Tuesday, November 26, 2013

Di Keheningan Malam

Salam..............,

Pernahkah anda bersolat malam ? Tentu banyak yang sudah melakukannya, bahkan sudah bertahun tahun tidak meninggalkanya. Bagi yang belum melakukannya ,silalah melakukannya sementara anda masih mampu dan sihat........



Sebenarnya waktu muda dulu, tidur adalah saat paling indah. Beribadah juga seronok bagaikan orang marathon, lanyak sampai ke pagi. Esok siangnya kita tidur sebagai ganti malam. Petua lama orang suruh kita tidur awal dan kita bakal terjaga pada jam 2 atau 3 pagi dimana masa itu saat paling best projek. Bukan sekadar solat tahajjud malahan, solat sunat hajat, solat tolak bala begitu juga sunat istiharah bagi mereka yang sedang mencari kepastian.....Tak cukup dengan itu bacalah surah yassin dan doa saidina akasah. Soalnya mahu atau tidak mahu sahaja..............



Bila dah tua begini sepatutnya kita tambah rajin tapi boleh pula jadi sebaliknya.... Tidur awal menyebabkan kitapun sama sama terlansung sampai ke pagi, penat seharian bekerja dan berkayuh di dunia penuh dlema ini. Bangun malam bagaikan pasang surut, adakala boleh adakala tak menjadi. Padahal mata sudah mengantuk sebelum maharaja lawak bermula.......seperti kata nabil " betapa perit kehidupanyeeee"



Solat malam menceritakan kisah aku dan dia. Tak kala tinggalnya aku dan dia itu, kekadangkala perasaan takut tiba tiba terjadi. Kita takut pada pihak ke 3 yang tiba tiba melintas di sana sini di depan atau juga dibelakang kita. Betapapun guru pernah berpesan bahawa jangan kau takut selain dari Alloh. Betapapun pak imam telah berpesan ketika bacaan tahlil dibacakan " jika datang ke dua malaikat kepadamu, janganlah kamu gentar dan takut".... subhanallah........Allah maha mengetahui.....

Solat malam menceritakan alam kubur yang kosong penuh kegelapan, sepi............disana kamu menemui diri kamu yang sendirian bersama apa yang ada..............selamat mencoba


Monday, November 25, 2013

Ampunilah Aku Ya Allah

Salam,

Musim cuti sekolah, musim orang kahwin juga dan begitu juga ada member member jemput kita yang jemput kita bila bila masa. Kekadang hati rasa serba salah. Tak pergi salah, lansung tak pergi lagilah salah. Ada kenduri kita kena bawa sampul surat dan ada kenduri pula kita perlu bawa perut sahaja......Ada juga kenduri tapi  dia orang suka nak bagi kita hadiah


Sekarang ini jikalau ada orang menjemput, kita kena bersiap siaplah.......tapi orang sekarang, datang makan aja dan kemudian terus blah....Memangnya tak ada masa nak menenguk nenguk lagilah....

Pm dulu ada juga cita cita nak jadi tukang masak tapi tak berjaya sebab tangan kekok je. Setakat makan anak beranak boleh le. Sekarang pm nak tenguk kemampuan anak pm, itupun kot menjadi setelah bertukar tukar kerja. Orang cakap , anak anak tak boleh dipaksa paksa....Tapi kalau tak paksa dia orang lebih suka tidur berlengkar....


Apa apa pun elolah kita berdoa doa semoga semua perjalanan selamat........




Saturday, November 23, 2013

Penantian Kekasih Awal Dan akhir

Salam....

Ada orang kuat dan gagah. kekuatannya melebihi gajah empat ekor tapi musnah kerana seekor nyamuk....Berapa lama kita dapat berdiri tegak.......?

Masih ingat pm tentang seorang kawan yang selalu solat bersama, beliau seorang yang berpenyakit darah tinggi dan bagaikan tidak dapat dikawal lagi. Namun beliau masih tetap senyum dan tenang. Suatu hari jam 10.50 malam kami berjumpa....Pm bertanya " esok kerja bila ?" " Esok kerja petang" katanya. Malam nan dingin itu terus berlalu.Kemudain pada  jam 4 pagi esok pm terima panggilan talipon menyatakan bahawa beliau itu telah meninggal dunia. Mudah....haya berjalan tidak sampai 20 minit dan terus tumbang.....



