Showing posts with label Alkisah. Show all posts
Showing posts with label Alkisah. Show all posts

Friday, September 13, 2019

Bunian Kampung Pisang

Salam,

Pembohongan itu sangatlah mudah dan ramai akan percaya. Adakalanya perlunya pembohongan untuk menutup keaiban seseorang.......mungkin keterlalaluan tapi perlu.......



Seorang gadis manis putih melepak selalu dicuri pandang oleh ramai pemuda. Sekali pandang mungkin menimbulkan   seribu bayangangan. Gadis itulahlah yang sering menyediakan aku nescafe tarik di warung pisang itu. Sudah lama aku tidak ke sana. Ku dengar gadis itu telah tiada, dia berhenti kerja pulang ke kampungnya. Dia terkena fitnah......

Sahabat sahabat yang sering ke warung itu ada menceritakan bahawa gadis ini telah dihamili oleh orang bunian. Kandungan itu semakin hari semakin membesar.  Menurut kata sahabat, setiap kali azan berbunyi, perutnya akan mengembang dan kemudian mengecil semula apa bila azan berhenti. Berpandu kepada kisah tu.........kita percaya sememangnya gadis ini telah diiniaya.................jahat betul bunian ni. Menurut kata lagenda orang tua tua, kes hamil begini pernah terjadi. Perut akan kempis di hari kelahiran tanpa rasa sakit..........Sahabat sahabat yang menghubungi keluarga gadis ini mendapat jawapan bahawa perkara seperti ini adalah biasa dan pernah terjadi kepada keturunan mereka........Sahlah keturunan gadis ini memang hebat hebat dan mendapat tempat di hati bunian. Tentulah bapak bunian itu hensem segak, pandai memilih wanita cantik di kalangan manusia walaupun cuma bekerja di warung pisang.

Setelah berhari hari gadis itu menghilang diri, khabarnya pulang ke kampung halamannya. Takdir Allah yang maha kaya, terjadi kesakitan bersalin semasa  dalam perjalanan itu. Para para penumpang bas yang sama menjadi kelam kabut di waktu itu. Nasib baiklah ada seorang makcik berbaju merah menawarkan diri untuk menolong dan menghantarkanya ke hospital. Dia bersalin normal, bayi lelaki.....perutnya pun kempis seperti kisah lagenda dahulu....Rupanya kes ini terjadi kerana dia tersilap makan pisang di warung itu . 

Berpandu kepada kisah ini, aku ingin berpesan kepada sekelian anak gadis, janganlah cuba makan pisang terutama di musim  hujan.....bahaya,  kerana pisang ini kesukaan bunian jantan..............

Friday, April 19, 2019

TAKHTA YANG RUNTUH

Salam,

Dulu kita semua bersama, semeja bersama duduk. Hidup dalam gelak ketawa, sekejap muram, sekejap baran,sekejap berkumpul semula seolah olah tidak pernah apa yang terjadi sebelum ini.

Hari ini banyak orang sudah tiada. Ada yang sakit, ada yang sihat , ada yang merantau di tempat lain justeru kerana mendapat rezeki baru, ada yang masih terapung...terlentang salah dan duduk pun salah. Tinggallah gambar sebagai kenangan untuk dipangkah seperti cerita 6 jahanam. Satu satu gambar dipangkah dan satu satu juga tumbang. Esok entah siapa, mungkin engkau mungkin aku. Kata orang jatuh dan bangun itu lumrah, kaki bodek mengampu juga lumrah. Setiap dosa itu akan terbalas juga, kalau tidak di dunia mungkin juga di akhirat.


Dalam gelombang ini, kehidupan tetap diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, eloklah sahaja berusaha mencari yang terbaik, walaupun mungkin hasil yang kita dapat dahulu melebihi dari yang kita dapat hari ini. Hari ini kita mungkin terpaksa berkayuh lebih banyak untuk hidup dan tidak semewah dahulu.

Pada yang telah berlalu, lupakanlah dendam kesumat, lupakanlah rasa singgung menyinggung kerana kita semua adalah bersaudara. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Abadikan gambar kenangan, simpan dalam album banyak banyak untuk diceritakan kepada anak cucu. Jangan menyesal, jangan marah kepada takdir. Ingatlah bahawa kalau jahat akan dibalas jahat dan kalau baik akan dibalas dengan baik juga. Wallahualam...

Thursday, April 18, 2019

HUTANG MEMBEBAN

Salam sejahtera,

Hutang....siapa yang tidak pernah berhutang ? Boleh ke kita hidup tanpa hutang ? Zaman dulu dulu bahkan juga sekarang, cerita hutang ni tidakkan habis.

Orang yang baru mendirikan rumah tangga seketika dulu berhutang untuk membeli barang barang yang tidak pernah wujud di rumah. Ambil 5 barang sekali dan bayar di setiap bulan,........ seronok tenguk lori datang hantar TV, home teater, dapur letrik, mesin basuh , almari dan katil tempat tidur. Bermula dari sana pula, pergi ke kedai kedai runcit berdekatan rumah, buat pula hutang membeli barangan dapur dari beras sampai ke sabun segala sabun......................................

Untuk hidup kena berhutanglah. Orang zaman ini susah pula nak kahwin, apa lagi hutang ke bank pulak. Ya lah nak buat kenduri kendara, duit hantaran tidak boleh dengan  air liur sahaja. Cita cita yang baik tidak bermakna tanpa wang sebagai penjamin kehidupan. 

Selepas berhutang, paling leceh nak bayar hutang...........Bagaimana kita hendak membayar hutang dalam suasana ekonomi ekoo no money...? Susah memang susah.Ini adalah zaman orang berhutang menentukan berapa jumlah wang yang  dia boleh bayar. Syarikat tempat dia berhutang kena bersabar bila si pemiutang boleh membayar hutang.

Syarikat syarikat besar lagi kuat berhutang. Cakap pum pang pum pang sampai kederangan disebelah milik mesyuarat tapi habuk pun tak ada. Mereka hanya ada cakap tapi tak serupa bikin. Mereka berpakaian cantik, masuk bilik mesyuarat berserta fail fail besar, tapi tak ada kuasa, tak ada duit untuk menjelaskan hutang. Akhirnya hutang semakin bertimbun. Syarikat pembekal menitis air mata menuntut pembayaran 6 tahun sudah, 3 tahun sudah dan mungkin 3 bulan sudah. Kesudahannya talipon dibiar berdering tanpa diangkat, semua pakat lari bersembunyi di bawah meja.


