Friday, April 19, 2019

TAKHTA YANG RUNTUH

Salam,

Dulu kita semua bersama, semeja bersama duduk. Hidup dalam gelak ketawa, sekejap muram, sekejap baran,sekejap berkumpul semula seolah olah tidak pernah apa yang terjadi sebelum ini.

Hari ini banyak orang sudah tiada. Ada yang sakit, ada yang sihat , ada yang merantau di tempat lain justeru kerana mendapat rezeki baru, ada yang masih terapung...terlentang salah dan duduk pun salah. Tinggallah gambar sebagai kenangan untuk dipangkah seperti cerita 6 jahanam. Satu satu gambar dipangkah dan satu satu juga tumbang. Esok entah siapa, mungkin engkau mungkin aku. Kata orang jatuh dan bangun itu lumrah, kaki bodek mengampu juga lumrah. Setiap dosa itu akan terbalas juga, kalau tidak di dunia mungkin juga di akhirat.


Dalam gelombang ini, kehidupan tetap diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, eloklah sahaja berusaha mencari yang terbaik, walaupun mungkin hasil yang kita dapat dahulu melebihi dari yang kita dapat hari ini. Hari ini kita mungkin terpaksa berkayuh lebih banyak untuk hidup dan tidak semewah dahulu.

Pada yang telah berlalu, lupakanlah dendam kesumat, lupakanlah rasa singgung menyinggung kerana kita semua adalah bersaudara. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Abadikan gambar kenangan, simpan dalam album banyak banyak untuk diceritakan kepada anak cucu. Jangan menyesal, jangan marah kepada takdir. Ingatlah bahawa kalau jahat akan dibalas jahat dan kalau baik akan dibalas dengan baik juga. Wallahualam...

Thursday, April 18, 2019

HUTANG MEMBEBAN

Salam sejahtera,

Hutang....siapa yang tidak pernah berhutang ? Boleh ke kita hidup tanpa hutang ? Zaman dulu dulu bahkan juga sekarang, cerita hutang ni tidakkan habis.

Orang yang baru mendirikan rumah tangga seketika dulu berhutang untuk membeli barang barang yang tidak pernah wujud di rumah. Ambil 5 barang sekali dan bayar di setiap bulan,........ seronok tenguk lori datang hantar TV, home teater, dapur letrik, mesin basuh , almari dan katil tempat tidur. Bermula dari sana pula, pergi ke kedai kedai runcit berdekatan rumah, buat pula hutang membeli barangan dapur dari beras sampai ke sabun segala sabun......................................

Untuk hidup kena berhutanglah. Orang zaman ini susah pula nak kahwin, apa lagi hutang ke bank pulak. Ya lah nak buat kenduri kendara, duit hantaran tidak boleh dengan  air liur sahaja. Cita cita yang baik tidak bermakna tanpa wang sebagai penjamin kehidupan. 

Selepas berhutang, paling leceh nak bayar hutang...........Bagaimana kita hendak membayar hutang dalam suasana ekonomi ekoo no money...? Susah memang susah.Ini adalah zaman orang berhutang menentukan berapa jumlah wang yang  dia boleh bayar. Syarikat tempat dia berhutang kena bersabar bila si pemiutang boleh membayar hutang.

Syarikat syarikat besar lagi kuat berhutang. Cakap pum pang pum pang sampai kederangan disebelah milik mesyuarat tapi habuk pun tak ada. Mereka hanya ada cakap tapi tak serupa bikin. Mereka berpakaian cantik, masuk bilik mesyuarat berserta fail fail besar, tapi tak ada kuasa, tak ada duit untuk menjelaskan hutang. Akhirnya hutang semakin bertimbun. Syarikat pembekal menitis air mata menuntut pembayaran 6 tahun sudah, 3 tahun sudah dan mungkin 3 bulan sudah. Kesudahannya talipon dibiar berdering tanpa diangkat, semua pakat lari bersembunyi di bawah meja.