Seorang abang yang sering bergurau gurau bermain sms dengan pm telah mengakhiri hidupnya dalam gurauan biasa. Bila talipon berdering pm tidak menjawab, kemudian berdering lagi dan kemudian berdering lagi... Akhirnya pm mengangkat talipon.....terdengar suara tangisan...." abah dah meninggal" suara anak perempuannya meninggalkan pm dalam penyesalan....

Sungguhpun mati itu adalah untuk semua manusia merasainya... Sesiapa sahaja, pm  dan juga anda yang tidak ketahuan masanya......Pm terus bertanya kepada orang orang tua... bagaimana ya.  ? Sebenarnya mereka merasa takut dan juga ada yang tidak sabar menantinya dan ada yang tidak tertanggung dengan kesakitan yang ada...Bagaimanakah mahu menghadapi mati itu ?



Ada juga bersolat meminta mudahkan siratulmaut. Ada yang berterusan sakit tidak boleh berdiri, sengal sendi, rabun mata, hilang pendengaran........Entah ada masa untuk belajar, entah ada masa untuk bertaubat.

Dan hari ini kita masih terus berlengah lengah dan lalai...masih menanti nanti, masih bertangguh tangguh sedangkan badan semakin lemah. Sehari demi sehari semakin lelah.........jemputan masihkah jauh ?

Wednesday, November 20, 2013

Mekar Sepenuh Jiwa

Salam,,,,,,,,,

Adakala kita perlu memikirkan hak orang awam walaupun itu bukan kerja kita. Banyak orang mengambil sikap tidak ambil perduli dan terus menyalahkan takdir. " Dia menjadi pelacur kerana takdir tuhan " Biasa sahaja bunyinya. " Apa nak buat, bukan saya minta jadi begini "..............Mungkin dia belajar bab agama lebih tinggi dari ustaz yang ada.... wallahualam...

Hidup di bandar ini menyebabkan pm terselit di celah celah lorong. Semakin sempit lorong itu semakin banyaklah ceritanya....Kali ini cerita orang bengong...



Di hujung lorong tempat kerja pm adalah tempat laluan kereta. Tapi manusia di sini tersangat tinggi sekolahnya. Meraka meletakkan kereta sesuka hati sehingga mengganggu kenderaan lain. Kita boleh panggil pihak berkuasa tetapi mahu berapa kali memanggilnya. Saman dan tunda kenderaan belum lagi dapat mengubah sikap dan akal masyarakat. Mungkin kita perlu menyediakan hadiah..........

Di hujung lorong itu juga terdapat longkang yang tidak bertutup. Pm mengambil langkah menghubungi DBKL yang mana telah mengambil tindakan menutup longkang itu dengan papan. Hari ini pm lihat papan itu sudah mula tercabut meninggalkan paku tercacak menunggu mangsa. 



Begitu jugalah apabila anak anak buah pm meletakkan batu besar di tepi selekoh bagi menghalang kenderaan pakir, batu sebesar itupun diangkat oleh monyet monyet dan dibuang ke dalam longkang. Sakit hati benar mereka melihat batu yang tidak mengusik orang itu.....


Tuesday, November 19, 2013

Panggilan Dari Hutan

Salam,

Sudah lama tidak masuk ke dalam hutan, sebabnya semua hutan dah digondolkan untuk projek perumahan...Budak budak bandarpun tak tahu bezakan mana hutan dan mana padang jarak padang terkukur....Macam sama je.......



Sebenarnya bau hutan sangat sedap sekali tak pernah busuk sepertinya bau tong sampah tepi flat. Tanahnya cantik dan lembut dan gebu macam anak dara. Cium bau pokok sedap, bau daunnya sedap dan bau akar pun sedap walaupun babi hutan sering menyondol. Segala makhluk yang nampak dan tak nampak juga suka berkampung di sana kerana hutan bukan tempat disco atau dandut. Lansung tidak bising walaupun untuk bunyi hilaian langsuir........

