Thursday, November 29, 2012

Baju Merah Curi Makan

Salam.......

Hujan semalam memang masih belum reda, apabila lambakkan parti kerajaan masih berada di kawasan Chow Kit ini. Bukan sahaja makcik makcik berbaju merah tapi juga pakcik pakcik bersongkok termasuk anak anak muda yang datang meraikan bilik bilik hotel. Bukan seorang dua tinggal di dalam bilik tapi boleh jadi enam orang atau juga tujuh orang tidak termasuk anak cucu......Bagi yang berkenderaan maka sesuka hati jugalah letak diman mana.


Malam semalam ada setengah kumpulan membuat jamuan makan. Yang dijemput adalah 150 orang, manakala yang hadir mungkin 250 orang. Kalaulah dalam bilik cuma untuk 2 orang bermakna makanan hanyalah untuk dua orang tapi kalau dah 7 orang .....kemanalah mereka pergi makan. Jawpannnya dimana ada makanan percuma disanalah tempatnya....Pihak hotel akan perah otak macam mana nak atasi kebanjiran orang yang tidak diingini ini. Masa ini jangan cakap pasal halal haram, pak lebai pun selamba ambik pinggan, tak ada rasa malupun.....bila dah tertangkap dan disuruh bayar barulah padan muka....


Sudah bertahun tahun, bangsa kita tidak berubah, masih nak curi makan...........masih ada yang import " ayam"  Siam ke bilik. Kata mereka mahu memperjuangkan bangsa dan agama............Entah siapa yang menipu mereka atau orang PAS yang menipu.........

Wednesday, November 28, 2012

Hujan Masih Belum Reda

Salam..........

Dah mula ramai dah kat sini.....makcik makcik tudung merah sudah memenuhi jalan raya, esok lusa mungkin ke Plaza GM, beli tudung dan manik. Dah biasa pm tenguk begitu, ada makan free kat hotel hotel, ada tempat tidur untuk ditumpang. Maka kesempatan ini juga digunakan untuk bertemu segala kenalan di Kuala Lumpur


Apapun sekarang musim ujan, pastinya jalan jem. Makcik makcik kenalah pandai bawak diri, jangan pakai emas banyak sampai ke siku. Nanti balik ke kampung tak ada tangan. Jangan makan merata rata nanti sakit perut....oh terlupa pulak, nanti jangan lupa melawat masjid india dan sogo atau naik monorel RM 1.60 ke Bukit Bintang...............Makcik oh makcik, semalam pm dengo banyak orang mengata orang PAS tak betul, banyak orang senyum mendengarnya, ada yang mengangguk terhenjut henjut...........Tahun ini kalau menang , pastikan makcik berada di kerusi yang sama........jangan kena tolak setelah kuat kuat kerja....


Monday, November 26, 2012

Satu Keluarga Satu Cerita

Salam,

Pm sempat buka satu lagi blog bernama NALURI PAK TEH, di atas alamat panglimabugis.blogspot.com 
Pm nak tenguk macam mana keadaannya dan setakat ini tidak sampai beberapa keratpun follower. Biasalah blog baru ianya berguna untuk menyampaikan hasrat yang terpendam bagi memperkenalkan kepada saudara mara. Memangnya fb dan blog itu agak sunyi sehinggakan pm tumpang ke sini. Setakat ini masih berkisar tentang kisah orang kawin dan orang silat juga. Agak membosankan tetapi pm cubalah cari idea nak tulis apa apa yang patut. Pm pun nak minta sokongan juga walaupun pm bukanlah jenis orang cari duit...........


Blog itu bakal menghimpunkan seluruh keluarga dengan cerita cerita persekitaran. Adalakanya cuit mencuit itu perlu bagi merapatkan hubungan dan memperbetulkan keadaan



Kisah adik beradik dan kehidupan masa kini adalah yang terbaik diperkatakan dan bukan untuk memburuk burukan sesama sendiri. Mudah mudahan Allah memberi berkat dan keselamatam kepada semua pihak.

Thursday, November 22, 2012

PELUANG MASIH ADA

Salam.................

