Seminggu aku bercuti dengan alasan untuk mengecat rumah...... sampai ke hari ini kerja mengecat itu belum lagi terlaksana bahkan tong cat itu masih berada di hadapan rumah. Setiap hari menghantar isteri dan anak pergi bekerja dan kemudian aku menghabiskan masa di Kepong.Tempat tumpuan bukan sahaja cc tapi juga Masjid Desa Jaya. Dua keping gambar ini kuambil sebagai tanda seni umat islam dan kemewahan sebuah masjid.
Masjid yang sedia tersergam indah diperbagaikan lagi dengan kesenian ini yang aku fikir membazir
Aku melihat Al Quran itu, diletak sebagai perhiasan
Mimbar ini hanya di pakai seminggu sekali, belanjanya untuk membuatnya boleh dipakai beberapa bulan untuk menampung kos air
Kepada saudara saudara yang membaca tulisan aku ini jangan marah dengan komen aku ini. Aku melihat Al Quran itu diletakkan disudut sana, macamlah kerja orang perempuan menghias meja. Di dalam masjid memang banyak quran yang diletak di dalam almari tapi quran ini mungkin lebih istimewa............
No comments:
Post a Comment