Wednesday, October 30, 2013

Cinta Tidak Berkekalan

Salam,

Selama sebulan setengah saya menunggu JKKP datang melawat. Saya pening menyediakan dokumen yang diminta dengan sebab saya ini tidak sekolah. Saya kurang pemahaman tentang apa jenis yang mereka minta dan akhirnya mengambil keputusan menemui rakan rakan sejawatan dengan saya untuk meminta nasihat. Rata ratanya semuanya seperti saya yang bingong bingong ini dan kalau ada yang saya jumpapun kebanyakkannya berlagak pandai padahal mereka sendiripun terapung.

Sayapun mengambil ikhtiar menghubungi kekawan yang pandai namun kepandaianya hanya mereka sendiri yang pakai. Saya gunakan internet sebagai panduan dan berbekalkan sedikit pengalaman saya mula mengayuh sendiri computer saya. Saya berdoa kepada tuhan untuk mendapat pertolongan.

Akhirnya muncul seorang sahabat dari tempat lama menyediakan sedikit bekalan kepada saya. Saya terharu dengan pertolongannya namun diakhir ceritanya saya dimaklukan bahawa apa yang diberikan kepada saya adalah tidak ketepatan kerana dia sendiri pun terapung.

Dalam proses penyediaan maklumat, saya menerima respon yang kurang baik dari syarikat. Pertama syarikat sendiripun kurang faham kedua kekawan dalam lain jabatan tidak semuanya mahu bekerja sama. Saya beri nasihat dan tunjuk ajar, ada yang main pekak badak tak mahu terima. Bagi mereka untuk menyelesaikan masalah berdepan jkkp adalah masalah jabatan saya dan bukan mereka. Untuk kali ini saya berniat untuk melepaskan sahaja walaupun persediaannya hanyalah seperti melepaskan batuk di tangga. 

Banyak perkara menjadi otomatik terutama penyediaan latihan. Seperti biasa panggil budak budak berkumpul, ambil nama, ambil gambar , buat cerita sedikit dan akhirnya buku latihan telah tercipta. Hari demi hari persediaan semakin kemuncaknya dan akhirnya siaplah ................saya mampu tersenyum.

Malam terakhir menunggu hari esoknya membuat saya teringat kata kata guru saya " apabila telah sampainya takdir allah maka tiadalah doa dan tiadalah jampi" Benarlah itulah kenyataannya....

Esoknya saya saya begitu tenang walaupun ada kawan kawan di lain tempat menyatakan kesudian membantu. Saya tahu bahawa kita berjuang seorang dan matipun seorang. Alhamdulilah ketua ketua lain jabatan datang duduk semeja dengan saya dan berbekalkan dengan apa yang ada kami berdepan. 

Akhirnya semua berlansung dengan baik walaupun tidak sepenuhnya. Pengalaman ini mengajar saya tentang perjuangan yang kita sendiri perlu selesaikan. Banyak rakan rakan kita sendiri hanya pandai bercakap mengadakan ngadakan cerita, kita tertipu dan tidak semua orang akan bersama kita di saat kita menghadapi suasana genting. Kita hanya banyak kawan kawan untuk sama sama ketawa.....tapi yang pentingnya kita perlu tahu bahawa Allah mendahului segala galanya.


Monday, October 28, 2013

Mencari Maut

Salam....,

Petang ini hujan panas. Entah apa petandanya tetapi kita dilarang mempercayainya. Cukuplah kalau dikatakan bahawa perkara itu terjadi hanya secara kebetulan atau kelalaian sendiri. 



Saya terus merenung diri sendiri betapa susahnya kita mengawal diri kita, suara kita memek muka kita, perbuatan kita, perasaan kita dan lebih lebih lagi mulut kita. Ada setengah perkara nak cakap susah, tak cakappun susah. Bila dicakap nanti ada orang sakit telinga, bila tak cakap kita pula sakit hati. Jadi tahan punya tahan meletop juga sudahnya.



Mungkin kita cuba nak jadi orang baik, diam dan terus terima dugaaan, sabar jangan melenting tetapi adakah itu dituntut oleh agama. Untuk menegakkan negara adakalanya kita perlu berperang dan bukan menadah tangan menjadikan doa sebagai senjata. Kita menyorok disebalik orang lain yang lebih besar lebih berpengaruh, kita jadi orang baik selamanya....