Masih ingat zaman ekonomi meleset dahulu sekitar tahun 90an, waktu itu gaji pm baru RM 490/-. Pm  menyewa rumah di Selayang Baru, isteri tidak bekerja dan anak pula ada 4 orang. Dengan duit itulah dapat membayar tambang bas, bayar sewa ruimah, bil air dan letrik dan seterusnya makan minum serta pakaian. Nasib baik kerja di hotel dapat makan free.


Tinggal berdekatan pasar borong merupakan satu rahmat. Sayur sawi boleh dibeli dengan harga 50 sen manakala ikan bawal juga murah harganya. Kaum keluarga yang datang  dapat juga menikmati makananan yang dikatakan mewah itu. Dengan RM 2/-  belanja dapur sehari dimanalah cukupnya....Tapi masih boleh bernyawa dan budak budakpun dah besar panjang masa kini........

Kehidupan masa lampau memanglah susah, banyak bebanan hutang dan kalau tidak berhutang manakan dapat barangnya. Masa itu kebanyakkan orang berhutang mengambil barang singer maka belilah tv dan peti ais sebagai pelengkap rumah. Tiap tiap bulan berbunyi "kelepap kelepap" bunyi selipar bil collector datang ke rumah dan kalau tidak dapat dibayar nanti diangkutnya balik barang itu. Orang sebelah rumah beli barang karaoke di rumahnya, mintak pulak tolong kita jamin...last last tak boleh bayar. Maka kita pulak jadi mangsa..... Duduk di Selayang Baru rumah bertingkat memang banyak pengalaman dan banyak juga tok bomoh di sana.

Kehidupan terus berubah, pm pindah ke Kepong , bos suruh duduk di rumahnya. Rumah teres yang besar mempunyai 3 bilik yang besar, ruang tamu dan dapur yang besar. Rumah besar tapi pm tak ada barang apa apa. Rumah besar akan bergaung dan riuh rendah dengan suara budak budak. Jirannya sebelah china sebelah inda, depan india belakang india...Alhamdulillah, manusia tetap sama walaupun akidahnya berlainan.

Seorang minat kerja panjat panjat


seorang duduk melangut

seorang jadi hensome guy

seorang melengung

seorang masih cekolah....

Kehidupan ini banyak pahit dan manisnya.....cerita juga masih banyak sambungannnya.....

Monday, November 19, 2012

Dendam Syaitan

Salam.....

Cerita orang sembelih anak sudah selalu masuk ke dalam surat khabar. Ada yang kerana tokoh tokoh hendak mengikut cara nabi Allah Ibrahim tetapi yang selebihnya menjadi misteri di alam maya. 


Ada orang kata perkara ini terjadi dengan sebab pengaruh dadah, ada orang kata dengan sebab ada hantu telah masuk ke tubuhnya. Mahkamah tidak pernah percaya dengan cerita mistik sebalik lebih suka mengambil kira benda yang logik. Misalnya kerana kurang siuman.

Baru baru ini pm adalah terdengar kisah potong memotong sampai masuk ke hospitallah juga. Si bapak sedang memandu kereta, manakala isterinya pula berleter menyebut nyebut benda tak elok menyakitkan hati suami. Ya lah... orang yang memandu perlukan ketenangan dan tumpuan, si isteri pulak tidak ada masa lain nak meluah perasaan terpendam, manakala anak anak jantan kat belakang kereta tidak habis habis bertengkar dan bersepak sepak di dalam kereta di tempat duduk belakang. Si bapak yang sedang serabut itu sempat mencapai pisau dan terus menghiris tangan anak anak jantannya. Maka memancut mancutlah darah dengan keadaan tanpa kawalan. Tersedar dan terkejut melihat darah itu, si bapak memecut kereta laju laju ke hospital.......Bila kita tanya dia jawab tidak ada siapa yang tidak sayang anak dan nak bunuh anak ....

Habis tu yang catuk catuk kelar kelar tu siapa, kenapa boleh jadi begitu ?.... Menjawab kepada solan itu dia berkata bahawa dia cuma nak mengajar anak, tak sangka sarung pisau tu pecah bahagian bawah. Jadi si bapak itu tidak menarima kecaman dan tidak dipersalahkan juga....... Kalau orang seperti kita tentu sudah lama bersalah akan tetapi jikalau orang yang disayang dimana manapun tidak akan salah.........

