Salam, semalam aku nak cuba tulis pasal minyak wangi ni.... Dua hari lepas aku ke pasar malam Bukit beruntung dan rasanya dah 5 bulan aku tak singgah kesana. Sebabnya banyak barang mahal dan tak macam pasar malam di Kepong. Kali ini aku cari cermin mata hitam yang ada power sikit untuk pandang jauh. Jalan punya jalan jumpalah satu gerai jual minyak wangi... "Kijang " ..aku lupa pulak nama minyak itu. Disamping itu mereka ada juga jual minyak wangi lain , macam Maidin jugak................ Biasalah upacara cium mencium pun berlaku tapi hati aku ni berkata.... bendanya campur minyak lain tak? Tahan 2 -3 minit kut....
Akhirnya belilah 2 botol dalam suka tak suka...Tapi sempatlah aku bertanya pada budak kedai itu" Mana ibu dia ?". Dia jawab ibu tak ada tapi bapak dia ada sambil menunjukkan dirinya... Tak kisahlah tapi dia bingong jugak sebab yang aku maksudkan ibu adalah botol besar asal minyak wangi itu.
Disebelah dia aku nampak satu periuk minyak wangi dipanaskan.. dia kata ini minyak wangi kijang.... Kegunaannya dalam 4 perkara... diantaranya mengelakkan sihir gangguan makhluk halus...... Sungguh benar benar dia mempromosi minyak itu dan tak termasuk cerita bahawa minyak itu telah dibacakan dengan ayat Quran............
Bagi kalau sesiapa nak jual minyak pun cerita minyak itu wangi ... sudahlah... Jangan menggadaikan akidah...Maksudnya apa sahaja bahan persediaan macam menu tu cuma IKHTIAR dan USAHA semata mata. Cakaplah ini ikhtiar berubat dan jika diizin Allah akan sembuh segala penyakit. Lain lain benda manalah ada kuasa... bukalah balik sifat 20, bukalah lah balik bab rukun iman....tak sebut minyak wangi pun. Bukalah bab akidah ahli sunnah waljamaah
2 comments:
na'uzubillahi min zalik dari syirik
gambar yang tu ke minyak wangi yang tuan blog beli hari tu.. x macam minyak wangi pun..hehe
Post a Comment