Monday, September 29, 2014

Dimanakah Tempat Berpaut

Salam,

" Kecil kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang " begitulah kata kata orang lama menceritakan bahawa dugaan hidup bagaikan gelombang ombak laut yang sentiasa bergelora.



Beberapa bulan yang lalu, di tempat kerja pm telah dilanda masalah dalaman. Maklum sahajalah apabila ekonomi telah mula merosot, tekanan tempat kerja semakin bertambah. Bila kerja sudah tidak ada yang hendak dibuat, orang akan mencari dan membuat kerja bukan bukan. Hidup seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing. Ada yang jadi kaki mengampu untuk hidup, ada yang menimbulkan fitnah dan berlaga laga di antara satu sama lain. Ada yang berkumpul dalam berkumpulan AB dan C. Kumpulan masing masing hendak menjadi kumpulan yang terkuat ditambahi pula diadili oleh selenge yang pendik akalnya.



Di dalam mengharungi fitnah dunia ini terlalu sukar untuk bersabar. Setiap hari ada sahaja isu berbangkit, sekejap orang ini bertengkar dengan orang ini, sekejap orang ini pergi mencucuk cucuk bos. Pendik kata hidup ini sepertinya duduk di atas bara api. Pm terfikir fikir untuk berhenti kerja sahaja kerana keadaan sangat tidak selesa, darah tinggi makin naik. Nanti kalau dah tumbang ada bini cantik pun tak guna...



Terfikir pm dalam usia melebihi setengah abad ini lebih baik duduk kat surau, berhimpun berhimpun dengan orang orang pencen. Pencen maksudnya tak perlu fikir apa apa lagi, biarlah kerja kita beban kita yang pikul selama ini diberi apada angkatan baru atau orang yang SANGAT TERINGIN nak duduk di tempat kita ini. Lagipun apa lagi nak dikejar di muka bumi ini.

Balik balik berfikir bermunasabah diri, adakala menang adakalanya kalah..... maklum kita ni manusia biasa. Sebenarnya  manusia selalu tak redha dengan apa yang Allah beri, selalu takut kemungkinan demi kemungkinan. Padahal semua telah diaturkan......Bagaimanakah kita YAKIN dengan Allah sedangkan kita ini tidaklah taat sebenarnya. Saban hari kita masih melanggar aturan, masih membelakangi Alquran kerana mengikut nafsu. Bagaimana kita akan yakin jika kita tidak mahu dan tidak mencari ilmu sebaliknya menuruti sahaja apa yang orang biasa lakukan. Itulah diri kita sebenarnya, yang hidup dalam budaya kita, hidup dalam adat kita dan tidak mahu berubah.



Nyatanya kita memang tidak redha dengan apa yang Allah beri. Tepuklah dada tanyalah selera akan terjawab siapakah kita. Hari ini kita masih meneruskan corak jahiliah dan meninggalkan kesannya kepada anak cucu. Wallahualam

No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...