Tuesday, December 11, 2018

Cerita Orang Kampong

Salam,

Sabtu sudah pm tidak mengikuti perhimpunan itu. Pm bertugas pada hari itu dan berhimpun sesama orang berhimpun ditempat kerja pm. Tambahan lagi sehari dua ini ramai kawan kawan dari PDRM datang melawat.

Dalam keadaan sibuk sibuk itu,  seronok juga melihat ke arah di luar sana. Ramai pakcik makcik datang dari jauh menyahut seruan perhimpunan itu. Rata rata mereka membangkang dan begitu bersemangat mempertahankan agama serta maruah bangsa. Tambahan lagi ada kumpulan silat yang lebih awal berhimpun menyerahkan memorandum. Alangkah baiknya jika mereka berkekalan dengan semangat ini dan janganlah lari atau buat perangai pembelit dikemudian hari.

Rata ratanya jeritan "hu ha hu ha" tidaklah memberi faedah jika hasilnya tidak ada apa apa. Ianya tidak lebih dari menghabiskan masa dihari cuti. Maklum musim cuti sekolah dan sambil sambil datang "shooping" di kedai cina sekitar Kuala Lumpur.

Adakah mungkin orang melayu bangsa kita seperti dahulu yang dibayangkan mempunyai kekebalan dan kesaktian atau sebenarnya hanyalah kokok berderai derai. Baju silat berwarna warni tidaklah memadai untuk mendatangkan kegerunan musuh. Banyaknya kewujudan ayahanda disana sini bukan juga melambangkan kepimpinan orang melayu. Kita misti membuktikan bahwa kita ini waras berakal.

Di hari ini kita masih berpecah belah, masih diperbodohkan oleh orang lain yang menumpang di belakang tengkok kita, panjat belakang kita sambil mencakar cakar. Hidung kita masih kembang menerima pujian, tak tahan kena bodek oleh orang bawahan. Kita masih tidak tahan melihat duit dan asyik sibuk mesyuarat setiap hari berpanjang panjangan sedangkan hasilnya tidak ada. Tindakan kita di dalam sesuatu hal  menyelesaikan masalah masih terlalu lembab. Masih menunggu esok lusa dan tulat untuk diselesaikan.

Mengapa kita masih mempercayai perkara karut dan cerita cerita dongeng.......Kita terusan mendengar orang lantang berbohong dan mempercayainya..........

No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...