Wednesday, April 17, 2019

SOMBONG ORANG CERDIK

Salam sejahtera,

Pm kini berada disekelilingi cendakiwan yang 100 peratus menggunakan akal yang dikatakan bijaksana. Bijak tidak boleh ditegur, bodoh tidak boleh diajar. Pendek kata kita tidak boleh berkata apa apa kerana kita ini adalah dari golongan kasta yang rendah......................... Pendek kata, yang dibumi tetap rumput dan yang langit itu tetap di langit walaupun ketika membuang najis, najisnya tetap jatuh ke bumi.

Golongan yang merasa diri mereka itu terlalu bijak selalu tidak memperdulikan pendapat orang bawah. Duduk di atas setaraf dewa menyebabkan mereka hanya boleh berbicara di kalangan dewa sahaja. Mereka boleh menjadi dewa hujan dewa matahari, dewa awan dan juga dewa katak yang mana bual bicaranya begitu kretif bernas, yang hanya difahami di kalangan mereka dan bukan untuk kita. Untuk kita hanyalah hamba pencacai yang hanya layak menerima cacian maki hamun sebagai hidangan bila bersua muka.

Mereka lupa bahawa sebelumnya ada kicap perlunya ada kacang soya, sebelum ada ayam , perlunya ada telor. Manakala telor itu tidak jadi dengan sendirinya. Sebelum mereka duduk di puncak atas, mereka bersama kita, makan minum bersama kita. Tiadalah bezanya nasi yang dimakan oleh orang bodoh dan orang cerdik, tiada juga beza nasi yang dimakan oleh raja dan rakyat biasa. Nasi tetap nasi, beras tetap beras yang berasal bernama padi tumbuh diatas tanah dan bukannya di langit bagi makanan para dewa.

Sebelum anda berada anda berasa tersangat besar dan tersangat cerdik, berhati hatilah berkata kata, berhati hatilah bila berhadapan sesama manusia. Ingatlah, kubur kita berada dimana mana yang bukan kita tentukan. Kubur kita ditentukan oleh manusia lain, yang berfikir fikir dimana akan dihumbankan mayat kita setelah kita mati. Adakah mayat kita akan dihormati disanjung atau dipuja....itu bukan urusan kita lagi, kerana pada waktu itu kita telahpun mati menjadi bangkai........

Di saat itulah, anda bukan dewa lagi....tapi pergi meninggalkan jasad untuk hidangan ulat ulat dibumi.


Monday, April 15, 2019

PERJALANAN BARU

Salam,

Catitan ini entah siapa akan membacanya. Seorang kawan pm telah meninggalkan terus ruangan blogger ini. Entah apa yang beliau rasa tidak puas hati.

Penulisan ini hanyalah untuk membangkit semula semangat lama, ketikanya pm telah kehilangan segala galanya. Untuk memulakan sesuatu yang baharu bukanlah kerja mudah. Tahun ini pm masih bekerja. Kerja sekadar cari makan dan tidak memburu apa apa pun. Nak cari apa ya di dunia ini...kalau nak makan, sekadar manalah mahunya makan cara orang tua. Memadailah sekeping roti canai atau sebungkus nasi lemak diwaktu pagi, makan biasa biasa di tengah hari, minum petang dan makan malam.  Kalau makan sampai pengsan tentu tak boleh. Lainlah orang muda, boeh telan apa sahaja.

Kata orang dahulu, masa muda kita bau minyak wangi, bila dah tua kita asyik bau minyak angin. Syukurlah jika masih ada gigi, masih boleh makan daging yang sedap sedap. Kalau dah tak ada gigi, hilanglah sedapnya. Syukurlah adanya mata, boleh melihat yang cantik cantik, tapi jika mata dah kabur...semua dilihat tidaklah puas.

Bersyukurlah dengan apa yang ada, dalam mengharungi kehidupan yang semakin senja.. Entah esok entak lusa kita dijemput pulang. Suka atau tidak suka, kita akan kembali, meninggalkan apa sahaja yang bernama kehidupan.



TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...