Salam,
Catitan ini entah siapa akan membacanya. Seorang kawan pm telah meninggalkan terus ruangan blogger ini. Entah apa yang beliau rasa tidak puas hati.
Penulisan ini hanyalah untuk membangkit semula semangat lama, ketikanya pm telah kehilangan segala galanya. Untuk memulakan sesuatu yang baharu bukanlah kerja mudah. Tahun ini pm masih bekerja. Kerja sekadar cari makan dan tidak memburu apa apa pun. Nak cari apa ya di dunia ini...kalau nak makan, sekadar manalah mahunya makan cara orang tua. Memadailah sekeping roti canai atau sebungkus nasi lemak diwaktu pagi, makan biasa biasa di tengah hari, minum petang dan makan malam. Kalau makan sampai pengsan tentu tak boleh. Lainlah orang muda, boeh telan apa sahaja.
Kata orang dahulu, masa muda kita bau minyak wangi, bila dah tua kita asyik bau minyak angin. Syukurlah jika masih ada gigi, masih boleh makan daging yang sedap sedap. Kalau dah tak ada gigi, hilanglah sedapnya. Syukurlah adanya mata, boleh melihat yang cantik cantik, tapi jika mata dah kabur...semua dilihat tidaklah puas.
Bersyukurlah dengan apa yang ada, dalam mengharungi kehidupan yang semakin senja.. Entah esok entak lusa kita dijemput pulang. Suka atau tidak suka, kita akan kembali, meninggalkan apa sahaja yang bernama kehidupan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUBUH YANG DURHAKA
Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...
-
Salam.....aku dah balik opis...tadi pergi klinik...kandungan gula menurun ke 9.4...Masih tinggi weh...Aku kena menjaga makan.... Cam mana na...
-
Salam....... Dengan izin Allah semuanya berlansung dengan baiknya. Dapatlah saya menghadirkan diri ke majlis perjumpaan blogger walaupun say...
-
Salam........suatu hari teringin sangat di hati pm untuk memilik sebilah keris sakti. Tapi di mana gerangan dapat dicari, dapatkah kita cari...
1 comment:
Setiap detik kita kian hampir ke negara abadi...
Post a Comment