Saturday, March 31, 2012

Menepuk Air Di Dulang

Salam..............,

Sudah lama rasanya tidak melibatkan diri dengan kerja yang bukan bukan. Sudah lama juga tidak berkata sombong sebab ugama kita tidak mengajar kita begitu. Namun di sebalik kehidupan hari ini masih ada lagi idea idea yang bodoh yang masih juga diikuti okeh jenerasi muda.

Semalam seorang 'anak' dari tingkatan 4 mengadu bahawa dia telah dibaling dengan batu dan dipukul dengan paip oleh budak budak se taman kami. Kesalahannya cuma membawa motor dengan bunyi yang bising dan bermuka yang kurang menyenangkan. Saya kemudiannya menyuruh anak saya mengikuti perkembangan itu dimana mereka semua telah mengadakan perjumpaan bagi menyelesaikan masalah. Namun masalah tidak selesai dengan mudahnya kerana ada pula budakl lain yang masih tidak puas hati dimana mengugut akan memabawa geng 3 line mereka. Sebagai orang tua saya tidak mencampuri urusan mereka, kerana bimbang adalah pula orang tua lain menjadi budak budak dengan cerita mengarut ini.

Saya fikir di zaman ini kita tidak perlu semua ini, kembalilah kita kepada pergerakan persatuan yang bersih dari gengstar. Kita kembali kepada matlamat asal dan mendidik anak anak supaya bermuafakat dan tidak berpecah belah.

Di dalam hal ini saya memberi prinsip kepada anak anak " aku tidak kenal kau siapa, kau tidak kenal aku siapa dan aku juga tidak mahu tahu kau siapa". Mudah sangat kata kata itu yang mana sedikitpun tidak melambangkan persahabatan tetapi memadai untuk memberi faham kepada orang bangang.

Di zaman yang kita tinggalkan dahulu kita tidak perlukan kawan kawan dalam urusan seperti ini kecualilah soal fardu kifayah. Kita tidak diajar melarikan diri atau bergantung kepada orang lain untuk hidup. Janganlah berani kerana berada dalam jumlah yang ramai tetapi takut bila sendirian. Jangan juga merosak sesama sendiri sesama bangsa........

Kekadang pula perangai tidak elok anak anak adalah acuan dari dari perangai emak bapak. Kalau anaknya samseng tidak menghormati orang tua, tidak tahu adat, tidak tahu menjalinkan keharmonian adalah kerana perangai emak bapaknya memang begitu. Mudah mudahan, ibubapa zaman ini akan lebih bertamadun dan melupakan adat istiadat zoo  itu.


Diakhir kata suka saya berpesan pesan supaya kita mendidik anak dengan dengan ibu jari sebagai penunjuk dan janganlah sekali kali menggunakan jari telunjuk. Wallahualam.

 gambar haisan




Monday, March 26, 2012

Suratku Untukmu

Salam............sepucuk surat telah dituliskan semalam, namun hari ini helaiannya masih terbentang luas. Siapakah nanti akan memperdulikannya............

Sayang,
Ketika usia emak semakin ke penghujungnya, emak terlalu menderita sakit kaki. Emak sering pergi ke klinik di Kuala Kubu Baru untuk mendapat rawatan. Emak tidak pernah minta anak datang memicit kakinya dan hanyalah memadai membelikan minyak urat untuk kakinya. Ketikanya emak di dalam hospital, emak telah berpesan bahawa di hari kematiannya memadailah memandi mayatnya di atas kerusi malas. Tidaklah perlu anak anak menolak tempat mandian jenazah dari masjid ke rumah, tidak perlu batang pasang atau peha anak anak jadi pengalas. Ketika menjagai emak di Hospital Besar KL, emak selalu mengangkat tangannya sebagai tanda menyuruh anak anak yang menjaganya balik ke rumah, balik menguruskan tanggung jawab masing masing. Waktu itu emak sudah tidak boleh berkata kata, dia mahu mati sendirian tanpa teman.

Sayang,
Waktu arwah abang lan dalam kesakitan, isterinyalah menemaninya.Derita batin isterinya tidaklah kita ketahui. Arwah abang mengidap sakit kencing manis, ada bisul besar tumbuh di belakang tubuhnya. Bagaimanakah dia dapat menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang suami. Bagaimanakah sakit bisul yang membengkak, bagaimanakah kesangggupan anak anak dan isterinya menunggu disebelah. Kini setelah abang Lan meninggal, isterinya pula telah benikah lain.....jawapannya ada disana...........

Sayang,
Setelah menghidapi penyakit kencing manis berbulan bulan, abang mulai merasai kekurangan diri abang. Badan abang telah menurun, kelihatan muka semakin cengkung, berat badan juga turun, selera makan tidak menentu, bisul tumbuh berkerap kali, badan rasa tidak seimbang. Abang sering pening kepala, fikiran penuh dengan entah apa apa yang difikirkan. 