Seorang lelaki orang asli yang pm kenal waktu kerja dihutan dulu memberitahu pm bahawa beliau takut berjalan malam kerana takut pada pontianak. Bagaimanakah rupa pontianak itu...wallahualam....tapi beliau percaya bahawa pontianak itu mampu mencederakannya dalam keadaan suasana melompat lompat dari pokok ke pokok. Kita yang tak pernah nampak tidaklah boleh bercerita........

Pak Hassan memperkenalkan kami tentang tangkapannya di hujung sungai. " Apa itu Pak Hasan " kami bertanya. " Ikan bulan " katanya....Heran sungguh rasanya kerana seumur hidup tidak pernah melihat ikan bulan. Sebaik sahaja guni yang dipikulnya dibuka, tahulah kami bahawa ikan bulan yang dimaksudkan adalah seekor labi labi. Cara masak labi labi cukup mudah... Cuma perlu 3 kayu sebagai tungku, nyalakan api dibawahnya dan tak perlu kuali. Ikan bulan akan menggeletek dan mati....Hidangan telah tersedia.  ha ha ha ha ha..



Berjalan di parit parit menyaksikan pak hassan lansung tidak dihinggapi lintah. Kami memang kena gigit lintah dan kalau nasib tidak baik lintah kerbau terjelepuk di tengah belakang kita.....geli .....nya...




Menurut kata pak hassan jika kita berjalan ramai ramai merentasi air pastikan air tak berkocak. Maksudnya kita kena tunggu air tenang barulah berjalan seorang demi seorang kerana lintah mengekori kawasan yang berkocak  Kalau kita terlepas dari lintah pula kita belum tentu terlepas dari pacat.....Dua dua ini kekawan pontianak dan nyamuk iaitu jenis makan darah............

Akhirnya berjalan jalan di tepi lopak lopak juga menghiburkan. Ada bau biskut, nasi lemak dan kueh muih...Tengah hutanpun ada orang masak ya........misti chef terkenal tu.....

Sunday, November 17, 2013

Hati Orang Munafik

Salam......,

Sudah bertahun tahun hidup di dalam bandar Kuala Lumpur ini, berbagai bagai rasa sudah dialami dan banyak perkara yang menyebabkan sakit hati bila mendengarnya.



Seperti yang kita pernah dengar ada setengah setengah company laknatullah menghalang pekerjanya pergi solat. Terutama solat Jumaat dengan tanpa sebab masuk akal. Manakala solat solat biasa juga terhalang kerana soal solat itu sendiri tidak termasuk dalam undang undang pekerjaan walaupun kita di dalam negara islam.



Kita ada waktu pelepasan untuk minum dan makan tetapi tidak pula untuk waktu solat yang tercatit hanyalah kita mengambil faham " bolehlah pergi solat" Kepada mereka yang bertugas di dalam shift pula, mereka terikat dengan jam jam dan waktu bertugas terutama  di dalam tugas operasi. Mereka yang berada di dalam tempat tempat statik pula tidak boleh pergi solat tanpa diganti. Si tukang ganti pula ada yang suka dan banyak pula yang tidak suka.

Banyak orang suka bekerja sama dan saling membantu dalam perkara perkara maksiat tetapi hitam hatinya buta penglihatannya dalam masa untuk membantu orang mengerjakan kebaikan. Jikalau orang orang bukan islam berbuat demikian tentu kita sedia maklum tetapi ianya berlaku di kalangan bangsa kita sendiri yang memegang ic, surat nikah, sijil lahir berstatuskan Islam.



Semua ini berlaku justeru kerana orang orang kita sendiri tidak mahu menjaga kesahihan sumber makan dan minum. Main teguk dan gasak sahaja, asal ada insang dikira ikanlah......Makan minum sumber haram, duit ringgit masuk haram, pakai dipakai sumber haram meyebakan hati menjadi gelap tanpa rahmat dan pertunjuk dari Allah. Maka terjadi perangai jahat tidak berperikemanusiaan, hasad dengki dan khianat, bahkan tidak pernah merasa bersalah dan berdosa.........

