Alhamdulillah, Jumaat ini aku di Bukit Beruntung. Selang beberapa minggu dapatlah bersolat disini. Masjid yang indah tersegam dengan nilai kos yang tinggi. Tentu sekali kutipan derma Jumaat tersangat banyak kerana penduduk yang ramai dan juga terdapat pekerja pekerja kilang terdiri dari berbagai bangsa dan juga pendatang dari luar negara. Hari ini sebelum solat jumaat, seorang ustaz telah mulai berceramah dengan tajuk 'takut kepada Allah' Text ceramah tentu sekali tidak ada tapisan. Asal sahaja ustaz, mereka bebas bercakap apa sahaja yang mereka mau dan hadis serta firman Allah menjadi sokongan kepada ucapan tersebut. Khutbah hari ini menyebut tentang filem filem tahun ini 2010 banyak berkisar kisah hantu yang berlawanan dengan akidah Islam dan juga mengutuk blogger blogger hanya menulis tentang hal peribadi dan tidak menulis tentang perjuangan islam
Gerai gerai di tepi masjid
Pintu Gerbang masjid
Seruan Orang Bukit Beruntung
Gerai dalam kawasan masjid
Masjid Bukit Beruntung/ Bukit sentosa
Tikar dihamparkan untuk solat
Sejumlah kutipan Jumaat
Pakir motor di tepi masjid
Ruang solat
selesai solat
Berehat sesudah solat
tepi jalan
No comments:
Post a Comment