Wednesday, April 17, 2019

SOMBONG ORANG CERDIK

Salam sejahtera,

Pm kini berada disekelilingi cendakiwan yang 100 peratus menggunakan akal yang dikatakan bijaksana. Bijak tidak boleh ditegur, bodoh tidak boleh diajar. Pendek kata kita tidak boleh berkata apa apa kerana kita ini adalah dari golongan kasta yang rendah......................... Pendek kata, yang dibumi tetap rumput dan yang langit itu tetap di langit walaupun ketika membuang najis, najisnya tetap jatuh ke bumi.

Golongan yang merasa diri mereka itu terlalu bijak selalu tidak memperdulikan pendapat orang bawah. Duduk di atas setaraf dewa menyebabkan mereka hanya boleh berbicara di kalangan dewa sahaja. Mereka boleh menjadi dewa hujan dewa matahari, dewa awan dan juga dewa katak yang mana bual bicaranya begitu kretif bernas, yang hanya difahami di kalangan mereka dan bukan untuk kita. Untuk kita hanyalah hamba pencacai yang hanya layak menerima cacian maki hamun sebagai hidangan bila bersua muka.

Mereka lupa bahawa sebelumnya ada kicap perlunya ada kacang soya, sebelum ada ayam , perlunya ada telor. Manakala telor itu tidak jadi dengan sendirinya. Sebelum mereka duduk di puncak atas, mereka bersama kita, makan minum bersama kita. Tiadalah bezanya nasi yang dimakan oleh orang bodoh dan orang cerdik, tiada juga beza nasi yang dimakan oleh raja dan rakyat biasa. Nasi tetap nasi, beras tetap beras yang berasal bernama padi tumbuh diatas tanah dan bukannya di langit bagi makanan para dewa.

Sebelum anda berada anda berasa tersangat besar dan tersangat cerdik, berhati hatilah berkata kata, berhati hatilah bila berhadapan sesama manusia. Ingatlah, kubur kita berada dimana mana yang bukan kita tentukan. Kubur kita ditentukan oleh manusia lain, yang berfikir fikir dimana akan dihumbankan mayat kita setelah kita mati. Adakah mayat kita akan dihormati disanjung atau dipuja....itu bukan urusan kita lagi, kerana pada waktu itu kita telahpun mati menjadi bangkai........

Di saat itulah, anda bukan dewa lagi....tapi pergi meninggalkan jasad untuk hidangan ulat ulat dibumi.


Sunday, January 24, 2016

Jangan Bukan bukan

Salam,

Sekali sekali pm memandang fb pm yang dingin itu....mula mula memang rancak memenuhi gambar sendiri dan selepas itu menjadi menyampah pula. Kekadang nak copy paste benda benda bentuk agama terasa macam menunjuk pulak...Riak pula jadinya......



Setelah fb pertama kena hack, pm tak aktif lagi, tulis blog juga kurang. Mana mana kawan kawan lama cuba juga dihubungi tetapi tidaklah semeriah dulu. Mungkin banyak yang dah tua agaknya. Ada sorang dua member jenis makcik makcik hajjah timbul tapi buat sehari dua je. Salahnya pm asyik sebut cerita misteri dan tidak pula seimbang menceritakan benda benda yang orang suka. Ya lah jadi penulis kita kena ada aura yang orang suka, kalau tidak semuanya jadi tulis sendiri dan baca sendiri.



Ada kawan lama jumpa di depan hotel semalam, dia tanya pm " dah lama tak bercerita "...Betullah tu..sejak zaman mula berubah, hati orang tua dan tak sama dengan hati orang muda....Lagipun masa ni kisah politik yang hebat...macam kisah MB kedah tu.......

Buat masa ini ambiklah apa apa gambar dan tulis sajak, itupun macam tak sedap juga...Kamera pm pulak dah lama tersimpan di dalam rumah, tak pakai pun, lagipun buat masa ini tidaklah kemana kemana berjalan


Isu terbaru pm cuma dapat cucu bulan 12 dulu, dah tua dah....lepas ni tak tahulah apa nak jadi.....Duduk rumah saja ke, atau merayau lagi makan angin...


Selepas ini hendak ke arah tajuk mana ya...nantilah fikir fikirkan.... Nak cerita pasal haji pasal umrah...Cerita tu dah banyak orang tulis. Ada yang memuji dan ada yang mengata......

Semalam pm ambik kesempatan cuba tanya tanya orang yang kita kenal....Soalannya " apakah yang pertama tama perlu tahu dalam agama ? Dia orang jawab sembahyang .......Ya lah, masuk je islam terus sembahyang, pergi kursus nikah kena tahu sembahyang, masak budak budak ikut emak bapak pergi surau atau masjid pergi sembahyang......Betullah agaknya......mungkin Rawi sahabat baru dalam fb pm boleh tolong terjemah...

Mungkin kita tidak perlu fikir pasal soalan tu....kita sembahyang je lah, kita puasa je lah, pergi haji je lah....tapi tak kan nak duduk takuk tu je.......Teringat pm tentang arwah emak saudara pm  yang kekerapannya ke Mekah. Malang sekali tak sempat tanya kenapa ?.....Mungkin dia duit banyak agaknya, atau mungkin juga dia benar benar ingin mensucikan diri........ Allah juga tahu.....Kalau ikut cakap cikgu cikgu pm lagi haru.....tapi sebab dia cikgu..... kan....suka hatilah dia nak cakap apa ...

Apa apa pun disini bukan tempat tunjuk pandai....semua pendapat itu betul, semua cerita mereka benar....Cuma janganlah terpedaya dengan kata bahwa agama ini untuk syok syok, untuk feeling feeling, untuk sedih sayu pilu.untuk memori kenangan lalu.....bukan untuk memilih milih darjat, bukan untuk jawatan atau pangkat....bukan bukan bukan dan bukan...........

