Dulu kita semua bersama, semeja bersama duduk. Hidup dalam gelak ketawa, sekejap muram, sekejap baran,sekejap berkumpul semula seolah olah tidak pernah apa yang terjadi sebelum ini.
Hari ini banyak orang sudah tiada. Ada yang sakit, ada yang sihat , ada yang merantau di tempat lain justeru kerana mendapat rezeki baru, ada yang masih terapung...terlentang salah dan duduk pun salah. Tinggallah gambar sebagai kenangan untuk dipangkah seperti cerita 6 jahanam. Satu satu gambar dipangkah dan satu satu juga tumbang. Esok entah siapa, mungkin engkau mungkin aku. Kata orang jatuh dan bangun itu lumrah, kaki bodek mengampu juga lumrah. Setiap dosa itu akan terbalas juga, kalau tidak di dunia mungkin juga di akhirat.
Dalam gelombang ini, kehidupan tetap diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, eloklah sahaja berusaha mencari yang terbaik, walaupun mungkin hasil yang kita dapat dahulu melebihi dari yang kita dapat hari ini. Hari ini kita mungkin terpaksa berkayuh lebih banyak untuk hidup dan tidak semewah dahulu.
Pada yang telah berlalu, lupakanlah dendam kesumat, lupakanlah rasa singgung menyinggung kerana kita semua adalah bersaudara. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Abadikan gambar kenangan, simpan dalam album banyak banyak untuk diceritakan kepada anak cucu. Jangan menyesal, jangan marah kepada takdir. Ingatlah bahawa kalau jahat akan dibalas jahat dan kalau baik akan dibalas dengan baik juga. Wallahualam...
1 comment:
company lama ke ni?
Post a Comment