Untuk menjadi lebih kuat kita perlukan ilmu tapi kita malas nak cari ilmu, kita tak nak belajar tapi mahu semua perkara settle dalam sekelip mata.

Itulah kita yang sering menyorok disebalik kebaikan padahal kita bukanlah orang baik. Mudah mudahan Allah merahmati kita dan memberi pertunjukkan dan kebenaran......wallahualam

Wednesday, October 23, 2013

Orang Sakit Punggung

Salam,

Saya selalu suka sebut tentang perjuangan yang belum selesai. Hari ini kita masih berperang dengan diri kita, mengejar dan terus mengejar tapi penat......

Orang selalu sebut TEAM WORK. Bintang apakah  team work itu. Binatang ini berupa seekor gajah gamaknya yang mempunyai kekuatan tapi malangnya team work ini selalunya menjadi seperti seekor kancil yang mempunyai kecedikan tetapi badan kurus kerana tidak cukup makan.



Team work hanyalah merupakan kata kata semangat, kata kata pujukan , kata kata rayuan bagi membeli jiwa bagi memperbodohkan orang yang dah memang bodoh. Akhirnya yang bodoh inilah menjadi mangsa kepada mereka yang dikatakan WORK SMART.

Team work tidak akan menjadi selagi tidak ada sokongan dari pihak atasan atau berwajib. Contohnya esok ada gotong royong mencuci longkang masjid. Esoknya tukang canang tak datang dengan alasan ada hal keluarga, pak imam keluar jadi wakil kadhi , lain lain macai adahal jugak di tempat lain, akhirnya tok siak sorang sorang mencungkil longkang tu.....



Begitulah adanya kisah kita yang duduk di pejabat pejabat. Bila tiba mesyuarat pun belum tentu ada yang mahu datang kecuali dikenakan tindakan atau surat tunjuksebab. Kena paksa baru nak bergerak, kena gertak baru nak takut. Kalau bos kita 2x5, lagilah anak buah bersuka suka macam beruk dalam kandang.

Namun ada kerja yang lansung tak payah panggil orang tolong tapi datang jugak orang tolong bersusah payah walaupun tengah malam. Kerjanya ada kerja pakat pakat menyusahkan orang..........................

Saturday, October 19, 2013

Alangkah Sedapnya

Salam......dah lama tidak ada entry....seperti biasa aku sibuk, ada banyak kerja dan ada banyak fikir.......

Raya haji kelmarin aku jumpa barang ni...banyak orang suka dan banyak orang tak suka....


Kalau terasa berani makan semangkok kira baguslah dan jangan lupa tambah lagi seperti yang di bawah ini


Selepas  makan apa salahnya cuci mulut dengan benda ini


Kitapun tak boleh tunggu benda ni masak



Apa hal pun selamat mencuba makan..... kalau lepas raya kena gaut dan darah tinggi..korang tanggunglah sendiri.....

Sunday, October 13, 2013

Aku Teramat Lelah

Salam..............

Bulan oktober semakin ke hujungnya. Masa berjalan ditiap detik meneruskan perjalanan yang semakin jauh. Kita adalah manusia yang meneruskan perjuangan sehingga ke hujung nyawa.



Pernah kudengar cerita keluhan seorang tua..... bagaimana kehidupannya penuh ketaatan kepada tuhan, saban malam bangun bertahajjud namun dia menerima ujian yang berat dari Allah. Anak lelaki menjadi penagih dadah, anak anak yang lain menjadi tidak berguna.......Lalu dia bertanya kepada ustaz " apakah salah saya ?"

Pernah juga kuterbaca kisah Nabi Ya'cob bertanya kepada tuhan kenapakah dia dipisahkan dengan anak kesayangannya Nabi Yusof. Lalu kemudiaannya dia mendapat jawapan bahawa pernah di suatu ketika beliau telah memisahkan seorang ibu hamba dengan anaknya....Jadinya balasan di dunia sangat jelas kelihatan dan tidak mengira taraf. 



Dalam berkeluarga ini aku melihat semua perkara. Tidak semua pisang dalam setandan itu semuanya bagus bagus belaka. Begitulah anak anak kita, masing masing mendapat nasibnya sendiri. Bahkan juga ada yang sering beriktiar untuk hidup tapi nasibnya selalu juga dirundung malang. Malapertaka datang berulang ulang menyuruh kita berdiam berhenti sebentar untuk menasabah diri.