Sayang,
Nasihat yang banyak diterima bukanlah ubat penghibur hati, makan ubat yang banyak bukanlah juga penyembuh kepada kematian. Kini apa yang emak rasa dan abang Lan rasa telahpun abang lalui dan perasaan seperti itu lebih banyak mengingatkan kepada kematian. Abang telah berpesan pesan pada adik tentang duit khirat kematian, abang tidak mahu keluarga dan anak anak bersusah susah payah membuat pengurusan. Segala dokumen dokumen peribadi yang ada, nanti akan abang kumpulkan di satu tempat sepertinya yang pernah arwah atuk buat sebelum ini. Sakit pening adalah adat kepada kehidupan sedangkan kehidupan itu bertunang dengan  kematian. Abang pernah berkata kepada diri abang, bahawa abang harus bersedia............................


Sunday, March 25, 2012

Semakin Hilang Kemanusiaan

Salam.......................

Dulu masa memilih suami mereka kata mahukan suami yang beriman, penyayang dan hensem ala ala kambing sebab ada janggut alim atau mafia....Dulu badan suami tu kurus je macam tak cukup makan, rambut pulak tegak ala ala ultraman......Sekarang dah nikah, dah bahagialah gamaknya.........

Dikiri kanan rumah pm banyaklah orang muda muda. Asal kawin je mereka menyewalah demi untuk hidup berlakibini. Ada yang masih belum mendapat anak walaupun dah 3 tahun bernikah, ada yang sedang menyusun anak satu persatu. Ya lah semakin banyak gaji laki semakin bertambah isi keluarga, di rumah pm bertambah juga isi keluarga iaitu kucing....

Namun dunia hari ini tidak macam dulu, semakin moden semakin berlagaklah manusia, semakin menentang poligami yang boleh menggugat kasih sayang dan tidak memberi keadilan kepada wanita. Ada ulama' cakap jangan mempertikaikan hukum Allah. Ada mak menteri bercakap mistilah adil seadil adilnya, macamlah dia tu adil sesangat.

Alkisah jiran yang beranak pinak ni tidaklah seperti orang dulu dulu. Mengandung, muntah belillah bagaikan dunia tiada lagi. Anak anak bagakan tidak terjaga, masak tak boleh, asal berdiri saja pening mak oiiii, susahnya tapi melayan suami waktu malam tak muntah pula....Maka bermula dari situ jiran sebelah menyebelah menjadi mangsa. Sehari dua tu bolehlah jiran tolong kak oiii tapi kalau dah berbulan, jiran kita tu  pun ada juga kerja lain nak buat. Kalaulah dia ada madu tentu masalah menyusah orang ni tidak ada berlaku, bolehlah gilir bergilir mengandung...

Orang dulu dulupun mengandung jugak, pening macam manapun bangun juga masak. Orang dulu dulu berlaki jugak, pandai jugak laki mereka masak dan tolong tolong bini apa yang patut. Orang dulu dulu ada anak kecik juga...umur 5-6 tahun dah pandai masak nasi. Kalau setakat lauk tu, beli aja kuah kari di kedai, goreng telur ayam di rumah. insyallah boleh makan anak anak. Anak anak perempuan yang umur 5-6 tahun dah pandai pakaikan lampin adik yang kecik kecik, sekarang lagi senang, pakai pampers aje... Tepuk dada tanya selera, mana nak pilih tapi jangan menyusahkan orang. 

Jiran pm tu, waktu bini mengandung ini pulak, dia rajin benar kerja ambil overtime. Dulu semasa bini tak mengandung, hari sabtu dan ahad ada aje muka dia kat rumah.  Ada jiran tu pulak, menyuruh bini dia bekerja sangat sebab nak bayar duit motor katanya. Jadi tujuan asal suami yang beriman, penyanyang tu dah tak adalah. Siapa sakit tanggunglah sendiri....Semakin tua dunia ini semakin hilanglah kemanusiaan.


Thursday, March 22, 2012

Bukan Menang Yang Kucari

Salam.........result SPM dah keluar......korang lulus tak ?

Ketika keputusan SPM keluar pada tahun itu, aku telahpun bekerja sebagai kuli. Kegagalan SPM sedikit sebanyak terubat juga dengan pekerjaan yang sedia ada. Hampir setiap hari jam 6.30 pagi sudah bangun untuk persiapan pergi bekerja. Orang lain berpejabat berhawa dingin dan aku juga berhawa dingin pagi pagi buta di dalam hutan belantara. Aku menjadi kuli batak di dalam sebuah syarikat juruukur. Pernah aku suarakan kepada abang aku bahawa ingin belajar belajar di sekolah makanik. Abang aku kata dia tidak sanggup kerana banyak belanja. Akhirnya dengan keinginan tidak mahu menyusahkan emak bapak, aku teruslah bekerja sambil makan angin ke serata negeri. Emak selalu bimbang dengan keadaan aku kerana emak tahu aku sebenarnya membawa hati......................

