Minta maaf kepada semua adik beradik saudara mara jika di hari raya ini pm tidak sempat berkunjung. Melalui hari raya puasa yang sesingkat ini bagaikan tidak terasa gembiranya. Pertamanya "pulus" sudah kurang, ke duanya terlalu banyak hal yang datang. Ke tiganya kita bukanlah lagi budak budak.
Semenjak berkunjung di rumah teman lama di Beserah di awal puasa lalu menyebabkan pm tambah terasa badan pm tidak segagah dahulu. Melihat kepada sahabat pm yang susah sangat nak bangunnya dari duduk sudah cuckup menceritakan bahawa angkatan kami sudah semakin pupus. Nyatakan tiada yang kekal di muka bumi ini.
Sebelum hari raya kita semua dikejutkan dengan kisah kapalterbang terhempas, setiap hari disajikan dengan gambar gambar sisa sisa mayat, cerita cerita sedih dari ahli keluarga. Lantaran itu hampir setiap hari ada sahaja bacaan surah alfatihah bagi menunjukan kematian itu benar benar terjadi kepada orang orang yang kita kenali dan kasihi. Arwah guru pm dahulu pernah berpesan bahawa " janganlah menangis dan menyesal kehilangan sesuatu yang dikasihi" Sebenarnya falsaah tidak mencukupi tetapi kita perlu ada kekuatan untuk menghadapinya.
Hari raya tahun ini pm sambut dengan dua berita kematian saudara pm dalam tempuh tidak sampai 7 hari. Ada yang sudah lama tidak ditemui dan juga pernah ditemui beberapa bulan yang lalu. Yang pergi tetap pergi manakala yang tinggal pula masih lagi berjuang untuk hidup....
Kekadangkala fikiran kusut memikirkan bekalan yang hendak dibawa pula tidaklah sebanyak mana sebaliknya dosa dosa semakin banyak terkumpulnya. Kalau diikutkan cara orang lain pastilah kita semakin banyak mendongak muka, semakin membusuk sesama sendiri. Setiap hari ada sahaja cerita orang beralun alun di dalam coroang telinga dan menjadi perbualan mulut.......
Kepada sekelian saudaraku marilah kita sama sama melupakan perkara yang sudah sudah. Sudah cukuplah rasa tidak puas hati berada di dalam benak hati sebaliknya kita isi dengan kebaikan dan zikirullah. Banyak sudah saudara saudara kita yang tumbang walaupun tidak berperang di Gaza. Sudah banyak lemang ketupat dan sop ekor berperang di dalam perut kita. Tahun ini kita berjaga jaga jaga, tahun ini kita bergambar ramai ramai, tahun depan yang ramai itu sudah semakin nampak kurangnya. Ada yang kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung serta sakit pinggang. Ada yang meninggal dan ditinggalkan. Ada yang berkahwin baru melupakan kesetiaannya.
Di hari raya kita kembali ke kampung halaman, bukannya hanya hendak melawat adik beradik tapi yang sebenarnya untuk melihat rumah tanah halaman tempat kita dibesarkan. Kita dapat melihat rupa waris waris yang ditinggalkan, melihat bekas bekas peninggalan arwah yang sentiasa menjadi kenangan. Sekali sekala memejam mata, masih terbayang wajah wajah arwah ketika hidupnya, masih terdengar dengar suaranya, masih terbayang gembira suasananya....Tapi semua itu sudah berlalu....
Mudah mudahan kita dapat bertemu lagi di hari raya akan datang..................walaupun tahun ini kita tidak sempat berjumpa....
2 comments:
Ada umur bertemu lagi kita dengan Ramadhan dan Syawal. Inshaallah.
Salaam hormat,
Setelah berpindsah dari satu blog kesatu blog secara rambang saya tiba ke 'Perjalanan Pulang'. Saya berhenti lama memikirkan apa yang ada dalam pemikiran penulis sewaktu memberi nama Perjalanan Pulang. Ini bayangan saya yang saya selalu mengiktibarkan hidup saya diumpamakan diumpamakan berada di musim 'Autumn' - daun daun terbang meluruh menuggu musim Winter - berakhirnya satu poosingan hidup.
Setelah baca beberapa penulisan tuan yang menarik saya rasa tujuan Perjalanan Pulang memberi kefahaman berada di musim Autum. Sebenarnya saya ingin berutus wecara e-mail tetapi tidak napak alamat tuan dalam blog. Terpaksalah saya ringkaskan saja disini dan mermberi salaam hormat. Kalau sudi singgahlah heblog saya. Disitu ada email saya kalau ingin ingin menyatakan sesuatu diluat tatapan umum.
Sekianlah.
Post a Comment