Saya terkena lagi.......dulu ketika saya membuka fb untuk ibu mertua saya saya telah menerima kritikan dari saudara sebelah isteri. Saya buat bodoh dan kembali kepada tujuan asal iaitu untuk mengumpulkan semua sanak saudara, anak cucu di dalam sebuah fb. Walaupun fb itu kelihatan tidak begitu aktif tetapi saya dapat melihat perkembangan semua anak cucu dari photo photo yang disiarkan. Akhirnya "kebodohan" saya itu ditelan begitu sahaja.
Hari ini saya terkena lagi bila salah seorang anak saudara meminta saya memadamkan gambarnya yang dalam keadaan tidak pakai tudung. Keadaan ini berlaku di atas ketidakkepuasan hati tunangnya. Bermaksud tunangnya tidak gemar melihat gambarnya dalam keadaan bogel agaknya.
Saya agak keliru dan membuka fb itu kembali dan membelek gambar satu persatu. Saya dapati banyak gambar lama, gambar zaman budak budak, gambar spontan perhimpunan ahli keluarga di dalam rumah. Semua ini berlaku bukan atas dasar mahu mendedahkan tubuh bogel di khalayak awam. Gambar di dalam rumah ketika adik kakak sedang bersuka suka, bilamananya nak pakai tudung ? Tak kan kerana seekor nyamuk kelambu harus dibakar. Pakai akallah sikit........................
Kalaulah orang yang menegur itu adalah orang "warak" memberi contoh yang sangat baik, pasti saya terima tetapi jikalau dia lebih kurang saya, minta maaf sesangatlah. Ini adalah photo keluarga kami, dia hanyalah sekor nyamuk yang baru nak masuk kelambu..........tolong jangan ajar kami bertatih....kerana banyak lagi perkara dasar yang patut diperbetulkan................
Melihat kepada pasangan muda waktu ini, kekadang terlalu keterlaluan mengongkong pasangannya dan tidak memperdulikan sensitivity. Yang si perempuan pula angguk bodoh main ikut sahaja ...suruh tonggeng dia tonggeng....suruh meniarap dia meniarap......
Pada hari ini perhubungan dua pasangan memang akan disatukan tetapi tidaklah boleh menolak keluarga 100%. Dia masih mempunyai emak bapak pakcik makcik sebagai rujukan. Sebagai bakal orang baru di dalam keluarga, silalah intai dan jenguk orang tua tua...lainlah kalau kawin lari dengan sebab orang tua tak berkenan. Jika liat tidak mahu memahami.....peeeeee rah......hiduplah sendiri.................
Bercakap pasal tudung ni, eloklah pergi ziarah luar negeri, tenguk orang orang Islam di sana pakai tudung, Ada yang bungkus sampai tak nampak bijik mata, ada yang pakai topi sahaja, ada yang pakai gaun sambil pakai tudung, ada yang pakai tudung nipis dengan seluar benggali. Semua orang saling mengata bahawa pakai pakaian ini tidak betul ...yang betul dia orang jugak
Bersedarhanalah dalam hidup.....jangan menggunakan kain songket sebagai uniform jenazah. Buatlah sepertimana orang awam buat......
2 comments:
Saya sendiri ada beberapa keping gambar dlm album FB saya masa zaman ‘Jahiliyah’, zaman sekolah. Tiada niat menunjuk. Itu zaman dulu.
Sekarang, mana-mana gambar yg tidak bertudung bersama keluarga, hanya masuk dlm grup FB keluarga, termasuk gambar kami mandi di kolang renang.
Yang penting, kita pasti apa kita buat.
Orang baru yang main terjah macam ayam jantan biasanya akan malu sendiri, sebab kokok tak seberapa pun...!
rata-ratanya diantara kita tak kira berapa pun usia cuma pandai mengaji tp tak bijak mengkaji, maka itulah jadinya. menghukum orang kemain pandai...
saya faham apa yg PM rasa...teruslah bersuara andai yakin diri di pihak yang benar...insyaAllah akhirnya yang batilpasti akan terhapus jua..
Post a Comment