Sunday, June 30, 2013

Pantai Tidak Berubah

Salam,

Bangun solat subuh dan kemudian tidur kembali adalah resmi di bulan puasa. Kalau bukan hari bekerja sudah tentu tidur akan meninggi hari sampai jam 11.00 atau 12.00. Bangun dari tidur tenguk TV sampai waktu zohor itupun kalau ada ingat nak sembahyang. Tahu tahu saja hari dah petang....

Di Chowkit , jam 2.00 petang sudah ada tersedia makanan untuk berbuka puasa. Bahkan seawal jam 1.00 tengahari banyak orang beratur membeli nasi. Adakah nasi yang berbungkus itu akan dapat disimpan sampai ke waktu berbuka puasa ? Jangan tanya aku, tanya orang pejabat agama , yang buat kerja pemamtauan maklumlah dah jam 2.00 petang semua orang dah letih berpuasa berlapar.....................


Terlalu banyak hidangan makanan tersedia sampai mata berpusing pusing melihatnya. Pegang yang ini, teringin yang itu, pegang itu teringin yang ini. Begitulah susahnya memilih. Tidak cukup membawa balik kueh mueh, bawak juga air batu yang berwarna warni yang dijinjing dikiri kanan tangan. Akhirnya member serumah atau adik beradik serumahpun begitu juga,  maka jadilah lambakan makanan tersaji. 

Isi pati puasa itu tidaklah kita dapat walaupun sudah berusia menjangkau abad. Tambah tua tambah lagi bengongnya. Ustaz kata puasa ini untuk mengawal nafsu tapi entah nafsu manalah dikawalnya. Hikmah puasa bagaikan ada atau tidak walaupun di TV banyak menceritakan. Hanya yang ada adalah kita yang mendidik anak anak kita. Anak anak kita pula mengikut cara kita kerana kita adalah acuannya dan rekabentuk yang bakal diwasiatkan ....................

bersambung

Saturday, June 29, 2013

Dibelai Cinta Lagi

Salam........

Sudah lama meninggalkan kampung halaman, jarang benar pulang bahkan kalau adapun ianya mengambil masa berbulan bulan. Semuanya kerana kekecewaan dan hampa, maklumlah orang muda penuh dengan rajuknya di jiwa, banyak benar tidak kenanya.........

Emak jarang benar dapat bertemu dengan anak walaupun pada hari hari perayaan atau juga di bulan puasa. Biasa sewaktu malam mula mula hendak memegang puasa , emak mahu melihat anak anak bersama sama. Esok paginya di waktu sahur emak masih mahu mengejutkan anaknya bangkit walaupun sudah berbini dan tua bangka. Kalau tidakpun bunyi lesung batu emak sudah menjadi alarm buat kami semua


Selera waktu sahur tidaklah seberapa, tapi laungan suara memanggil mengejutkan jiran jiran dari tdur menjadi irama di waktu itu. Mulai jam 2.00 , malahan jam 3.00 lesung batu mula berbunyi diikuti desiran bunyi sambal dari kuali. Lauk apa pagi ini, entahlah... biasanya ikan  berlada, telur mata kerbau, ikan masin, masak lemak cili api, gulai terung ....jangan lupa telur masin pembuka selera..


Selepas makan, mata mula layu kembali menyambung tidur yang terganggu oleh sahur.......ada fikir hendak duduk zikir zikir ke atau solat sunat.....Masa muda itu mana ada fikir cam tu.....

bersambung................

Thursday, June 27, 2013

Bermusim Sudah Cinta itu

Salam...........

Ramadhan datang lagi dan kita sedang membilang hari. Tentu sekali berbagai perkara terbayang di mata. Bukan hanya waktu sahurnya malahan juga waktu berbuka. Adakah kita dapat menikmatinya sekeluarga ? Sekali ini tentu sekali tidak serupa.......anak anak sudahpun membesar, ada juga yang sudah berkahwin malahan mungkin ada ahli keluarga kita yang sudah tiada.... pergi meningglkan kita

gambar hiasan

Masa lalu tidak dapat dikecepi lagi.......

Wednesday, June 26, 2013

Keris Tidak Bersarung Lagi

Salam........

Entah kenapa tajuk cerita " Malam Pengantin" telah memanggil ribuan pembaca. Mungkin pembaca kebanyakkannya adalah orang muda. Berbeda sekali jika entry itu menyentuh soal agama dan masyarakat. 


