Friday, August 30, 2019

Pagi Cerita Ini

Salam Jumaat,

Ramai diantara sahabat dan saudara mara kita sudahpun pulang dari menunaikan fardu haji. Alhamdulillah...balik dengan sihat dan ada juga yang batuk batuk demam...almaklum badan kita orang Malaysia, berhadapan dengan suhu negara orang, ditambahi pula bercampur baur dengan berbagai bangsa dari seluruh negara di dunia ini.

Bercerita bersangkutan mekah dan Madinah, terasa rindu pulak di hati dan memang adanya hajat hendak pergi lagi.....tapi entah bila tidaklah diketahui. Mula mula kena ada hati, kedua kena ada duit, ketiga kena ada semangat nak pergi. Yang paling besar adalah ketentuan takdir Allah.



Apa pulak kata orang kalau kita selalu dapat pergi ?. Menjawab soalan itu secara akalnya jawablah, Allah dah panggil. Tapi yang meletakkan komen dan dan hukum adalah mulut orang yang termasuk jenis tak sayang mulut. Ada orang kata, kalau selalu pergi kita akan jadi riak, eloklah bagi peluang dan taja orang lain pergi. Ada orang kata, tanda tanda nak kiamat....orang pergi ke Mekah tu.. makan angin sahaja, maksudnya jalan jalanlah.....

Ada seorang makcik tua, aku jumpa di Mekah tahun 2014...dia kata.." makcik pergi mekah tiap tiap tahun"....Gelang emasnya aku lihat banyak di lengan. Tak kisahlah dia nak pakai emas banyak mana sebab emas adalah menunjukkan kemampuan seseorang. Ya lah..dia ada banyak rumah sewa...maksudnya duit tak habis makan. Lalu laki bini pergilah ke Mekah, lagi pun orang melayu zaman tu...tak kan nak pergi ke Jepun, Korea buat umrah........

Balik balik cerita asal kita tadi, kekawan kita yang ada liat pulak nak pergi Mekah ni. Dia orang kata belum bersedia. Ada yang kata sembahyang dia orang tak cukup selalu, ada yang kata kalau perangai tak berubah buat apa nak pergi mekah, elok duduk di malaysia sahaja. Jadi dengan alasan itu..kita jalan jalan ke Korea ke Amerika sahajalah.....Nanti dah tua, dah ada rasa nak taubat barulah kita pergi. Ada yang kata nanti kita pergi, kita cuci habislah dan lepas tu tak hendak buat dosa lagi...........

Apa sahaja pendapat korang terpulanglah. Sebab korang semua pandai pandai dan mengaji tinggi. Maka kami yang tak cerdik ni carilah duit dekat dekat 5 ribu ke, lebih sikit ke, carilah travel agent yang murah murah untuk kami pergi umrah. Untuk pergi haji tentu lambat lagi. Q pun panjang dan entah tahun bila dan entah ada lagi atau tidak.............

Kepada yang suka jalan jalan, bercuti sana sini, dalam setahun melebihi Rm 5.000.00...ingat ingatlah sikit....hidup ni sebenarnya tak pernah ada rasa cukup. Ada sahaja yang kita hendak dan ada sahaja jalan kita nak habiskan duit. Dalam erti kata lain sebenarnya kita ni mampulah nak ke Mekah setahun sekali.... Mana yang kekurangan duit dengan sebab hal keluarga, pendapatan kecik tu...kita dah maklumlah.....

Tapi jika balik dari mekah, perangai buruk tak berubah tu...biasalah...setitik air tak kan boleh padam sekawah api.......Ingatlah...mintak ampun tu mintak ampun jugak, hutang kereta, hutang bank, hutang rumah tetap kena bayar......puasa tinggal tetap kena ganti....solat tertinggal tetap kena Qada....

Maaf ya kut aku salah cakap....



Thursday, August 29, 2019

Tarian Pen Buruk

Salam, masa tidak mencukupi untuk membuat catatan ini. Ada banyak cerita yang akan kutuliskan. Kau tunggulah ya...kerana di hujung usia ini pen buruk masih bertenaga


Masih kuingat orang tua ini....yang tidak memperdulikan masyarakat sekelilingnya. Dia buat apa yang dia suka, menari nari di hujung sana. Dia tidak salah tetapi masyarakat yang salah. Masyarakat cuba menghukumnya dengan lidah yang tidak bertulang. Masyarakat yang punya hak suara menghentam sana sini, melaga lagakan manusia dan cuba menonjolkan kebaikan diri di atas kelemahan orang lain. Cubalah jadi manusia yang berbuat dan memikirkan kebaikan daripada jadi bangsat memakan darah sesama manusia

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...