Pm pernah bekerja di sebuah syarikat yang diketuai oleh orang melayu. Entah bagaimana di setiap Jumaat pm berkerja waktu pagi. Dengan ini pm hanya ada waktu rehat sahaja tetapi tidak mencukupi waktu untuk bersolat jumaat. Untuk bertukar shift pula tidak ada yang mahu dengan sebab orang melayu ini suka penting diri sendiri....hanya dia seorang sahaja yang mahu masuk syurga. Akhirnya dua tahun kerja disitu, dua tahunlah tak solat jumaat...... Hari ini bos tempat kerja itupun entah di mana, entah hidup entahkan mati dan semuga allah mengampuni dosanya.....



Hari ini pm tulis sesuatu di dalam fb bilamana seseorang telah berkata" solat waktu bekerja adalah haram kerana kita mencuri waktu bekerja. Demikianlah kebusukan hati manusia penuh kedengkian dan marah melihat orang beribadat.........wallahualam....

Thursday, November 14, 2013

Malam Seribu Wajah

Salam.........

Jika pm bercerita yang pelik pelik itu, tak usah percayalah tapi pm bukan juga kelentong besar. Tidak usah percaya bermaksud jangan beriman dengan benda benda karut tu. Karut itu wujud tapi jangan beriman dengannya......



Waktu malam di kampung tidaklah seperti di bandar pada ketika itu. Sungguhpun bekalan letrik telah ada akan tetapi tidaklah semua kawasan jalan raya itu berlampu. Berjalan malam hanyalah berpandukan kepada cahaya bulan atau sekuang kurangnya bawalah lampu suluh. Tapi pm tidak suka bawa lampu suluh, pm suka berjalan mengikut haluan kaki. Nasiblah kalau tersepak batu atau kayu......



Berjalan di dalam gelap memanglah menakutkan. Perasaan takut tetap ada tetapi tidak ketahuan takut kepada apa. Kalaulah orang takut kepada tuhan seperti itu , amanlah dunia ini...Biasanya perasaan dan fikiran yang buat kacau bilau. Pantang ada bunyi dan ada benda bergerak pastilah disangkan hantu....Kalau yang real tu dia mengilai di atas pokok besar atau terbang seperti superman.....Sewaktu itu kencing pun bertabur.........



Pm memang penakut tapi yang buat berani ada hati yang panas. Panas cepat bila diusik usik dan rasa mahu mencincang sahaja. Biasanya kalau berjalan malam pm akan berbekalkan pisau atau setidak tidaknya sepotong kayu kecil. Di zaman ini jangan bawak pisau nanti kena tangkap. Pisau atau kayu itu pm selitkan di belakang di celah tali pinggang. Gunanya hanya nak menguat semangat sahaja. Kalau part jampi dan baca baca korang pergilah menuntut kat sape sape yang pandai...



Kalau terdengar bunyi bergegar kat celah pokok atau ada benda melompat lompat, pm tak pernahpun berlemah lembut bagi salam....Mengikut cakap cakap orang" kita maki ajalah." Maka bergantang gantanglah makian pm dengan  sebutan semua benda tak elok dari luar sampai ke dalam.... he he he he he.... Dengo khabonya  dunia deme tu terbalik. Kalau korang maki tandanya korang pujuk, kalau korang takut tanda korang berani dan begitulah sebaliknya. Tapi kalau korang maki, dia lagi tambah garang.... kira nasib koranglah............

Waktu malam biasanya ada banyak bau bauan. Adakala bau daun pandan, kemungkinan ada orang masak kueh kut.....Ada bau bunga sedap malam, dan kekadang jugak ada bau kapor barus. Kalau bau belacan tu kira ok lah......Kalau korang rasa takut berjalan di kampung waktu malam, eloklah duduk di rumah aja jadi panglima dalam....



