Showing posts with label isi neraka. Show all posts
Showing posts with label isi neraka. Show all posts

Tuesday, September 25, 2012

Pelacur Mengintai Subuh

Salam..................

Cikgu pm adalah pengalaman yang tidak dapat dipelajari dari buku panduan......namun mengharungi pengalaman itu kekadang kadang bagaikan tangisan yang tanpa hentinya.....................

Rumah kongsi atau rumah tumpangan pm di sebelah Capitol hotel di Bukit Bintang telah lama runtuh. Yang tinggal hanyalah sebuah hotel yang berdiri di sebelah Low Yat Plaza. Di sanalah pm tinggal bersama kawan kawan dengan keadaan tidak menentunya. Semua jenis ada di sana, ada kaki melawa, ada kaki perempuan. ada kaki lawak dan ada kaki botol tetapi tidak ada kaki masjid. Hidup hanya berpandu sedikit hala tujuan iaitu kerja dan tidur manakala selebihnya merayau bergelumang dengan hantu segala hantu................



Masih ingat pm akan seorang kakak pelacur tua, berpakaian rambut ala saloma dan berbaju belahan dada. Dia mengisi kehidupan malam menyusur Jalan Bukit Bintang yang tidak pernah sunyi. " tidak tidur ke kak " pm bertanya. " Tidak , sudah biasa, susah nak tidur malam " jawabnya. Beliau adalah diantara pelacur pelacur veteran ketika itu yang hidup bukan kerana kemiskinan atau kerana tidak ada pendidikan agama. Bahkan beliau juga sanggup duduk berembun malam di bulan puasa, ketikanya umat islam sedang sibuk beribadah malam. Masih terdengar dengar pm lagi bilamana sang pelacur bergaduh sesama sendiri " itu I punya "customer " sambil terajang menerajang sepak menyepak. Bahkan pm pernah dimaki pondan dengan suaranya yang garau semata mata kerana telah menghalangnya masuk ke pintu hotel tempat pm bekerja. Laungannya sungguh kuat menyebabkan kita yang mendengar merasa malu di khalayak ramai.



Namun di sana juga pm temui seorang pelacur berkahwin dengan dengan seorang pekerja kontrak indonesia  dan kemudian  kembali menegakkan solatnya,  bercita cita untuk hidup terus berumah tangga dan memiliki anak.. Begitulah hidup di tirai malam......


Hari ini kegelapan malam masih wujud, drama semalam tetap berulang ulang, hidup pula silih berganti, pelakun saling bertukar dan kita masih disini tertanya tanya " apakah nanti bakal kubawa pulang, apakah nanti akan kuceritakan pada anak anak tentang dunia ini yang penuh fitnah...................................



Sungguh beruntung bagi mereka yang telah mendirikan rumahtangga dan membenanya dengan bahagia, mudah mudahan Allah membuka pintu rahmat seluas luasnya...... 

Thursday, August 9, 2012

Selepas Kahwin Baru

Salam..............

Maka tersebutlah kisah seorang duda yang baru bernikah sebelum Ramadhan .....Alhamdulillah, bukan main seronok kerana mendapat bini baru yang bergetah. Bini lama pula yang masih muda hidup bebas membawa diri. Anak anak pula main letak separuh separuh, separuh di rumah emak sendiri, separuh di rumah emak mertua. Sekarang tidak mampu pulak menyewa rumah untuk duduk bersama bini baru dan mahu balik menyemak di rumah emak sendiri. Senangnya orang sekarang bernikah ya ?

Orang tua tua pernah berkata sebelum berkahwin tuntutlah ilmu kahwin itu dahulu.Pm sendiripun tidaklah mengetahui tempat menuntut ilmu kahwin tu selain dari kursus kahwin. Tapi ostad ostad tidak pula mengajar bagaimana ilmu kahwin yang dimaksudkan.

Setahu pm sesudah berkahwin secara official tu...blahlah kemana mana, lagipun sudah mendapat restu ibubapa tercinta. Belajarlah hidup bersusah payah, orang dulu dulu anak banyak dan binipun banyak juga. Dalam keadaan togel togel dan berseluar pendik, anak anak mereka ada makanan, masih boleh dijaga dengan baik. Orang sekarang seperti kilang ...tahu buat projek besar besaran sahaja......Bahkan kilang lebih baik kerana product pengeluaran elok berbungkus....

gambar hiasan

Duduk dengan emakbapak bukannya tak bagus, nanti akan berlaku selisih faham, nanti emak jadi orang gaji bini. Si emak pula kalau sayangkan anak dan menantu sekalipun janganlah mengambil tugas babu, tukang masak dan cuci spenda menantu.......Kalau mahu membantu anak berpada padalah, lagipun anak awak bukan seorang , ada ramai lagi di luar sana...mengapa pula mahu memikul biawak hidup.....



Wednesday, August 8, 2012

Tangisan Ramadhan

Salam...

Catitan seorang sahabat:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)         

Petang yang muram mengiringi air mata ke bazar ramadhan. Bulan puasa yang penuh berkat menduga kesabaran seorang suami dan dia mempertahankan rumah tangga dengan menghadapi ujian . Rahman menceritakan kisahnya di petang itu.........ketikanya dia sedang memandu menempuh kesesakan jalan raya dan saat berbuka puasa hampir tiba..........

Perbualan hanya bermula dari kisah adik beradik di kedua belah pihak. Sang suami berkata " awak sungguh beruntung kerana tiap tiap tahun dapat balik ke kampung awak, kampung saya cuma sekali sekala je, itu pun kut sekali agaknya". Sang isteri mula naik hantu, lupa diri bahawa dia masih berpuasa lantas meninggikan suaranya....." Saya balik kampung sebab adik beradik saya bagi duit, adik beradik saya selalu belikan baju raya untuk anak anak, adik beradik awak ada bagi tak ? Kereta yang awak bawak inipun atas nama adik saya. Malulah diri awak hidup berhutang dengan bapak awak..............Lagipun balik ke kampung saya itu atas kehendak awak sendiri"

Begitulah manusia dengan sifat takbur. Tidaklah mungkin bertahun tahun hidup bersama, sang suami tidak pernah membeli baju anak anak, tidaklah mungkin sentiasa mendapat duit kebajikan dari adik beradik isteri untuk pulang ke kampung, tidak jugak mungkin adik isteri tolong bayarkan duit kereta tiap tiap bulan dan juga tidak mungkin sang suami tidak berkehendak pulang ke kampungnya sendiri.....

Bahasa yang berdesing itu disambut dengan getaran oleh seluruh  tubuh badan yang berpuasa, bagaikan berbara dan terus bertanya " apa yang kamu pilih di dunia ini" Apa yang kamu lihat tadi adalah nafsu yang menambah dosa serta membatalkan pahala puasa walaupun sang isteri itu sebenar seorang yang taat bersolat, berpuasa. Pilihlah jalan sabar yang diredhai Allah kerana meruntuhkan bangunan lebih mudah dari membenanya.

Apa yang berlaku kepada keluarga Rahman itu terjadi juga kepada keluarga orang lain di saat saat pulang berhari raya. Sang suami selalu beralah, apatah lagi bila si isteri mengatakan bahawa dia tidak serasi dan terasa bagai dipinggirkan oleh keluarga si suami. Sang isteri harus pandai memainkan peranan, celah mencelah di kalangan keluarga suami dan bukannya menolak habis penuh kebencian.

Seperti yang tersebut oleh hadis di atas......berbicaralah baik baik dengan suami dan jangan penuhi isi neraka dengan nafsu dunia.............


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...