Sunday, August 24, 2014

Bukit Beruntung Story

Salam Ahad,

Dikala negara kita sedang dilanda tangisan mengenang pemergian sahabat dan kenalan kita, suasana hari raya masa juga.  Ada juga yang mengadakan tahlil dan sambil mengadakan sambutan hari raya.  Orang yang "meninggal" tetaplah meninggal manakala yang hidup masih lagi menikmati kehidupan.

Semalam Di Kasturi Bukit Beruntung, majlis sambutan hari raya tetaplah berlansung selepas solat isya'. Penduduk lorong kasturi bergotong royong masak memasak dan juga bergotong royong makan. begitu sederhana suasananya kerana sambutan begini juga berlansung di surau surau dan masjid. Maka tiadalah halangan manusia itu bergembira walaupun ada yang puasanya tak pernah cukup....

kenalan dari surau



bakar membakar


makan makan



Mudahan akan ada lagi majlis seumpama ni ini di masa akan datang insyaallah




wakil penulis semalam


Thursday, August 21, 2014

Kemana Dan Dimana

Di pembaringan itu,
Keluar nafas satu persatu
Peluh dingin bagai membeku
Soal Tanya bertalu talu
Terdengar suara ibu
Terlihat wajah ayahmu
Nenek datuk yang berlalu
“Marilah ikutku” kata mereka……………..



Di pembaringan itu,
Gegak gempita seluruh alam
Kilat petir bersahut sahutan
Keringnya tekak kepanasan
Jiwa gejolak tidak ketahuan…
siapakah datang membantu
siapakah lagi menemanimu

Di pembaringan itu,
Manakah dia hala tuju
Hendak kemana diikut rasa
Siapa menjemput
Siapa dibawa………….
Ruginya berhelai kain putih
Membawa jasad bernajis
Membawa mereka yang lupa
Membawa hati yang leka

Tidak mengenal dirinya………………….




Tuesday, August 19, 2014

Menunggu Qiamat

Tuhanku,
Kelirunya Aku makin beralun
Menatap Syurga dan Neraka Mu
Menunggu Qiamat berpesta
Sedangkan isteri dan anak anak bercakaran
Jiwa jiwa dahaga keamanan..
Tuhanku,
Aku lelah diperjalanan ini..
Perbincangan meresahkan kehidupan
Bebanan terpikul dari dua telapak jari sehingga tuaannya
Lemahnya pendirian…
Tuhanku,
Aku ingin kembali
Bawalah aku pergi……
Bersama ibu dan ayahku

Bersama rindu dan cintaku


Monday, August 4, 2014

Salam Dariku

Salam,

Minta maaf kepada semua adik beradik saudara mara jika di hari raya ini pm tidak sempat berkunjung. Melalui hari raya puasa yang sesingkat ini bagaikan tidak terasa gembiranya. Pertamanya "pulus" sudah kurang, ke duanya terlalu banyak hal yang datang. Ke tiganya kita bukanlah lagi budak budak.

Semenjak berkunjung di rumah teman lama di Beserah di awal puasa lalu menyebabkan pm tambah terasa badan pm tidak segagah dahulu. Melihat kepada sahabat pm yang susah sangat nak bangunnya dari duduk sudah cuckup menceritakan bahawa angkatan kami sudah semakin pupus. Nyatakan tiada yang kekal di muka bumi ini.



Sebelum hari raya kita semua dikejutkan dengan kisah kapalterbang terhempas, setiap hari disajikan dengan gambar gambar sisa sisa mayat, cerita cerita sedih dari ahli keluarga. Lantaran itu hampir setiap hari ada sahaja bacaan surah alfatihah bagi menunjukan kematian itu benar benar terjadi kepada orang orang yang kita kenali dan kasihi. Arwah guru pm dahulu pernah berpesan bahawa " janganlah menangis dan menyesal kehilangan sesuatu yang dikasihi" Sebenarnya falsaah tidak mencukupi tetapi kita perlu ada kekuatan untuk menghadapinya.



Hari raya tahun ini pm sambut dengan dua berita kematian saudara pm dalam tempuh tidak sampai 7 hari. Ada yang sudah lama tidak ditemui dan juga pernah ditemui beberapa bulan yang lalu. Yang pergi tetap pergi manakala yang tinggal pula masih lagi berjuang untuk hidup....



Kekadangkala fikiran kusut memikirkan bekalan yang hendak dibawa pula tidaklah sebanyak mana sebaliknya dosa dosa semakin banyak terkumpulnya. Kalau diikutkan cara orang lain pastilah kita semakin banyak mendongak muka, semakin membusuk sesama sendiri. Setiap hari ada sahaja cerita orang beralun alun di dalam coroang telinga dan menjadi perbualan mulut.......

Kepada sekelian saudaraku marilah kita sama sama melupakan perkara yang sudah sudah. Sudah cukuplah rasa tidak puas hati berada di dalam benak hati sebaliknya kita isi dengan kebaikan dan zikirullah. Banyak sudah saudara saudara kita yang tumbang walaupun tidak berperang di Gaza. Sudah banyak lemang ketupat dan sop ekor berperang di dalam perut kita. Tahun ini kita berjaga jaga jaga, tahun ini kita bergambar ramai ramai, tahun depan yang ramai itu sudah semakin nampak kurangnya. Ada yang kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung serta sakit pinggang. Ada yang meninggal dan ditinggalkan. Ada yang berkahwin baru melupakan kesetiaannya. 



Di hari raya kita kembali ke kampung halaman, bukannya hanya hendak melawat adik beradik tapi yang sebenarnya untuk melihat rumah tanah halaman tempat kita dibesarkan. Kita dapat melihat rupa waris waris yang ditinggalkan, melihat bekas bekas peninggalan arwah yang sentiasa menjadi kenangan. Sekali sekala memejam mata, masih terbayang wajah wajah arwah ketika hidupnya, masih terdengar dengar suaranya, masih terbayang gembira suasananya....Tapi semua itu sudah berlalu....

Mudah mudahan kita dapat bertemu lagi di hari raya akan datang..................walaupun tahun ini kita tidak sempat berjumpa....

Sunday, August 3, 2014

Raya Sederhana

Salam,

Selamat Hari Raya pm ucapkan..... Dah lambat sebab dah beberapa hari tak pegang computer....Kali ni betul betul berehat.......Pm ke utara tanah air iaitu di Sik, gurun Kedah


Ini dia masjid kat gurun bris jaya.....orang pas tak berkenan dengan masjid ini, depa tu ada masjid lain. Jadinya kita tak perlu berebut rebut pergi masjid macam kat KL... kalau datang pukul dua petang hari jumaat pun tak ade masalah. Pm percaya orang KL "the best" kita orang tak main pilih pilih masjid cuma kami tak berkenan orang "tino' jadi menteri besar sebab tak leh jadi imam besar masjid..... Laki dia bolehlah tapi tak syoklah......air semakin kurang nampaknya


Bukan tak mampu beli baju melayu cuma tahun ni pm terasa nak pakai macam bangla pulak. Kat malaysia ni bangla sangat dihargai, gaji lebih dari orang malaysia, dibela macam kucing diberi makan dan tempat tidur. Berlakikan bangla pun ramai yang suka....sebab keharumannya.


Anak pm suka pulak dengan kambing tapi kambing tak boleh dibela dalam taman nanti kena saman walaupun harganya agak mahal....


Suasana di utara cam inilah....


Raya sebenarnya untuk budak budak tapi orang tua tak ada gunanya....

Pm terlupa ambik gambar kenangan diluar sane......

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...