Monday, February 28, 2011

Penantian Di Pusara

Sayang
benarkah penantian itu
adalah resah dan rindu
mengusik ngusik ketenangan
dan kau kegelisahan
kerana cinta ini

Sayang
benarkah mahligai itu
yang kau nantikan
adalah syurga paling indah
penuh bidadari

Ketika terbitnya mentari
aku melihat kau dan bunga itu
kuning warnanya
diliputi bait bait cinta
kaku tersenyum
sedangkan penantian itu
hanya berakhir disini

Sayang
perginya akan kembali
dalam mimpi
dalam harapan
dialam baqah

Sehari Di kamar Bangla

Inilah nikmat hidup di Malaysia, sebuah negara yang aman dan sudi menjadi tempat belas ikhsan kepada semua pendatang, pelancong dan pelencong. Tidur dikatil yang sedap, berkipas tanpa diganggu oleh sesiapa. Setiap sen yang dikumpulkan ,akan dihantar balik ke negara mereka dimana mereka boleh membena rumah, membeli kereta, berkahwin ataupun berniaga. Namun disini adalah seenak enaknya untuk terus beristirehat, meniup udara nyaman. Tidak kedengaran bunyi bom dan letupan senjata api, tidak ada paksaan samseng dari kampung kampung ........

Jangan tanya apa itu terima kasih kerana pelajaran terima kasih memang tiada bila kemasukan mereka banyak melalui pass pelajar yang disokong oleh pihak pihak tertentu. Asal ada duit semua boleh jadi, mereka ketawa dengan sistem kita, boleh bayar kata mereka.... tapi sampai bila  ?

Sunday, February 27, 2011

Hantu Terbang

Pada pagi menatap sms di dalam handphone, seseorang mengatakan bahawa beliau dan ibunya terkena buatan orang dan adiknya telah menepis perbuatan orang itu. Beliau kini dalam keadaan keadaan tidak tenteram juga. Ringkas sahaja bunyinya seperti juga kisah hantu langsuir malam tadi. Siapa berminat dengan cerita itu ?

Seperti biasa aku rasa tak seronok mendengar cerita ini kerana ini adalah perbualan sensasi bangsa melayu apatah lagi duduk di kampung kampung. Namun dibandar ini lebih dahsyat lagi kerana mereka telah menjauhkan diri mereka dari Tuhan. Ditambah lagi dengan cerita cerita hantu di TV, pontianak terbang sana sini, ada hantu cekik leher orang hisap darah dan macam macam lagi. Akhirnya penerbit filem yang kaya, penonton bertambah jadi penakut manakala hantu hanya dapat upah makan telor sahaja setelah tabung darah di hospital kering kontang.

Adakah aku dari golongan yang tidak percaya ? Perkara ini tahyul, karut kata ustaz. Kalau karut kenapa hantu itu ada, ada yang nampak semalam terbang atas pokok, ada yang dengar mengilai dan tak siapa persoalkan kenapa dia pakai uniform putih. Untuk jadi hantu kena pakai uniform putih ke , pakai hijau tak boleh ?

Mungkin ada orang sanggup jawab persoalan ini. Mereka boleh jawab dengan cara ugama, guna hadis dan alquran. Yang pentingnya kalau benda itu terjadi dihapan mata, sanggupkah kau orang mengatakan karut...mengatakan "kau hantu memang karut...pergi main jauh jauh" Tanyalah pada dirimu sendiri....

gambar hiasan


Saturday, February 26, 2011

Nak Bayar Saman Trafik

Salam............ Semalam aku mengambil kesempatan membayar saman trafik di Pejabat Pos Jalan TAR berdekatan Piza Hut. Dari 10.30 pagi sehingga jam 1.20 aku berada disana .... Disanalah ramai orang berjumaat.