Semoga dipermudahkan di dalam urusan tuan tuan dan puan puan, semoga sampai ke tempat yang dituju, semuga mendapat umrah dan haji yang mabrur.....Orang islam akan saling berdoa kebaikan diantara satu sama lain dan bukan bermusuhan. Amin.....

Wednesday, November 18, 2015

BILA JIRAN MENGATA

Salam,

Dah lama pm tidak buat kenduri.............paling paling tidaknya majlis hari jadi. Kalau buat kenduri kita akan jemput jiran tetangga, orang orang yang dekat dengan tangga kita, kekadang jika besar sedikit kita akan panggil orang surau........



Tapi sekarang ini dah sunyi balik. Semak beberapa bulan dahulu masih belum dapat dikemaskan sepenuhnya. Maklumlah rumah di taman ini agak kecil, lagi pun hanya itu yang termampu. Asalkan dapat duduk rumah bawah, berdekatan simpang empat. Jadi kita menafaatkanlah simpang 4 itu sebagai tempat mendirikan khemah.

Situasi kerja yang tidak menentu menyebabkan pm jarang berada di rumah. Dulu ramai di dalam rumah tetapi sekarang sudah tinggal bertiga sahaja. Yang lain lain hanya ada kucing menjadi penunggu depan pintu siang dan malam.

Dalam desas desus terdengar jugalah orang mengata bahawa rumah pm tu semak samun dan kotor. Ada yang kata sampai tak larat makan di rumah pm ni. Mulut orang manalah kita boleh control....betul kut katanya atau mungkin saja nak ambik pengaruh jiran tetangga. Maklumlah, pm jarang ada di rumah. Jadi aktiviti menyampaikan berita sohih dan tak sohih ni tidaklah dapat dihadiri sepenuhnya.



Apapun pm cuma dengar sahajalah, lagipun sekitar taman ni banyak orang yang baru nak hidup dan baru nak kaya. Tentu belum cukup pengalaman untuk menilai benda benda kecik...Tapi mereka itu masih tetap diperlukan kerana mereka adalah saudara yang terdekat.....Insyaallah pm akan jemput lagi semuanya....

Monday, September 21, 2015

Salam Perkenalan

Salam,

Dah lama tidak menulis. agak sibuk dengan cerita politik merah kuning sepertinya bendera negeri pm Selangor. Kini pm tak jadi panglima lagi hanya tinggal pelempang yang lima. Lebih baik duduk diam diam sebab dah tua dah.



Pm bukan jual kain ya...tapi samping cam ni dulu pm suka pakai time raya, paling tidak masa budak budak sekolah dulu masuk pertandingan membaca Quran...Emak pm orang bugis....kain bugis memang adalah dalam simpanan dia. Kata adik ada orang silat  "Cemera Bugis" datang jumpa emak masa arwah masih hidup lagi , hanyalah minta tolong potongkan limau. entah apa fahamnya tidaklah pm tahu. 

Hanyalah pm tahu sebelum arwah pakngah pm meninggal, masa tu pm sedang sakit teruk, barulah dia bukak mulut pasal keturunan  menyatakan pm ni dari keturunan panglima muda iaitu panglima Bugis Selangor. Namun tidak ada apa pun ditinggalkan pada pm walaupun sepucuk pistol.....ilmu pun tak da melainkan meraban sana sini mencari........nasiblah kalau jumpa......Hanyalah pesan atuk angkat pm yang pm ingat " kalau kau buat baik, banyaklah orang kasih"........tu je ilmu pengasih dia... Sampai hari ni belumlah tamat belajar lagi....tu lah kalau ada guru guru muda nak bagi tunjuk dipersilakanlah.

Pm ni kekadang marah dengan diri pm sebab adalah perangai pm ni sombong dan panas baran. Entah turun hantu dari mana. Tu lah kekadang pm ajak diri bersabooo. Semakin tua ni semakin banyak pm nampak perangai pm dulu dulu memang tak bagus. Oleh itu pm nak minta maaf banyak banyak kalaulah ada terkasar bahasa, terutama kepada mereka yang tinggi tinggi pengajiannya, kepada mereka yang bertitle " ayahanda" sampailah cucunda....Kekadang kita terlalu nampak diri kita...Hanya orang yang tak tahu diri sahaja yang nampak dirinya. Mudah mudahan kita semua mendapat keampunan dari Allah....... 


Saturday, August 22, 2015

Tetamu Dari Malaysia

Salam,

Bila lagi kita akan menjejakkan kaki di bumi Madinah ? Yang bernasib baik, yang ada duit dan yang telah terpanggil tentunya tidak sabar sabar untuk kesana. Apa yang kita cari di sana ? Sejarahnyakah, keseronokkannyakah atau sebenarnya kita berasa tenang di Masjid Nabawi....


Teringat saya kata kata lelaki arab di pagi itu " Malaysia Bagus" .....Dia mengenali jemaah Malaysia sebagai tetamu yang terbaik. Kita berjalan beramai ramai, beramah mesra, tidak bertengkar, berpakaian sopan. Tidak berkira sangat dalam soal pembayaran, rengan tangan bersedekah. Itulah jemaah Malaysia...Kalau tertipu juga masih juga "cool".

Tiba tiba bahu saya ditepuk oleh seorang pemuda. Dia berbahasa arab menegur saya. Saya tidak pandai berbahasa arab hanyalah mampu tersenyum. Dari gayanya dia bertanya kepada saya bahawa saya dari mana. Saya kata " malayzia"... Agak kekok bunyinya. Dia bersama sama kawan kawannya mengilingi saya. Mungkin ada yang sangka saya dari india kerana paras rupa saya.

Setiap hari yang jalan yang saya lalui adalah jalan pasar berdekatan pintu 26. Di sanalah orang orang kita membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Ada yang sibuk membeli tasbih, jubah, cincin, kopiah, minyak wangi namun kena pilihlah..... Kalau masuk ke dalam kedai tentu banyak yang mahal. Saya sendiri suka sangat dengan tasbih koka dan cincin yang berkilat....Harganya 70 riyal ke atas.......kalau sampai 200 riyal saya berhentilah.....dan masih boleh tawar menawar dengan berbahasa melayu...Cuma bila beli banyak banyak  macam mana nak bawa balik. Orang kita akan beli banyak banyak buah tangan untuk ahli keluarga dan sahabat handai dimana kalau terpaksa pikul ,kita pikullah....Si suami kenalah sabar dengan perangai isteri... ha ha ha..kalau boleh tambahlah beg lagi......Lagipun bukan mudah nak sampai ke sana....dalam hidup mungkin sekali..