Tidak ada cincin dan batu atau azimat yang dapat mengubah takdir. Tidak ada mandian yang dapat menolak bala bencana walaupun ada orang berkata " mandi tolak bala" Tapi lebih jelas dengan solat sunat tolak bala atau doa tolak bala. Ada orang dipakai pakaikan dengan berbagai barang di badan dengan harapan akan mendapat rezeki dan menolak bencana, dan juda untuk muka berseri seri agar dipandang mulia. Semua itu adalah pendapat orang dan harapan semata mata.



Apa yang jelas di mata kita adalah sesuatu yang telah terjadi. Semua itu menjadi kesilapan kita. Seorang pensyarah berbangsa benggali ada menyatakan " semua orang menyalahkan tuhan diatas sesuatu yang terjadi padahal ianya adalah dari kesilapan dan kelalaian kita sendiri." Tapi kita orang Islam ada mempunyai kepercayaan Qada' dan Qadar yang sentiasa dibahaskan dengan tidak hentinya.

Seorang ibu yang kulihat hidupnya amat senang. Sewaktu anak anaknya masih kecil, hampir semua anak anaknya orang lain yang jaga. Daripada ibu sehinggalah ke adik adiknya berbakti menjaga anak anaknya. Dia hanya bekerja dan keluar wang bagi kos penjagaan makanan. Namun pusingan dunia amatlah cepat, apabila sahaja dia mempunya menantu dan cucu, tugasan tersebut kembali kepadanya pula. Dia melihat kepayahan hidup menantunya denga air mata....



Dalam melihat kepayahan yang terjadi kepada orang lain menyebabkan kita terdiam sebentar. Derita kita mungkin tidak setanding mereka namun tuhan telah memberi peringatan terhadap kita...............................


"Rindu ini takkan matiWalaupun apa yang terjadiOh akankah, sang mentariSampaikan cerita ku ini
Aku lelah, dan teramat lelahMenanggung beban sendiriAku lelahku teramat lelah "...........

Sunday, October 6, 2013

Berikan Aku Kebahagiaan

Salam,

Hari Ahad ni pm dapatlah merehatkan kepala dan tak mahu fikirkan benda berat berat. Rupanya otak kita tidak boleh lanyak macam mesin. Bila otak letih fikiran akan berjalan sendiri tanpa kawalan, kita bengong sekejap. Badan letih dan apa bendapun letih. Bila kita cakap dengan orang agama, dia orang suruh kita sembahyang.



Kita sembahyang tapi fikiran kita dok berpusing begitu jugak. Sedar sedar bacaan fatihah dah habis. Tau tau dah sampai sujud dah. Kita tadi dimana ya ?........Samalah juga dengan keadaan orang tak tentu hala, tak tau mana nak tuju. Bila beban kerja sudah meliputi jiwa dan raga akhirnya kita tumbang. Masa tu orang syarikat, orang sebelah buat tak tahu sahaja. Bila dah tumbang terus, siapalah nak hantar beras kat rumah kita ya ?

Kita berehatlah dan cari tempat tenang. Manalah ada tempat tenang ...tolong kasi tau. Adakah berehat di tepi pantai kita akan tenang, adakah duduk duduk dengan anak anak dan bini bini kita akan tenang..?



Yang penting kita melupakan sesuatu yang berat di dalam fikiran kita......Usahalah....dan marilah berdoa semoga Allah memberi kita jalan....

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di (genggaman ) tangan-Mu, telah lewat (dan berlaku ) hukum-Mu kepadaku, ketetapan-Mu padaku adalah adil, Aku memohon kepada-Mu dengan (perantara) seluruh nama-Mu (yang baik), yang telah Engkau sebutkan bagi diri-Mu, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada seorang dari hamba-Mu atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, Agar Engkau menjadikan Al-Qur’an sebagai hujan (penyiram) hatiku, cahaya (penerang) dadaku, penghilang kesedihanku, pengusir duka dan kegelisahanku.”


Saturday, October 5, 2013

Rindu dan Cinta Seorang Tua

Salam.........,

Hari ini hari Sabtu...Best sekali kalau dapat jalan jalan dan makan makan. Ada orang kerja setengahari dikira syok juga. Selepas pukul dua petang mulalah mengatur langkah menggoyang punggung ke sana kemari...