Macam biasa , kuanter untuk membayar saman hanya ada satu, manakala pekerjanya adalah seorang  wanita montel yang sering tersenyum. Senyumnya dan layanannya sangat mesra sehinggalah sampai jam 1.00 tengahari, pelanggannya yang menunggu banyak yang naik berang. Kemesraannnya terhadap setiap pelanggan adalah masalah utama. 
  1. Pelanggan yang datang 90% lelaki
  2. Pelanggan yang datang bukan hanya nak bayar saman tapi juga sebab nak periksa saman trafik adik beradik , emak bapak , saudara mara mereka. Bayangkan seorang pelanggan nakbayar  5-10 saman dan talipon adik beradik bertanyakan no IC. Jadi bagi seorang pelanggan memakan masa 20 minit.
  3. Ada pelanggan datang 2-3 orang dan gunakan satu nombor giliran.
  4. Pekerja kuanter tu layan mereka macam tak ada orang menunggu di belakang
  5. Pelanggan yang datang tapi cuma isi borang depan kuanter, tidak pula bersiap awal dan tak ada makhluk bagi tau
  6. Borang pula tiba tiba habis
  7. Ada orang dah bayar saman dan dah keluar tiba tiba mauk balik dan boleh jenguk jenguk kat kuanter 
  8. Budak tu gedik sangat, siapa nak ngorat dia?
Aku ni marah sangat, bukannya aku tak ada adik beradik saudara mara kerja kat pejabat pos tapi janganlah gedik sangat.....................................................Takkan nak ngadu kat ketua pos kut ?

Friday, February 25, 2011

Hati Yang Luka Dilukai

Salam...... pagi semalam sambil memandu aku mendengar lagi lagu Mawi walaupun pada musim ini orang banyak mendengar lagu Maher Zain. Aku tetap mendengar lagu "Kian " setiap hari dan ada sesuatu disitu menjadi ingatanku

Sekali sekala terasa sebak di dada dan terasa bagai dihiris hiris

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa

Resah kian melanda

Di manakah

Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada





Begitulah berakhirnya sebuah kebahagiaan

Thursday, February 24, 2011

Hospital Serdang

Hari ni pergi hospital serdang tenguk kawan kemalangan jalan raya


 Sebelah mata berjahit, kena langgar lari gamaknya

Sejak akhir akhir ini banyak pulak kemalangan kerana motor. Korang tak usah beli motor, pakailah kenderaan 4 kaki

Wednesday, February 23, 2011

Lambaian Rindu

Ketikanya sampai disitu
ombak kecil menerjah kaki
melaut pandangan dihujung sana
mencari cinta dan air mata

Nun disana lagi
anak cucu telah tiada
rumah nan kosong membisik rindu
opah dan datuk tinggal berdua

Hari  ini
apakah masih ada

nyanyian burung penghibur duka
sepoi angin menyapa pipi
dan tangisan cucu nan berlagu
memujuk hati

seorang tua..........................

Tuesday, February 22, 2011

Sukan Air

Beberapa enry aku tuliskan memuatkan beberapa keping gambar yang menjadi kenangan tapi gambar aku tak ada. Biasalah kalau tukang rumah, rumah dia sendiri tak siap kerana sibuk membena rumah orang lain. Gambar ini aku ambil kerana mereka ini tak pernah jumpa air dan mungkin kali pertama naik Bot Pisang

 Ini pakat pakat bayooooo

 bergambar sebelum berlepas

 baru belepas

bot laju

Taman Monyet Manjung

Ahad 4.30 petang 20hb Feb. 2011, lawatan sambil belajar di Taman Monyet Manjung , Perak. Dapatlah jumpa saudara mara yang kelaparan disana. Tempat yang tak perlu kena bayar dan banyak pasangan muda berdating bersama monyet monyet tersebut

 Ada satu couple berpegang tangan , akhirnya air minuman mereka dirampas monyet yang kehausan

 saya suruh dia bergaya, dia diam apabila gambarnya dirakamkan


 cerita paya bakau


 jambatan gantung

Ini lawatan ke tempat free tapi awas jangan bawa makanan dan jangan takut jika monyet monyet ini bergayung di belakang tengkuk anda, terutama orang perempuan...

Makanan Kampung

Salam.... pagi pagi aku dah berasak dalam jem. Sampai kat office dengan tiba tiba rezeki datang menggolek.. Ada member bagi pulut kuning... mak oiii sedapnya dan terasa macam tok bomoh dulu dulu. Dia kata anaknya lulus periksa STPM

Aku tak ada gambo pulut kuning tu... selepas makan dengan man kuchai dan si haris barulah teringat. Dah terlambat, semuanya dah masuk perut. Kali ini aku ada gambar lain.... menyelerakan

 makan bersila sangat sesuai

 sambal belacan

 kari ikan

ikan oh ikan


Apbila sudah berada dihadapan mata... Silakan makan.......