Bila kembali ke tanah air, yang saya adalah hati saya yang masih tertinggal di sana. Saya teringatkan maqam rasul dan azan masjid nabawi. Seolah olah saya sudah terikat. Tidak hairanlah kenapa ada orang yang pergi dan tidak mahu pulang. Di sana mereka merasa tenang dari suasana kelam kabut dunia mereka. Alangkah baiknya jika kita mampu membawa keseluruhan ahli keluarga kita ke sana. 

Kepada yang kini berada di sana, doakan kami disini semuanya agar boleh ke sana lagi.....Kita ke sana mencari diri kita yang hilang di tengah kerakusan dunia. Kita ke sana bertemu rasullulah penghulu kita

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda, “Berbahagialah orang yang pernah melihatku dan beriman kepadaku” Nabi Shallallahu alaihi wasallam mengucapkan itu satu kali. “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku.”

Thursday, August 20, 2015

Sampah Yang Terbuang


Salam, di celah celah timbunan sampah itu, seorang lelaki mengutip buah buah rambutan yang dibuang dari penjaja pasar malam. Agaknya dia masih menjumpai yang elok dan masih boleh dimakan untuk mengisi perut. Melihat kepada timbunan sampah itu, menggambarkan betapa kotornya dan tidakberdsiplinya para penjaja, namun jika difikirkan jika hanya sekadar dua tong kecil, manakan cukup untuk mengisi semuanya.

Marilah kita sama sama melihat dengan mata hati, melihat mana yang tidak ada kepuasan kepada diri kita. Kita sebenarnya tidak dapat melihat keindahan sampah sampah itu justeru kerana hati kita telah dipengaruhi oleh cerita cerita yang bersih. Kita kemudiannya menilaikan sampah itu sebagai tempat kotor dan busuk.

Tentunya tidak ada sesiapa yang ingin dan sudi menerima kebusukan, bahkan kita mahukan kehidupan kita  setiap hari bahagia. Namun apa yang kita lihat dengan mata kita dan apa yang kita rasakan tidak pernah menjanjikan keindahan. Kitalah orang yang selalu lupa bahawa buruk dan baik itu datangnya dari tempat yang sama.......

Untuk lebih mengenali diri kita marilah kita menyiasat solat kita yang kita tegakkan setiap hari, yang kononnya mengikut waktu yang ditetapkan. Asal dengar sahaja azan, kitapun berkejar mengerja solat. Bahkan dalam berkejar mengerjakan solat itu kita sendiri kadang kadang hilang pertimbangan dan hilang sifat kemanusiaan. Yang kita tahu hanyalah diri kita dan berdepan dengan tuhan kita sahaja. Orang lain biar mati, biarlah tertinggal, biarlah luput waktu, biar tiada masa untuk berdoa kepada tuhan tuhan mereka.

Ramai mengatakan bahawa solat itu dapat mencegah perbuatan mungkar tapi ternyata habis sahaja solat, mulut kita mula membebel, rasa tidak puas hati mula menjalar, bahkan ada yang mencuri selipar dan beg tangan di kawasan masjid. Solat 3-4 minit itu kemudiannnya menjadi had kepada ibadah kehidupan kita yang mana selepas daripada itu kita kita tidak beribadah lagi....

Kembalilah melihat kepada peraturan dan ketetapan dalam solat itu, jangan jadikan ia sebagai sampah selepas waktu bersolat. Bahawasanya orang bersolat itu memuji Allah di dalam solat dan di luar waktunya. Orang yang bersolat itu tidak mengumpat dalam dalam solatnya, tidak banyak bergerak dalam solatnya, tidak makan dan minum dalam dalam solatnya, tidak berteriak memaki hamun dalam solatnya, tunduk bangun dalam solatnya dengan tertib, bahkan hatinya tunduk terus dijaga.......Yang demikian itu bawalah perbuatan  baik solat itu sehingga diluar waktu solat kecuali tidak makan dan minum akan tetapi puasa yang terlebih baik. Perbuatan baik solat jika dilakukan diluar waktu solat ianya akan mendisiplan diri dari satu solat ke satu solat dimana ianya berlansung selama 24 jam..........

Berjaga jagalah....jagalah diri dan jagalah hati anda seperti lori lori sampah yang mengangkut sampah mengikut aturan waktunya. Biarpun yang dibuangnya yang diaturnya adalah sampah tetapi pekerjaaan itu  masih mulia. Jagalah hati anda....tempat perkumpulan semua sampah yang kita adakan sendiri...

Tuesday, July 7, 2015

Rindu Raya Bersama

Salam.......

Dah membeli belah untuk berhari raya ? Tentu banyak barang barang yang telah tuan tuan dan puan puan beli. Maklumlah hari raya aidilfitri cuma setahun sekali. Yang raya lain tu memang ada tiap tiap bulan. Hari Raya bermakna kita akan berkumpul ramai ramai dengan adik beradik dan sanak saudara. Bila agaknya keadaan itu akan berulang lagi ?

Sudah kebiasaannya pada hari raya pm berada jauh di utara tanah air. Raya di KL tentu rasa agak berlainan kecuali jika kaum keluarga ada program makan bersama seperti masa masa yang telah lalu




Kalau tidak, semua berjalan jauh meninggalkan rumah usang tanpa penghuni selama satu minggu. Paling paling tidak pun hanya berada di tempat sendiri pada hari raya yang pertama.....Tapi.... kalau makan sebegini untuk satu keluarga kena siapkan beratus ratus ringgit.......

Berhari raya di utara bagi pm, seronoknya hanya kerana tenguk tenguk jalan. Rindu pada keadaan suasana kampung yang sebenar menyebabkan kita tak tidur sepanjang jalan. Waktu malam nampak pelita, ada bunyi meriam. Berlainan KL ini yang hanya ada bunyi lori lori dan bas juga kereta dan motor ....Sambutan keluarga juga sangat meriah juga jika tiada perangai masam masam muka.