Tapi kita ni " kerja" bang, kerja yang tidak pernah tak ada kerja. Hari hari kerja, badan kerja otakpun samalah bekerja. Penat memanglah penat dan selalu tertanya tanya bilalah nak rehat ni...

Kalau berjalan jalan di taman dapatlah mengintai orang bercinta cinta. Alangkah seronoknya mereka ya....hidup tak sunyi dan dimana mana ada kasih sayang....



Kita kat sini bernyanyi lagu " Tiara" ajalah

Tiara, Menggamit kenangan zaman persekolahan
Tiara, Ku mimpi kita bersanding atas kayangan
Seakan bisa ku sentuh peristiwa semalam
Di malam pesta engkau bisikkan kata azimat di telinga
Kita, Terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita, Dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna tapi aku hanya tunduk ke bumi hidup tertekan
Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum hanya bertemankan sepi
Bisakah kau menghargai cintaku yang suci ini
Oh Tiara, pedihnya dapatkah kau merasakan
Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum hanya bertemankan sepi
Bisakah, masih bisakah
Engkau hargai cintaku lagi
Oh Tiara pedihnya dapatkah kau merasakan
Oh! Tiara pedihnya dapatkah kau merasakannya…
Tiara…......................
Nyanyikan lagu ini menyebabkan kita ingat kisah lama..........Entah apa khabarnya " teman" lama kitatu.....

Kitani tak sekolah tinggi masa tu, selepas sekolah pergilah kerja menyabit rumput dan meredah hutan. Hina sangatlah...pakaian kerjapun busuk busuk, siapalah yang nak dekat...Kalau hendak menyambung sekolah janganlah diharapkan, mana ada duit. Jadi buatlah kerja apa yang patut. Mereka yang kaya dan mempunyai emak bapak berkemampuan tentulah bernasib baik dapat ke universiti........
Tapi kita selalu percaya bahawa tiap uasaha itu diberkati Allah. Mungkin apa yang kita cita citakan dan apa yang kita harapkan itu tidak dapat. Namun Allah gantikan dengan yang lain. Hari ini barulah kita nampak bahawa kebahagiaan itu sebenarnya adalah tubuh badan yang sihat dan hati yang senang. Sekarang ni agaknya " tiara' tu dah tua dan dah jadi datin atau mak aji. Entah kebahagian apa yang " tiara" itu dapat.......... Kita pula kalau nak test suara sekali sekali dekat rumah kahwin tu apalah salahnya. Janganlah sampai orang kata " pak aji tu buang tebiat jadi orang muda balik"
Sebut pasal tu adakalanya patut kita beringat ingatlah...." kalau kita ingat kita sentiasa muda dan serba boleh, rasanya dunia ini boleh kita beli."  Sedetik demi sedetik masa berlalu....semakin lama semakin banyak waktu yang ditinggalkan manakala saat nak pulang semakin hampir.....

Friday, October 4, 2013

Malang Si Labu

Salam...............

Petang semalam pm ke GHKL dan agak lewat samapai ke tkt 3 ICU...... Adengan kali ini agakbaik bila pakmertua emak mertua, adik kakak abang ipar duai berada di sana. Waktu ini semua orang boleh melawat pesakit walaupun diaturkan oleh pak guard dua orang sahaja dibenarkan untuk melihat pesakit.......

Si sakit pm lihat terlantar di atas katil dalam keadaan sedar tak sedar. Beliau terpaksa dibedah untuk bersalin dan berjauhan pula kedudukannya anaknya. Si suami agak bingung bingung kerana kurang pengalaman dan seperti biasa banyak mulut dari orang yang melawat. Dengar khabarnya si sakit ini ada pula benda di dalam kepalanya. Dengar khabarnya ada darah beku.... Tak cukup dengan pembedahan bersalin kini mungkin pula menghadapi pembedahan ke dua. Maka akan timbullah masalah anak kecil itu siapa yang akan jaga. Ya lah ibu mertua bekerja, ibu sendiri dah meninggal. Ada kakak tentu sibuk jaga suami. Ada kakak ipar belum tahu hati budinya. Nak suruh bapa mertua...baik tak usah cakaplah.......Alih alih tiba tiba terdengar pulak cerita something missing......" uri hilang"



Si suami dikira salah seorang yang tidak bernasib baik juga kerana mendapat isteri demikian rupa. Kata orang dah jodoh kena terimalah apa sahaja ujian berlaki bini. Pm sempat berpesan pesan itupun kalau nak dengar.

