Pagi Jumaat lalu pm memandu kereta menghantar anak ke kolej, kelihatan seorang lelaki tua mengemis di tepi jalan. Tidak ketahuan bangsanya, ada mirip orang cina, mungkin juga bangsa kita Melayu nan Layu. Entah kenapa hati ini sangat tertarik tapi sayangnya tidak dapat menghalakan lensa ke situ....................
Setengah jam kemudian pm jumpa dia mengemis di dalam pasar kawasan makanan. Cepatnya dia sampai, naik bas agaknya. Pm nampak dia memasukkan duit kutipan di dalam poket bagi mengosongkan tadahannya dan terus berjalan seperti biasa mengutip duit dari meja ke meja. Dia memang sudah tua, memang kelihatan tidak mampu bekerja tapi dimanakah anak anaknya atau sebenarnya dia sedang bergurau dengan dunia. " Aku tipu kau dan kau tipu aku"
Kekadang kadang bila difikir fikirkan kita jadi tidak ikhlas walaupun untuk 10 sen. Hati kita tertanya tanya adakah "orang" ini betul atau tidak. Kita kira duit 10 sen bukanlah besar sangat cuma nak bagi orang bukanlah main liat, macam macam tanya dalam hati perut tapi bila menghabiskan duit beli hand phone atau top up, senang aja pulak.........
No comments:
Post a Comment