Di utara, soal duit raya pula tidak semewah anak anak KL. Dalam sampul surat tidak pernah banyak tapi masih boleh dikutip dari rumah ke rumah. Di KL, masing masing beraya di rumah sendiri, makan dan minum serta menonton TV , gelak ketawa pun sendiri....Di kampung masih ada jiran tetangga, masih ada budak budak nampak tangga masjid, masih ada kueh kueh lama dan hari itu adalah hari makan sampai kenyang.

Bila orang sebut, hari raya tak perlu balik kampung.....banyak yang marah....Cam mana nak beraya tengah bandar ni.....kalau masak macam mcam pun tidaklah sesedap masakan kampung. Kalau nak beli pula harganya sangat mahal dan melampau.

Pada yang nak balik kampung tu....checklah kereta dan rumah. Paip air , tong gas, pintu belakang, reban ayam dan kucing. Jangan lupa bawa toto dan bantal extra. Jangan lupa bawak "plastik muntah"......Bawalah duit banyak banyak ya.....sebab tangan yang menadah tu pun ramai..

Sunday, July 5, 2015

Lomang Punyo Cerito

Salam.............

Ahad lalu anak pm muncul di tempat kerja pm dengan membawa dua batang lemang kiriman anak yang lain untuk dibawa pulang ke rumah. "Mana rendangnya" pm bertanya. " Tak asa" katanya. Memang pelik makan lemang kosong tanpa lawanannya. Ada juga orang makan lemang dicucah dengan "gula"......mengundang penyakit sungguh.


Sepanjang jalan pulang, kami mengintai di tepi jalan untuk melihat gerai menjual lemang... Yes... ada satu kedai di tepi jalan dekat dengan sg choh...anak pm bergegasa ke sana dan tiba tiba dia balik dengan muka yang muram." Tuan kedai cakap tak boleh jual rendang saja, kalau nak kena beli dengan lemangnya sekali' cam tu lah bunyinya...

Pelik betuk orang melayu ni ya....Lemang ada harga, kuah rendang pun ada harga..Kita nak beli randang saja tapi tak boleh. Akhirnya kami masuk ke bazar ramadan....Kali ini jumpa orang jula rendang seperiuk ...dia tidak pulak suruh kami beli buluh lemang dengan daun pisang pun....

Zaman ni orang malas nak buat lemang tapi tolong jangan menipulah. Kita orang ni kecik kecik beranak tepi lemang....Dah lah jual lemang tanak, isi tak penuh..harap batang lemang je  yang panjang. Tak termasuk isi dalam tak masak, ada yang rentung sebelah.......

Thursday, May 28, 2015

Cerita Aku

Salam,

Entah kenapa rajin pulak pm layan fb group perubatan dan gangguan jin. Di samping merapu, pm pun sukalah cari kawan. Banyak juga nama nama hebat pm jumpa di sana dan idak baik bagi kita mempertikaikan kemmpuan mereka. Apa apa sahaja kira pm setuju sahajalah. Zaman dah moden, nak cari tok bomoh dan orang rukyah memang senang. Cuma klik saja kat google.

Dulu pm suka juga dekat group hakikat insan. Lama lama pm dah rasa pelajaran pm dah cukup kat group sana, pm pun keluar grouplah. Bagi cahnce le budak budak bertekak dan bertelagah kat sana. untung batu timbul, untung sabut kelapa tenggelamlah.

Sebenarnya malas nak jadi panglima atau tok bomoh ni. Penat berjaga malam, kena berwirid berjam jam nak tambah power kecuali kalau kita ada jin besar jadi sahabat sejati. Apa apa kes, kita tolak kat jin tu, janji ada upah untuk dia. Kalau tak ada upah, dia pulak cekik kita....

Banyak juga perubatan guna kaedah jin ni...tak mengaku je dan mungkin tak perasan. Dalam bahasa kita sebut " amalan berkadam atau aku akuan" Kalau nak cari yang betul betul jalan, kena bertahun tahun jugak baru jumpa. Biasanya mula mula belajar fahaman kita memang tak kena punya. Lama lama diperhaluskan , jadi eloklah tu. Jadi selepas tu buanglah segala tangkal dan keris atau apa perubatan dan kembali kepada alquran. Tahap ni kena bagi free lah perubatan dan modal pun tak banyak. habis kuat segelas air paip.......

Kalau orang tak sabar mcam pm tak usah jadi perawatlah, tok bomoh pun tak payah. Nanti niaya orang kena pelempang. Pm lebih suka duduk menulis, ceritakan pengalaman masa lampau.....dan kegilaan pm semasa budak budak .....

Monday, February 23, 2015

Santau Angin

Salam,

Sudah lama pm tidak menjengah ke kampung maupun mendengar kisah sok sek sok sek di sana. Sempatlah juga pm melawat sahabat pm di Batang Kali. Kawan sama sepermainan dan satu cikgu, cuma bagi pm dia ini lebih pandai dari pm


Perjumpaan malam itu menyaksikan tentang keuzuran beliau. Dari raut muka yang sugul, serta batuk batuk serta suaranya yang kekadang kadang tenggelam jelas menunjukkan kesakitan beliau. Beliau kematian isteri tersayang beberapa tahun lalu dan mengambil keputusan berkahwin semula dengan seseorang yang diharap boleh menjaganya seiring meniti usia yang semakin senja. Dalam percaya tak percaya beliau menceritakan bahawa beliau mengidap penyakit itu adalah berpunca dari santau angin. Sudahpun berubat tetapi penyakit itu terus berulang ulang seolah olah sangat berkehendak kepada kematian beliau. Semuanya kerana gara gara harta pusaka ibu mertuanya sebelum isteri pertamanya meninggal. Bagaikan tidak percaya bahawa perbuatan shir itu adalah berpunca daripada  iparnya yang tamak.




Di dalam zaman moden rupanya masih ada lagi manusia suka membuat kaedah ini. Satu kaedah yang sukar dipercayai dan dikesan dan juga dianggap sebagai pembohongan yang besar. Doktor di hospital tidak menyatakan dia sakit apa apa kecuali sakit tekak padahal beliau mencungap cungap lelah tersandar di tepi pokok.

Di dalam google menterjemahkan seperti berikut :  

Santau terbahagi kepada dua: 

Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat. 

Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering. 

iika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.