Waktu itu kehidupan ini terasa sangat sumbang. Kawan kawan yang lulus melanjutkan pelajaran, kebanyakkanya masuk ke tingkatan 6 termasuklah bekas girfirend aku.... Ya lah sape nak pandang muka orang bodoh macam aku, wajah selalu semak tidak pernah bercukur, pakaian tidak cantik sewaktu bekerja. Orang kerja dalam hutan buat apa pakai cantik....bodohlah kalau pakai tali leher... Namun kemanapun pergi, igauan masih juga ada apatah lagi melalui tempat tempat lama yang menjadi kenangan................Tahun demi tahun, rakan rakan telah lama berjaya ada yang masuk ITM, UITM,ATM dan KTM.....berbagai bagai M lagi..Buah hati pengarang jantung dah sampai ke Universiti Sain....aku ingat nak nyanyi lagu " TIARA' pulak....Suatu hari terjumpa dia dan dia terus memperkenalkan kepadaku dengan seseorang dengan kata " ini tunang saya, pelajar universiti tahun......."  Suka dan bangganya seorang wanita memperkenalkan tunanganya....Yalah...siapalah kita ni nak bangga bangga dengan dia....Mungkin lelaki itu jauh lebih hebat sehingga susah nak tidur malam dibuatnya.........

Hari ini aku melihat kegagalan di depan mata, kegagalan anak anak dalam pelajaran yang mana perlu diberi nasihat untuk hidup. Janganlah jadi nasib seperti aku yang terbiar tanpa bimbingan. Terbiar meredah kesengsaraan lantaran tercicir dalam pelajaran........Seorang dari kawan yang berjaya di UITM aku jumpa berniaga buah tembikai di Pasar Selayang. Sijil tidak membawa erti kepadanya....dia hidup dengan tenaga empat kerat...Seorang kawan yang gagal SPM aku jumpa jadi tokeh kedai di dalam TESCO. Buah hati aku pula sekarang dah beranak pinak dan sekarang mungkin dah bercucu.... Apalah ada kepada kebanggaan kerana hidup ini sebenarnya mengikut putaran masa..... Cantik tidak kekal, pangkat darjat tidak kekal, kita semakin tua, kubur semakin hampir, zaman sudah lama berlalu, pelakun sentiasa bertukar ganti. Cerita ini kuberikan tajuk yang pernah kutuliskan didinding rumahku dengan kapur..."Bukan menang yang kucari"


Wednesday, March 21, 2012

DARAH KERABAT ?

Salam...dah habis pasal datin kita sebut pasal tengku pulak....

Seperti yang saya sebutkan dulu bahawa dibesarkan di dalam industri perhotelan. Saya sebenarnya bukanlah sekolah tinggi. Kalau Rosham Nor dulu jadi pak pacak dalam lakunannya, saya pula jadi kuli batak di hotel. Waktu itu saya mempunyai ramai kawan yang sebaya, yang mana cerdik dan bodohnya adalah sama. Ada seorang mamat yang kurus kering bekerja sebagai pelayan di hotel kami itu. Dia tidak hensem dan lupakan saja soal menawan. Tiba tiba dia menghilang dan entah kemana ghaibnya.

Pada suatu hari saya menerima panggilan dari pihak reception mengatakan bahawa ada seorang kerabat di raja yang tinggal di hotel kami telah kehilangan sebentuk cincin. Seperti biasa kuli seperti saya ini bergegaslah kesana. Pengemas bilik memberi tahu saya bahawa Tengku itu telah kehilangan sebentuk cincin yang berharga dan sudah puas dicari tetapi tidak berjumpa. Saya masuk ke bilik menemuinya tetapi alangkah terperanjatnya saya apabila melihat tengku itu adalah mamat kurus yang telah lama menghilang itu. Seperti biasa istilah "aku" kami gunakan sebab sudah berkawan lama. Sebetulnya yang hilang itu cuma cincin batu hitam bodoh seperti cincin tok bomoh itu sahaja. Kami jumpa cincin itu di sebalik tirai..................

Apa yang menarik kenapa dia boleh jadi tengku ? Senang sahaja... macam tengku wong juga....Dia jadi Cendralela terhormat.... Dia dapat kawin dengan anak kerabat di raja dan memakai gelaran tengku tersendiri. Kemana pergipun orang panggil tengku padahal dia hanyalah sebijik tungku............Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia nampak kat mana ya........?




Tuesday, March 20, 2012

Kuasa Kuasa Datin

Salam........bukanlah senang memerah otak mencari idea untuk n3 , daripada merapu lebih baik jangan menulis...betul tak.............