Perasaan takut sebenarnya adalah gangguan besar. Adik pm kerjanya menggali kubur. Di kubur itu tentu ceritanya lebih hebat dari cerita tanah kubur didalam tv . Kalau setakat dalam kubur ada air, cerita kubur sempit tu adalah cerita biasa sahaja. Cerita sedihnya pula, anak anak tak hendak kuburkan emak bapak. Anak tak hendak turun ke lubang kubur menyambut jenazah emak bapaknya... Kurang ajar betul....sorry dah masuk bab lain pulak dah......

Sebenarnya pm selalu balik rumah pukul 4.00 pagi. Kesian emak tolong bukakkan pintu.........Akhirnya pm ambil keputusan renggangkan pintu tingkap. Malam itu pm masuk ikut tingkaplah.......Akhirnya buat cara lain tapi tak masuk akal sikit. Cikgu kata, ambik tukul besi dan paku, satu ayat satu kali hentak sehingga ayat ke tiga, dipakukan ke tiang seri rumah melalui bawah rumah. Akhirnya juga berjayalah pm masuk ke rumah apabila salah satu tingkap renggang sendiri....Pandai sungguh orang mengajar itu....... Zaman sekarang kebanyakkan rumah letak diatas tanah....jangan mimpilah nak buka tingkap cara itu.....

gambar arwah emak pm....diabadikan

"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."
 

Tuesday, November 12, 2013

Permainan Batin -2

Salam.

sambungan cerita permainan batin................

Seorang kawan mengajak pm ke Seremban, katanya dia ada kenalan bernama Pak Long di bandar itu. Pm sampai ke tempat itu menaiki bas sahaja pada waktu petang. Pm temui Pak Long yang  dimaksudkan di dalam sebuah bilik kecil di atas bangunan kedai. Dari cakap cakapnya, nampak gaya dia cari makan dengan ilmunya. Maksudnya semua berbayar.


gambar hiasan

Pm tidak menyatakan hasrat pm menemuinya. Pak Long mula bercakap cakap memperkenalkan dirinya. Dia menunjukkan kepada pm gambar anak muridnya yang lengkap memakai pakaian sami siam, tidak kurang juga gambar dewa dewi siam yang ditampalnya di tepi dinding. Pm sendiri kurang faham soal dewa dewi ini. Hanyalah hidung pm tidak selesa dengan bau coloknya. Sementara itu di tepi colok ada terletak sesikat pisang yang masih muda. Mata pm terus memandang kepada pisang itu dengan penuh tanda tanya. Pak Long tiba tiba berkata " jangan kau pandang pisang itu....itu setan "... Pelik juga orang tua itu, kalau setan mengapalah dia simpan di dalam bilik tersebut.



Dia kata dia orang islam, sambil menunjukkan sejadah buruknya. Menurut katanya jika yang datang menemuinya adalah orang bukan islam, dia akan bagi tangkal atau setidak tidaknya minyak pelita sembahyang tok kong. Tapi kalau yang datang itu adalah orang islam dia akan beri tangkal cara islam. Dia kemudiannya menulis serapah jampi melayu diikuti dengan ayat surah yusof. Dia bekalkan kepada pm satu tangkal dengan pesanan kalau tercium bau apa apa di rumah jangan ambil perduli. Akhirnya dia meminta bayaran RM 44/- yang sememangnya sedia ada dalam poket pm. 

gambar hiasan

Pm sampai ke rumah waktu maghrib. Sewaktu di dalam rumah pm ada terdengar pintu rumah diketuk diikuti dengan bau colok. Seperti yang dipesankan, pm tak ambil pusing....

Berhari hari menggunakan tangkal itu sangatlah menarik. Perasaan takut memang tak ada. Orang bawahan dan orang atas mengikut sahaja cakap pm. Kalau berdepan dengan orang besar atau penyangak sekalipun bagai boleh dijentik rasanya. Cuma.........pm mula malas solat....hati sering bergelora.....halal haram sepertinya tak nampak...................Anak dan isteri di dalam rumah seperti cacing kepanasan, resah seperti harimau di dalam kandang........

gambar haisan

Pm merujuk perkara ini kepada guru pm. Dia menyuruh pm mengeluarkan barang tersebut dari dalam rumah dan seterusnya memandikan anak isteri dengan limau.Setelah itu rumah harus dipagar semula. Pm buat semua itu, bukan hanya tangkal siam yang dikeluarkan tapi juga barang barang lain yang pernah pm milik sebelum ini. Barang barang itu pm letakkan di celah pokok kelapa sawit di seberang rumah.