Apapun ceritanya santau tetaplah santau iaitu sebagai alat pembalas dendam dengan tanpa mengira hukum hukum dan aturan alquran. Semuga cerita yang sedikit ini menjadi panduan dan peringatan kepada kita semua. Harta benda pangkat dan wanita, boleh mengubah hala tuju keinginana. Wallahualam.



Wednesday, February 18, 2015

Abang Dah Mandi ke ?

Salam...........

Teringat saya bila arwah lebai din berseloroh ketika sedang mengajar di sebuah surau di kampung pm dulu. 
" Kau tanyo kek kerbau sapi tu, berapa rukun mandi wajib, kalau kau pun tak tahu, samolah kau dengan kerbau sapi tu"......................



Solan sinis untuk budak budak macam pm suatu ketika dahulu. Solan untuk budak budak lelaki yang baru baligh tapi itu di kampung bukannya di bandar. Hari ni, adakah anak cucu kita tahu rukun mandi wajib? Jawapannya misti dia orang tahu, di sekolah ustaz ustaz dah ajar, cikgu cikgu pun ada sebut tapi secara teori. Praktikalnya ada tak ? Silap silap tak pernah buat atau main pandai pandai buat .....Begitulah lemahnya kita di zaman ini......


Di dalam sibuk kita menyuruh anak anak bersekolah agama pagi petang, dalam sibuk sibuk menyuruh anak anak dara bertudung, soalan sebegitu lupa pula kita bertanya. Kita hanya menanggap bahawa mereka semua sudah tahu. Dan kehidupan itu terus berlalu sehingga dewasanya dengan tanpa kita sedar. Tidak termasuk perbuatan malas mandi oleh anak anak jantan kita yang hidupnya bagai keluang aitu berjaga waktu malam dan tidur waktu siang....

Persoalan mandi wajib menjadi tajuk utama sehingga ke hari perkahwinan. Bila sang suami bertanya pada isteri, adakah awak tahu mandi wajib, cuba tunjuk kat saya cara mandi wajib. Tentu jadi gelak ketawa jikalau ada orang tahu. Tapi sebenarnya perkara sebegitu telah pun terjadi , apatah lagi jika anda sebagai seorang wanita memilih KERBAU sebagai suami.



Mengingati diri saya juga dan juga tuan tuan serta puan puan, apasalahnya kita membuka tajuk ini sebagai peringatan untuk semua. Sebelum yang muda menjadi tua, sebelum pergi haji dan umrah, apasalahnya check sedikit perkara perkara kecil ini yang menjadi tunggak kepada amalan yang besar besar. wallahualam


Tuesday, February 10, 2015

Cerita Yang Telah Basi

Salam,

Bukan sahaja beberapa hari sudah malahan beberapa bulan yang lalu, ruangan group tersebut telah membicarakan soal membawa anak kecil pada ketika menunaikan haji atau umrah. Berbagai pendapat dapat kita lihat dari beberapa sudut. Ada yang sangat menyokong tujuan tersebut sambil menceritakan pengalaman masing masing dan tidak kurang juga mempertikaikan termasuk juga menyebut hukum hakamnya sekali.

Akhirnya cerita beralih kepada masjid dimana terdapat kanak kanak membuat bising, berlari lari kesana sini dan ada yang memanjat belakang ibu bapa ketika ibubapa sedang solat. Berat betul cerita ini ......


Mungkin tuan tuan dan puan puan banyak melihat ibubapa membawa anak anak mereka pergi ke konsert konsert dan ke komplek besar untuk membeli belah. Ada problem tak ?, ada orang kata apa apa tak ? Masa tu tak boleh kata apa apa, sebab nampak lebih kepada tujuan keduniaan. Tapi yang ini tujuan ibadah, nak beribadah tak boleh kena ganggu, tak boleh membiarkan anak anak kita ganggu orang lain. Bila budak menangis, bacaan kita akan tersasar ke lain dan jadi kacau bilau, hilang kusyuk dan sebagainya hilang sehinggalah hilanglah rasa sabar ? Begitu rupanya corak ibadah ya ....?


Mari kita tanya orang orang yang telah dan pernah berada di kota suci itu, apakah pendapat mereka sebenarnya. Apakah  mereka akan menghalau semua kanak kanak yang berada di dalam kota mekah itu keluar dari kota sewaktu musim haji dan umrah ? Tentu sekali tidak, malahan seekor kucing pun tidak dihalau keluar dari masjidilharam......

Terus terang saya kata pabila berada dikota Mekah itu, hati akan menjadi seputih putih hati yang tidak ada lagi busuknya bahkan benda benda busuk akan dibuang jauh jauh dari ingatan. Hilang segala perasaan pentingkan diri sendiri serta syak wasangka dendam dan marah......kecuali jika mereka itu sebenar benarnya sudah kehilangan pertunjuk dari Allah.

Pengalaman saya menemui kanak kanak kecil yang membawakan buah kurma untuk saya ketika di Madinah sungguh bermakna. Bahkan ada yang berpusing pusing di sekeliling saya ketika berada di Mekah menjadi penyeri kepada tanah suci itu. Ibadah itu bukanlah hanya ada pada solat dan zikir malahan berada dalam semua perkara termasuk soal siratulrahim dan kasih sayang.....

Jika kita mampu bawalah semua seisi keluarga kita bahkan jika boleh separuh dari isi kapalterbang itu adalah ahli keluarga kita. Jika kita mampu , apa lagi mahu ditunggu tunggu. Apakah yang sebanarnya dinamakan kusyuk dan tawadu' ?

Monday, February 9, 2015

CERITA BERULANG ULANG

Salam................

Sehari demi sehari membilang hari, mengira usia yang semakin pendek, menggagahi keuzuran itu yang tidak pernah diceritakan. Salam kasih sayang untuk sekelian anak anak, salam ingatan untuk para pembaca, semuga Alah memberi taufik dan hidayah........

Beberapa waktu sudah melihat wajah tua itu, jalannya mengesuk dari pintu ke pintu, sedangkan berdiri pula telah tiada kemampuan. Hanya ada keriuhan anak cucu yang sangat bermusim datangnya,  maka selain dari itu hanyalah kesunyian yang membelah jiwa. Apalah yang ada pada seorang tua, hidupnya sebagai Quran buruk, dibuang salah disimpan salah....................