Monday, February 21, 2011

Sebuah Masjid Di Perak Tengan

Jumaat..... sebuah masjid yang damai lagi kutemui disana....sempat kupetik beberapa gambar menjadi kenangan dimusim ini

 kat depan ni tempat motor parking

 rehat disini

 kutipan jumaat

Jemaah mulai datang

Telok Batik

Inilah gambar Teluk Batik... cantiknya....belanja pun murah juga kalau ke sana

 Aku suka ambil gambar pokok pokok. Pokok tak ada dosa macam orang yang duduk bawah pokok, sebab tangan dia orang macam ketam yang suka merayap

Inilah yang aku buat disana

Sempatlah suruh Yaham bergambar

Changkat Lada Perak

Salam.... Malam Jumaat kelmarin aku ke Perak Tengah ( Fasa 10 Changkat Lada). Bertolak dari Bukit Beruntung jam 11.30 malam dan sampai ke sana jam 2 pagi. Pada mulanya menggunakan highway dan masuk kesana melalui Bidor. Dapatlah tenguk tenguk Teluk Intan dan Pasir Salak, mengingtkan aku tentang sejarah menentang penjajah. Perjalanan masuk ke jalan jalan kampung yang penuh misteri dan keras, penuh bau bauan menyeramkan. Biar apapun aku dah selamat balik ke rumah aku malam tadi



 Siang hari Sabtu ada kenduri kahwin dirumah kawan aku itu, penduduknya bergotong royong masak masak, manakala aku tak adalah buat apa apa..... ambil gambar ajelah.... tenguk tu api panasnya

 Ingatkan orang Felcra rumahnya tak cantik. Korang tenguklah gambar ni... Dia orang dah kaya kaya, rumah batu dan dapat menantupun orang beso beso



Inilah gambo rumah orang kenduri tu... cantik tak ?

Bukanlah main seronok pengantin ni, makan udang lagi ... orang gaot jangan makan le..Kepada pengantin ni aku nak pesan. Elok le berpakat pakat , jangan bergaduh gaduh, bukanlah senang membena rumah tangga yang bahagia. Lagi satu jangan lupa bangun solat subuh, rumah kome dekat dengan surau tu... 

 masak masaklah ni


surau cantik dekat rumah pengantin

Tuesday, February 15, 2011

Selembar Rindu Bersalut Madu

Berhari hari sudah
kerinduan mula berputik
bersama hujan dan halilintar
sahut sahutan dalam lambaian

Engkaukah disitu
bermenung menungkat dagu
ditengah lautan gelora
dimamah kelaparan
sedangkan syurga bukanlah milikmu

Aku disini
masih mencari cari
meredah kabus nan dingin........
aku mencari engkau dan
engkau mencari aku
pernikahan berdarah ini
tidak menjanjikan syurga


Kek Tidak Di Potong

Salam........... Berhari hari sudah meninggalkan blog tanpa entry lantaran kesibukan dunia yang tidak berakhir. Kesibukan dunia ini banyak mengajak kita meninggalkan solat dan zikir . Ini bererti bahawa tubuh ini sudah kurus kerana sudah lama tidak menerima makanan. Tinggalah nafsu serakah yang tidak pernah kenyang , mempunyai kemahuan yang tinggi......

Maulidulrasul datang kembali..... Seorang lelaki berbangsa Cina datang bertanya kepadaku " Lu tak pergi sembahyang ka hari ini? " Aku tersenyum, senyum yang penuh makna...........

Bagaimana umat Islam menyambut maulidulrasul ? Mereka pergi ke masjid mendengar ceramah atau berarak ramai ramai seperti waktu lalu sambil mengucapkan selawat ? Atau sebenarnya lebih enak duduk dihadapan tv sambil minum pagi ?

Mungkin tahun tahun depan ada cara terbaik, sambut maulidulrasul di Dataran dataran besar, adakan musik hiburan berbentuk nasid, adakan keramaian sambil berniaga. panggillah artis terkenal, bawalah pemimpin yang bersuara lantang, adakan permainan sukan sekurang kurangnya main tarik tali..... Atau sebenarnya kita patut duduk dimasjid mendengar ceramah yang mengantukkan dengan tajuk baru menyambut hari kekasih..........?