Saya di dewasakan di dalam industri hotel selama 27 tahun. Di zaman remaja saya itu, saya telah melihat "kehinaan dan fitnah dunia " yang mencabar. Masih saya ingat tentang  seorang perempuan yang saya temui berkeliaran di lobby hotel. Beliau disebut dengan gelaran " Datin Ann". Tidak ada yang hebatnya beliau itu dan mungkin cantik kepada pandangan orang orang tertentu. Beliau selalu ditemui di meja talipon awam. Sebaik saya kita memandangnya, dia akan bercakap melalui talipon dan entah dengan siapa dia bercakap. Bercakap pula dengan suara lantang dan kuat bagi memegahkan diri di kawsan awam.Apa yang saya tahu dia hanya berpura pura dan bercakap berjam jam dengan hantu. Bila sahaja datang ke hotel, dia akan bertanya tanya kepada pekerja pekerja hotel tentang datok itu, datuk ini dan juga tengku tengku. Hendak dikatakan dia pelacur terhormat, bukan pula. Hanya yang saya tahu dia ada mengikut seorang datok tokeh balak dari Sabah. .

Sudah lama saya tidak temui dia sehinggalah disuatu hari, budak budak jockey kelam kabut menyatakan ada orang datin membuat aduan tentang perkhidmatan jockey hotel. Saya mengambil kesempatan kesana. Kali saya lihat dia rupanya dengan seorang lelaki yang lain.....Sayapun menegur dia " Kau apa hal ni". Dia tergamam melihat saya dan saya hanya menggunakan perkataan " aku' dalam perbualan kami. Perkara itu selesai begitu sahaja..... Sungguhlah perempuan seperti ini tidak tahu malu mengaku datin dan memperbodohkan orang orang bawahan, dia membuli orang sesuka hatinya..............

Satu kisah lagi ialah kisah nasi bungkus datin....Seingat saya pada tahun itu Parti semangat 46 membuat mesyuarat di Ball room hotel kami. Banyaklah orang orang politik datang dari negeri Johor dan Kelantan. Parti politik ini hanya menyewa dewan untuk mesuarat tetapi tidak melibatkan makanan. Seperti biasa kawasan ruang legar dengan tiba tiba menjadi pasar malam. Kedai kain naik dengan tiba tiba tidak termasuk tukang jual ubat yang riuh dengan pembesar suara. Susah hendak mencegah kebiasaan orang melayu ini walaupun kami telah meminta bantuan ketua majlis mereka meredakan keadaan.

Tiba tiba kami melihat banyak nasi bungkus diedarkan. Mereka mula menjadikan tempat kami seperti padang bola. Maksudnya selepas makan, kertas nasi bungkus akan dicampak merata rata. Kami cuba menghalang nasi bungkus dibawa masuk ke hotel . Mereka jawab " ini datin punya"....Dengan alasan datin punya menyebabkan nasi bungkus masuk ke dalam hotel dengan banyaknya. Penganjur hanya sewa dewan, mereka pakai ruang legar, mereka jual nasi bungkus, mereka berlegar legar di kolam renang, lobby hotel.... Penat bang...penat melayan orang kita. Selepas semuanya selesai, orang hotel kena buang sampah sepertinya orang dbkl buat hari hari........Zaman sekarang dah ok dah, dah ada PWTC tapi orang sebelah pulak kena tempiasnya....Kita tidak boleh marah, kita kena senyum sebab yang buat pengotor itu orang kita....


Sunday, March 18, 2012

Sumpah Neraka

Salam......Niat adalah sesuatu yang berlaku di dalam hati tanpa bunyi, tanpa huruf  manakala lafaz adalah sesuatu yang yang disebut dan dikeluarkan melalui suara.Adalah pm salah ?......kita belajar semula rukun 13.....

Cerita disini agak kelainan...... Beberapa bulan yang lalu pm mengintai ngintai FB anak anak saudara , termasuk ibubapa mereka namun pm lihat sesuatu yang kurang ialah tiada gambar nenek mereka. Gambar lain sewaktu mereka bersuka ria memang ada. Maka terlintaslah di dalam hati pm untuk membuka satu FB diatas nama nenek mereka. Pm masukkan beberapa gambar lama dan termasuklah gambar IC nenek mereka. Pada mulanya ada yang terperanjat kerana melihat nenek tua mereka ada akaun  FB

Akhirnya ramailah diantara mereka yang masuk keruangan itu menyebabkan FB itu agak meriah. Tujuan utama pm adalah untuk menghimpunkan seluruh keluarga disini. Cara pm ini juga banyak dipakai oleh keluarga lain dan apasalahnya pm mencuba............

Baru baru ini pm terima pesanan ringkas dari salah seorang cucu nenek ni..Dia kata, buat apa buka  FB tok tu, buat malu aja.............   Pm agak tercabar dengan kata katanya... Pm ni orang KL, nenek tu cuma emak mertua pm, budak ni baru setahun jagung menumpang di KL ini belajar hidup. Dah sombong dah tu !
Orang orang dari bangsa asing membangga banggakan orang orang tua mereka. Lagi lama tok nenek dia hidup , lagilah bangga mereka. Ada yang tidak larat berjalan mereka heret bawa ke tempat makan yang mewah mewah. Kita mungkin cuma ada satu orang tua penghubung persaudaraan....dah tak pandang, malu pulak kononnya..... peeeee lah.....

