Peringkat
peringkat orang
·
Orang
kayangan
Orang yang mempunyai belalai yang panjang,
tangan yang banyak. Adakala seperti kera, hidup tak pernah terasa ada hidung.
Mereka terasa seperti bidadari, alim seperti wali , penuh kesaktian. Hidup tak
rasa susah, boleh buat sesuka hati, banyak benda benda “magic magic”
berlaku seperti duit entah dari mana masuk ke dalam akaun bank. Undang undang
boleh ditukar sesuka hati. Mereka terasa
seperti raja bahkan ada yang sudah sampai ke “level” tohan
·
Orang
pertengahan
Orang yang terasa macam nak duduk di
kayangan, mempunyai hidung yang hampir hampir tinggi kalau didongak dongakkan.
Hidup terasa macam putera puteri , makan pun dah tukar selera dan tak makan
jenis makanan bangsa sendiri. Kenderaan pun dah besar besar dan jika tidak
besar sekalipun kenderaan itu akan diperbesarkan, dihias seperti istana yang
disebelah jamban.
·
Orang
bawahan
Duduk memang bawah bawah. Susah dan
ditindas. Miskin papa kedana semuanya ada. Selalu lemas dalam banjir dan rumah
terbakar. Selalu kena tipu dengan cerita cerita bantuan. Ada yang buang maruah
menjadi penjilat, pembodek, tukang anggok. Ada juga jadi baik , jadi alim mengejut.
Jadi anak soleh, jadi mat saleh
·
Orang
Orang
Dulu dia duduk tengah sawah, tukang halau
burung sekarang dah duduk di depan rumah orang kayangan, depan rumah orang
pertengahan, depan rumah bawahan. Jadi tukang salak. Makan minum adakala
sendiri sendiri, adakala orang bagi. Susah nak jadi alim kerana hidupnya kena
jual dan kena beli.
No comments:
Post a Comment