Wednesday, November 6, 2013

Kosong.... Kosong

Salam,

Semalam pm pergi melawat isteri anak saudara yang masih dalam pantang bersalin. Mereka baharu sahaja pulang dari kampung kerana berubat cara kampung. Doktor GH mengesahkan bahawa isterinya menghadapi masalah urat bersimpul di kepala. Sebelum keluar dari hospital dahulu , bahagian kepalanya sudahpun "ditebuk" dan dengar khabarnya akan dibedah pada 19 oktober ini. 



Pm tidak pasti, tapi kepulangannya kali ini membawa perubahan yang banyak. Dulu tidak boleh banyak bercakap tetapi sekarang sudah nampak sihat. Cuma penyakit muntahnya masih ada walaupun sekali sehari. Masih perlu dibantu untuk bergerak ke bilik air dan persemimbangan badan masih belum pulih. Beliau mampu menyusukan anak dan seperi yang saya katakan tadi dia nampak sihat dan boleh makan dengan baiknya. Di kampung beliau berubat secara batin dengan seorang ustaz dan kemudian berurut sedikit dengan bidan kampung. Dari cakap cakap keluarga mereka, mereka tidak mahu meneruskan pembedahan itu. Pm diam " tidak mahu komen".



Bayinya sihat cuma selepas jam 9.30 malam mula buat perangai. Budak ini tidak mahu tidur malam katanya  dan selalu sahaja berbunyi. Biasalah budak budak lagipun perangan bapanya pun tidak suka tidur malam. Pm banyak berdiam dan hanya suka memandang ...... Tidak ada kata nasihat atau cadang cadangan kerana bimbang kata kata pm tidak membawa erti.

Pm memandang tempat meletakkan bayi dan tempat tidur perempuan itu. Di atasnya ada tergantung ayat Qursi ditulis di atas tembaga. Di sebelah kiri ada surah Qul tergantung di dinding. Pm melihat wanita itu membaca sesuatu sebelum minum air masak. Pm terasa kosong.........sungguh kasihan kerana pm juga tidak berupaya.........



Dalam hati pm rasa untuk berkata sesuatu tetapi terasa kelu................................

Zaman telah jauh berubah, kita tidak boleh tersalah cakap kerana banyak orang lebih pandai dan berpengaruh dari kita. Kita mengambil sifat berdiam diri sehingga ada orang datang bertanya dan orang yang bertanya juga perlu sedar bahawa mereka sebenarnya meminta pendapat orang yang bodoh...

Sepertinya yang pernah pm katakan dahulu bahawa di dalam rumah kita mungkin banyak tergantung ayat ayat suci alquran yang mahal mahal pembuatannya. Ayat itu hanyalah sebagai lambang kita sebagai keluarga islam namun kita tidak melihat kekuatan dan kelebihan ayat itu. Si tukang baca juga tidak terasa "apa" yang mereka baca dan hanyalah sekadar mengikut ikut kata arahan. Tulisan jawi dan quran semakin hilang pembacanya keran arus moden telah mengisi semua itu di dalam bentuk digital. Tidak perlu lagi membaca melainnkan rakaman tersebut akan berbunyi sendiri di corong pembesar. Al Quran yang sebesar itu bakal dibungkus dengan kain emas dan perak dijadikan tangkal bagi orang islam. Al quran diletakkan tinggi tinggi di sebelah imam dalam keadaan terbuka seterusnya menjadi bahan muzium di dalam masjid. 


Pernah seseorang bertanya pm " kenapa saya terasa kosong sewaktu mengerjakan solat" Pm tidak reti nak jawab kerana semua jawapan pm tidak mahu di dengarnya dan tidak diterima oleh akalnya....Apalah daya kita untuk mengisi kekosongan seseorang seumpama orang yang minum air tetapi tidak merasa lazatnya dan makan dengan banyak tetapi tidak terasa kenyangnya

Memadailah pm kata " marilah kita bersolat malam" Mudah mudahan Allah memberi sesuatu kepada kita. 

Akhirnya :
Kita berdiam diri.................buat apa yang boleh.......

2 comments:

JunAina said...

Dari bercakap dan kemudian menyakitkan hati sendiri baiklah diam.

Apapun doa yang terbaik agar dia cepat sembuh. Pertama kali dengar penyakit macam ni.

cheng mai said...

setiap penyakit allah turun kan berserta dengan ubat nya kalau allah izin kan air paip,daun2 kayu pun boleh menjadi ubat.renung2kan lah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...