Malam itu Samad masih berada di tempat kerja. Tiba tiba anak perempuaanya menghubunginya melalui talipon. "Bah , ada banyak semut api naik di belakang pintu rumah " katanya. " Semut, macam mana tu" tanya Samad lagi. " Macam sarang semut pecah, semut naik banyak dari tanah merebak merata rata ke pintu dapur" jawab anaknya lagi. " habis tu kakak buat apa" tanya Samad lagi. " Kakak jirus dengan air panas banyak banyak" jawabnya. Samad termenung berfikir dan kemudian berkata " kakak basuh tangan dengan air limau nipis dan baca selawat sekali"
Bermula dari malam itu jiwa Samad tidak tenang dan merasai sesuatu sedang datang menimpanya dan dendam itu jelas dengan permainan ilmu hitam itu. Menurut kata kawannnya jika dibiarkan keadaan itu terus berlaku, baiwak pun boleh keluar dari lubang tanah. Sekatakat hari ini cuma semut api dan diikuti kemudiannya lipan ular dan kala.... Malam itu Samad dikirimkan beberapa batang paku kecil dan garam. Paku itu dipakukan di hadapan pintu rumah dan belakang rumah, manakala air garam direnjiskan seluruh sudut rumah sebagai persiapan awal. Namun kocakan jiwa terus berlaku dimana Samad tidak tenang. Apakah kesalahan Samad didunia ini?
Kiah anak Pak Mat yang sangat cantik telah menyentuh jiwa Samad walaupun Samad telah beristeri. Perhubungan yang berlansung penuh rahsia telah dihidu oleh Pak Mat. Api kemarahan dan kebencian terus membara dihati Pak Mat sedangkan Kiah saban hari memupuk kasih sayang terhadap Samad. Tiada siapa yang dapat memisahkan mereka lagi kerana cinta adalah sesuatu yang indah buat mereka. Hari demi hari berlalu sehinggalah disuatu hari Pak Mat menemui jalannya.
Pak Mat mendapat sokongan dari kelompoknya yang terdiri dari orang kampung untuk terus membenci Samad. Samad pula terpinggir dan hubungannya dengan Kiah menjadi berita sensasi penuh kebencian. Rata rata orang kampung menjueh bibir namun pada masa yang sama menyokong Samad supaya memperisterikan Kiah. Begitulah adat berkampung ada orang menyokong dengan betul dan ada pula sokong membawa rebah.
Hari ini Pak Mat semakin tua , namun dia tetap tidak merestui hubungan Kiah dan Samad, membiarkan cinta itu tergantung sampai mati, menghukum nafsu Kiah dan mahu menjadi tuhan yang abadi
6 comments:
adakalanya kalau nampak sudah mendalam sangat cinta tu, lebih baik disatukan saja utk mengelakkan perkara buruk dari berlaku.
menghukum mereka sebegitu cuma menambahkan penderitaan dalam hati mereka dan menimbulkan kebenciaan
amanlah dunia kalau macam tu
Saya teringat zaman dulu, masa saya kecil ada juga dengar kisah ilmu hitam kerap digunakan.
Kemudian tahun-tahun 80-an, 90-an kurang pula sehingga begitu jarang terdengar.
Tapi bila masuk millenium tahun 2000-an, semakin ramai pula yang menjadi mangsa ilmu hitam. Sebegitu mudahkah untuk membalas dendam dan melepaskan amarah?
skrgni bukan saje ilmu itam diluar didlm blogspotpun ada ilmu menggatal,nmpk lawa dan handsome aje walaupun dah tua terus minat,dunia2 apalah nak jadi
Samad ni pun satu.... pantang nampak pmpn lawa skit mulalah hati berputik cinta... payah gini.
kesian si samad ngan kiah
Post a Comment