Pm sangat berkecil hati, di zaman ini juga masih ada orang mahu mewarisi si Tanggang.....Pm tidak akan pandang dia lagi....Ini KL, tempat orang buat maksiat tapi masih ada nilai mengenang orang tua..eloklah balik aja ke kampung....................



Saturday, March 17, 2012

Wajah Yang Cantik

Salam Hari Sabtu.............

Teringat saya sewaktu menaiki keretapi ke arah utara, di kiri kanan jalan kelihatan hijau dengan tanaman berupa sayur sayuran. Sungguhpun tanah jalan keretapi itu adalah milik kerajaan, namun mereka yang berkebun telah lama menerima kekayaan hasil dari pekerjaan mereka. Pernah di satu petang saya bertemu dengan seorang perempuan tua berbangsa Cina bertanya tentang baja yang di gunakan. Menurut katanya, dia menggunakan najis anjing dan babi sebagai baja. Esoknya ketika saya melalui kawasan itu saya lihat pokok sawi dan kangkongnya naik dengan segar dan cantik. Tidak dapat saya gambarkan betapa gembiranya saya melihat keaslian sayuran itu dan sangat jauh berbeza dari seperti yang saya lihat di pasar pasar. Mungkin hasil hasil seperti itu juga dihantar ke pasar tetapi dengan nilai harga yang lebih tinggi dari biasa tapi sayang sekali bajanya menakutkan saya.....

Gambaran kisah ini saya sangkutkan dengan kecantikan seorang wanita. Jangan pelik jika kita ini tidak ubah sepertinya tanaman yang tumbuh. Kecantikan ini perlu dibaja juga tetapi janganlah dengan baja yang haram. Kecantikan yang bukan asli adalah dalam bentuk "tampalan" dimana manusia akan menambah nambah pewarna, alat alat , bentuk pemakanan seperti ubat ke dalam tubuh mereka. Mereka juga akan menghabiskan  wang ratusan ringgit atau juga dalam bentuk ribuan demi untuk kecantikan mereka. Siapakah yang akan memandang mereka....suami....masyarakat sekeliling. Kekadang kadang kecantikan ini lebih menyiksakan bahkan lebih hina dari sebatang pokok sawi. Ianya bukan juga bermula dari kacamata orang tetapi juga dari cermin cermin yang menipu kehidupan...........

Usia yang meningkat telah menghambat jauh kecantikan itu, bahkan badan mulai gemuk bagai di pam pam. Tidak ada hati yang suka kepada kepada keadaan kelunturan itu dan kalau boleh hidup muda sentiasa sehingga langit ini gugur di atas kepala. Siapa yang sanggup menerima kenyataan itu, siapa pula tidak suka kalau disebut orang " orang tua bagaikan anak dara" Adakah pula orang sanggup membiarkan wajah berterusan comot dan berkedut...................

Terlalu sukar mencari kercantikan dan kemanisan kepada wajah....namun cantikkanlah wajah dan hati. Ikhlaslah kepada dunia tempat menumpang ini. Kita menjadi sayuran yang tumbuh penuh kehijauan, layu dan tumbuh kembali bukanlah pekerjaan kita, kita tidak menjadi tuhan kepada alam ini..................Kita hanya ada sedikit ikhtiar untuk mewarnai kehidupan itu. Wallalhualam



Friday, March 16, 2012

Ponteng Jumaat

Salam Jumaat.......Baru sebentar solat Jumaat berlalu, masih lagi terdapat ahli ahli masjid lepak lepak di kaki tangga. Entah apa yang mereka bincangkan,  entah kisah apa yang diceritakan. Hari ini pm pergi ke Bukit Bintang, sudah lama sangat tidak ke sana., maklumlah sibuk dengan urusan kerja. Jam 12.30,  pm bertolak dari BB ke Chowkit menaiki Monorel dan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Ramai betul orang hari ini sepertinya ada pesta tahunan.

Jam 12.45, dari Chowkit ,menaiki kereta untuk solat Jumaat di Kepong dan kami melalui jalan berhadapan PWTC untuk ke Jalan Kucing. Pelik sangat melihat jalan raya , melekat tidak tentu hala dan bagaikan tidak akan sampai ke Kepong. Rupanya di sana ada Pesta Pelancongan. Banyaklah orang berbilang bangsa berbagai rupa meraikan PWTC. Yang paling bagus banyak juga orang melayu. Mungkin sekarang orang kita sudah banyak yang kaya dan sangat sibuk untuk melancong ke luar negara. Jam 1.00 kami masih melekat di jalan raya itu dan masa terus berlalu...orang kita masih bertarik tarikan anak beranak di sana. Di wakti keadaan cemas memburu waktu solat, orang orang kita masih berlenggang di dalam shopping complex. Ada yang memakai baju melayu dan bersongkok tetapi tidak bergegas pergi bersolat.... Walaupun pakaian baju melayu bukan menunjukkan keislaman namun peliharalah budaya orang kita bahawa berbaju melayu umtuk pergi bersolat. Majoriti orang  melayu di Malaysia adalah orang Islam mka faham fahamlah sendiri.