Menjawab kepada soalan tadi banyak juga orang berkata bahawa kejadian ini terjadi adalah kerana takdirnya Allah Taala. Maka redhalah orang mendengarnya, akan tetapi jika kejadian itu berlaku kepada ahli keluarga kita, anak anak kita, bagaimana pula rasanya . Banyak orang terlupa tentang permintaan iblis kepada Tuhan.......

"Berkata iblis: Hai Tuhanku! Demi, sebab Engkau menyesatkanku akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka pandang baik) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya." - Al-Hijr: 3

Inilah dia jawapan yang tepat.......

"Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas." - Al-Hijr: 40


Oleh yang demikan janganlah kalian menjemput syaitan ke rumah tangga kalian, jangan dipuja puja dihidupkan semangat yang jahat sebaliknya bersihkanlah di dalam segala isi rumah..............

Sunday, November 11, 2012

Mengawan Tak Habis

Salam.........,

Alhamdulillah dengan izin Allah dan dengan berkat doa para para isteri maka sampailah pm ke tempat yang di tuju bagi menziarah rumah bakal pengantin yang akan dipengantinkan. Kata orang lain padang maka lainlah belalangnya, demikian jua kita ini manusia yang hidup tak ubah seperti belalang juga. Kekadang kadang bersayap kuning kadang kadang juga bersayap hijau mengambil tugas pelesit




Beberapa hari di rumah kenduri, maka banyaklah perkara tak kena dilihat oleh mata dirasa oleh hati tetapi suara yang nan terpendam usahlah dikhabarkan. Hanyalah nanti mengganggu kenduri orang mengawan itu. Hari sampai di sana disebelah paginya hanya makan nasi lemak di perhentian , tengaharinya makan sekeping roti canai dan sebelah petang makan megee. Rumah pengantin sangatlah sibuk sehingga tak terlayan pm nan seorang ini. Akhirnya jerit kat anak anak minta tolong masak telor sambal dan nasi.....Tuan rumah dengan tiba tiba mukanya merah padam, kita masih bayak lauk katanya.......



Sebenarnya pm tak makan rebung dan daging itek. Geli tekak bila melihat itek menyudu longkang dan paya dan segala benda yang ada dibelasahnya. Dengar khabarnya adalah kakak kakak pm hanya menyodok kerak di dalam periuk bagi menimbus perut yang lapar. Sememangnya susah kalau orang kita terlalu berkira kira untuk bersedekah untuk orang makan. Namanya sudah kenduri kahwin, tidak usahlah disekat sekat tekak orang.....

Tibanya hari kenduri, maka dengan izin Allah dapatlah pm menjamah nasi kenduri. Sungguh sedap rasanya tapi lama juga menunggu nasi dihidang, nak kata kaki tangan tak cukup tidak pulak tapi tukang basuh pinggan nampak lebih ramai daripada tukang hidang...Yang paling sedihnya pm gunakan lapik meja sebagi pengelap tangan kerana rumah kenduri itu tidak menyediakan tisu.....

Apapun terhibur juga mendengar gendang dari pasukan silat...Dengar kabarnya diimport dari perlis...kena bayar  RM 600/- Begitulah kenduri orang.....yang paling untung adalah orang yang baru kahwin...hujan petang ke malam  malas nak berenti.....................



Sunday, November 4, 2012

Jalan Kembali

Salam...........

Malam tadi sempat menonton drama tanah kubur yang bercerita kisah orang menyimpan saka. Walaupun ceritanya tidak panjang namun gambaran kisahnya menakutkan bilamana si penyimpan saka sukar mati dan saka mengikutnya sampai ke tanah kuburan. Tidaklah disebutkan apakah jenis sakanya tapi kemungkinan besar hantu raya.....


Sebenarnya berbagai cerita cuba dipaparkan dalam masa sesingkat itu demi untuk menyedarkan masyarakat betapa keruntuhan agama telah mengheret manusia ke arah kesesatan yang lebih jauh. Kita yang telah berusia agaknya senja ini sepatutnya mengambil iktibar dan segera bertaubat.........