Mungkin terlalu banyak pendapat bahawa kahwin itu seronok, ditambahi pula dengan kisah cinta yang penuh warna warni. Tidak perlu menidakkan hukum alam yang penuh putaran dan janji. Tiap yang bangun akan jatuh dan tiap tiap yang jatuh akan bangun. Jangan memikirkan apa yang indah semata mata..........

Bertahun tahun mendirikan rumahtangga hanya berguru dengan pengalaman. Jika lelaki dan wanita yang kita nikahi itu adalah seseorang yang berpandu kepada Alquran tentulah kita orang paling berbahagia. Nyata terlalu banyak perkara bersarang di kepala, banyak adat yang pelik pelik cuba mengikat kita. Bahkan perkara kecil yang remeh temeh beterusan menyerang kita saban hari. Petua yang paling baik adalah "pekakkan telinga"  Butakan mata"......Mudah mudahan Allah membuka mata hati dan dapat melihat sesuatu yang ghaib di sebalik cerita itu.......


Monday, June 24, 2013

Kesenian

Salam


Video ini sudah lama tersimpan dan mempamerkan kesenian hidup manusia. Orang seperti ini bebas dari kesedihan hidup dan sentiasa bergembira.....


Kesenian yang tidak berakhir dan sering berulang ulang di dalam kehidupan manusia.........

Sunday, June 23, 2013

Tersingkap Kainnya

Salam....................

Hari hari menonton TV, dulu ada "orang berserban" mengapak dan membuang TV kerana TV terlalu banyak hiburan yang mengasyikkan. Hari ini di dalam TV sudah banyak cerita pasal agama. Sekurang kurangnya ada yang suka tenguk cerita Tanah Kubur. Melihat pembalasan di dunia kepada si mati yang baru hendak dikuburkan............. Di masa masa ini juga , kita akan melihat para para ustaz dan ustazah bercakap. Alangkah baiknya kalau dapat isteri macam ustazah tu..... bukan hanya cantik malahan lembut kata katanya. Melihat pada kata katanya, tentulah baik budinya....... Alangkah baik kalau dapat suami seperti ustaz itu ya, pandai bercakap, hensem dan gayanya pandai menjaga isteri. Opppps!!!!!! Siaran berbayar rupanya ? Masih ingat waktu di sekolah dulu, cikgu cikgu selalu bagi kita tajuk dan minta kita huraikan ............?



Suatu hari aku terdengar " jadikanlah hari ini seperti keadaan kita baru baru kahwin waktu dahulu " Esok lusanya terdengar lagi " para suami kena berterima kasih kepada isteri kerana isteri menjaga anak anak kita, menjaga makan minum dan pakaian kita" Alangkah bahagianya.....

Namun ustazah juga manusia kerana dia tidak terlepas dari gejolak rumah tangga, manakala ustaz pula sememangnya dia berterima kasih kepada isterinya sehingga dia dapat tambah cawangan lain juga... Bahagianya....



Cakap cakap orang dengar sahajalah. Kalau nak belajar masuklah kelas pengajian yang betul. Carilah guru cara depan berdepan sepertinya kita belajar mengaji quran masa budak budak dahulu.

Sebaik baik baik suami adalah suami anda walaupun kelihatan selekeh malas dan kuat tidur dan jangan mimpikan ustaz yang hensem itu. Jangan ingat orang berjanggut itu baik kerana janggut itu akan menambah kegelian ditengkuk wanita. Jangan nak merepek menjadikan hari ini sebagai suasana perkahwinan yang baharu. Anda sudah tua, buatlah cara tua..., jangan nak merepek nak memanggil " ling ling: jangan nak merepek nak bagi bunga bungaan. Kata orang ukur baju di badan sendiri...... Elok sahaja bangun dan buat apa apa yang patut, berilah makan ayam di reban, masaklah untuk makan tengah hari dan yang penting sekali pagi ini dah minum ke belum.......?




Wednesday, June 19, 2013

Bunga Bunga Di Taman

Salam


Musalmah manis pergi ke Daik
Sampai ke Daik hari pun petang
Mulutnya manis hati pun baik
Sampailah mati dikenang orang


Itulah lirik lagu musalmah manis, entah bagaimana manisnya hanya Allah yang tahu. Tapi pm suka sangat dengar lagu itu , tambah tambah lagi dinyanyikan oleh Siti Norhaliza. Kalau hari hari cerita pasal hantu pasal mati, orang mendengarpun terasa muak. Apa salahnya ubah sedikit selera. 

