Tuesday, September 30, 2014

Hati Yang Tak DiUndang

Salam,

Ketika pm bekerja di Ampang Park 30 tahun yang lalu, seorang perempuan berstatus ibu tunggal menjerit kuat di tepi tangga berhadapan kedai tempat kerjanya dengan kata " aku punya benda aku punya sukalah" Beliau melenting marah bilamana ada orang campur tangan dalam urusan peribadinya. Inilah dia manusia yang angkoh......Sama jugalah cakap cakap orang " aku punya kubur aku punya sukalah, jagalah kubur masing masing " Mudah mudahan dia cepat tersedar dan mendapat pertunjuk dari Allah. Hanyalah kita ini kekadang kadang jadi malas nak cakap kerana melihat perbuatannya......andainya dia boleh terjun ke dalam kolam dan membungkus diri sendiri dan kemudian golek golek masuk ke kubur, sudah pasti orang kampung tak kan susah...


Semalam, pm berkesempatan bersembang sembang dengan kekawan. Pm tanya" nak pergi umrah lagi tak ?" Sahabat nampaknya senyum aja. " saya dah pergi dua kali " jawabnya. Mungkin dua kali itu sudah mencukupi agaknya. Ada pula sahabat lansung tak pergi pergipun walaupun duit banyak. Tiap tiap tahun misti ada pergi bercuti cuti ke sana sini tapi tak kesampaian untuk UMRAH padahal kalau dikira kira belanja keluar nampak sama aja. 

"Ada orang cakap buat apa pergi umrah buang duit aja, elok pergi haji sekali " seorang sahabat bercakap. Bukan seorang cakap begitu , tapi ramai dah...Ye lah , nak pergi umrah kena keluar duit, baik tunggu haji sahaja. Pm cakap kalau kita tahu bila kita nak mati tentu senang cerita.

Beli tudung berulang kali orang tak pernah kira tapi untuk berbelanja ke jalan Allah cukuplah berkira. Tudung murah kut, manakala pergi umrah tu mahal. Habistu bercuti ke luar negara tu boleh pulak?


Apapun pendapat orang terpulanglah. Bagi pm kalau nak tunggu giliran pergi haji itu sampai entah bila tahunnya , itupun kut sampai masa umur muda. Bila dah TUA sangat, eloklah duduk di rumah, carilah HAJI yang berada dalam diri sendiri. Masa sihat sihat tak nak pergi, ada duit tak nak rebut peluang pergi umrah. Semua tunggu nak BETUL BETUL baru nak pergi. Kalau ditunggu entah bila akan betulnya, entah bila akan lurusnya. Manalah ada manusia yang tak pernah buat salah.

Bila kita cakap begini, orang akan jawab balik " kau, kau punya hal, aku, aku punya hal...kubor masing masing jaga" Senang bunyinya , indah sangat........Korang tunggulah.....


Monday, September 29, 2014

Dimanakah Tempat Berpaut

Salam,

" Kecil kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang " begitulah kata kata orang lama menceritakan bahawa dugaan hidup bagaikan gelombang ombak laut yang sentiasa bergelora.



Beberapa bulan yang lalu, di tempat kerja pm telah dilanda masalah dalaman. Maklum sahajalah apabila ekonomi telah mula merosot, tekanan tempat kerja semakin bertambah. Bila kerja sudah tidak ada yang hendak dibuat, orang akan mencari dan membuat kerja bukan bukan. Hidup seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing. Ada yang jadi kaki mengampu untuk hidup, ada yang menimbulkan fitnah dan berlaga laga di antara satu sama lain. Ada yang berkumpul dalam berkumpulan AB dan C. Kumpulan masing masing hendak menjadi kumpulan yang terkuat ditambahi pula diadili oleh selenge yang pendik akalnya.



Di dalam mengharungi fitnah dunia ini terlalu sukar untuk bersabar. Setiap hari ada sahaja isu berbangkit, sekejap orang ini bertengkar dengan orang ini, sekejap orang ini pergi mencucuk cucuk bos. Pendik kata hidup ini sepertinya duduk di atas bara api. Pm terfikir fikir untuk berhenti kerja sahaja kerana keadaan sangat tidak selesa, darah tinggi makin naik. Nanti kalau dah tumbang ada bini cantik pun tak guna...



Terfikir pm dalam usia melebihi setengah abad ini lebih baik duduk kat surau, berhimpun berhimpun dengan orang orang pencen. Pencen maksudnya tak perlu fikir apa apa lagi, biarlah kerja kita beban kita yang pikul selama ini diberi apada angkatan baru atau orang yang SANGAT TERINGIN nak duduk di tempat kita ini. Lagipun apa lagi nak dikejar di muka bumi ini.

