Aku masih teringat tentang Azmin yang masih mempunyai ayah di kampung sana. Ayahnya yang hampir buta matanya itu kini dijagai oleh dua orang adiknya. Azmin, kakak dan abangnya hanya pulang sekali sekala melawat. Ayahnya walaupun berkeadaan begitu tetapi mempunyai masih mempunyai wang yang banyak di dalam bank. Pendek kata apa sahaja urusan ayah untuk pergi ke bank , ke klinik atau kemana sahaja tentunya tidak ada masalah kerana ayahnya mempunyai wang.
Setiap minggu ayahnya bertukar tempat, kalau tidak tinggal dirumah adik lelaki dia akan pergi ke rumah adik perempuan Azmin. Ayahnya tidak mahu pergi ke KL dan kalau tinggal di rumah anak anak di KL pun tidaklah lama. Tidak sampai 2-3 hari sudah disuruhnya hantar pulang ke kampung.
Dahulu ayahnya dapat jugalah melihat sikit sikit, paling palingpun dapat melihat buku bank atau mengira duit tapi sekarang sudah semakin sukar. Soal makan dan minum masihlah seperti biasa. Apa yang membimbang ialah suami adik perempuannnya seorang penagih dadah, malas bekerja dan kalau diberi peluang bekerja pun dia macam tak mahu. Adik perempuannnya menjadi susah juga kerana terpaksa membahagi belanja harian kepada dadah dan makanan. Jikalau ayahnya memberi duit untuk membeli barang dapur, sudah pasti suami adiknya menumpang senang
Aku dengar setiap kali pergi ke bank hanya adik perempuan Azmin yang membawa dan membantu ayahnya dan Azmin amat bimbang kalau kalau tiba tiba adik perempuannya bertukar fikiran akibat desakan suaminya.Baru baru ini Azmin memnta adik iparnya memperbaiki rumahnya. Peralatan sudah disediakan dan upahnya RM 50/- sehari serta makan minum ditanggung. Baru buat kerja dua hari dan mendapat upah , adik iparnya tidak datang meneruskan kerja. Rumahnya terbengkali begitu sahaja.............
Hanya Doa
4 comments:
salam...
kesiannya nasib family azmin, nak bawa ayah...ayahnya tak serasi sibandar..
dikampung ada anak tapi menantu pulak buat hal..susah yer kalau menantu kaki penagih..
subhanallah...teringat kisah ditempat ayu...dibandar tenggara, menantu tetak leher pak mertua, anak perempuannya buat cerita katanya ayahnya yang waras yang tetak diri sendiri..
nasib sebelum arwah meninggal dunia di hospital sultan ismail, arwah ada buat laporan polis di balai polis bdr tenggara...
macam2....
Begitulah hakikat dunia, kerana itu di sediakan Alquran jadi panduan
Jika kita berbuat tidak baik kepada orang tua, sampai bila hidup tidak aman dan tidak berkat.
Jangan sekali kali la nak buat tak tentu pada orang tua sendiri...
memanglah tak elok tapi skrg anak manada hormat mak bpk,kerna duit anak blh tendang bpk sampai meninggal org tuatu,apa ceta
Post a Comment