Maka terasalah amat susah bagi kita orang swasti ini pergi menempel di pejabat kerajaan kerana berbagai urusan. Melayu dengan melayu ini kekadangnya susah juga hendak bercakap, apatah lagi di masa ini banyak benor karenah biokrasinya. Belumlah lagi berjumpa dengan orang yang berpangkat pangkat. Hendak marah tidak boleh sebab dia orang ini mengikut SOP. 



Cikgu pm dari Melaka memberi nasihat, biarlah gigi lebih lembut daripada lidah. Mak oii.......tak kan makan  sardin hari hari.  Jadi disuruhnya budak opis boy digelar " tuan" . Kalau yang perempuan dipangggil puan sampai makcik cuci tandaspun dipuji juga.  Sungguh sangat berbahasa ditambahi lagi  sebutan suara yang lembut serta mengukir senyum. Tidaklah bermodal sedikitpun walaupun seposen.


Hasilnya sangat baik untuk buat pr........maka yang dipuji itu bukanlah main suka. Ya lah..kalau tidak berada ada, masakan tempua bersarang rendah... Begitulah indah...

Tuesday, June 18, 2013

Lambaian Terakhir

Salam...........

Pagi itu aku sekeluarga tiba di kampung jam 9.30 pagi. Diperkarangan rumah sudah ramai ramai orang yang tiba. Adik aku berada diluar rumah. Semua persiapan sudah siap Da, tolonglah bantu uruskan, aku rasa macam tak sangup " katanya. Adik aku sebenarnya salah seorang pertugas di tanah kuburan kampungku. Banyak mayat yang telah diuruskan tetapi apabila terkena kepada ayah sendiri dia terasa berlainan pula. Namun segala persiapan mandi dan kain kafan sempat juga disediakannya.




Aku masuk ke rumah melihat jenazah ayah, kelihatan adik perempuanku disisi ayah. Dia berdiam menjadi penunggu setia, maklumlah ibu kami telah lama meninggal dunia. Terdapat beberapa orang sedang membaca  surah yassin. Waktu itu seluruh ahli keluarga datang memenuhi ruang. Tiba saat untuk dimandikan, jenazah di angkat bermai ramai oleh anak cucu ke tempat mandian. Di waktu itu aku dapat melihat susuk tubuh ayahku yang sekian lama telah menanggung kesakitan menunggu saat pemergian. Susuk tubuhnya sama juga dengan susuh tubuhku kerana setiap kali aku mandi, aku melihat keadaan itu saling tak tumpah......Jenazah beliau seterusnya dicucikan. Aku melihat anak adik perempuanku menyuci di bahagian tengah, abang sulung dibahagian kepala manakala aku dan ipar dibahagian kaki sambil dibantu oleh orang orang masjid. Semasa hayat ayah dia ada berseloroh" hari ini hari orang, esok hari kita pula......."

gambar hiasan

Kekadang kadang dalam gurauannya menyatakan" kita cuma pindah alam sahaja" Nyatalah mati itu sebenarnya tidak ada....Dalam keadaan keadaan begitu aku sempat juga bergurau dengan kakakku bersangkutan kain putih dan kapas. Aku tidak mahu dia takut kerana yang meninggal adalah ayah sendiri.

Setelah dikafankan jenazah dibawa ke masjid dan akhirnya ke kuburan. Ketika memasukkan ke liang lahad aku berada di kepala, abang sualng di bahagian tengah manakala adik ipar dibahagian kaki. Aku membuka tali dan menciumkan tanah ke pada ayah. Kalaulah dalam hidup kita tidak mahu solat dan tidak sujud ke tanah bagaimanakah sudahnya.... Aku melihat air mata ayah.....air mata yang penuh tanda tanya...

Setelah perkembumian selesai aku pulang ke rumah. Ada banyak soalan dan jawapan yang aku ada, ada banyak ilham sering mendatang. Dua hari kemudian aku talipon abang sulungku " long, aku ada pakai duit ayah dulu, aku nak pulang balik" itulah kata kataku. ....Kata kataku itu membuat semua adik beradik menyusun langkah yang sama sebelum urusan harta pusaka....................

Hari demi hari berlalu, apakah masih ada hubungan anak dan ayah ? Adakah hanya menunggu saat kenduri arwah ? Itulah yang aku berpesan kepada anak anakku. Hubungan itu tidak akan putus sampai bila bila, setiap kali solat doalanlah kepada ibubapa..... Mereka bukan meminta nasi atau pakaian untuk dipakai tapi doakanlah samaada untuk mereka yang masih hidup atau yang sudah meninggal....

gambar hiasan

Monday, June 17, 2013

Mencari Jalan Pulang

Salam.....

