Dua minggu yang lalu aku bertemu dengan seorang AJK Masjid Kepong di Pasar Selayang. sambil minum dan makan makan akupun cuba memberi pandangan tentang masjid itu. Pertamanya aku ada tenguk lebai lebai dari Thai meletakkan tabung derma untuk binaan masjid mereka di selatan Thai pada waktu solat Jumaat. Aku ni bukanlah cemburu tapi mereka tu datang dengan kereta beso, minyaknya mengalah minyak proton buruk aku. Dimana dia orang dapat duit untuk mengisi minyak itu dan singgah dimasjid masjid dalam Malaysia ni. Mungkinkah mereka bertaraf wali dan tak perlu isi minyak kete, tak perlu makan dan minum ? Adakah mereka datang ke Malaysia berniaga sambil mengutip derma untuk masjid mereka ? Hanya Allah yang tahu. Apa yang aku dengar duit kutipan itu mereka bahagi dua, sebahagian untuk masjid mereka dan sebahagian untuk poket mereka.Sebab itulah mereka tidak kebuluran kerana kerja ada gaji
Semalam pagi aku nampak salah seorang dari mereka bawa tabung derma. Mula mula tabung tak nampak tapi kemudian tabung tu dia letak atas tabung masjid kepong waktu solat Jumaat. Ini bermaksud mau potong trip. Inilah hakikat dunia kerja kerja kebajikan pun ada penyelewengan. Kalau korang nak derma lebih baik derma kat aku kerana aku tak perlu pakai tabung macam mereka dan aku tidak berlindung dengan kebaikan pakaian aku.................................................
Kat kawan AJK tu aku ada juga nasihat supaya benalah gerai kat dalam kawasan masjid. Gerai boleh disewakan untuk pendapatan masjid sebab tak ada free dalam dunia ini. Lagipun tabung kutipan jumaat selalu kena pangkah oleh pembelit yang lain.
Inilah rupa tabung dalam masjid yang berkunci....kasihan ..adeke penderma agaknya ?
2 comments:
Allahuakbar... ada juga orang nak buat gitu secara terang-terangan?
Tak terasa apa-apa ker? tak rasa bersalah?
selamb aje dia tu... kat masjid lain pun ada
Post a Comment