Saturday, October 27, 2012

Berniaga Dengan Hantu

Salam......

Syok melihat youtube Ustaz Azhar....Beliau menjawab soalan soalan yang pelik pelik terutamanya soalan dari orang muda muda dan bab nikah kahwin. Jawapan yang ringkas dan mudah difahami walauoun beliau masih menggunakan bahasa ibundanya. Kata ustaz jika ada basic agama maka menjalankan hal agama juga amat mudah.

Jika anak anak kita mengetahui halal dan haram, wajib dan harus serta sunat tentu sekali kehidupan  itu nampak mudah. Pada hari ini banyak perkara syubahat dan keliru....... ya tak ye jadi haram...Anak pm sendiri bertanya apakah MLM itu haram ? Pm kata berniaga adalah amat bagus tetapi jangan buat zalim dengan orang, sebab perbuatan zalim adalah salah disisi agama. Zalim itu bagaimana, zalim bila kita suruh orang pinjam bank, duit tu nak labur kat kita. Kita suruh orang tu carilah lagi 5 orang dan suruh jugak pinjam bank, labur jugak kat kita. Hari hari kita sebut dan cakap pasal untung, kita cuci dan kaburi mereka dengan master plan kita. Berniaga tak nampak apapun tapi meeting tak habis habis, cari orang down line tak habis habis, semuanya pinjam dan melabur. ...... Akhirnya mana mana yang tak cukup keupayaan tu akan lebur. Berniaga entah sampai ke mana, hutang dengan bank mengejar pula.



Dalam hidup tersangat mudah kita menyalah dan mencari kesilapan orang. Kita puji dan angkat semangat orang yang bodoh " anda hebat'.....Sememngnya mereka hebat kerana dapat melabur dalam perusahaan kita. Jikalau kita bimbing mereka dengan sebenarnya, pasti mereka akan berjaya, tapi kita ini suka tenguk orang tambah down line, lagi ramai masuk maka lagi banyaklah masuk poket kita.



Buat meeting perjumpaan waktu maghrib, cakap pasal pasal agama tapi solat pakat tinggal. Yang dikejar berniaga itulah...........

Apa apapun kalau tak pinjam bank bagaimana nak berniaga takkan pinjam along ? Jangan perbodohkan orang lemah meminjam duit dan selepas tu kalau tak berjaya...kita kata nasib kaulah...... Tuhan tahu  samaada kerja korang tu betul atau tidak dan jangan nak makan komisyen aja.

2 comments:

azieazah said...

Saya tak pernah percaya MLM. Sejak dulu. Orang banyak marah pada saya bila saya menolak MLM. Bukan pada orang yg meniaga, tapi pada cara mereka meniaga tu. Mesorat malam-malam. Angkut bini orang pi dengar ceramah sampai tengah malam. Saya tak berkenan cara camtuh!

Pastu bila minda diasak sikit, mudah percaya. Pastu mula cakap besar, dalam setahun konon boleh pakai Mercedes!

perjalanan pulang said...

saya suka tang kata kata " angkut bini orang malam malam.."

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...