Cerita semalam ditulis sempena hari bapa........ Kasih anak kepada ayahnya adalah kasih yang berterusan..........


Seperti yang kuceritakan semalam, aku sering berulang alik ke kampung di waktu malam hari dan pulang ke rumahku sebelum subuh. Manakala ayahku masih terlantar di rumahnya yang ditemani oleh adiku dan anak isterinya. Abang dan kakakku pula akan balik di setiap minggu. Saat ini bukan hanya kasih sayang tapi duit juga perlu kerana kos semakin meningkat. Namun kami tidak menghadapi masalah kewangan cuma masalah masa untuk berkejaran ke sana sini dalam situasi yang tidak menentu.

Ayah semasa hidupnya adalah seorang peramah dan lucu. Dia seorang yang suka bersolat namun kejadian yang berlaku semenjak akhir akhir ini terus menjadi tanda tanya. Kami dengar ayah dahulunya pernah memasuki tentera jepun dan kominis, semuanya kerana soal peperangan dan penjajahan. Orang dulu dulu begitulah....tapi anak anak tidak mengetahui apa yang dimilikinya. 



Seperti biasa juga disatu petang sebelum ayah berubat, aku mendapat panggilan talipon dari adikku. Aku bergegas pulang ke kampung. Sampai di sana aku melihat adikku berada di tepi jalan, menunggu ambulan katanya. Aku masuk ke rumah dan melihat ayah sedang terbaring dalam keadaan sakit. Dengkuran nafasnya kudengar sehingga anakku yang berada di sebelah berasa gerun. Sebaiuk sahaja azan maghrib, ambulan pun sampai ke rumah kami. Setelah melakukan pemeriksan dan diberi suntikan, ayahku dibawa ke hospital. Malam itu kami adik beradik adik beramai ramai menunggu di hospital. Anihnya setelah selesai sesi perubatan, ayahku meminta makan kerana kelaparan. Sangkaanku tentang ayah meleset sama sekali. .Hatiku berkata" soal hidup mati bukanlah urusan kita "



Setelah keluar dari hospital, perubatan secara kampung dimulakan. Anak anak bukan suka ayahnya mati tapi mahukan ayah pergi dengan mudah dan selamat. 

Pagi itu jam 6.30 pagi aku mendapat panggilan talipon dari adikku lagi kerana malam semalamnya aku tidak datang. Dia suruh aku balik dengan segera.......perkataan segera itu selalu sangat aku dengar....... Aku sebenarnya mahu mengantar anakku ke ujian lisan di Selayang. Mana satu yang kupilih ? ..................Akhirnya aku mengambil keputusan menghantar anak dahulu.....Jam 8.00 pagi adikku memanggil lagi, katanya ayah sudah tenat. Aku tidak dapat berpatah balik kerana sekolah semakin dekat. Jam 8.10 pagi dia talipon lagi....katanya ayah sudah tiada.....................

bersambung..............................






Sunday, June 16, 2013

Di Sebalik Kabus Malam

Salam........

Panggilan talipon tiba tiba mengganggu aku. " Da, malam ini balik ya, balik meneman jadilah" suara adikku kedengaran tersekat sekat. " Oklah" jawabku dengan rengkas. Akupun meneruskan pemanduan pulang ke rumah. Jauh fikiranku melayang mengenang kisah ayahku yang terlantar sakit. Sakit tua yang tidak mungkin akan sembuh tetapi mengandungi seribu misteri.



Jam 10.00 malam sedang aku berbaring, talipon berdering lagi. " Jadi ke balik Da" suara adikku bertanya lagi. " Jadi, kejap lagi Da balik" jawabku lagi. Jam 11.30 malam aku mula bergerak dari rumahku, merempuh kegelapan malam yang dingin .......... Perjalanan cuma mengambil masa setengah jam dan pada ketika itu suasana sungguh sunyi sepi. Aku telah disambut oleh adikku dengan gembira, manakala anak anaknya hanya seorang dua sahaja yang berjaga. " Bagaimana keadaan ayah" tanyaku. " Begitulah keadaannya" kata adikku sambil menunding jarinya. Ayah kelihatan berbaring resah, cakapnya kian merapu. Sekali sekali terdengar dia menyebut nama nama ahli keluarga kami yang telah lama meninggal. " Long kata nak berubat dengan orang Ampang kata" kata adikku. Orang Ampang cakap, ayah ada saka. Saka ini kena turun kepada salah seorang anak" sambung adikku lagi. " Siapa yang nak ambil saka tu" aku bertanya sambil berseloroh.

