Sunday, January 24, 2016

Jangan Bukan bukan

Salam,

Sekali sekali pm memandang fb pm yang dingin itu....mula mula memang rancak memenuhi gambar sendiri dan selepas itu menjadi menyampah pula. Kekadang nak copy paste benda benda bentuk agama terasa macam menunjuk pulak...Riak pula jadinya......



Setelah fb pertama kena hack, pm tak aktif lagi, tulis blog juga kurang. Mana mana kawan kawan lama cuba juga dihubungi tetapi tidaklah semeriah dulu. Mungkin banyak yang dah tua agaknya. Ada sorang dua member jenis makcik makcik hajjah timbul tapi buat sehari dua je. Salahnya pm asyik sebut cerita misteri dan tidak pula seimbang menceritakan benda benda yang orang suka. Ya lah jadi penulis kita kena ada aura yang orang suka, kalau tidak semuanya jadi tulis sendiri dan baca sendiri.



Ada kawan lama jumpa di depan hotel semalam, dia tanya pm " dah lama tak bercerita "...Betullah tu..sejak zaman mula berubah, hati orang tua dan tak sama dengan hati orang muda....Lagipun masa ni kisah politik yang hebat...macam kisah MB kedah tu.......

Buat masa ini ambiklah apa apa gambar dan tulis sajak, itupun macam tak sedap juga...Kamera pm pulak dah lama tersimpan di dalam rumah, tak pakai pun, lagipun buat masa ini tidaklah kemana kemana berjalan


Isu terbaru pm cuma dapat cucu bulan 12 dulu, dah tua dah....lepas ni tak tahulah apa nak jadi.....Duduk rumah saja ke, atau merayau lagi makan angin...


Selepas ini hendak ke arah tajuk mana ya...nantilah fikir fikirkan.... Nak cerita pasal haji pasal umrah...Cerita tu dah banyak orang tulis. Ada yang memuji dan ada yang mengata......

Semalam pm ambik kesempatan cuba tanya tanya orang yang kita kenal....Soalannya " apakah yang pertama tama perlu tahu dalam agama ? Dia orang jawab sembahyang .......Ya lah, masuk je islam terus sembahyang, pergi kursus nikah kena tahu sembahyang, masak budak budak ikut emak bapak pergi surau atau masjid pergi sembahyang......Betullah agaknya......mungkin Rawi sahabat baru dalam fb pm boleh tolong terjemah...

Mungkin kita tidak perlu fikir pasal soalan tu....kita sembahyang je lah, kita puasa je lah, pergi haji je lah....tapi tak kan nak duduk takuk tu je.......Teringat pm tentang arwah emak saudara pm  yang kekerapannya ke Mekah. Malang sekali tak sempat tanya kenapa ?.....Mungkin dia duit banyak agaknya, atau mungkin juga dia benar benar ingin mensucikan diri........ Allah juga tahu.....Kalau ikut cakap cikgu cikgu pm lagi haru.....tapi sebab dia cikgu..... kan....suka hatilah dia nak cakap apa ...

Apa apa pun disini bukan tempat tunjuk pandai....semua pendapat itu betul, semua cerita mereka benar....Cuma janganlah terpedaya dengan kata bahwa agama ini untuk syok syok, untuk feeling feeling, untuk sedih sayu pilu.untuk memori kenangan lalu.....bukan untuk memilih milih darjat, bukan untuk jawatan atau pangkat....bukan bukan bukan dan bukan...........

Semoga dipermudahkan di dalam urusan tuan tuan dan puan puan, semoga sampai ke tempat yang dituju, semuga mendapat umrah dan haji yang mabrur.....Orang islam akan saling berdoa kebaikan diantara satu sama lain dan bukan bermusuhan. Amin.....

Saturday, January 9, 2016

MENILIK NASIB

Salam,

Belumpun sampai usia 55, aku rasa seperti orang nak pencen dah. Akal fikiran aku nak balik ke kampung, nak cari kerja di sana dan meninggal dunia haru biru di tengah bandar ini. Tidak perlu ceritalah apa yang ada di tengah bandar yang boleh menjadikan kita sebagai pelawak atau pelakun utama. Hari ini boleh pakai jubah serban, esok pakai macam mat rock, hari ni duduk mengaji dengan baiknya, lepas mengaji duduk di tangga masjid mengumpat orang. Hari ini berzikir bagai nak rak tapi satu pun tak sampai......klimaks


Aku tertawa di suatu hari ketikanya aku menjengahkan kaki ke surau di kawasan taman aku, soalan yang sama diberikan kepadaku dan juga sahabat sahabat yang macam biskut ni...." awak dah pencen ke ?" Soalah olah surau dan masjid adalah tempat khas untuk orang pencen menghabiskan masa....Nasib baik tak ke dan dut........

Mengharungi hari hari ....aku mula mengintai kerja ...kerja paling senang adalah kerja jaga......Jauh lebih hebat dari jawatan aku sekarang....Aku ingat senang, rupanya susah...."Jaga jaga" yang sedia ada kat sekolah atau kilang tu tidak lansung berniat nak berhenti kerja kerana terlampau senang kerja. Kalau boleh seumur hidup yang ada. Kalaulah ada peluang kira nasib ?

Aku pula mengintai peluang sedikit lebih tinggi dari jawatan jaga itu di sebuah pusat pengajian ugama islam kerana aku sangka di situ ada ketenangan, maklum tempat orang mengaji Quran. rupanya aku salah anggap juga. Di tempat agama pun ada iblis, ada main kroni kroni sampai aku TERTUDUH nak curi tender pada hal aku hanya berniat nak berkawan...Rupanya mereka berebut kroni dan tender, mati bunuh orang pun tak apa........



Kampung aku pun tak macam dulu. Dulu bila nampak kawan kawan, kita angkat tangan bila tenguk dari jauh. Hari ni, kalau tersilap sikit lalu kat lorong, kereta kita kena "HON" buta buta walaupun depan masjid. 

Satu kampung adalah satu tali persaudaraan, kalau matipun adalah saudara mara sendiri....Patutlah orang tua tua dahulu suruh aku merantau tenguk negeri orang supaya belajar adap sopan orang, budaya orang. Kalau aku terus duduk di kampung entahlah....mungkin aku akan jadi ayahanda, aku hanya tahu angin aku sahaja, aku hanya tahu penampar aku sahaja...." kampung gua weh.."....Lagi pulak kalau aku ada kereta besar, bolehlah mendongak hidung....

Aku kembali ke office aku yang dingin, memandang anak anak buah aku. Entah apalah nasib mereka jika dah tua nanti. Entah apakah nasib mereka bila company tutup dengan tiba tiba. Suasana office aku masih dalam suasana gembira...happy..tapi banyak orang tak tahu apa aku nak buat........relax relax.........



TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...