Akhirnya pm berjaya sampai ke Masjid kepong dalam kelajuan yang melampau..Kata orang hendak seribu daya......Kesimpulannya janganlah membuang masa untuk urusan dunia yang tidak berguna, selepas tu kalau nak lepak lama lama kat  PWTC sukahati koranglah.....tak tau lah kalau ada 40 orang buat solat jumaat kat dalam pwtc tu...manalah tau...sebab dulu ada musim umno ada orang solat kat sana

Wednesday, March 14, 2012

Kasih Dan Cinta

Salam..........., semalam pm MC, bukan sakit sangat tapi sengaja hendak merehatkan badan. Namun takdir Allah mendahului segalanya. Sampai sahaja di Masjid Kepong, pm dapat panggilan talipon dari saudara di Ampang menyatakan bahawa ibu saudara kami meninggal. Pm kemudian pergi ke Ampang melihat perjalanan terakhir itu

Arwah sendirian di sana

Kereta Jenazah Menanti

 dibawa ke tanah kuburan

Bacaan Doa Perjalanan Pulang

Nampaknya demam pm kali ini adalah untuk menyambut pemergian ibu saudara...Satu persatu telah pergi dan kita ini bila lagi... Sungguh seronok nikmat dunia, seronok sehingga kita terlupa bahwa mati itu benar, masuk keliang lahat itu benar, siksa kubur itu benar.............Hanyalah elok kita berpesan pesan......eloklah cuci segala benda yang tidak elok, baliklah ke pangkal jalan

Sunday, March 11, 2012

Ular Daun Di Tengah Hari

Salam.......sudah beberapa hari juga pm kekeringan modal.....dari kisah ugama kepada kisah dunia, akhirnya gambar perempuan vetnam mendapat sambutan di fb...begitulah jika perkara perkara merepek sememangnya orang suka. Di dalam perniagaan pula, rasa belas kasihan, maruah dan semangat kekawan harus dicampakkan ke tepi dan kita adakan pembohongan serta janji janji manis untuk dipercayakan........Hari ini pm jumpa benda ini di tepi pokok dan sudah lama pm tak tenguk

Cantik dan hijau dan orang kata ular daun. Waktu itu hujan panas menitik nitik dan kalau ditanya orang tua tua tentu sekali mereka cuba meramalkan sesuatu. Tambahan pula waktu itu majlis persandingan sedang berlansung. Nasiblah tak ada bebudak yang lalu kat situ...manalah tau tengah mengendeng ngendeng tenguk pengantin , tiba tiba ular tu patuk... Tak bisa kut...


Biar apapun pm nak mengucapkan selamat pengantin baru jugak.........

Disana juga pm nampak sebatang pokok yang entah apa namanya dan pm rakamkan dengan kamera buruk ini


Akhir sekali pm nak tunjukkan juga gambar pengantin perempuan, terlanjur dah tenguk muka dia


Nilah gambo kekawan pm ni dari Jabatan Bomba dan yang disebelah pm tu bapak pengantinlah

Thursday, March 8, 2012

Terkenang Sewaktu Dulu

Salam......masa budak budak dulu pm memang suka membaca majalah...utusan pelajar...dalam belek belek guni yang dibawa pindah oleh salah seorang saudara ke rumah buruk, pm jumpa majalah kembang setaman... Masa tu banyak gambar orang spek hitam, rambut berjambul dan berseluar yengki manakala perempuanya pulak memintal rambut melentik dan bersanggul...Dahsyat jugak orang dulu..............

Dalam belek belek majalah kartun jumpa jugalah dengan selunggun majalah mesra.... Betul betul mesra majalah tu, ramailah budak budak membacanya dan orang sebelah menyebelahpun meminjamnya termasuklah anakk dara.....Akhirnya benda yang tidak elok membawa perkara tidak elok juga....anak dara tu pun hamillah.....................................................

Sesuatu yang pm nampak dan pelik ialah zaman happis tu, waktu pakai seluar kaki beso, zaman zened aman berlakun dalam filem hindustan ialah pengaruh kristian terhadap bangsa melayu ....Pm jumpa salib kristian dalam guni tu..........Entah apa kabarnya orang tu.....ada dengar kabar masuk hospital kena barah perut dan zaman mudanya berakhir dan sekarang dah ada cucu pun. Sejarah hitam di zaman muda masih tercatit, mudahan Allah memberi keampunan dan membuka pintu taubat........



Wednesday, March 7, 2012

Bukan Nama Gua

Salam.......sekali sekala apa salahnya kita jenguk kerja kerja Indah Water Konsortium Sdn Bhd. Sudah bertahun tahun lamanya adakah pernah mereka datang ke rumah kita menyedut benda benda tak berguna. Apa yang kita nampak adalah bil bil mereka yang kekadang kita biarkan tertunggak lamanya...........Mereka hanya tahu hantar bil untuk kutip duit.......