Cuma apakah kita dapat bertaubat buat masa kini di tengah tengah kelam kelibut kehidupan dunia yang mencabar, di tengah tengah kemalasan yang berpanjangan atau sebenarnya kita merasakan masih ada waktu untuk kita di hari esok........ Menjalani kehidupan seperti ini menyebabkan pm terpanggil untuk menyeru diri sendiri dan kawan kawan. Betapa suatu waktu yang lalu pm begitu rajin bangkit di waktu malam, kini setelah menempuh peringkat umur, pm begitu terasa sukarnya bangun malam, sukarnya membaca surah panjang panjang walaupun punya keinginan. Sepertinya ada sesuatu yang tidak kesampaian dan hilang......


Tiap tiap manusia mempunyai kelemahan dan pm percaya masih banyak kehidupan mereka yang seperti pm. Kehidupan waktu ini mempunyai banyak alasan keletihan. Jika waktu muda kita kita tidak taat mengerjakan ibadah, betapalah ibadah itu menjadi kuat di waktu tua. Jika di waktu muda kita menghabiskan masa dengan hiburan betapalah kita di waktu tua dapat dihabiskan masa dengan beribadah. Dunia sudah terjadi dengan peristiwa yang berulang, kueh mengikut acuannya, manusia mengikut jejak keturunannya. Kita pilihlah jalan berubah dan berhijrah dengan usaha. Mudah mudahan Allah memberi pertunjuk.

“Ya Allah! Ya Tuhanku! Tuhannya Jibril dan Mikail dan Israfil, Tuhan Pencipta petala langit dan bumi, Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang terang. Engkaulah yang memutuskan antara hamba-hambaMu tentang apa yang mereka perselisihkan. Oleh itu berikanlah aku petunjuk yang benar dari mana-mana yang di peselisihkan itu dengan izzinMu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada orang yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.”

Thursday, November 1, 2012

Penipuan Daging Korban

Salam......

Sudah anda kenyang makan daging korban ?


Alkisah kekadang cerita daging korban menyebabkan ada orang hempuk meja dan koyak kupon di depan pak imam. Sungguhpun kerja korban ini adalah satu ibadah dan soal mendapat daging korban atau tidak adalah dengan kehendak Allah, peranan manusia dan kejujurannya diperlukan. Jangan salahkan tuhan jika anda tidak mendapat daging korban kerana yang berkorban adalah manusia dan mengagihkannya juga manusia.

Kalau di zaman dahulu hanya orang kaya dan orang yang ada duit sahaja yang boleh berkorban tetapi sekarang semua orang boleh berkongsi untuk sebanyak mana lembu yang ada. Kerja korban kini sudah menjadi benda biasa, bahkan anak anak muda yang baru bekerja juga mampu membiayainya. Jangan tanya pasal barkah tapi cuba tenguk perkara ini betul ataupun tidak.

Ada orang mempolitikkan kerja korban, pasang bendera parti di tempat korban dan mengagihkannya hanya di kalangan parti  sendiri. Ada orang menyembelih korban di kampungnya manakala daging korban di agihkan ke kampung lain. Ada orang memberi daging korban hanya kepada adik beradik dan saudara maranya , manakala orang orang yang susah di kampungnya pergilah beli daging lembu di pasar , jika teringin  sangat nak makan daging. 



Yang paling dahsyat tuan tuan, kupon telah diberi, waktu pengambilan telah ditetapkan tetapi apabila kita sampai ke tempat tu...daging dah habis........siapa pulak yang sapu ...Memang sah pak imam nak kena tumbuk muka dia atau kandang lembu kena bakar sampai hangus......

Orang akan suruh kita sabar, orang akan kata ' bukan rezeki awak"......Pandainya manusia bermain kata kata apabila dah sesak tak tahu nak jawab apa.

Pm nak pesan, jangan terlalu berharap......Kalau dahulu orang yang menyerah daging korban main bagi daging yang tak senonoh pada budak budak, sekarang ini apalah bezanya.....Rumah orang kaya pun dapat daging korban kerana rata rata orang kita yang berkereta besar ini masih miskin hati perutnya.  Maka kerja korban bukanlah menjadi kerja ibadah lagi malahan menjadi pesta politik mengumpan undi, pesta cekik ramai ramai saudara mara. Akhirnya yang miskin , tidak ada nama, tidak berupa tidak dapat apa apa.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...