Thursday, January 27, 2022

LELAKI YANG PATUT DITERAJANG

 Salam, 

Petang ini kita kembali ke laman ini, setelahnya aku menghabiskan masa setengah jam berada di kedai mamak belakang rumah. Lama sudah tidak makan kuey tiaw, pekena teh panas yang nipis..............Nikmatnya allah yang tau.......

Teringat kembali kenangan dua tahun yang lalu sewaktu hari pengkembumian kematian supupu aku di Ampang Kuala Lumpur. Pagi itu adik aku menumpang aku ke sana kerana dia malas hendak memandu kereta. Kami sampai di Masjid Ampang kira kira jam 10.00 pagi dan pada waktu itu kelihatan ramai orang walaupun musim covid. Arwahyarham ini kerjanya sebagai guru, jadi ramailah murid murid dan ahli keluarga datang menziarah. Oleh kerana kami tidak tahu hendak buat apa apa, kami pun beralih ke kedai mamak di tepi jalan bagi memenuhkan masa sementara menunggu waktu solat jenazah.

Sedang kami memesan makanan tiba tiba datang seorang perempaun bertudung, memakai mask dan bertanya pada aku " kenal tak akak ni?". Dalam keadaan wajah bertutup itu aku memang mengenali dia kerana dia adalah isteri arwah guru aku. Perbualan kami tidak panjang kerana aku hendak makan dan aku juga tidak mahu ambik tahu banyak perkara. Almaklumlah sejak arwah guru aku meninggal, isterinya telah berkahwin lain. Khabar angin menyatakan dia mendapat tentangan dari anak anaknya ...wallahualam.

Setelah kakak itu berlalu, datang pula seorang lelaki muda yang aku kira ada "penyakit doktor" Dia bertanya boleh ke belanja dia makan. Adik aku kata ok, minta sahaja apa sahaja hendak. Sebetulnya dimana mana kedai makan memang banyak jenis makhluk macam ini, kekadang datang pemintak sedekah , orang buta dan sebagainya.

Setelah memesan makanan, mamak tersebut kelihatan ragu ragu mungkin kerana lelaki ini dah biasa buat perangai di situ. Adik aku kata ok saja.....kemudian dia  bertanya lagi  kepada lelaki itu " kau nak rokok  ?". Lelaki itu kata " hendak" dan dia terus memesan sekotak rokok dunhill.  Oeh kerana mamak lambat menghantar rokok itu, dia kelihatan marah marah. Rokok dunhill sekotak mahal oiii.

Aku jadi tersenyum dan nak tergelak pun ada. Inilah manusia, kita belanja dia makan, kita belanja dia rokok, kali ini berlagak pula dia....................Aku fikir sampai bila pun perkara ini tak kan berubah......makan free dan sikap sombong.....

Nasib baiklah dia mintak pada orang yang ada duit, kalau jenis tak ada duit bagaimana agaknya

Dulu dulu aku prnah juga jumpa jenis ini pada ketika sedang beratur membeli nasi lemak. Tiba tiba muncul seorang lelaki dari belakang. " Bang saya makan tolong bayar" katanya. Mudah sangat hidupnya dan pada masa itu kita kena memilih jalan yang selamat. Bayar atau ada sesuatu merodok kita dari belakang.

Sebagai manusia kita boleh sahaja bertindak keras kepala tidak melayan. Kita pun boleh tunjukkan kita ni pendikar mustar tetapi nak buat apa semua itu. Bayar sahajalah makanan yang tak seberapa tapi kalau mintak lebih lebih memanglah nak kena penerajang.

No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...