Jumaat lalu aku pergi ke LHDN iaitu tempat membayar cukai bagi orang yang berduit. Secara kebetulan aku dapatlah berjumpa dengan kekawan aku yang waktu ini akan mendapat berduit terpijak beberapa hari lagi. Mereka adalah diantara pekerja yang diberhentikan kerja oleh majikan mereka dan bakal mendapat pampasan (VSS). Setiap seorang paling paling tidak pun RM 40.000.00. manakala kepada mereka yang telah lama bekhidmat akan mendapat lebih dari RM 100.000.00 Dengan ini mereka bolehlah memasang angan angan untuk membeli apa sahaja yang teringin di hati.
Sempat jugalah aku bertanya kemanakah haluan dan apakah rancangannya selepas ini. Menurut kata kawan aku itu, dia akan membuka perniagaan satay dan sudah ada rakan kongsi bersedia membantu. Rata rata yang lain jugak berfikiran begitu iaitu membuka perniagaan sendiri.
Biasanya bila kita ada duit, maka ramailah saudara mara dan rakan sanggup membantu dan membawa cerita cerita baik lagi menguntungkan. Dengar kabarnya dahulu seorang dari kawan mereka mendapat duit pencen RM 100.000.00. Buka perniagaan air batu dan akhirnya lingkup..........Semua ini adalah kerana ditipu oleh kawan. Jadi kepada mereka yang baru baru nak mencuba nasib dengan duit terpijak ni, aku nak pesan... Kalau tangan anda tangan tukang masak.. pergilah masak. Kalau tak pernah pegang calculator , jangan nak berani berani cuba. Simpanlah duit dalam ASB... Perab lama lama...ianya lebih selamat
Duit ni, sekejap sahaja boleh habis. Ada baiknya pergi cari kerja dimana mana. Kerjalah apa apa yang boleh sementara waktu sehingga terbuka peluang yang lebih baik. Dalam masa yang sama apa salahnya tambahlah sikit gelang bini, rantai tangan atau cincin kerana itu adalah pelaburan yang bila bila boleh mendapat pulangannnya
6 comments:
Salam Kenal Pak Din ... terima kasih sudi singgah blog saya yer :)
kerana duit kita mendapat ramai kawan
kerana duit jugak kita kehilangan ramai kawan
salam untuk semua.... begitulah adanya
suka ayat last sekali tu,.
pelaburan melalui emas..
biasa .... kedai pajak akhirnya
duit terpijak...tak sampai 3 bulan dah habis yg sepatutnya boleh digunakan utk 3-5 tahun akan datang.
Post a Comment