Akhirnya rumah pm terasa aman, manakala pokok kelapa sawit itu terbakar dipanah petir..................


Syukur kepada Allah pm tidak ditembak petir tapi kenyataannya begitulah. Memadailah dua kisah ini tentang betapa butanya manusia mengenali tuhannya sehingga mencari perlindung yang lain selain dari Allah. Namun kalau tidak mencuba pasti kita tidak tahu rasanya, kalau mencuba pastikan anda sanggup menanggung risikonya.

Dalam bab mengenali tuhan bukanlah hanya sekadar cakap cakap dan agak agak. Dalam mencari itu juga banyak kesesatan yang ada. Bukanlah mudah bagi manusia merasai bahawa Allah itu perlindungnya dan kalau ada cumalah kata kata berlandaskan tawakkal. Pm menyeru kepada diri pm dan juga sahabat sahabat diluar sana. Janganlah kedekut mengajar kawan kawan dan anak anak tentang tuhan. Janganlah berfikir hanya anda seorang sahaja yang layak masuk ke syurga. Tapi ajarlah satu persatu yang baik baik... wallahualam.........................

Permainan Batin

Salam,

Bukan pm nak jadi Hang Tuah atau Mohammad Ali tapi di zaman itu semua orang kalau boleh nak jadi Bruce Lee...... dan yang kemudian kemudian itu barulah Jet  Lee

Waktu itu pm kerja ala ala ala ala ala body guard, pakai sut biru dari atas ke bawah. Badan kering aja macam Hang Kebun. Sekali orang lesing memang berkecai tulang rusuk.. Bagaimana ya , nak bagi orang takut dan segan kepada kita ?


Maka disitulah akal mula berfikir yang bukan bukan dan sikap jahiliah itu menyebabkan kita terlencong dari garisan. Ditambahi pula kekurangan ilmu agama serta adanya pengaruh luar hasil dari pergaulan dengan orang ramai.

Dengan tidak payah belajar kungfu, pm telah mengenali seorang lelaki china mualaf ( tidak perlu disebut nama) Arwah itu sewaktu itu tinggal di Bt. 9, Cheras. Berbekalkan kenyakinan pada malam itu pm pergilah ke rumahnya. Pada malam itu beliau telah menyediakan satu kuali panas berisi minyak kelapa. Melihat kepada minyak menggelegak itu, perasaan pm mulah seram sejuk Beliau telah menyapu minyak tersebut kebadan pm dan kemudian menyuruh pm menyeluk tangan ke dalam kuali panas itu. Pm rasa takut dan mula mencuit sedikit demi sedikit dan terasa pijar dijari.....Keraguan pm telah menimbulkan kemarahanya sehingga dia mempersoalkan keyakinan pm tentang agama. Akhir pm patuh memasukkan kedua dua belah tapak tangan di dalam kuali itu. Pelik ....suam pulak rasanya.....Sesi akhir memasukkan ilmu batin melalui belakang seperi dalam filem indonesia tu...... Balik sahaja ke rumah pm dengan selamba menggoreng ikan di dalam kuali......



3 bulan kemudian abang pm telah berjumpa semula guru itu meminta tok guru itu menarik balik ilmunya kerana keadaan pm sudah mula merepek duduk di bawah pokok. Tok guru itu cuma merendam tasbihnya dan menyuruh pm minum airnya. Hasilnya pm rasakan  tangan pm bagaikan terkena kejutan letrik berdenyut denyut untuk beberapa ketika.................................................

Sesudah berkahwin pm pula merujuk masalah tempat kerja pm kepada bapa mertua. Beliau menyarankan pm berjumpa seorang ulama' terkenal di hujung kampung. Berbekalkan sebentuk cincin, ulama tersebut telah berdoa dan menyuruh pm memakainya. Pm rasa biasa sahaja........................................



bersambung....................