Semalam, sampai sahaja di rumah pm terima surat ini...


Surat yang biasa orang tenguk dan cuba menakutkan


Dengan kata kata mengingatkan pemilik rumah dan menyuruh menanggung segala beban guaman jika gagal membuat bayaran


Orang kampung seperti pm akan terkejut menerima surat seperti ini, malahan mungkin ada yang tidak tidur malam. Ya lah tak pasal pasal kena menanggung beban " jamban" yang tidak pernah dicuci itu...

Hanya satu pm nampak kat sini....tak nampak pun nama pm ditulis oleh mereka...dia hantar entah kepada siapa, entah " jawa' mana empunya nama.......Cukai Tanah nama pm, cukai pintu nama pm , bil api letrik nama pm tapi bil IWK nama " JAWA"........


Tuesday, March 6, 2012

Pontianak gersang

Salam.....n3 ini kurang baik sikit tapi baca ajalah..........

Semalam kawan pm dari jb datang menziarah pm di KL. Sudah lama kami tidak berjumpa sejak berkenalan 20 tahun yang lalu. Beliau sebaya dengan pm tetapi kelihatan lebih muda dan bergaya dan juga tidak mengidap apa apa penyakit . Bila ditanya tentang anak anaknya, beliau menjawab jumlah keseluruhan anak anaknya adalah 12 orang daripada 9 orang isteri yang pernah dinikahinya. Namun begitu kesemua isterinya itu telah diceraikan dan tinggallah dia bujang trang tang tang........Anak yang pertama sudah berumur 30 tahun, manakala anak anak lain telah jauh berjaya dan perhubungan dengan anak anak tersangatlah baik. Bila ditanya tentang penceraian, beliau menjawab, kesemua ini adalah kerana dirinya yang mudah bosan dan seperkara lagi beliau mempunyai keinginan nafsu yang kuat. Asal sahaja berhendak tidaklah dikira bila masanya....................

Apa yang pm faham, dia banyak teman wanita dan semudah mudah itu juga teman wanita bergolek gelantang di sisinya. Nak salahkan siapapun tak boleh, kerja bertepuk sebelah tangan tidak mungkin terjadi. Prinsip kawan pm itu adalah" asal berinsang itu adalah ikan". Sejak dari muda lagi dia sangat suka " membela syahwatnya" , wanita wanita di sekeliling bukannya tidak tahu hal tersebut bahkan ada yang bermasam masam muka sesama sendiri dan dia menjadi pontianak lelaki yang hebat.

Berpandu dari cerita ini pm pernah mendapat nasihat dari seorang kawan bahawa ilmu nafsu ini janganlah dituntut. Ilmu nafsu ini selalu memilih dunia walaupun wanita menyatakan kepuasan diatas kehendak mereka. Banyak juga keretakan rumah tangga berpunca dari ketidakpuasan......Hanya Allah yang tahu......

gambar hiasan

Monday, March 5, 2012

Sebilah Keris Terbang

Salam........suatu hari teringin sangat di hati pm untuk memilik sebilah keris sakti. Tapi di mana gerangan dapat dicari, dapatkah kita cari di mana mana kedai dobi atau  di kedai mamak menjual roti...... Adapun keris itu bukanlah untuk apa, sekadar sebagai teman dalam perjalanan, sebagai teman buat berubat, sebagai teman penglipur lara, sebagai keris tidak bernama.


Akhirnya pm bertemu jugalah keris idaman, di pasar seni tempat simpanan tapi dia tidak boleh terbang sepertinya pembohongan cerita cerita melayu, walaupun diasap bertalu talu...........Maka tertulislah di sana kalimah Allah Sang Pencipta


Kekadang hati hendak bertanya, apakah guna keris ini kalau kita tidak tahu permainannya. Perlukah dibalut kain kuning dan merah bagi menambah kehebatannya............tanyalah nanti orang yang arif, pm hanya menunggu keris ini terbang....terbang tinggi tinggi macam difilemkan.....................

Sunday, March 4, 2012

Jemputan Buat Saudara



Wahai orang-orang yang beriman, 
apabila kamu akan mendirikan solat 
maka basuhlah muka kamu 
dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu 
dan sapulah kepala kamu 
serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki"


Antara kata kata yang tertinggal
kian sepi dibenakmu
seorang musafir di dunia fana
mencari cahaya tuhannya


Barangkali sudah terlupa
usia nan tua melalaikan
sibuknya urusan yang banyak
atau sakit yang berpanjangan


Segalanya merumitkan
pedihnya menikam kalbu
salam jua tidak bersambut
sahabat handai jauh dimata
hidup bergelandangan dibumi nyata.......


Wahai jiwa yang kusut
wahai tubuh yang bakal reput
marilah kemari bersujud
berimanlah  jangan takut..........


Wahai diri yang dipinjamkan
wahai diri yang dimegahkan
kembalilah kepada tuhan
kerna nyawamu tidak bertahan.