Sekali sekala di kala azan berkumandang, si anak menjerit " emak sembahyang mak, dah masuk waktu". Si ibu merangkak lagi ke bilik air, mencari air membersih diri, entah ada kencing dan najis yang bertaburan, entah ada yang bergeseran di lantai. Si ibu menggagahi lagi berwuduk sambil mengimbang dirinya di tepi kolah dan mengesut semula ke ruang tamu bersama sejadah......

Bacalah selagi ada yang boleh dibaca, ingatlah selagi apa yang boleh diingat namun pencarian bagaikan belum berakhir. Tangan terus membilang tasbih menjadi penemannya yang kosong itu . Kosong kerana dunia tidak bermakna untuknya, kosong kerana sunyi hatinya, kosong kerana tidak ada yang ditemuinya. Rasa takut menyelubungi jiwa kian mendatang, mimpi ngeri datang saban malam, terus mengganggu tidurnya.


Alangkah baiknya saat ini berada di kaabah, tempat yang diimpikan semua orang, tempat untuk mati dengan tenang.....Benarkah begitu?  Beruntunglah mereka penduduk mekah itu ?

Orang tua itu termenung lagi, berbicara berulang ulang kepada anak cucunya. Cerita hari ini semalam adalah cerita yang sama, sebutannya sebentar lagi juga adalah sama. Pertanyaannya semakin menyemakkan telinga, permintaannya juga bertambah yang bukan bukan dan akhirnya dia ditinggalkan bersendirian dicelah kesibukan anak anak kepercayaannya.

Apa lagi yang ada kepada orang tua itu, hartanya, emas berliannya, baju kainnya ? Dia terus menjadi quran buruk yang ditinggalkan, ilmu hanya tertulis dikertas tanpa makna dan terjemahan. Anak cucu kini menanti, bilakah usia senja itu berakhir..." susahlah nak jaga orang tua ni......"



Thursday, January 22, 2015

Sebuah Mesin Jahit Kenangan

Salam,

Syukur Alhamdulillah, dpatlah pm menulis sedikit kisah hari ini....Ia itu kisah mesin jahit singer....


Beberapa minggu mengemas rumah dengan sebab nak mengadakan kenduri tak lama lagi, pm dapati banyak barang barang yang tidak berguna. Dalam keadaan begitu juga ,dirumah pm tidak cukup tempat untuk menyimpan benda benda yang patut disimpan. Perasaan serba salah sangat mengganggu fikiran......

Sebuah mesinjahit lama ditemui di dalam bilik sudah lama tidak digunakan. Orang rumah cadangkan jual sahaja. Pm rasa serba salah sebabnya mesin ni dibeli pada zaman "susah susah" dulu, masa budak budak kecik kecik, masa tidak ada kemampuan nak upah orang buat baju anak anak. Akhirnya pm bagi jawapan " suka hatilah ".........................................

Bermulanya orang rumah bertanyalah pada jiran nun jauh di sana, orang yang kelihatan susah dan ada anak ramai. Tolak RM 100/- je.....Harga ni macam tak patut tapi fikirkan jika nak menolong orang kita kenalah bagi pancing dan jangan bagi ikan......

Si jiran ini pulak "offer" kat kawan dia yang hidup nampak senang sikit. Orang itu pun datang ke rumah untuk tenguk tenguk........Dia kata harga RM 100/- kan ? Sebab kita dah tersebut harga, jadi diam sahajalah..." Orang tu cakap nanti dia tanya laki dia dulu......................

Esok lusa dia talipon dan beritahu bahawa dia tak jadi beli, sebab dia ingat mesin jahit ni jenis portable ( serba guna) yang kebetulan memang ada dalam rumah pm


Dia memang gilalah, kalau benda ni nak tolak kat dia RM 100/-..............................

Jawpannya melegakan hati pm..............................

Semalam dia talipon balik dia kata nak beli pulak, sebab baru baru nak belajar ni eloklah pakai manual dulu. Jadi jawpan yang pm beri " sorry" bukan untuk dijual lagi......

Moralnya kat sini, rumah kita penuh dan tak tahu nak humban kat mana, jadi kita cuba buat ibadah sikit. Jual kat kawan yang susah. Kawan yang susah ni pulak sampaikan kepada geng yang berlagak.....

Bagi pm simpan sahajalah sebagai barang antik dan barang kenangan.....Dulu masa susah, bukan senang nak dapatkan apa apa walaupun mesin jahit jenis ni. Nak upah orang jahit......malamlah sikit


Thursday, December 25, 2014

Jalan Jalan Pulang

Salam,

Apa khabar semua. Sihat ? Alhamdulillah......itulah kata kata yang terbaik daripada bertelagah mengata orang....

Sudah hampir hujung tahun menyebabkan kita mengimbas kembali waktu waktu berlalu hampir ke penghujung tahun ini. Apakah kejayaan tuan tuan agaknya. Pm bersyukur kerana impian pm untuk mengerjakan umrah telahpun tercapai....Impian lain ada juga, teringat nak balik bekerja dekat dekat rumah tapi malangnya sehingga ke hari ini belumlah ada rezeki. Ada juga minta tolong kekawan carikan, tapi kawan kawan semua sibuk dengan urusan masing masing....



Sekarang ni pm masih sibuk melayan budak budak dalam fb. Masa pm budak budak daulu begitu jugalah keadaannya, menyebut sahaja apa yang suka sebut, mana ada fikir panjang, mana ada fikir perasaan orang. Maka terjadilah aku ni betul sahaja........Bos lama dahulu orang ngaji agama jugak, dia cakap kat pm " kau ni masih muda lagi". Panasnya hati tak kan orang muda tak boleh belajar ilmu yang sulit sulit dan tinggi tinggi menggunung............................Pm pun melanggar kata. Korek sana korek sini akhirnya tidak berjumpa kesudahan, umur pula makin meningkat sehari sehari....................