Balik balik berfikir bermunasabah diri, adakala menang adakalanya kalah..... maklum kita ni manusia biasa. Sebenarnya  manusia selalu tak redha dengan apa yang Allah beri, selalu takut kemungkinan demi kemungkinan. Padahal semua telah diaturkan......Bagaimanakah kita YAKIN dengan Allah sedangkan kita ini tidaklah taat sebenarnya. Saban hari kita masih melanggar aturan, masih membelakangi Alquran kerana mengikut nafsu. Bagaimana kita akan yakin jika kita tidak mahu dan tidak mencari ilmu sebaliknya menuruti sahaja apa yang orang biasa lakukan. Itulah diri kita sebenarnya, yang hidup dalam budaya kita, hidup dalam adat kita dan tidak mahu berubah.



Nyatanya kita memang tidak redha dengan apa yang Allah beri. Tepuklah dada tanyalah selera akan terjawab siapakah kita. Hari ini kita masih meneruskan corak jahiliah dan meninggalkan kesannya kepada anak cucu. Wallahualam

Wednesday, September 24, 2014

Raudah Kumerindui Mu

Salam,

Sudah lama tidak ada "entry". Merajuk selepas kapalterbang MH 17 terhempas. Sekarang ini musim Haji maka semangat berkobar kobar kembali......

Pm nak sebutkan pasal Raudah. Pernahkah anda ke sana ? Bagi yang telah sampai alhamdulillah dan bagi yang belum sampai kenalah berusaha untuk menjadi TETAMU Allah.


Pada mula mula mengikuti ceramah Umrah, ustaz ada menyebut tentang raudah iaitu taman taman syurga katanya. Sangat beruntung, sangat berbahagia kalau dapat bersolat di sana. Lantas pm mulalah bertanya tanya pada kawan kawan bagimanakah rupanya, bagaimanakah suasana raudah itu.


Menurut kata kawan kawan, ramai orang mahu memasuki raudah itu dan ada yang mencadangkan memasuki kawasan raudah pada waktu selepas isya'. Dalam erti kata lain, kita boleh berlapang dada dan boleh solat panjang panjang di sana. Tapi itu semua adalah cerita orang.........

Pagi itu pm bersama abang long dan abang ipar memasuki masjid nabawi. Masuk sahaja solat dua rakaat dan minum air zam zam. Kemudian kami berjalan ke tempat lebih dalam lagi. Apabila tiba berdekatan raudah, ke tiga tiga mereka hilang dari pandangan mata ditenggelami oleh jemaah jemaah lain. Pm mengambil keputusan bersolat di luar raudah kerana melihat himpitan orang ramai memasuki raudah. Selepas bersolat, tergerak hati pm memasuki raudah dan terus mengatur kaki perlahan lahan.


Pm kemudiannya ternampak abang ipar pm diangkat oleh jemaah yang masuk berpusu pusu. Hasil tolakan itu beliau mendapat tempat solat yang agak selesa sementara pm hanya dapat berdiri di belakang beliau. Sempat beliau berkata " masuk sahaja" dengan makna jika ada kawasan kosong, pm boleh mencelah.

Petua orang lama senang sahaja ... berdoa semuga dipermudahkan...... Dalam keadaan berdiri itu tiba tiba pm dipanggil oleh pengawal raudah " haji haji" sambil melambaikan tangannya. Beliau telah memberi pm tempat untuk bersolat berdekatan dengan pintu keluar berdekatan mimbar. Maka di sana dengan izin Allah pm dapat bersolat dan berdoa. Tiadalah doa yang tidak baik sebaiknya doa yang baik baik belaka. Alhamdulillah setelah selesai solat, dengan mudah pm keluar dari pintu menemui sesuatu yang sangat dirindui iaitu makam rasul.............................................

Nasihat pm kepada rakan rakan yang di luar sana, dalam keadaan kita bergembira mengumpul harta, melayan karenah anak bini, melayan kesibukan kerja, mengeluh susah, berjalan makan angin kesana sini, fikir fikirkanlah untuk menjadi tetamu Allah. Allah sentiasa menjemput kalian tapi kalian mungkin tidak terasa TERJEMPUT dengan berbagai alasan. Kalian mungkin tertunggu tunggu untuk terbuka hati padahal wang sudah mencukupi dan lebih dari cukup, kalian mungkin ternanti nanti orang lain untuk menemani kalian, padahal orang lain tidak terfikirpun untuk menemani kalian. Penantian kalian terlalu lama untuk menerima JEMPUTAN ini.

HAJI dan UMRAH itu WAJIB sekali seumur hidup, manakala alasan itu berkilo kilo menghalangnya. Wallahualam...

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...