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” [QS.al-An'am/6: 116]

Monday, November 11, 2013

Pengawal Keselamatan Tidak Selamat

Salam.......,

Pengawal Keselamatan kini tidak lagi menjamin selamatnya harta benda kita......Dahsyat tu... tapi nak buat macam mana.... kenyataan......kan



Pm tak reti pasal pengawal keselamatan. Bos pm dulu seorang bekas DSP diri Bukit Aman mengajar pm bahawa  kerja kami  adalah " jaga". Jaga dalam erti kata lain adalah kerja orang tak sekolah. Memadai duduk bangun dan tidur dan kalau menulispun main tiru tiru....." saya melaporkan tempat ini baik adanya".....

Kalau nak mengorat anak dara orang janganlah bermimpi. Pasti status jaga ini diragui. Tidak mampu mengeluarkan belanja hantaran lantaran ekonominya sangat meleset. Tinggal di rumah atau asrama yang disediakan, Uniform juga disediakan. Gaji 2 kali sebulan dan setengahnya diberi duit pinjam RM 10/- sehari dimana cukup bulan duit pinjam itu di tolak RM 300/- tidak termasuk tolak duit unifrom buruk tu dan juga asrama. No freee... semua berbayar. Bekerja 12 jam sehari dimana mereka begitu jauh dari masyarakat. Jangan sebut pasal disco, masjid juga......mereka jarang mempunyai masa. Cuma ada masa mengurut dan membelai senapang atau cota.



Bila kerajaan mengingatkan tangga gaji tidak kurang dari RM 900. Gaji jaga juga naik.... Dulu ada gaji dan elaun. Sekarang ada gaji sahaja. Campur tolak kena tipu jugak. Kerja mati matian 12 jam dengan gaji RM 1300 katanya. Selepas 12 jam barulah nak dikira duit over time nya. Kesudahannya tidak balik balik ke rumah, tidur makan di tempat kerja, kepalapun jadi biol dengan sebab nak dapatkan lebih duit over time. Dapat gaji bukanlah boleh enjoy ke mana mana . Bayar hutanglah.......Hari hari tenguk duit hantar ke bank, lama lama hilang akal dan terus merompak bank tu pula. Samalah jika hari hari "jaga" rumah orang kaya, lama lama jadi pencuri di sana. Tidak ada siapa nak pejuang nasib mereka. Hak mereka sebagai rakyat telah dibeli oleh nepal myamar dan bangla. Rata rata syarikat keselamatan lebih suka bangsa asing dengan sebab tak perlu mengadakan cuti tahun dan EPF, tak perlu fikir pasal MC. 



Hari ini "jaga" telah di UP GRADE kan. Mereka telah disebut sebagai polis bantuan. Ada syarikat telah membela mereka dengan gaji yang lumayan. Tapi jaga tetap jaga. Fungsinya tetap sama dan mereka juga bakal jadi perompak atau setidak tidaknya menembak kepalanya sendiri dengan pistol. Dalam sedar tak sedar ada sesuatu yang kurang disana......................................

Jika pemandu teksi diberi kursus kesedaran sebelum mendapat lesen, kenapa tidak kepada "jaga" Kenapa main ambil masuk bekerja sahaja. Kenapa tidak ada kursus "public servis" Kenapa hanya ada kawad dan menembak....Jangan marah kalau kena tembak ya....

Sesuatu yang harus difikirkan......cukup tahun kerajaan dapat bonos, ada kesatuan sekerja yang lantang berjuang. Jaga masih termenung dihujung sana.......memikirkan untuk membuat jenayah kesudahannya....

Sunday, November 10, 2013

Rahsiaku Rahsiamu

Salam,

Bertahun sudah lamanya, sukar sekali mengangati dan bahkan kekadang kadang terasa tidak mampu. Entah kemana hilangnya memori itu....................

Aku teringat lagu itu.........

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau penuh seluruh


Siapalah aku ketika itu, seorang manusia yang tecari cari dan meraba raba ke sana sini. Buta kepada segalanya. Seperti yang pernah disebut bapak " aku berdosa"........

