangan follow sesiapa untuk 2-3 hari... jangan komen apa apa... pasti kau akan lihat blog kau sunyi macam bilik mayat............ Hari ini nasib baik ada semangat dan pernafasan satu persatu...........oh malangnya

tahun sudah kami bersama sama botak

Thursday, January 6, 2011

Makan makan

Inilah dia gambar makan makan tengahari ini....

 best best ada kambing

 biasa.... rendang

 udang untuk tambah gaot

 sayur

 pencuci perut

 pencuci mulut


Melantak namanya


Bila dah kenyang jadilah pacat........ mengantuk dan tidur

Pagi...... Hujan.....

Salam... pagi ini hujan lebat sana sini dan sampai opis pukul 9.40 pagi... gila betul dan sampai sekarang pun belum minum pagi tapi " briefing " dah lepas pun... lega jugak lah... Sepanjang perjalanan tak nampak pun kemalangan, cuma semasa sampai kat opis baru dengar ambulan...berbunyi..... orang beranak kut.... ye lah bulan januari adalah saat paling baik menerima orang baru ... jangan bulan disember..... nanti lambat sekolah

Ingatlah pesanan orang tua tua... cepat cepatlah kawin.. cepat menimang anak, cepat dia sekolah... jangan dah umur 50 baru ada anak... sempat ke melihat menantu dan cucu ?.....Apa pun   Selamat Pagi Semua.....

Wednesday, January 5, 2011

Kawan Lama

Salam , hari sangat bertuah, kawan lama aku datang menziarah dan membawa bakal isterinya dari Bandung. Kawan aku ni dah lama membujang dan entah macam mana datanglah rezeki menggolek. Walaubagaimanapun  kerja kerja membuka kebun baru ni bukanlah mudah. Tambahan lagi ' yang muda muda ni'. Panas terik sangatlah terasa walaupun kena senyum memanjang........


Aku nak mengucap selamat pengantin barulah.... Pada mereka yang belum mencuba silakanlah..........

Tuesday, January 4, 2011

Datanglah Ziarah


Ini bukan kes pembuangan bayi atau kematian bunuh diri tapi ini adalah manusia yang relax waktu tengahari, relax tak kerja apa apa pun tapi masih boleh hidup. Seperti kata orang. ulat dalam batu pun boleh hidup. Nak buat macam mana, tak ada jabatan ugama datang tangkap. tak ada orang rumah kebajikan datang melawat. Jadi elok sangatlah berlakibini tanpa segan silu dan buat projek bila bila masa. Tapi awas ya... jangan menghina orang... nasib kita , anak cucu kita belum tahu lagi....Mungkin lebih bahagia atau lebih teruk dari ini. Sesiapa nak datang melawat, ziarah, nak bagi bantuan, nak nikah kan ke datanglah ke Lorong Haji Taib 3 Chow Kit..... Awas ya... ini bukan kawasan pelacuran tapi kawasan pelancongan, tempat makcik makcik beli tudung, beli manik manik buat gelang, beli beg -beg dan jam murah murah, kemudian jual balik kat pasar malam dengan  mahal dua kali ganda. Duit tu boleh bawa pergi naik haji

Minyak Wangi

Salam, semalam aku nak cuba tulis pasal minyak wangi ni.... Dua hari lepas aku ke pasar malam Bukit beruntung dan rasanya dah 5 bulan aku tak singgah kesana. Sebabnya banyak barang  mahal dan tak macam pasar malam di Kepong. Kali ini aku cari cermin mata hitam yang ada power sikit untuk pandang jauh. Jalan punya jalan jumpalah satu gerai jual minyak wangi... "Kijang "  ..aku lupa pulak nama minyak itu. Disamping itu mereka ada juga jual minyak wangi lain , macam Maidin jugak................ Biasalah upacara cium mencium pun berlaku tapi hati aku ni berkata.... bendanya campur minyak lain tak? Tahan 2 -3 minit kut....