Aku tak ada hadis nak dipinjamkan bagi menguatkan cerita aku ini... aku pun tak perlu berlakun untuk menunjukkan kebijaksanaan. Hanya aku tahu pagi tadi jalan raya sunyi... banyak orang masih tidur...tidur bersama kekasihnya











Perayaan masih ada






Salam... salam maulidulrasul.... tapi kita masih lagi di dalam musim perayaan tahun baru cina...aku ada gambar sedikit tetapi kurang kualiti untuk jadi kenangan

Saturday, February 12, 2011

Malam Pengantin Seorang Sahabat

Salam............semalam, pagi Jumaat aku mendapat berita bahawa salah seorang kawanku telah kembali kerahmatullah. Pergi yang tidak akan kembali. Beliau bekerja sebagai tukang masak disebuah hotel di Bukit Bintang dan meninggalkan seorang isteri yang masih muda berserta dua orang anak. Beliau yang telah sekian lama mengidap penyakit bah pinggang yang aku tak terfikir dia akan mendapatkannnya. Entah bagaimana boleh terkena tapi begitulah kehendaknya Allah. Beliau sering kutemui disurau hotel yang mana terdiri daripada beberapa orang sahaja yang sering hadir. Lain lain masa mungkin jadi tempat tumpang tidur. 

Malam tadi adalah malam pengantinnya untuk pertama kali sendirian tanpa isteri dan anak. Itulah malam pertama akan dilalui oleh semua insan. Hari ini adalah hari dia, mungkin esok hari kita. Di dalam catitan perjalanan pulang ini ingin aku mengingatkan kawan kawan blogger semua dan diriku sendiri bahawa kematian itu akan menjemput sesiapa dan tidak mengira usia muda ataupun tua , tidak dikira orang yang disyang atau orang yang dibenci. Yang mati akan terus pergi manakala yang hidup terpaksa berjuang untuk terus hidup

Thursday, February 10, 2011

Anak anak kita

Salam ..... hari selasa lalu aku dapat panggilan talipon dari jiran jiran mengatakan bahawa anak aku jatuh longkang. Waktu itu pukul 6.00 petang tengah jem di Templer Park arah ke Rawang. Masatu aku memikir mikir macam manalah rupa anak aku tu 

inilah rupa dia , macam pelakun filem hantu

Mula mula aku hantar ke sebuah klinik kerajaan di Bukit Sentosa, dari sana kami kena perambat pergi ke hospital. Aku pilih hospital Selayang yang canggih tu tapi duduk menunggu 4 jam dan balik rumah pukul 12.00 malam. Mengantuklah sangat...... penatnya....


Setelah ditanya tanya maka jawabnya tadi jatuh longkang dengan motor sekali. Itulah dia anak anak lelaki yang nakal, dibelakang ibubapak buat benda yang bukan bukan..... Dulu dulu masa korang kecik kecik cam jugak keeeeeeeeee ?

Monday, February 7, 2011

Menghubung Kasih

Salam ...........hari ini kerja tapi mengantuk sesangat...ambil kesempatan follow lah blogger lain... nak memenuhkan member member...orang lain dah beratus ratus follower dan sampai ribu... aku pulak masih merangkak disini..... Ada ke gamaknya follower nak baca entry ribu ribu tu atau pilih mana mana awek cun...

Kerja kena ikhlas ..... belajar belajarlah ikhlas

Sunday, February 6, 2011

Cerita Selepas Perayaan

Perayaan Tahun Baru Cina masih berlansung, diluar sana sekali sekala terdengar juga bunyi letupan mercun kecil kecilan macam arnab juga. Lori naga hanya lalu lalang tanpa singgah dimana. Mungkin menunggu jemputan untuk makanan naga naganya..... tahun arnab bajet ciput.....

Esok lusa mungkin adalah orang orang jemput makan di hotel, maklum cuti sudah habis dan budak budak mula bersekolah kembali. Cuma tarikhnya dah dekat ketengah bulan dimana poket tambah surut akibat cuti berpanjangan


Ada makanan orang perempuan yang masih boleh dimakan apabila tengah bulan... jeruk... best dan membuat air liur meleleh.....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...