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi


Sebenarnya aku tidak tahu bahawa kesunyian itu adalah penyuluh bagi jalan jalan yang aku cari. Aku duduk termenung sendirian di bawah pokok pokok, merenung arus air sungai yang berlalu. Dimana emak bapak kakak dan abang ? Kenapa mereka semua tiada bersama aku......" Dia gila " itulah yang aku dengar. Padahal yang aku gilakan itulah yang mereka gilakan pada hari ini......



Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling


Benarlah....yang mencari itu kelihatan anih. Kata bapak " kau jangan terlalu asyik" Tapi bagaimana aku dapat menahan rahsia yang datang terbuka. Bagaimana aku dapat menolak takdir. Bagaimanakah jika mereka mereka itu menjadi aku. Adakah mereka akan menyembelih anak anak mereka, adakah meraka akan menikam orang awam di tepi tepi jalan...............

Jangan mencari seperti aku dan cubalah jadi seperti aku adalah kata kata pelik. Zaman terus berubah, manusia menangis di hadapan kaaabah, mengangkat tangan meminta minta. Meraka berdoa menembusi kepelikkan itu kerana di dalam hatinya sudah ada kepercayaan tentang tuhan. Mereka bangun bersolat malam berbicara kepada tuhannya. Mereka sudah menjadi seperti aku yang mencari cari...........

Pada suatu ketika pabila adikku berkata tentang kitab Kasyaful asrar yang masih di pakai di masjid masjid kampung, aku tersenyum........Sebenarnya perjalanan pulang itu masih jauh..........


Mudah mudahan Allah Taala mengampuni dosa dosaku dosa ibubapaku, anak isteriku, abang kakak dan ipar iparku, seluruh kaum keluarga, para para guruku, sahabat sahabat serta muslimin dan muslimat sekelian. Mudah mudahan memberi rahmat dan rezeki yang tidak pernah terlintas oleh mata.

Mudah mudahan tiada lagi hutang piutang walaupun sedikit terdetik di dalam hati. Mudah mudahan terbina kebaikan di tahun baharu hijrah ini...

Wallahualam

Kenduri Kahwin Anak Atok

Salam.......,

Pm ke rumah Atok semalam untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan putera sulungnya. Ketika pm sampai " geng dato" sudahpun pulang dan bersilisih di jalan. Dari MRR 2 itu dengan mudahnya Datok berdesup balik.....

Selepas membuat panggilan talipon di pintu pagar dewan, kelihatan atok dengan baju melayu berwarna kuning melambaikan tangan. Wajah atok di dalam gambar dan wajah sebenar...serupa aja..


Kata atok kawan kawan blogger ada datang....Sesuatu yang menarik sebenarnya bilamana di dalam kenduri kendara ada orang yang lansung kita tak pernah jumpapun dapat kita jemput. Tapi jika semua kawan kawan atok dalam blogger dan fb datang, pastinya atok kena buat bajet besar juga. Apa apapun , syukur, kelihatan atok begitu tenang menyambut tetamu yang datang.




Dari jauh " uncle " melambai tangan kepada pm. Rasanya baru jumpa dua kali tapi kami masih mengingati. Pm juga sangat berharap pakcik lie datang. Kurang pastilah......


Sempat melihat pengantin denga pelaminnnya yang sangat menarik



Terjumpa juga dengan blogger lain yang memang lansung belum mengenali pm. Maklum pm seorang penulis kecil kecilan.....Agak agak suka barulah menulis dengan idea yang suka hati sahaja.


Tenguk wajah mereka rasa macam pernah jumpa sahaja. Dimana ya ? Di pasar keramat, di pasar borong atau di Jom Heboh......Mana mana ajalah.......yang pastinya jangan lupa follow ya...


Ini gambar DJ di dewan kenduri tu


anak dara pm jumpa tapai....

Gambar pelamin yang cantik

Akhir kata selamat pengantin baru..Kepada atok selamat mendapat cucu insyaallah dan sesuailah jadi ATOK..........

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...