Alihkan matamu nan layu
alihkan hatimu nan sayu
sebutlah satu persatu
nama tuhan dan rasulmu...............................alfatihah.......











Kebencian Di sebalik Senyuman

Salam........betapalah bumi ini indahnya, ciptaan tuhan yang maha kaya namun aku masih lagi menjadi manusia berdosa kerana tidak syukur padanya.......................

Nasib orang dan nasib kita tidaklah sama, niat orang dan niat kita juga tidak sama, betapa kita cuba memperbaiki diri mencari kebaikan, orang masih lagi akan salah tanggapan..........Seorang puteri hadir ke rumah pm beberapa hari lalu. Dia mengikut anak pm bertandang ke rumah, dengar khabarnya akan menumpang di rumah pm selama 3 bulan untuk menghabiskan pengajiannya di kolej swasta. Pm tak kisah , buat sahaja seperti anak sendiri asal sahaja mengikut peraturan. Pm tidak minta apa apa walaupun satu sen, cuma pm beri syarat iaitu apabila tiba waktu makan, makanlah bersama sama sekeluarga. Lagi satu pm pesan, waktu petang mungkin singgah dimana mana beli makanan, almaklumlah rumah pm jauh dari kolej, balik selalu lewat sampai ke rumah dan tidak mungkin ada kesempatan untuk masak waktu malam.........

Kekadang kadang pm lihat mukanya kelat sahaja, tidak mahu bercakap dengan pm , mungkin malu agaknya atau mungkin ada sesuatu yang tersembunyi. Semalam anak pm beritahu yang budak itu nak pindah dan cari rumah sewa. Katanya rumah pm banyak kucing dan dia pula ada asma. Itu pantang pm bila sebut pasal kucing penyebab bertambahnya asma............ Sudah banyak orang bela kucing, tidak mati pun......nabi pun bela kucing..................Agaknya mungkin rumah pm ni sempit dan tidak bebas bergerak.............

Malam tadi, pm dengar dia bukan main suka ketawa sebab hari ini dah nak mula cari rumah sewa. Dia benar benar nak keluar dari rumah pm.......Pm tak kisah, ayahnyapun tidak pernah sekali pun talipon pm menyampai  salam dan bertanya kabar. Mungkin tidak tergerak hatinya berkenalan dengan pm padahal bukan sekali dua anaknya ke rumah pm. Inilah dikatakan hati manusia, dia kata ayahnya yang suruh pindah..............

Pernah dulu anak perempuan pm minta kebenaran untuk duduk menyewa dengan kawan kawan dengan alasan tempat kerja jauh. Pm tidak benarkan dengan sebab pm ini masih kuno dengan peraturan. Anak anak perempuan kalau terlepas dia akan mengubah haluannya dan sejarah.......Kata orang bukan semua jahat, asal pandai jaga diri . Itulah cakap orang, cakap orang yang sangat berakal. Sesiapa yang hendak melepaskan anaknya sesuka hati , buatlah, siapapun tidak marah tapi pikullah dosa anak anak itu yang masih dipertanggung jawabkan.

Berbalik kepada cerita tadi eloklah dengar lagu sudirman.. Anak Dagang..........." jaga tutur kata, cakap orang jangan dibangkang, fikir dahulu sebelum berkata, biar merendah."


Thursday, March 1, 2012

Kembali Kepada Sang Pencipta

Salam,

Hari Selasa yang lalu sewaktu sesi taklimat pekerja asing, pm terima panggilan talipon dari abang pm menyatakan bahawa sepupu kami iaitu anak kepada bapa saudara telah meninggal dunia. Arwah berumur dalam anggaran 58 tahun meninggal dunia pada jam 2.30 petang dimana pm mendapat tahu hanya pada jam 4.00 petang.


Dengan bantuan salah seorang pekerja pm, kami menaiki motor kesana iaitu dalam keadaan trafik "jem" di petang hari. Kami sampai di rumah arwah jam 5.00 petang dan pada ketika itu tidak ramai orang berada berdekatan jenazah. Adik beradik arwah waktu itu masih tidak kelihatan dan yang hanya ada ialah beberapa orang ahli keluarga isteri dan jiran terdekat.


Sudah lama pm tidak bertemu dengan beliau kerana kami semua sewaktu bujangnya keluar merantau, berumah tangga di lain negeri dan jarang pula balik ke kampung. Anak anak beliau sudahpun besar panjang dan saling tidak mengenali. Hanya isteri beliau yang mengenal pm pada petang itu...............

Begini keadaan hidup orang zaman ini yang jarang berjumpa sesama sendiri dan nasib nasiblah kalau bertemu di saat saat kematian. Tidak perlu mengulas sebab musababnya kerana peninggalan ini tidak bererti lagi. Di saat saat itu juga pm menyedari betapa sukarnya menghubungi sanak saudara yang lain dimana ada yang tinggal jauh, ada yang sudah menukar no talipon. Apa yang berlaku ianya menjadi pelajaran dan peringatan kepada kita semua yang masih hidup ini..........Alfatihah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...