1. Jangan tinggalkan isteri kamu sorang sorang di hospital.
2. Apa sahaja keputusan , kamu sendiri yang buat tanpa pengaruh orang lain
3. Jangan sangat berharap pada orang lain
4. Pergi tenguk anak
5. Jaga makan minum dan tidur supaya tak tumbang
6. Talipon kena selalu " on"
7. Pergi solat Jumaat dan letakkan duit dalam tabung sambil berdoa.

Seperti yang kita sendiri maklum bahawa di dalam menghadapi masalah kita selalu sendirian. Syukur kalau ada orang membantu dan selepas itu jangan lupa mengenang budi. Jangan buat pekak jika telah terlepas sesak. Tidak semistinya orang yang kita tolong itu akan menolong kita di masa akan datang. Kehidupan di dunia ini selalu berbalas.... Tolong jangan sombong...... Tolong ikhlas kepada dunia nescaya Allah akan akan memberi pertolongan dalam keadaan yang tidak disangka sangka...

Di zaman ini banyak orang mementingkan diri sendiri, banyak orang tidak mahu berjabat tangan dengan makmum sebelah setelah selesai solat. Bagi mereka, aku menghadap tuhan aku, kau menghadap tuhan engkau...engkau engkau dan aku aku.........Jiran nak mati dan adikberadik nak mati itu dia punya hal....Nak tolong angkat jenazah ibubapa sendiripun tak mahu.....solat jenazah tentu jauh sekali.....

Apa yang pm tulis disini mempunyai kebaikan kepada mereka yang baru baru nak hidup. Jika sudah jatuh cinta kahwinlah dan selepas itu ambik tanggungjawab....Solat jangan lupa tuhan......solat dan ingatlah bahawa awak tu hamba.....tuhan.... Jangan nak berlagak.....



Apa yang berlaku diatas adalah peringatan dari Allah.....


Thursday, October 3, 2013

Akal Monyet

Salam...........

Pm berasa kurang senang untuk beberapa minggu ini. Hujung bulan oktober ini ada pihak nak melawat bangunan tempat pm bekerja. Pening kepala memikirkan persiapan....macamlah presiden Amerika nak datang...Dalam sibuk sibuk  begini terdengarlah pula kisah keihlasan dan ketaatan. Bertambah marah lagilah rasanya.......

Ginilah ceritanya.....Ada seorang budak lelaki yang baru sahaja kahwin beberapa bulan lalu denga seorang budak perempuan yang hidupnya yatim piatu. Baguslah nampaknya kerana perbuatannya dikira baiklah tu. Namun justeru kerana dia selalu poket nipis, pengantin perempuan itu hiduplah dengannya di rumah ibunya. pendek kata duduk rumah emaklah............

Nak jadi cerita isterinya mengandunglah anak pertama dan baru baru ini isterinya masuk hospital kerana kurang sihat. Yang pm tak suka dengar adalah dia balik ke rumah meninggalkan isterinya yang sedang muntah teruk di hospital. Kalau balik sekejap tak apalah, kalau sekadar tukar tukar baju tapi dia balik lama sangat. Emak budak lelakipun balik jugaklah kerana nak mengurus suami di rumah.

Kitapun tahu bahawa dekat hospital tu ada nurse dan doktor. Kalau  apa apa hal panggil doktor dan kalau nak kencing panggillah nurse. Kerajaan bayar gaji dia orang. Kitapun tahu bahawa kat hospital ada time melawat. Sebagai suami kita nak datang time melawat sahaja ke ?. Yang si ibu pula, dah tahu menantu tu anak yatim piatu, kita boleh balik rumah jaga laki ke ?

Sebenarnya pm tak sukalah nak menyebuk pasal masalah orang. Ada jugak lebih teruk dari itu. Persoalannya setakat mana perempuan kena thoat kat suami ? Tanya ustaz, tentu dia keluarkan hadis berjela jela....Thoat maksudnya ikut semua cakap suami....sampai tak boleh menunggu bapak atau emak atau menantu yang sakit sakit sakit sakit sakit sangat ?


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...