Tuhan jadikan lelaki dan perempuan. Siapakah lelaki siapakah perempuan. Soalannya macam tanya apa itu qada' dan qadar. Bukankah semuanya datang dari yang satu dan apasalahnya kalian bersatu. Maksudnya dalam mencari apa pun di muka bumi ini, kahwinlah walaupun kahwin itu bukan cerita wajib tetapi cerita kemampuan. Hanya orang orang yang tak mampu serba kekurangan itulah yang tidak melayakkan diri untuk kahwin. Bila sahaja berkahwin, anak anak muda itu akan belajar tentang hidup, belajar mengawal nafsu dan perasaan walaupun waktu mengaji dipondok dulu beliau telah sampai tahap nafsu tertinggi, namun tanpa ujian anda masih dikira gagal.... 



Setinggi mana pun melangit mana pun kita, kita tetaplah hamba Allah. Kita yang hidup dengan segala benda yang dipinjamkan diberi peraturan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. Sampai masa semua pinjaman harus dikembalikan, sama ada yang dikembalikan itu hanya sedikit yang sempurna atau yang dikembalikan semuanya secara total, hanyalah Allah yang tahu....

Merenung ke dalam cermin melihat wajah kita tidak mencukupi untuk mengetahui segalanya bahkan kita masih di situ menghadap cermin yang tidak berkata kata. Marilah kita berlemah lembut, menjadi orang budiman memelihara amanah Allah di dalam diri kita dengan cara mensyukuri nikmatnya.

Orang bersyukur akan bersolat dan berdoa, orang bersyukur akan menyatakan dirinya adalah hamba yang fakir hina. Orang yang bersyukur akan tenang dirinya dan akan mengenali tuhannya dengan perkenalan yang diredai. Wallahualam...

Tuesday, December 9, 2014

Ingatan Seorang Tua

Salam,

Sudah lama tidak ada entry, tidak ada idea .........

Mula mula pm sibuk dengan fb, banyak kekawan blogger di sana. Di FB pm menjenguk masuk group KHDU... Group orang tua tua yang banyak menyebut kenangan mereka semasa mengerjakan haji dan umrah. Banyak diantara mereka memasukkan photo photo kenangan itu untuk dikongsikan bersama. Di sana tidaklah ada orang kata mengata sebaliknya saling mendokan kebahagiaan diantara satu sama lain. Pm jadi salah seorang dari mereka yang terus memandang hari tua dan seolah olahnya esok itu terlalu dekat.



Sambil sambil itu pm duduk di dalam group budak budak yang sangat sangat cerdik iaitu group hakikat insan dan pernah juga duduk dalam group mencari tuhan dan batu kiub berhala. Akhirnya pm keluar dari group itu kecuali group hakikat insan kerana pm ini tersangatlah fakirnya, sangat cetek pengetahuan membiarkan mereka berbincang sesama sendiri sehingga ke sudahnya. Kekadang suka juga group mencari hantu kerana yang hantu itu sememangnya adalah hantu...............................



Pm banyak melihat diri sendiri, melihat kebosanan, kesilapan, melihat diri yang kekadang tewas dengan nafsu. Sekejap jatuh sekejap bangun. Waktu berada di Madinah dahulu pm perdoa " Ya Allah berikanlah aku ilmu yang Yakin".....Sungguh benar untuk yakin bukan semudah yang dicakapkan atau dituliskan. Yakin berada di dalam diri kita sepertinya daun lalang yang ditiup angin. Itulah kita yang masih tersipu sipu malu, berlindung lindung di celah celah kehidupan sehingganya kita temui jawapan yang tepat.....

Umur melebihi setengah abad bakal menyaksikan bangunan tumbang satu persatu. Bermula dari keretakan pada tiang tiang dinding dan pintu akhirnya bangunan rebah menyembah bumi. Itulah diri kita yang bersifat hamba mendapat pinjaman dari yang empunya bakal menerima lamaran kesakitan sedikit demi sedikit. Sedikit demi sedikit akan menjadi bukit atau runtuh berlerai........Kita akan pulang dengan hanya membawa cerita cerita atau bekalan penyelamat. Adakah yang empunya itu berkehendak ke atas bekalan kita sedangkan dia adalah yang maha kaya ?...............................

Kini lamaran itu berada bersama pm dan pm sedang melaluinya sehingga ke penghujung....wallahualam



Wednesday, November 12, 2014

BEST KE KAHWIN ?

Salam,

Cuti sekolah kembali bermula. Musim tengkujuh dan musim hujan dimana menjadi musim orang nikah kahwin juga. Dalam suka duka mengumpul duit, kita hiasilah dengan gelak ketawa. Gelak ketawa nan sehari. Petang nanti jam 4.00, kenduri pun habis dan kalau ada orang datang pun cumalah sedikit sedikit. Khemah menunggu hendak dibuka, pinggan hendak dibasuh, periuk belanga apatah lagi, sambil sambil tu pengantin bolehlah berseronok sebentar di dalam bilik..... Esok menanti, awak tu suami, awak tu isteri....



Hanya sebelum kenduri itu banyak mulut berbunyi. Bukan sahaja bincang pasal khemah, urusan masak memasak dan penanggah maupun tukang cuci pinggan tetapi dah sibuk pasal buat"loan". Loan rumah loan kereta siapa nanti nak bubuh nama. Kalau kahwin tak ada kereta susah nak bergerak kemana mana. Tak ada rumah takkan sepanjang hayat hidup menyewa atau berlonggok di rumah mertua. Ada orang kena beli kereta dulu barulah beranak pinak, bimbang bininya sakit pinggang katanya. Ada yang menyambung bumbung rumah sampai ke jalan raya bagi mudahnya kenduri kendara. tidak termasuklah memilih warna warna tajaan kenduri kali ini. Dalam tak gah tu, gah juga maklumlah kenduri ni bukan selalu tetapi sekali seumur hidup katanya. Itupun kalaulah lakinya tak bernikah lain.



Apapun lantak koranglah, yang bernikah tu koranglah juga. Nasihat aku yang bodoh ni, tak usahlah korang berkira dan cerewet sangat. Yang pentingnya otak laki bini mistilah sefahaman. Kalau lakinya fahaman perompak, bini pun kena fahaman perompak Mudahlah kerjanya...

Sebelum bernikah bukan main kursus dan surkusnya,  jadi selepas itu hati hati le. Orang perempuan dah jadi kepunyaan suami, emak bapak tak boleh kata apa apa. Jangan kata menyesal pulak, dah terlambat.....


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...