Pendapat orang mengatakan bahwa jika saka itu diturunkan kepada anak anak, ayah akan pergi dengan aman. Tentu sekali tidak seorang anakpun yang sanggup memikul beban untuk mengambil saka tersebut. Ini bukanlah kerja senang tetapi menyusahkan tubuh badan. Persolannya adakah anak anak sayangkan ayahnya dan mengapa pula sanggup membiarkan ayah tersiksa. " Da, saya ada letak daun kelor di bawah tilamnya hari tu" kata adik iparku. Abistu macam mana" tanyaku lagi. " Apalagi, makin resahlah dia" jawab adik iparku. Yang susahnya sekarang siang dia tidur, malam dia berjaga. Kitalah yang pening tidur tidak cukup" kata adik iparku lagi. 

Dalam hatiku berbisik, entah dimanakah dikutipnya saka tu, aku tenguk selama ini dia selamba sahaja. Alih alaih beberapa bulan ini nampak sangat kelainan. Jangan jangan tak ada saka, sudah memang dasarnya sakit orang tua bisik hatiku lagi. Malam itu aku tidur tidur ayam, aku buat buat pejam mata kerna aku nak tenguk gelagat ayahku. Jam 3.00 pagi aku nampak dia bangun duduk, entah apa disebutnya dan kemudian baring kembali. Sekali sekala dia ada menyebut, dia nak balik...... Nak balik kemana ? Jam 4.30 pagi aku pulang semula ke rumah ku, meredah kabus pagi nan dingin............................................



Malam esoknya jam 11.30 adikku talipon lagi, keadaan ayah agak berlainan katanya. Akupun bergegas balik malam malam buta itu bersama anak lelakiku. Kami berbaring berdekatan ayah dan seperti biasa aku tidur tidur ayam juga. Anakku cuba merakamkan percakapan datuknya..... tapi keesokkan paginya rakamannya kosong sahaja.........

Begitulah malam malam seterusnya aku akan pulang bilamana adikku memanggilku meminta bantuan. Adakala dia kata, ayah sedang mengamuk. Bila aku pulang, tidak nampakpun tanda tanda bengisnya. Suatu malam aku mengambil kesepatan solat hajat disana dan sesudah itu sempat juga aku membaca surah Jin. Aku hendak melihat kesannya. ............Sungguh benar, setelah habis bacaan itu aku kena sound... " jangan bersusah susahlah " kata ayahku sambil menggertap  bibirnya.......Sekali ini aku pula bersuara " kenapa, tak tahan ke "

Beberapa hari selepas itu abangku memanggil aku pulang. Malam itu kami bermai ramai mengangkat ayah untuk dimandikan. Berapa helai kertas ditampal didinding bagi perubatan itu....


Selepas malam itu.....ayah tidak banyak bercakap.....dia semakin lemah dan diam...............

Saturday, June 15, 2013

Bila Awan Mula Berarak

Salam.........,

Beberapa berulang ke klinik dan farmasi melihat status tekanan darah yang tidak menentu, adakah pm benar benar mengidap penyakit darah tinggi ?. Tidak........ tentu tidak kalau benar benar kita menjaga diri. Kita hanya pening pening mabuk dengan masalah diri kita....Banyak benar fikirnya.....


Sesuatu terjadi sebaik sahaja selepas pulang dari mengurut badan. Agaknya darah baru sahaja berjalan lancar  setelah sekian lama tersangkut di celah celah.......Sebenarnya badan sudah tersangat manja bertahun tahun, apa sahaja yang ada dipendam begitu sahaja. Kata orang berbaringlah berehatlah, maka setelah adanya tambahan berbaring itulah kita semakin menambah sakit. Sebaik sahaja sampai di rumah setelah pulang dari kerja, kita akan tumbang terus sampai ke pagi. Esoknya kita mulakan semula kehidupan hari itu pula.

Tiap persolan pasti ada jawapan, kenapa kita jadi orang yang tidak berupaya. Kita bukan tak mahu senaman tetapi tidak ada hati untuk senaman. Orang akan kata kita malas dan adakah malas itu kehendak kita ? Sebagai seorang islam pm mencari jawapan itu di dalam masjid. Diluar masjid di hujung sana ada pula kelihatan benda yang sedap sedap untuk menyumbat urat...