Akhirnya belilah 2 botol dalam suka tak suka...Tapi sempatlah aku bertanya pada budak kedai itu" Mana ibu dia ?". Dia jawab ibu tak ada tapi bapak dia ada sambil menunjukkan dirinya... Tak kisahlah tapi dia bingong jugak sebab yang aku maksudkan ibu adalah botol besar asal minyak wangi itu.

Disebelah dia aku nampak satu periuk minyak wangi dipanaskan.. dia kata ini minyak wangi kijang.... Kegunaannya dalam 4 perkara... diantaranya mengelakkan sihir gangguan makhluk halus...... Sungguh benar benar dia mempromosi minyak itu dan tak termasuk cerita bahawa minyak itu telah dibacakan dengan ayat Quran............

Bagi kalau sesiapa nak jual minyak pun cerita minyak itu wangi ... sudahlah... Jangan menggadaikan akidah...Maksudnya apa sahaja bahan persediaan macam menu tu cuma IKHTIAR dan USAHA semata mata. Cakaplah ini ikhtiar berubat dan jika diizin Allah akan sembuh segala penyakit. Lain lain benda manalah ada kuasa... bukalah balik sifat 20, bukalah lah balik bab rukun iman....tak sebut minyak wangi pun. Bukalah bab akidah ahli sunnah waljamaah




Saturday, January 1, 2011

Masjid Desa Jaya

Seminggu aku bercuti dengan alasan untuk mengecat rumah...... sampai ke hari ini kerja mengecat itu belum lagi terlaksana bahkan tong cat itu masih berada di hadapan rumah. Setiap hari menghantar isteri dan anak pergi bekerja dan kemudian aku menghabiskan masa di Kepong.Tempat tumpuan bukan sahaja cc tapi juga Masjid Desa Jaya. Dua keping gambar ini kuambil sebagai tanda seni umat islam dan kemewahan sebuah masjid. Masjid yang sedia tersergam indah diperbagaikan lagi dengan kesenian ini yang aku fikir membazir

 Aku melihat Al Quran itu, diletak sebagai perhiasan

Mimbar ini hanya di pakai seminggu sekali, belanjanya untuk membuatnya boleh dipakai beberapa bulan untuk menampung kos air


Kepada saudara saudara yang membaca tulisan aku ini jangan marah dengan komen aku ini. Aku melihat Al Quran itu diletakkan disudut sana, macamlah kerja orang perempuan menghias meja. Di dalam masjid memang banyak quran yang diletak di dalam almari tapi quran ini mungkin lebih istimewa............

Jumaat 31 disember 2010

Alhamdulillah, Jumaat ini aku di Bukit Beruntung. Selang beberapa minggu dapatlah bersolat disini. Masjid yang indah tersegam dengan nilai kos yang tinggi. Tentu sekali kutipan derma Jumaat tersangat banyak kerana penduduk yang ramai dan juga terdapat pekerja pekerja kilang terdiri dari berbagai bangsa dan juga pendatang dari luar negara. Hari ini sebelum solat jumaat, seorang ustaz telah mulai berceramah dengan tajuk 'takut kepada Allah' Text ceramah tentu sekali tidak ada tapisan. Asal sahaja ustaz, mereka bebas bercakap apa sahaja yang mereka mau dan hadis serta firman Allah menjadi sokongan kepada ucapan tersebut. Khutbah hari ini menyebut tentang filem filem tahun ini  2010 banyak berkisar kisah hantu yang berlawanan dengan akidah Islam dan juga mengutuk blogger blogger hanya menulis tentang hal peribadi dan tidak menulis tentang perjuangan islam 

 Gerai gerai di tepi masjid

 Pintu Gerbang masjid

 Seruan Orang Bukit Beruntung

 Gerai dalam kawasan  masjid


 Masjid Bukit Beruntung/ Bukit sentosa

 Tikar dihamparkan untuk solat

 Sejumlah kutipan Jumaat


 Pakir motor di tepi masjid

 Ruang solat


 selesai solat


 Berehat sesudah solat


 tepi jalan

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...