Wednesday, November 20, 2013

Mekar Sepenuh Jiwa

Salam,,,,,,,,,

Adakala kita perlu memikirkan hak orang awam walaupun itu bukan kerja kita. Banyak orang mengambil sikap tidak ambil perduli dan terus menyalahkan takdir. " Dia menjadi pelacur kerana takdir tuhan " Biasa sahaja bunyinya. " Apa nak buat, bukan saya minta jadi begini "..............Mungkin dia belajar bab agama lebih tinggi dari ustaz yang ada.... wallahualam...

Hidup di bandar ini menyebabkan pm terselit di celah celah lorong. Semakin sempit lorong itu semakin banyaklah ceritanya....Kali ini cerita orang bengong...



Di hujung lorong tempat kerja pm adalah tempat laluan kereta. Tapi manusia di sini tersangat tinggi sekolahnya. Meraka meletakkan kereta sesuka hati sehingga mengganggu kenderaan lain. Kita boleh panggil pihak berkuasa tetapi mahu berapa kali memanggilnya. Saman dan tunda kenderaan belum lagi dapat mengubah sikap dan akal masyarakat. Mungkin kita perlu menyediakan hadiah..........

Di hujung lorong itu juga terdapat longkang yang tidak bertutup. Pm mengambil langkah menghubungi DBKL yang mana telah mengambil tindakan menutup longkang itu dengan papan. Hari ini pm lihat papan itu sudah mula tercabut meninggalkan paku tercacak menunggu mangsa. 



Begitu jugalah apabila anak anak buah pm meletakkan batu besar di tepi selekoh bagi menghalang kenderaan pakir, batu sebesar itupun diangkat oleh monyet monyet dan dibuang ke dalam longkang. Sakit hati benar mereka melihat batu yang tidak mengusik orang itu.....


4 comments:

lyana zahim said...

jom follow blog sy lak, salam kenalan

Chengmai said...

Banyak kan bersabar setiap yg berlaku ada hikmah di sebalik nya.sifat pemarah itu akan mendatang kan penyakit.Renungkan lah.

Unknown said...

sabar tanpa diikuti dengan tindakan yang sewajarnya untuk membaiki keadaan tidak membawa apa-apa hikmah ... harus diingatkan, salah satu doktorin yang digunakan oleh penjajah barat ke atas negara umat Islam adalah "...sabar adalah separuh dari iman.." dan bersabarlah umat Islam sehingga bukan sahaja terjajahnya negara bahkan terjajah juga akidah mereka ....!!!!

perjalanan pulang said...

dahsyatnya

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...