Tahun 80an mendewasakan, seorang remaja baru mengenal erti hidup. Melihat maruah bangsanya yang tercarik satu persatu. Waktu itu juga boleh dikatakan pekerja pekerja "operation" tidak mengenal hari Jumaat. Kami tetaplah bekerja kecuali mendapat cuti pada hari Jumaat atau bernasib baik kerana jadual tugas bertukar semingu seminggu.
Hari Jumaat juga memperlihatkan kaum perempuan yang bekerja di pejabat mendapat kelapangan untuk "shopping" dan makan makan. Waktu diantara jam 12.30 hari sehingga 2.45 memberi peluang yang banyak kepada semua orang. Pada suatu hari aku melihat seorang perempuan melayu yang sopan berbaju kebaya dan bertudung cantik, berpusing pusing di dalam kawasan tingkat hotel mencari sesuatu pada waktu solat Jumaat itu. Keinginan mengetahui lebih lanjut lagi membuat aku mengekorinya dari belakang sehinggalah dia masuk ke dalam bilik. Malas untuk menunggu diluar untuk mendengar bunyi selanjutnya menyebabkan aku ke "reception" untuk mengetahui siapa pemilik bilik tersebut. Jawapan yang aku temui ialah seorang penama berbangsa China. Perempuan itu masuk ke bilik tersebut bukanlah untuk menumpang solat zohor tapi hadir untuk memenuhi masa terluang. Sekarang usia perempuan itu mungkin sudah tua dan mudahan mudahan dia telah bertaubat......................
Tahun 80an juga memperlihatkan aku juga tentang gelagat artis. Sangat tak elok disebut namanya tapi jeritan suaranya, rengekkan suaranya yang terdengar diluar bilik menyebabkan aku tersenyum menonton TV masa kini. Sekarang dia berlakun jadi emak atau nenek.... Aku melihat dia dizaman kegemilangannnya.... best best ... mudahan dia telah bertaubat.
Begitulah juga musim pilihanraya. Rata rata wakil rakyat yang datang membawa gombolannya. Makan , minum dan bilik diberi. Satu bilik untuk dua orang dapat dipenuhi dengan 10 orang. Wakil rakyat sibuk dengan parti, dia orang sibuk dengan cari bini. Ada yang datang jadi tukang urut dan ada yang bawa anak bini sekali naik bas dari kampung. Banyak yang datang untuk "shopping" sambil melawat rumah sedara mara dalam KL. Pernah aku jumpa buah limau nipis dalam bilik, dah tentulah ada wakil rakyat mandi bunga disana. Tapi yang pastinya ada pula perempuan cantik, yang entah datang dari mana menjelma waktu malam. Mereka bukanlah pelacur bukan ayam tapi perempuan bunian. Inilah anugerah Allah kepada lelaki dimana orang perempuan tidak usahlah mengatakan lelaki itu jahat kerana kejahatan itu tidaklah bertepuk sebelah tangan.
bersambung
1 comment:
Kadang-kadang manusia berduit dan popular memang aneh, kan?
Betapa bersyukur pula kita hanya orang biasa biasa...
Post a Comment