Sunday, January 16, 2011

Bukit Bintang

Salam............... Aku pernah kerja di Bukit Bintang..... 22 tahun... Habiskan usia muda disitu dan kemudian berpindah kerja ke tempat yang sunyi ini. Banyak yang aku lihat dengan mataku sendiri tetapi tidak dapat dirakamkan dengan kamera yang canggih sepertinya hari ini. Waktu itu adalah handphone baling anjing tu. Kalau bagus sikit adalah handphone nokia yang berbunyi tot tet tot tet.....kira ok lah tu.. Aku pulak dibekalkan "pager" sana sini, boleh teguk nombor dan ada suara juga....suara operator...

Waktutu kerja jaga je.. bukannnya boleh jauh dari tempat kerja, nanti separuh nafas berlari. Dari mula mula aku bekerja sampailah ke 22 tahun tu, boleh dikatakan hari hari ada hal sampailah nak solat , nak buang air besar pun susah. Akhir pandai jugalah aku menggunakan kertas tisu dalam dunia serba tak kena itu. Hari pertama aku bekerja aku dapat tenguk orang telentang kena tikam, hari kelima pula tenguk orang nak bunuh diri dan seterusnya orang kena pukul. Yang pentingnya aku sudah belajar bahawa disini tidak ada kemanusiaan. Waktu itu mana ada kisah orang buang bayi kat dalam tong sampah...atau orang TV dan orang surat kabar tidur kut...........

Waktu malam memperlihatkan gadis gadis melayu keluar macam anai anai.. Pakai baju tak seperti baju dan pakai seluar tak seperti seluar, minum apa sahaja walaupun air longkang, tidur dimana sahaja walaupun dengar kerbau dan lembu sapi, meniarap menonggeng sana sini macam orang tak ada ugama. Akhirnya beraya dengan semua perayaan yang ada, muhibbah menggadaikan akidah.

Disana orang boleh cakap apa sahaja, jagalah kubur masing masing macamlah masuk kubur, mandi , pakai uniform kubur , solat jenazah pakai jentera..Disana boleh kata kau punyahal , pergi mampus..pergi jahanam. Bila tak menang ekor boleh kata belum ada rezeki... Duit masuk dari segala macam penjuru sehinggalah keduit "lendir" Tapi tak kaya jugak....tak senang jugak dan bagilah anak bini makan dengan senyuman. Ada juga yang pandai simpan duit dan beli rumah 2-3 biji dan disewakan. Ada juga hidup sekarang tinggal nyawa nyawa ikan, bernafas pakai tiub, kencing atas katil... Ada pula mempertuhankan tok bomoh, pantang dengar sahaja pasti tok bomoh akan mereka kejar tak cukup kaki.. berhimpun beramai ramai untuk meminta hasrat dipenuhi. Hanya Allah yang tahu dimana berakhir kesombongan itu... 

bersambung............

3 comments:

azieazah said...

Benar Bang, kehidupan kita berputar begitu pantas. Kemusnahan akhlak/moral sering merisaukan dan semakin menakutkan pula.

Saya bekerja di Bukit Bintang hampir 9 tahun, dan sudah bosan dgn karenah dan pelbagai rencah, cuma kehidupan malam terlalu jarang dapat saya lihat.

Tak mustahil yang kaya hari ini akan merempat suatu hari, dan pasti ada sebabnya. Kesilapan diri sendiri mungkin....


*Sambunglah lagi bang...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Betul tu.... sampai skang sakit hati kalau jalan di bintang walk tu malam2... berpeluk dengan baju tutup apa yang patut mcm depa je yg ada kat situ. Tak malu!

Unknown said...

kesombongan takkan ke mana. selalu jugak dengar kerenah orang kat situ dari kawan2 yg pergi sana. dianggap sebagai syurga dunia tapi hakikatnya adalah jambatan ke neraka

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...