Di saat khutbah jumaat, orang di luar sana masih sedap sedap membeli belah dan makan....


Khutbah jumaat tidak memberi jawapannya, malahan ada jemaah yang tidur kerana keboringan. Ada yang bersembang dengan cerita yang lebih sedap lagi. Masih ada beberapa sikat pisang untuk dimakan, ada pula pulut kuning, nasi lemak dan air minuman percuma di beranda masjid. Dimana jawapannya.............

Pertama solat tahyatulmasjid, kedua solat sunat awal jumaat sesudah azan, ke tiga solat jumaat kemudian solat sunat akhir jumaat, kemudian tambah lagi yang sunat sunat dan jangan terus berlari dengan tanpa doa. Apa yang pm nampak ialah sujud lama lama iaitu dalam sujud terakhir. Cukup relax, cukup dengan pujiannya kepada Allah. Dia yang memberi dia juga yang mengambil penyakitnya. Akhirnya semalam....terjun dengan tiba tiba ke 135........

Hidup di dunia ini penuh kekalutan, ribut tidak menentu, tiada yang puas di hati...............

Thursday, June 13, 2013

Agama Nenek Moyang

Salam.........

Segala pujian bagi Allah......

Pagi pagi tadi pm sempat masuk ke surau di tempat kerja pm. Bukan solat dhuha tapi sebab hendak mengambil gambar yang menjadi isu bodoh baru baru ini. Gambarnya macam inilah,,,,,


Semua orang kenal benda ini.  Namanya batang paip yang berada di atas. Adakah Tuan/Puan merasakan tidak selesa, kurang senang, menyusahkan orang, menyusahkan hati atau rasakan batang paip ini akan runtuh bersama bumbungnya ?

Benda inilah menjadi sebutan orang orang yang terlalu dalam ilmu islamnya. Mereka adalah sekelompok manusia yang datang untuk bermesyuarat di tempat pm yang merasakan kurang senang dengan kehadiran paip tersebut di bumbung surau, dan termasuk jugalah paip paip bomba " sprinkler system". Atas sebab demikian mereka mereka itu bercadang supaya paip itu ditutup dari pandangan. 

Nak tutup dengan apa ? Pastilah ditutup dengan kain seperti langit langit dan dengan tidak secara lansung surau tersebut akan jadi panas kerana ketinggiannya sudah hilang 3-4 kaki ..... Pastilah kena letak kipas atau aircond kalau mampu.  Kerana hendak mencantikkan surau ada pihak berpendapat untuk meletakkan tulisan jawi di dinding dan kemudian diletakkan spotlight bagi menyinarinya. Biar benar tu....Ini bilik solat ke bilik sembahyang ?........

Bagi yang tidak tahu kenalah tanya dan bagi yang tak faham  kenalah nasihat. Kita solat bukannya nak tenguk bumbung. Adakah akan nampak tuhan di bumbung tu ? Kawan pm orang Kristian bernama Bronsen pun pandai gelak mendengar cerita ini...

Rupa rupanya kita ini semakin tua semakin banyaklah ragamnya semakin banyak kehendaknya. Sudahlah hanya mengikut agama moyang, main ikut ikut, pandai pandai pulak tambah tambah.............

Suka sikit pm nak sebut satu benda..." beberapa tahun yang lalu, ketika itu nenek pm meninggal di Ampang KL. Sesudah mayat nenek pm dikafankan ada sekor makcik tu suruh kami ini anak cucu cium mayat tu dan sebelum cium kena minta ampun sambil memegang kaki mayat" Tu dia.....macam paksa paksa pulak?....Selepas perkembumian selesai seperti biasa ada majlis baca yassin. Orang perempuan baca kuat kuat macam hujan turun.........

Minta maaf ya, kalau pm tersalah pendapat, kalau salah tolonglah betulkan .........................nak guna hadis dan ayat quran pun tak apa........

Wednesday, June 12, 2013

Darah Meninggi

Salam.......

Sudah lama tidak ada entry. Semuanya kerana computer di opis telah rosak. Hendak gunakan note book rasa tak selesa pulak. Pm akan tulis cerita baru pulak... Semalam pm pergi berurut dengan seorang pakcik tu. Orang melayu kitalah.....Dia minta cuma 25 sen aja.... Mana nak dapat servis macam tu lagi di KL ni. Cara urutnya macam karton katanya........Semalam juga pm sempat check darah tinggi...tiba tiba je 152 atas dan bawah 99......Jadi salam malaikat dah dekat........


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...